Nik Aziz perjelas kenyataan ahli UMNO tidak masuk syurga
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam, menjelaskan beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyebut ahli UMNO tidak akan dapat masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Palestin.Menteri Besar Kelantan itu berkata, apa yang beliau maksudkan ialah penyokong UMNO dan ia tidak kena mengena dengan Palestin seperti yang dilaporkan media arus perdana.
Beliau berkata, UMNO sebuah parti yang mengamalkan dasar sekular yang memisahkan antara agama dan politik oleh itu masyarakat Islam yang mengasingkan iman daripada Islam tidak akan masuk syurga.
“Saya nak sebut mula-mula sekali selepas baca akhbar perdana hari ini ada perkataan Palestin, saya nafi sekeras-kerasnya… Tidak ada perkataan Palestin…Ini nak lagakan saya dengan Palestin.
“Yang kedua perkataan ahli UMNO, saya tak biasa guna ahli UMNO. Saya guna penyokong UMNO… Ahli lain, penyokong lain,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Akhbar semalam, melaporkan Menteri Besar Kelantan itu berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.


Ulasan
Catat Ulasan