Catatan Dari Masjid Negara (Himpunan GMI)
"Stand By, haram jadah nie mai pulak dah" kata seorang lelaki dalam loghat Kedah merujuk kepada 'Water Canon' yang menuju kearah kami yang berkumpul di atas jalan bertentangan Bank Rakyat dan Kelab Sultan Sulaiman. Belum sempat kami berbuat apa-apa, semburan daripada 'Water Canon' menerjah kearah kami. Dalam keadaan itu, serta merta terasa seperti terbakar belakang dan hilang keupayaan bernafas dek kerana air kimia tu. Kumpulan yang tadinya bersatu (rujuk gambar) bertempiaran lari menyelamatkan diri dari terkena air 'sial' tu. FRU tanpa ada rasa belas terus menujukan muncung air kearah kami. Tidak cukup dengan itu, dilepaskan pula gas pemedih mata. Suasana menjadi lebih haru biru dari tadi.
Meriah suasana Ibu Kota tercinta hari tu
Setelah mengamati, rata-rata yang hadir sememangnya mempunyai kesedaran yang cukup tinggi bahawa ISA adalah salah satu undang-undang yang zalim ciptaan UMNO. Kalau tidak, masakan yang tidak berpengalaman ber'demo' pun turun dengan semangat berkobar-kobar walaupun tahu pasti akan ada tindakan daripada pihak 'anjing-anjing kerajaan'.
Kepada mereka yang ber'gumbira' melepaskan tembakan dan pancutan walaupun ketika kami sedang bersembahyang hajat yang diimamkan oleh Dr.Mujahid Yusuf, janji Allah swt pasti akan datang. Bersedialah kerana bukan selama-lamanya kamu akan hidup. Sesungguhnya doa orang yang kena zalim tidak ada 'hijab' disisi Allah swt walaupun yang berdoa itu orang kafir.
Wallahualam
Saya bersama-sama Dr.Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai), Dr.Mujahid Yusuf (Ahli Parlimen Parit Buntar) serta beberapa pimpinan dan exco DPP W.Persekutuan berada di Masjid Negara mengetuai perarakan yang pada asalnya dirancang menuju ke Istana Negara. Akan tetapi dihalang sebaik sahaja turun di Dataran Masjid Negara. Gambar yang terpampang di kebanyakkan blog (Dr.Hatta koyak baju) itu sebenarnya selepas pergelutan diantara polis dan beberapa lelaki yang cuba menyelamatkan Dr.Hatta dari ditangkap.Terima kasih pada sahabat yang berjaya menyelamatkan Dr.Hatta sehinggakan beliau sendiri ditangkap polis. Ini berlaku sebaik saja beliau menjejakkan kaki di dataran tersebut. Lalu Dr.Hatta memimpin gerombolan manusia ke arah yang bertentangan iaitu ke Bank Negara tetapi pihak polis menghalang betul-betul dihadapan Bank Negara. Akhirnya kami terkepung apabila FRU menyekat daripada semua penjuru.
Meriah suasana Ibu Kota tercinta hari tu"Anjing tu dah tembak kat belah sana" jerit orang ramai apabila melihat polis melepaskan tembakan gas pemedih mata kearah kumpulan yang datang dari arah Jln.Ipoh. Suasana ketika itu turut berubah seolah-olah sedang berperang. Saya dah lali dengan gas tapi hari tu 'first time' rasa 'air jahanam' tu. Memang pedih yang amat bila terkena air tu. Tapi bila mengingatkan yang azab Allah swt lebih pedih, terus tak terasa sakit di belakang.
Setelah mengamati, rata-rata yang hadir sememangnya mempunyai kesedaran yang cukup tinggi bahawa ISA adalah salah satu undang-undang yang zalim ciptaan UMNO. Kalau tidak, masakan yang tidak berpengalaman ber'demo' pun turun dengan semangat berkobar-kobar walaupun tahu pasti akan ada tindakan daripada pihak 'anjing-anjing kerajaan'.
Kepada mereka yang ber'gumbira' melepaskan tembakan dan pancutan walaupun ketika kami sedang bersembahyang hajat yang diimamkan oleh Dr.Mujahid Yusuf, janji Allah swt pasti akan datang. Bersedialah kerana bukan selama-lamanya kamu akan hidup. Sesungguhnya doa orang yang kena zalim tidak ada 'hijab' disisi Allah swt walaupun yang berdoa itu orang kafir.
Wallahualam








Ulasan
Catat Ulasan