Ayam-ayam tambatan umno/bn
BismiLlahirrahmanirrahim,
Setelah berakhirnya siri perhimpunan aman Mansuh ISA pada 1 Ogos 2009, kelihatanlah puak-puak yang kuat berkokok tetapi ekor penuh taik menjalankan tugas rencam mereka.
Jika ketika Mansuh sedang rancak membuat rencana untuk mengadakan himpunan tersebut, maka berkokok kuatlah ayam-ayam ini, mengatakan mereka akan turut berhimpun untuk menyokong akta zalim ISA ini. Mereka ingin sekali menunjukkan bahawa akta ini amat relevan demi menjamin keselamatan serta kesejahteraan negara kita ini. Walhal semua marhaen telah maklumi yang akta ini wujud sehingga kini tidak lain tidak bukan untuk menyelamatkan nyawa parti yang memerintah iaitu umno/bn.
Akhirnya ketika tiba hari yang dinantikan lalu mengaumlah 'singa' Mansuh melunaskan himpunan aman tersebut sedangkan ayam-ayam yang berkokok deras sebelumnya tiba-tiba tertunduk monyok laksana ayam yang tercekik dedak sahaja. Lalu dalam nada yang terketar-ketar berkatalah ketua-ketua mereka:
1. Kami akur kepada arahan polis untuk tidak berhimpun
2. telah kami dapatkan pandangan dari ahli-ahli agama agar tidak mencemarkan kesucian tempat ibadah
3. kami cuma datang dan memantau sahaja serta baju pun terpaksa kami tanggalkan atas arahan polis lalu kami beli baju lain di Central Market sebagai ganti
Aaduh!!! memang dasar ayam berkokok riuh sekampung tapi ekor penuh taik. Inilah gambaran pemimpin-pemimpin umno/bn masa depan, buka dada apabila berada sesama sendiri tetapi tertunduk layu berdepan musuh.
Namun, ayam akan tetap ayam. Sehabis sahaja himpunan aman tersebut, lalu berkokok lah mereka kembali. Kami akan usahakan agar para peniaga mendapat pampasan di atas kerugian berjuta-juta RM mereka kerana suasana huru-hara yang tercetus pada hari himpunan tersebut.
Kata mereka, cuma untuk mendapatkan gantirugi tersebut, para peniaga yang terlibat harus mengemukakan bukti kukuh pendapatan kebiasaan mereka pada hari-hari tersebut atau setidak-tidaknya penyata kewangan syarikat mereka sebagai pengesahan terhadap tuntutan mereka.
Hah! Hati-hati sikit wahai para peniaga semua. Jangan-jangan ini helah mereka untuk:
1. memerangkap peniaga yang tidak pernah membayar cukai pendapatan. Dari penyata kewangan anda itu pasti mereka akan tahu pendapatan bulanan anda dan tunggulah pegawai-pegawai cukai berkunjung ke premis anda
2. sengaja mereka menyulitkan permohonan anda agar anda mengambil keputusan untuk tidak membuat sebarang tuntutan dan akhirnya tak perlulah mereka menjadi perantara untuk menuntut pampasan tersebut
Dan mutakhir ini, mereka sekali lagi menjadi ayam yang dayus apabila menyamar sebagai sekretariat Mansuh dengan mengedarkan risalah-risalah kononnya Mansuh telah bersedia untuk membayar segala pampasan tersebut. Inilah kerja sang durjana yang bertopengkan manusia padahal hati penuh dengan kejahatan. Berhati-hatilah kamu wahai manusia jangan sampai ditangkap pihak berkuasa kerana penipuan kamu lalu disumbat ke dalam kandang ISA yang kamu puja-puja itu.
Allahu alam bissowab.

Ulasan
Catat Ulasan