Wahai Ulama... jangan biarkan diperbodoh

Hari ni kita lihat semakin ramai ulama berjaya dibodohkan oleh akhbar.. Tanpa mengetahui jalan cerita sesuatu peristiwa maka, hukum agama keluar dari mulut mereka.

Sebagai contoh mogok lapar tempoh hari, memprotes kerajaan haram Perak.... PAS Perak mengeluarkan arahan puasa untuk umat Islam manakala non muslim meneruskan protes mereka dengan mogok lapar. Tiba-tiba bila akhbar merujuk pada mufti, keluar fatwa hukum mogok lapar haram. Persoalannya adakah non muslim juga terikat dengan fatwa agama. Kenapa terjadi demikian? kerana mufti telah diperbodohkan oleh akhbar.

Semasa PM (zaman Tun DR M dan Pak Lah. Kita tunggu pula 31 Julai ni... untuk lihat PM baru) secara terang terangan bertafakur dan meletak bunga pada tugu negara. Mana para mufti? Hanya Mufti Perlis ketika itu, Dr Asri sahaja yang menegur amalan itu. Mufti lain?

Mufti di Malaysia tampak berani bila menegur pembangkang sekalipun berfatwa atas laporan yang salah. Namun bila kerajaan secara terangan-terangan melanggar hukum agama mufti kita kehilangan "telur".

Janganlah hendaknya institusi mufti ini masuk dalam senarai institusi yang dipertikaikan kewibawaannya oleh rakyat, selepas hancurnya kewibawaan institusi polis, institusi kehakiman dan institusi beraja.

Berbalik pada isu lilin dan Nizar. Nizar hadir dalam sidang Akhbar DAP dan dihujung sidang akhbar mereka memasangkan lilin tanda protes atas kematian misteri Teoh Beng Hock. Jalan cerita ini mesti diketahui terlebih dahulu sebelum keluarkan hukum. Jangan jadi ulama yang gian dengan microfon media, pantang tonyoh microfon terus melalak tak tentu hala.

Kalau nyala lilin tanda protes tak boleh? bagaimana dengan protes dengan lilit kain pada kepala? Bagaimana protes turun ke jalan raya untuk demonstrasi?

Ok lah kita jumpa pada 1 ogos nanti di KL. kita merah hitamkan bandar KL.
"Wahai ulama... pimpinlah kami ke jalanraya...

Ulasan

  1. walau apa pn...ulama tetap ade kedudukannya sendiri...xslh untuk ditegur krn ulama bkn maksum..tp harus la diperhalusi setiap knyataanya dan jgn terlalu cpt melatah..ulama mrupakan waris kepada nabi..dan ilmu mereka jauh lbih tnggi daripada kta yg xsbrpa..jgn dipertikai ilmu mereka..tetapi nak tgur biarlah kena pd gaya..tgi mn ilmu kta nak dbndgkn dgn pewaris nabi?setiap kelemhan hrus diperbaiki..bkn dgn ikutkn prsaan kt..insan yg lmah..smoga islam trus memimpin kta..dan mati dlm Islam..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular