PRK MANEK URAI : BN TAK HABIS-HABIS JANJI KOSONG DAN RASUAH

Ternyata BN memang tidak mempunyai strategi dan cara politik baru apabila terus menggunakan rasuah pembangunan dan janji murahan untuk memancing pengundi.
Semalam Mustapha Mamat berjanji akan menjadikan Manek Urai bukan setakat anak angkat tetapi anak emas.

Itulah janji Barisan Nasional (BN) jika berjaya merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai daripada genggaman Pas.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata, jaminan itu disampaikan sendiri oleh Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin kepada beliau dalam pertemuan malam tadi di sini.

Menurutnya, BN memang ikhlas dan jujur membantu nasib penduduk DUN Manek Urai yang sewajarnya memang perlu dibela setelah diabaikan oleh kerajaan Pas Kelantan.
Macamana rakyat percaya BN ikhlas sedangkan sebelum ini (sebelum YB Ismail meninggal) pemimpin BN langsung tidak menjenguk Manek Urai tetapi sekarang baru berjanji itu dan ini.
Saya yakin cara politik lama BN ini sudah difahami semasak-masaknya oleh pengundi Manek Urai dan mereka akan menolak BN secara mutlak pada 14 Julai ini.

Ulasan

Catatan Popular