Manik Urai - Kemenangan PAS Yang Pahit
Malam tadi penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tersentak dengan keputusan piliharaya kecil N41 Dun Manik Urai yang seolah-olahnya sukar dipercayai akan kemenangan tipis calon PAS Mohd Fauzi Abdullah dengan kelebihan 65 undi majoriti. PAS yang sebelum ini begitu yakin dengan kemenangan dan majoriti yang lebih besar kini mestilah bermuhasabah diri dengan kemenangan tipis ini seolahnya memperlihatkan rakyat sudah mula kembali kepada menyokong UmnoBN.
Untuk rekod PAS tidak pernah kalah dalam 11 siri pilihanraya umum melainkan pilihanraya umum 2004 yang mana calon PAS kalah tipis dengan 53 undi.
Apapun alasan yang diberikan oleh Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dan Jabatan Pilihanraya Negeri PAS Kelantan tentang kemenangan tipis calon PAS ini kononnya berlakunya penipuan dan pembelian undi sukar diterima walaupun ada bukti sahih. Hakikatnya rakyat masih lagi terliur dengan habuan dunia dan wang ringgit. Mana dia kefahaman rakyat selama ini yang mengatakan PAS ini adalah parti gerakan politik Islam dengan modal Islam Untuk Semua ( PAS For All).
Kami penyokong PAS walau bagaimanapun bersyukur dengan kemenangan ini kerana persoalan jawatan, kemenangan dan amanah bukannya soal kecil, kerana semuanya akan ditanya di hari kiamat nanti.
PAS telahpun kehilangan sebanyak 1287 undi majoriti dengan PAS merosot dengan kekurangan 398 dari undi terdahulu dan BN bertambah undi sebanyak 889. BN kini mula mendabik dada walaupun dari sudut demokrasi BN kalah tapi dari segi moralnya kejayaan BN mengurangkan undi PAS dan menambahkan undi calon BN adalah dikira sebagai kemenangan.
PAS harus memandang situasi ini dengan serius setelah sebelum ini bergelut dengan pelbagai isu nasional yang sekaligus menghakis harapan dan kepercayaan rakyat dalam mencari alternatif setelah Umno BN ditolak dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Layari : http://pasjohorbahru.com


Ulasan
Catat Ulasan