Kes Liwat: Berita Terkini Dari Mahkamah Tinggi

Terkini, Anwar Menang Mohon Dokumen Bukti

KUALA LUMPUR [3.40 pm] - Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau puas hati dengan keputusan mahkamah yang mengarah pendakwaraya menyerahkan bukti yang disembunyikan kepada pasukan peguambela. Membacakan keputusan kes pada jam 2.30 petang tadi, Hakim Zabidin Md Diah menyanggah hujah pendakwaraya yang mendakwa mahkamah tidak boleh memaksa pihak pendakwaraya menyerahkan bukti-bukti bukan dokumen. Hakim Zabidin berkata tiada sebarang peruntukan dalam undang-undang yang menghalang pihak pendakwaraya atau menyekat mahkamah dari mengemukakan bukti-bukti yang relevan kepada pasukan pembelaan. Mahkamah dengan ini mengarahkan pihak pendakwaraya harus menyerahkan akuan dari tujuh saksi yang akan ditampilkan oleh pendakwaraya, ujian rawatan perubatan dan nota pakar kimia dalam masa satu minggu. Peguambela Anwar juga diberi keizinan untuk menonton sedutan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) Saiful di kondo kejadian pula, sekiranya salinan pendakwaraya tidak jelas. Manakala sampel dan spesimen DNA gagal diperoleh atas "sebab-sebab keselamatan", begitu juga rakaman video testimoni penuduh, Saiful Bukhari Azlan, kepada polis pada 30 Jun 2008. Anwar berkata walaupun kes tuntut bukti memihak kepada beliau, namun mengingatkan pasukan pembelaannya berwaspada ekoran pengalaman lalu berhubung manipulasi bukti oleh pihak pendakwaraya. Pendakwaraya berkata pihaknya akan merayu kepada keputusan mahkamah ini, seraya membantutkan lagi persediaan Anwar nanti.

[Kemenangan moral yang pertama buat Anwar dalam kes ini. Apapun, banyak lagi perkara teknikal yang perlu diperhalusi demi memberikan keadilan kepada beliau. Saiful nampaknya senantiasa "berdoa" siang malam, kononnya beliau berada di pihak yang benar. Walhal, beliau kini semakin gusar bila mana melihat Anwar menang bagi mendapatkan dokumen bukti. Makanya, apakah CCTV dan video penuh yang dikatakan adengan liwat itu bakal diperolehi atau mereka masih juga akan memuarbelitkan fakta ini. Harus diingat, Nizar juga pernah menang dalam kes MB Perak dulu, namun esoknya Mahkamah Rayuan menggagalkan semua itu. Akhirnya Zambry Kadir kini terus menjadi Menter Besar Perak].

Mohon Dokumen, Mahkamah Putus Petang Ini

KUALA LUMPUR [12.44 pm] - Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan jam 2.30 petang ini terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat yang dihadapinya. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding pagi ini selepas peguam Anwar, Edmund Bon, Amer Hamzah dan R Sivarasa selesai mengemukakan hujah bagi permohonan mendapatkan dokumen dan barangan berkenaan. Hakim akan membuat keputusan ringkas petang ini tentang perkara itu.

[Apakah masih terdapat hakimm yang mempunyai maruah dan prinsip untuk mempertahankan keadilan serta undang-undang buat Anwar agaknya. Dalam kes ini, Anwar bukan lagi berhadapan dengan Saiful Bukhari Azlan. Sebaliknya beliau terpaksa berhadapan dengan Hakim dan Mahkamah, jika mereka jujur peluang untuk beliau bebas cerah. Namun, jika hakim dan mahkamah mengamalkan "Law Of The Jungle" maka kemungkinan besar Anwar bakal mendiami kembali Penjara Sg.Buloh dalam masa terdekat ini, jika tipu muslihat ini menjadi].

Sivarasa, Ada Cubaan Sembunyikan Bukti Kes

KUALA LUMPUR [11.32 am] - Perbicaraan hari ini bermula dengan peguambela Edmund Bon dan Amer Hamzah Arshad menyanggah dakwaan pendakwaraya Yusof Zainal Abiden yang kononnya mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pendakwaraya menyerahkan bukti kepada pasukan peguambela. Edmund menegaskan antara peranan utama mahkamah adalah menjamin hak tertuduh mendapatkan pembelaan yang rapi, terutama sekali apabila yang tertuduh mengheret pendakwaraya ke mahkamah kerana menyembunyikan bukti. "Pihak tertuduh berhak kepada semua bahan yang ada yang boleh membantu kes tertuduh, walaupun pihak pendakwaraya tidak menggunakan bahan-bahan itu dalam perbicaraan nanti," tegas Edmund. "Seseorang yang didakwa di bawah kesalahan jenayah harus di beri perbicaraan yang adil. Jika beliau tidak dapat di bicarakan secara adil, maka lebih baik dia tidak di bicarakan terus," tegas Amer Hamzah pula. Dalam penggulungan pasukan pembelaan menuntut pendakwaraya untuk tidak menyembunyikan bukti-bukti penting, peguam Sivarasa Rasiah (foto), menuduh pihak pendakwaan cuba menguburkan rekod yang menunjukkan mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak bersalah. "Risiko menyembunyikan bukti sepertimana yang berlaku dalam kes sukma Darwawan berlaku dalam kes ini. Lantas, permohonan ini adalah bagi menghalangnya dari berlaku, dan kita nampak tentangan jelas dari mereka," kata Sivarasa, lalu mengundang bantahan keras dari pendakwaraya Yusof Zainal Abiden. Pendakwaraya berkata mereka telah dan pernah menyerahkan dokumen kepada pasukan pembelaan, namun belum sempat Sivarasa bangun menjawab dakwaan Yusof itu, Hakim Zabidin Md Diah mencelah sebelum menangguhkan perbicaraan pada jam 10 pagi. Di luar mahkamah, Sivarasa berkata tentangan hebat dari Yusof kepada tuntutan klien beliau mengukuhkan dakwaan wujud konspirasi politik terhadap Anwar.

[Teori konspirasi dalam kes liwat ini semakin terserlah kini, pabila pendakwaraya mencari berbagai helah untuk menghalang Anwar mendapatkan dokumen berkaitan. Malah, hakim juga didapati meneruskan perbicaraan biarpun Anwar memohon untuk menggantikan Ketua Peguamnya yang kini sakit di HKL. Terlangsung dari itu, nampak benar sekarang bila dibicarakan kes liwat ini semakin mengarut dan kebenaran makin menjelma. Justeru itu, sama-samalah untuk kita berdoa agar mereka yang dizalimi akan selamat dari malapetaka ini. Soalnya siapa yang menjadi mangsa sekarang? Saiful Bukhari atau Anwar Ibrahim?].

Ulasan

Catatan Popular