'Ijtimak' Bhg. 2

Salam. 18 Rejab 1430 bersamaan 11 Julai '09. Semalaman di rumah anak perempuannya (emak mertuaku), dapat atok melepas rindu dengan anak cucu. Kami kemudiannya bersiap-siap selepas berjemaah Isyak di rumah dengan ber'imam'kan atok. "Kita nak pergi mana daddy?" tanya anakku yang sulung. "Hantar tok nyang balik. Nak ikut tak?". Berlari gembira anakku dengan pelawaanku itu tanda setuju.

Perjalanan dari Setapak ke Sepang mengambil masa lebih kurang 1 jam. Kami penuhi masa perjalanan dengan tazkirah. Bergilir antara aku dan atok. Penat atok, aku mencelah. Tak terasa jauh perjalanan. Tapi bagi ku, dah jadi rutin hidup sejak di pindahkan ke KLIA bulan Mac yang lalu.

Permandangan seperti semalam. Lautan manusia memenuhi segenap penjuru. Tapi kali ini lebih ramai lagi. Sesak betul. Parking dah jadi 3 lapis. Mujur ada ruang untuk parking berhampiran tempat parking semalam. "Daddy, nak ikut hantar tok nyang?". Aku mengangguk dengan senyuman.

Menuju ke Khitta 8, aku sempat bertanyakan pada seorang jemaah mengapa agak sesak malam ini berbanding malam semalam. "Pagi tadi sampai lagi 30 ribu jemaah tuan". Masyaallah, patutlah sesak 'kaw'nya. Kebetulan sesampai kami di Khitta 1, solat isyak baru bermula. Jam ditangan menunjukkan pukul 11.30 malam. "Mesti 'Bayan' habis lewat ni. Memang pun, antara tentatif program, selepas solat maghrib ada 'Bayan' oleh Maulana-maulana terpilih seluruh dunia.

Pemandangan Di Khitta 1

Solat Isyak Berjemaah

Dalam pemerhatian ku, ada diantara penduduk tempatan yang datang semata-mata untuk melihat sendiri bagaimana ijtimak atau perhimpunan ini berjaya menarik jemaah daripada seluruh pelusuk dunia untuk hadir demi kecintaan mereka kepada agama Allah swt tanpa ada paksaan atau kepentingan diri masing-masing.

Mereka begitu istiqamah dalam menyampaikan dakwah kepada seluruh umat. Dikala semakin ramai umat Nabi saw hanyut disebabkan leka dan lalai dengan dunia ditambah dengan pemerintah yang tidak mahu kepada Islam. Dan kalau mahu pun sekadar dibibir sahaja (tidak bersungguh) tetapi mereka iaitu jemaah tabligh ini hadir yang mana rata-ratanya yang dapat dilihat terdiri daripada golongan pemuda dan pertengahan, kesan daripada dakwah mereka. Mereka mendekati golongan pemuda tanpa rasa prejudis walaupun sesetengah mereka rokok tidak lekang di tangan.

Sepatutnya kita yang berjuang di dalam jemaah PAS ini mengikuti uslub dakwah mereka. Jangan kita bertelagah sebab matlamat kita sama. Baik PAS, tabligh atau tarekat, matlamat kita mengajak manusia mentauhidkan Allah swt cuma dari segi uslub yang berbeza. Berlapang dadalah. Kita tidak seperti UMNO yang hanya menggunakan agama untuk 'survival' politik mereka.

Ketibaan kami di Khitta 8 disambut jemaah Kubang Kerian yang sedang duduk merehatkan diri. "Mano hok lain?" tanya ku sambil menghulurkan tangan lantas bersalam. "Gi semaye. Hok tingga nih, jamok doh". Iya daa, mereka musafir.

Setelah selesai urusan, aku meminta diri memandangkan jam sudah menunjukkan jam 12.15 tgh malam. "Esok pagi ada program" kata ku sambil mengucapkan salam kepada jemaah. Wajah atok sayu melihat aku dan anakku pergi meninggalkan beliau. Mungkin masa yang diluangkan bersama terhad tapi apakan daya masa mencemburui.

Di Khitta 5 & 6. Jemaah Memenuhi setiap ruang

Sujud menyembah Allah swt yang Esa

Kagum dengan pemandangan

Selesai solat menuju ke arah khitta masing-masing. Makan 'time'

Khitta ini menempatkan jemaah daripada Sabah. Kalau tak silap

Khitta 1.

Khitta 1

p/s Imej yang di ambil hanya menggunakan kamera daripada hp Nokia N95 8gb jadi maaf jika hasilnya tidak memuaskan - Penulis




Ulasan

  1. Inilah satu usaha yang dapat menyatukan PAS dan UMNO dalam satu khemah, makan satu talam!

    Hakikatnya kita semua satu umat. Umat Nabi SAW.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular