'Ijtimak' Bhg. 1

Salam. Malam 17 Rejab 1430 bersamaan 10 Julai '09 pukul 11.00 malam, aku bergegas dari tempat kerjaku untuk mengambil atok yang mengikuti rombongan dari Kubang Kerian, Kelantan untuk menyertai 'Ijtimak Tabligh Sedunia' yang bertempat di Kuartes KLIA, Sepang yang dijadualkan dari 09 - 12 Julai '09. Aku sendiri tak tahu yang atok berminat mengikuti rombongan jemaah memandangkan kesihatannya yang agak terganggu kebelakangan ini. Tapi panggilan telefon pukul 04.30 pagi jumaat sebelum itu mengejutkan aku. Kebetulan memang minggu tu aku bekerja 'shift' pagi jadi aku terus bangun untuk bersiap diri."Atuk dok di Ijtimak nih. Male tadi sampa. Mu mari amik atok deh. Atok dok khemah lape (8)" katanya dalam loghat Kelantan. Diberi secara 'detail' macam mana nak jumpa dia disana tapi aku dengar endah tak endah je sambil berjanji akan datang mengambil dia. "Takkan tak jumpa, cari la nanti" bisik hati ku.

Setiba disana, keadaan tidak seperti apa yang ku gambarkan. Kelihatan kenderaan memenuhi setiap jalan dan ruang. Boleh dikatakan semua ruang diisi dengan kenderaan hatta padang dan kawasan rumput. Lautan manusia memenuhi setiap ruang. Di kanan jalan terdapat peniaga-peniaga sedang sibuk melayani pelanggan. "Parking sini je la. Bukan lama. Kejap je." kata ku sambil terus melakukan 'double parking' memandangkan jalan yang hendak menuju ke khitta (khemah) ditutup untuk kemudahan pejalan kaki. Dalam meredah arus lautan manusia, aku mencari khitta 8 seperti mana yang diberitahu. Permandangan begitu menakjubkan. Saiz khemah yang cukup luar biasa. Sempat juga aku bertanyakan pada jemaah di situ kepadatan isi khitta. "Tak ramai tuan, sekitar 5 ribu jemaah je satu khitta" jawab sahabat tadi selamba. Mungkin bagi dia suasana ini biasa tapi bagi aku, Masyaallah.

Kaki ku mula terasa penat disebabkan kawasan yang luas. Di tambah dengan keuzuran lutut kanan ku, ke'sengal'an mula dirasai. "Tu Khitta 8", tunjuk seorang jemaah. Aku memasuki kawasan khitta sambil menarik nafas kelegaan. Jumpa juga akhirnya.

Dengan bantuan seorang yang ku kenali dengan nama 'Ayah Leh' yang kebetulan terserempak di kawasan khitta, berjaya juga aku bertemu atok yang sedang berbaring merehatkan badan yang mana baru saja habis berjemaah Isyak. Masa menunjukkan pukul 12.15 tgh malam!

Permandangan dari tempat tidur atok ku

Suasana Khitta 8

Khitta 8 menghimpunkan jemaah dari Kelantan sahaja


Air Mineral sumbangan daripada jemaah. Percuma tuan. Datang bawa botol kosong je. 'Unlimited'

Saiz khemah Khitta 4

Ulasan

Catatan Popular