Ekuiti Bumiputra 30% Dimansuh : Mansuh Birotatanegara
Perdana Menteri, Najib yang menjadi pengganti Mahathir (bukan pengganti Pak Lah) sudah umumkan 30% ekuiti bumiputra akan dimansuh. Baca di link ini di utusan Malaysia [Link]Peristiharan Najib itu bolehlah dijadikan justifikasi untuk memansuhkan BIROTATANEGARA. Mungkin pelik apa kena mengena 30% ekuiti bumiputra yang dimansuh itu dengan BIROTATANEGARA!.
Sebenarnya BIROTATANEGARA menjadikan ekuiti 30% bumiputra itu sebagai hujah dan data yang mereka guna untuk memfitnah Anwar Ibrahim.
Dalam satu ceramah BIROTATANEGARA, kononnya masa Anwar TPM,ekuiti asing meningkat sehinggakan ekuiti bumiputra menjadi kecil. Penceramah pada masa itu ialah En.Wahab (orang utara), saya masih ingat lagi rupa dia. Data yang Wahab guna untuk menipu perserta di BIROTATANEGARA kononnya Anwar Ibrahim penkhianat kerana meningkatkan ekuiti asing.
Saya sudah tulis kisah ini di laman internet beberapa lama dulu.
Tetapi kini Najib sudah mansuhkan pula ekuiti 30% itu. Apakah hujan BIROTATANEGARA untuk menghalalkan tindakan Najib itu?.
Saya yakin 100% BIROTATANEGARA akan menghalalkan tindakan memansuhkan 30% ekuiti Bumiputra yang Najib umumkan itu walaupun ianya bertentangan dengan apa yang BIROTATANEGARA hujahkan selama ini.
Inilah peliknya manusia yang bertugas di BIROTATANEGARA itu, sanggup menipu dan membodohkan diri sendiri demi untuk menghalalkan tindakan pemimpin UMNO.
Oleh yang demikian, eloklah bubar saja BIROTATANEGARA kerana kerjanya adalah membuat data-data palsu untuk menipu orang lain sambil menipu diri mereka sendiri.
Sudahlah, Psikolagi Nordin Kardi tidak sesuai lagi dipakai samada di BIROTATANEGARA atau di INSTITUT PEMIKIRAN MAHATHIR, maklumlah beliau adalah Naib Cansellor university yang tak tahu minyak dan gas satu komoditi yang sama ketika menyoal Anwar Ibrahim dalam debatnya dengan Shabeery Chik satu masa dulu.
Muramatsu
England


Ulasan
Catat Ulasan