Apabila PAS dan Pakatan Rakyat Menang; Penyokong, ahli dan pemimpin akan lari tinggalkan UMNO/BN


Written by Wartawan Buletin

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita7/UstazHarunmasukkedai.JPGKUALA TERENGGANU – Ketua Dewan Ulama’ PAS, Dato’ Ustaz Harun Taib percaya, penyokong BN, khususnya ahli-ahli UMNO akan meninggalkan parti tersebut sebaik sahaja PAS dan Pakatan Rakyat mendapat kedudukan terbaik dalam politik di negara ini.

Beliau berkeyakinan penyokong Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin mereka akan bertindak meninggalkan parti itu pada bila-bila masa sahaja.

Lebih jelas, katanya, sokongan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN semakin meleset dan perkembangan ini akan mempengaruhi pengundi untuk beralih kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

(Gambar - Ustaz Harun Taib 'masuk kedai' minum pagi bersama warga Kuala Kemaman , Chukai, Khamis lalu)

Ulasan

Catatan Popular