Polemik Media pertembungan Ulama’ dan Professional
Demam pemilihan PAS tahun ini dilihat sangat sengit dan digembar-gemburkan sebagai pertembungan getir puak Profesional dan Konservatif. Malah Utusan sendiri mengulas peri pentingnya penerusan kepimpinan Ulama dalam PAS. Mengejutkan bukan? Sebuah akhbar yang selama ini menghentam, mengfitnah dan memutar belit setiap ucapan TG Nik Aziz, TG Haji Hadi dan setiap ulama’ didalam PAS tiba-tiba mendokong kepimpinan Ulama’?
Sejarah
Perjuangan menuntut kepimpinan Ulama disuburkan di dalam PAS bermula pada tahun 1982. Usaha menggerakkan kempimpinan Ulama dipelopori oleh Dewan Pemuda PAS yang ketika itu dipimpin oleh Dato’ Mustapha Ali(bukan ulama’) dan setiausahanya, Hj Subky Latif(juga bukan ulama’). Hasil dari usul dibuat oleh Dewan Pemuda PAS dalam Muktamar di Bukit Mertajam diangkat ke Muktamar Pusat dan disokong sepenuhnya oleh para perwakilan. Dari situ, bermulalah era kepimpinan ulama dan diteruskan dengan penubuhan Majlis Syura Ulama sebagai pembimbing yang memimpin pimpinan PAS agar tidak lari dari dasar Islam yang diperjuangkan PAS.
Main media bahawa berlaku pertembungan antara golongan ulama’ dan profesional sememangnya tuduhan yang tidak berasas dan tidak melihat kepada sejarah. Media jelas diperalatkan oleh UBN hanya semata-mata ingin melihat dan memperlihatkan kepada masyarakat bahawa penyakit gila Kuasa UMNO juga berlaku dalam PAS. Sejarah jelas menceritakan dan tertulis dengan jelas bahawa golongan Pemuda yang terdiri dari pelbagai latar belakanglah yang memperjuangkan Kepimpinan ulama. Persoalan ini sudah lama diselesaikan di peringkat akar umbi PAS dan jika ada yang tidak jelas maka eloknya kerap menghadiri usrah dan bersedia untuk ditarbiyyah.
Profesional sebagai pemimpin
Dalam pemilihan kali ini, dimainkan bahawa bertembungan yang amat dashyat diantara golongan konservatif dan erdogan atau ulama dan Professional. Media memainkan peranan yang sangat tidak matang apabila mengambarkan bahawa pertembungan ini boleh menyebabkan perpecahan dalam PAS. Pertandingan di dalam PAS sudah menjadi satu kebiasaan, seperti ulasan TG Haji Hadi pertandingan di dalam PAS adalah perebutan untuk berbakti kepada agama Allah bukan kerana merebut kemasyhuran.
Saya teringat pengalaman di Johor di kawasan Simpang Renggam, setiap kali pemilihan akan ada pertandingan Ust Atan dengan Ust Abdullah Husin dan tiada perpecahan pun antara penyokong, malah mereka berdua pun tidak kisah langsung siapa yang menang. Ust Atan adalah TPJ Johor dan Ust Abdullah adalah Ketua Dewan Ulama Johor. Inilah realiti di dalam PAS. Begitu jugalah yang berlaku di Pusat, semua pimpinan bertanding untuk menjadikan PAS lebih baik.
Kesimpulan
Perjuangan di dalam PAS ini menuntut kita semua berhadapan dengan musuh yang nyata dan tidak nyata. Kita semua haruslah bersedia berhadapan dengan pelbagai rintangan di dalam usaha menaikkan agama Allah di Malaysia ini. Kami di Dewan Pemuda akan terus mempertahankan PAS ini kerana Dasarnya yang sangat jelas iaitu Perjuangan Berlandaskan ISLAM, tidak kiralah golongan mana yang memegang tampuk kepimpinan.

Ulasan
Catat Ulasan