Orang kuat Sisters In Islam









Maria Chin


Noraini Othman


Pengarah executive SIS, Zainah Anwar

Sungguh islamik mereka ini.................................

"
Baca berita ini>..

Desakan tukar nama SIS tidak relevan - Maria Chin

PETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) menganggap cadangan supaya pertubuhan itu ditukar nama dengan tidak menggunakan nama Islam secara langsung sebagai langkah yang tidak relevan.

Malah Pengurus Kanan SIS, Maria Chin Abdullah menyifatkan cadangan tersebut sebagai tidak berkepentingan terhadap pertubuhan itu.

"Orang yang membuat cadangan itu kita anggap sebagai tidak relevan, dan cadangan itu juga tidak relevan," katanya kepada mStar Online.

Beliau mengulas cadangan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo agar SIS ditukar nama kepada nama lain yang tidak menggunakan nama Islam secara langsung bagi mengelakkan pandangan atau kenyataan daripada pertubuhan berkenaan menimbulkan resah di kalangan umat Islam.

Dr. Khir bagaiamanapun tidak bersetuju dengan cadangan PAS agar SIS diharamkan sekiranya didapati pertubuhan bukan kerajaan berkenaan (NGO) mengancam akidah umat Islam di negara ini.

Desakan sedemikian juga dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bandar Baharu-Kulim, Zulkifli Noordin yang turut meminta Suruhanjaya Syarikat Malaysia menyiasat SIS yang didaftar sebagai sebuah syarikat.

Mengulas lanjut, Maria berkata, desakan tukar nama SIS tidak perlu dibangkitkan kerana masyarakat sudah mengetahui dan memahami peranan yang dimainkan oleh pertubuhan tersebut sejak ia ditubuhkan.

"Orang awam dah tahu tugas kami, peranan yang kita lakukan... tak relevan timbulkan isu nama.

"Kita mahu orang nilai SIS dengan apa yang telah dilakukan, bukan dengan nama," katanya.

Tegas Marina, pertubuhan yang sudah wujud 20 tahun itu sentiasa berpegang kepada ajaran Islam sebagai agama yang membawa keadilan kepada seluruh umatnya.

Jelas beliau SIS berpegang teguh dengan prinsip dan matlamat untuk membantu golongan wanita Islam yang berada dalam kesusahan.

"SIS tetap dengan pendirian kami untuk bantu wanita Islam yang memerlukan bantuan... kita ada prinsip yang perlu dipertahankan," katanya.

Ulasan

  1. terjemahan Surah Al-Balad:

    1. Aku bersumpah Dengan negeri (Makkah) ini;
    2. sedang Engkau (Wahai Muhammad) tinggal di negeri ini (sentiasa ditindas),
    3. Demi manusia Yang melahirkan zuriat, dan zuriat Yang dilahirkannya;
    4. Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa Dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
    5. Patutkah manusia Yang demikian keadaannya (terpedaya Dengan kekuasaan Yang ada padanya dan) menyangka Bahawa tidak ada sesiapapun Yang dapat mengatasi kekuasaannya (dan menyeksakannya)?
    6. manusia Yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah Dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda Yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
    7. Adakah ia menyangka Bahawa tidak ada sesiapapun Yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu?
    8. (Mengapa manusia terpedaya dan bermegah-megah?) tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
    9. dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)?
    10. dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
    11. Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
    12. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui: apa Dia amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?
    13. (di antara amal-amal itu - bagi orang Yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi;
    14. atau memberi makan pada hari kelaparan -
    15. kepada anak yatim dari kaum kerabat,
    16. atau kepada orang miskin Yang terlantar di atas tanah.
    17. selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, ia (tidak pula) menjadi dari orang-orang Yang beriman dan berpesan-pesan Dengan sabar serta berpesan-pesan Dengan kasih sayang.
    18. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang Yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal Yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga).
    19. dan (sebaliknya) orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan kami, merekalah golongan pihak kiri. -
    20. mereka ditimpakan (azab seksa) neraka Yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular