PEraK: Bertamadunnya BN ??????

Oleh : Dr Khalil Idham Lim

2.40 ptg : Pergelutan di meja Speaker oleh BN

Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis.

Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

Sidang diceroboh masuk puluhan orang yang tidak dikenali.

ADUN OKU dari Aulong duduk di meja Speaker bagi menghalang Ganesan duduk di situ

Inilah deretan pendatang yang haram yang merampas kuasa Speaker

Siapakah mereka yang misteri ini?

Siapakah mereka ini?

Suasana tegang di kerusi Speaker

Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada dikerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haran, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

Raja muda Perak masuk ke dewan.

Kelihatan Dato' Seri Nizar dan Dato' Ngeh turun dari pentas Diraja selepas mengadap Raja Nazrin

Raja Nazrin sedang bertitah merasmikan Sidang DUN penuh bersejarah

Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk ke dewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalu Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun DS. Nizar memohon kami untuk duduk di kerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula sekali DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yang beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikaan ucapan perasmian.

Raja Nazrin Perkenan untuk bersalaman dengan semua ADUN

Raja Nazrin bersalaman dengan ADUN-ADUN setelah habis bertitah

Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Sidang DUN Ditangguh

Sidang DUN ditangguh sebentar tadi pada jam 4.05 minit

Sidang Akhbar jam 4.15 petang

Pada hakikat ada persidangan, kerana perintah awal tidak diikuti maka kami menghormati perintah Speaker.

Bagaimana hak Speaker tidak dipatuhi dan dirampas. DUN Perak telah dilacur dengan begitu dasyat dengan kerja yang keji dengan menggunakan orang luar.

Kami menghormati Raja Muda dan saya dititah oleh Tuanku mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat, apa yang BN buat usul dalam dewan semua itu tidak laku dan sah kerana telah ditolak sejak semalam lagi.

Apa yang dibuat oleh BN iaitu menidakkan Speaker telah menghina dewan cukup mengaibkan. Kemasukan orang luar satu tindakan yang tidak bertamadun.

Saya iringi Tuanku keluar dan Tuanku mengatakan Baginda mahu bekerja dengan Pakatan Rakyat.

BN meletakkan orang yang haram jadi Speaker. Sidang hari ini tiada dan tidak sah.

Terima kasih kepada semua media yang bekerjasama dengan baik.

Kita mahu DUN Perak dibubarkan, kerana kerajaan sekarang tidak sah.

Kenyataan Speaker Sivakumar

YB Siva diseret...tak patut sungguh kelakuan seperti ini!


Saya tidak iktiraf Ganesan sebagai Speaker kerana saya telah tolak usul perlantikan Speaker.

Saya dibawa ke satu bilik oleh polis, saya jatuh 2 kali.

Media juga maklumkan seramai 8 orang telah dikasari dan ada yang koyak bajunya.

Saya diletakkan dalam satu bilik sekitar jam, yang jelas semua arahan Speaker telah diingkari.

Dari awal Speaker telah dihalang dengan usaha untuk menghalang media dari masuk untuk membuat liputan.

Kenapa ada arahan orang luar masuk dengan ada tanda nama, sebaliknya saya mohon 7 Ahli Parlimen masuk tapi ditolak. Jadi jelas ada campurtangan pihak lain keatas kuasa Speaker.

Nizar : Saya akan segera mengadap Tuanku untuk mohon bubar DUN

Saya dalam masa terdekat untuk mengadap Tuanku untuk memohon Perkenan bubarkan DUN Perak.

Hubungan saya dengan pihak Istana baik dan saya akan menggunakan hubungan baik ini untuk mohon mengadap kata NIzar dalam sidang media sebentar tadi.

Lebih 300 orang polis bertugas di bangunan Dewan Negeri

Kumpulan polis berpakaian biasa keluar dari bangunan Dewan Negeri Perak.

Dari tingkat dua Bangunan SUK jelas kelihatan deretan polis keluar dari bangunan SUK

Perbarisan tamat tugas untuk ceroboh Dun Perak

Pasukan Polis berpakaian biasa sekitar 300 orang berbaris sebelum bersurai

Pangkat di bahu baju Dress no 1 saya tinggal 1 sahaja, hilang dalam pergelutan pertahankan speaker


Ipoh: Satu malapetaka dan pencabulan hak oleh pihak yang tidak sepatutnya hadir dalam Sidang DUN tapi kali ini bila lebih 300 orangpolis berpakaian seragam dan tidak, diarah oleh pihak yang tidak sepatutnya dan mengundang kekecohan Sidang Dun hari ini.

Saya sendiri terserempak dengan segerombolan mereka yang sedang mengadakan 'rowcall' atau perbarisan tugas di lantai bawah berhampiran tempat letak kereta sebentar tadi.

Merekalah antara yang berpakaian biasa yang masuk dan menganggu persidangan sehingga menimbulkan kekecohan yang tidak sepatutnya.

Selain itu merekalah yang mengusung dan menyeret Speaker Sivakumar keluar dan dikurung di sebuah bilik rahsia yang mengikut maklumat awal adalah stor.

Inilah demokrasi yang tercemar di Perak hari ini. Sejarah pertama sebuah Dewan telah diceroboh oleh begitu ramai pegawai keselamatan. Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya menyalahkan orang yang mengarahkan mereka bertugas di tempat yang tidak sepatutnya.



Ulasan

Catatan Popular