Pendirian Sasterawan Negara Pak Samad Said
Saya amat kagum dengan pendirian Sasterawan Negara Pak Samad Said meminta Dewan Negeri Perak dibubarkan. Beliau menyatakan pendiriannya semalam dalam satu Program untuk menjelaskan isu PPSMI di Perkarangan Surau Taman Meru 2B, Jelapang.Pak Samad menuntut supaya Dewan Negeri dibubarkan sehubung dengan peristiwa kekecohan yang telah berlaku pada 7 Mei 2009. Situasi di Perak sekarang adalah seperti layang-layang putus. Setiap orang yang rasional mempunyai pandangan yang sama iaitu 'Pembubaran DUN Perak' Ini merupakan semangat nasionalisme yang perlu dihormati oleh semua pihak.
Sikap kenegarawanan harus wujud dikalangan semua pemimpin-pemimpin di negara ini. Sikap ini hanya boleh dicapai apabila pemimpin-pemimpin ini sanggup tunduk kepada permintaan rakyat. Syabas diucapkan kepada Pak Samad yang bukan sahaja seorang sasterawan, malah telah menunjukkan sifat seorang negarawan yang tulen.


Ulasan
Catat Ulasan