MOGA ALLAH PERKENANKAN DOA RAKYAT
BismiLlahirrahmanirrahim
Sudah lama saya tidak menulis namun keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang memberi kemenangan mutlak kepada MB Perak, DS Ir Nizar Jamaluddin serta barisan exco kerajaan PR Perak amat meruntun hati sanubari untuk menyambung wadah siasah ini.
Sebaik dikekalkan jawatan sebagai MB Perak, DS Nizar telah bertindak memecat Penasihat Undang-Undang Negeri dan SUK kerana telah tidak memberikan kerjasama serta telah mencetuskan kegusaran dan kebimbangan kepada sekelian rakyat terutamanya rakyat di negeri Perak.
Namun kita percaya, kerajaan UMNO/BN akan cuba mencari jalan dan ruang untuk berbuat apa sahaja demi memastikan kemenangan ini tidak menjadi sesuatu yang mudah. Ini kerana mereka telah dengan rakusnya sebelum ini mencabul institusi diraja, merogol kedaulatan Undang-Undang serta membunuh segala sistem demokrasi yang menjadi tunggak kebebasan rakyat diseluruh dunia.
Selanjutnya, DS Nizar telah dengan jelasnya mengatakan bahawa beliau akan segera mengadap ke Bawah Duli Tuanku Sultan Perak untuk mendapat perkenan agar DUN negeri dapat dibubarkan segera demi mengembalikan hak kepada rakyat untuk memilih sekali lagi secara demokrasi kerajaan yang adil serta berkebajikan untuk semua.
Kita yakin dan percaya kebawah Duli Sultan Perak yang adil dan saksama pasti akan melihat limpah rayuan ini dengan tenang serta penuh kebijaksanaan.
Kerana apabila telah dikembalikan hak kepada rakyat, seandainya mereka inginkan keadilan sejati, semestinya kerajaan PAKATAN RAKYAT lah pilihan mereka dan jika memilih UMNO/BN, maka bersedialah untuk kekal diperbodohkan serta diperkudakan.
Rakyat Perak bukanlah calang-calang orang yang akan mudah diperbodohkan. Keputusan di PRK Bukit Gantang telah menjadi bukti, bahawa mereka amat bijak lagi laksana. Tidak kira siapa anda, penyokong PR ataupun ahli UMNO, pilihlah kerajaan Pakatan Rakyat demi menjamin masa depan anak dan cucu-cicit kita nanti.
Untuk itu, marilah kita berdoa semoga pembubaran DUN negeri akan menjadi realiti serta ALLAH akan memberikan kemenangan kepada kebenaran serta menidakkan kebathilan kerana sesungguhnya kebathilan yang telah berkuasa lama pasti musnah jua akhirnya.
Amin Ya Rabbal 'Alamin

Ulasan
Catat Ulasan