Bukan Bodoh Lagi..dah Sasau

Zahid Yusof



Apabila saya paste catatan kedua Ust Nik Abduh ke dalam blog ini, tiba-tiba lepas 2 jam saya terima sms dari Ust Din Tantawi, dia cakap “kalau nak jadi blogger copy paste baik tak payah jadi”, oklah, saya pun dah lama tak menulis, hambatan masa yang tidak mengizinkan, dari PRK Kuala Terengganu, kekalutan Isu Perak, PRK Bukit Gantang dan baru selesai Mesyuarat Agung Kawasan, kecuali isu Perak semuanya memerlukan tumpuan 200%, mungkin sekarang ni baru ada peluang untuk membuat sedikit catatan

Sebenarnya saya tidak mempunyai hak untuk mencampuri pembelaan seorang anak terhadap ayahnya, apabila kita melihat ayah kita cuba di pergunakan, sementelah lagi kita mengetahui sifat ayah kita yang selalu husnuzan kepada orang sekeliling kita pastinya rasa membuak-buak untuk membela ayah kita semakin kuat, Ust Nik Abduh telah melakukan apa yang sepatutnya di lakukan oleh beliau sebagai seorang anak, yang pasti apa yang di perkatakan ini pastinya tiada sebarang kepentingan kecuali kepentingannya sebagai seorang anak, hubungan beliau dengan TGNA sebagai seorang anak pastinya melebihi daripada hubungan politik bahkan dari segala hubungan, Cuma yang menjadi persoalan kita hari ini ialah mereka yang cuba membela diri, cuba untuk mentakwilkan pembelaan anak kepada bapanya, apa hak anda untuk mentakwilkan ini, sehingga menseranah Ust Nik Abduh dengan macam-macam, pasti ada kepentingan….kepentingan apa tu…pasti orang yang sekarang ini terlompat-lompat kepanasan tahu… tapi yang peliknya…Ust Nik Abduh hanya cakap pembantu ayahnya di Kelantan je, dari Driver ayahnya sehingga ke TMB Ust Ahmad Yaakob, termasuk di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan dan Kota Darul Naim….tapi yang hairannya yang duk di Shah Alam yang terlompat, yang dok di Perak pun terlompat….dan yang lebih dahsyat lagi yang duduk di Dubai (kalau tak salah) pun ikut terlompat…kenapa begitu sekali?!! Apa masalah anda…Ust Nik Abduh cakap pembantu-pembantu ayahnya di Kelantan…sepatutnya orang Kelantan je yang tampil….yang merasakan diri mereka sebagai pembantu TGNA yang memberikan maklumat yang silap sehingga anak kepada TGNA melenting kerana mempergunakan ayahnya..tapi yang kat Kelantan ni senyap je…mungkin betul dan tepat tembakan Ust Nik Abduh tu.

Saya mengenali Ust Nik Abduh secara peribadi….mungkin beliau tidak lagi mengenali saya…tak kisah pun perkara tu, tetapi sepanjang pengenalan saya dengan beliau, beliau macam ayahnya juga selalu husnuzan, saya pernah ke Iskandariah, hatta ke Jabal Musa di St Catherine dengan beliau, kalau nak kata anak butir TGNA pun saya boleh perakui, kalau di bimbang dengan sifat husnuzan ayahnya sehingga ada orang keliling boleh mengambil kesempatan, maka saya pun pada masa itu berasa demikian, bimbang yang baik itu takut orang mengambil kesempatan darinya. Dengan sifatnya yang demikian tiba-tiba dia meletup dengan satu tulisan yang menggegarkan banyak orang, gegaran yang mungkin boleh sebabkan tahta yang sedang di duduki sekarang ini akan runtuh, dan juak-juak yang sedang menjunjung tahta itu akan turut sama runtuh. Kalau kita tengok filem Lord Of The Ring dalam episod Return Of The King, apabila Tower Sauron runtuh maka segala orcs dan segala penjahat yang bernaung di bawah Tower itu turut hancur walaupun mereka berada di mana sahaja, itu mungkin yang di bimbangkan oleh mereka-mereka yang berada di Shah Alam, Perak and Dubai atau di mana-mana sahaja, mereka pun akan turut runtuh sama.

Bila kita membaca catatan Ust Nik Abduh, Kerja-kerja bodoh dalam PAS 1&2 jelas kepada kita bahawa pola perbicaraan hanyanya berkisar tentang ketidak puasan hatinya terhadap mereka yang ada di keliling TGNA, di sebabkan beberapa perkara yang beliau telah sebut dan jelaskan, sepatutnya mereka yang tidak puas hati dengan penyataan ini mendesak supaya mereka yang telah melakukan perkara ini tampil dan memerikan keterangan bukan membebel dan menista Ustaz Nik Abduh, sehingga cuba ungkit kepada pembantu-pembantu Presiden pulak yang di sebut bodoh ada, gila pun ada… tak apa, kalau kalau betul pembantu-pembantu Presiden tak betul, bodoh dan gila tentu Ust Mohd Khalil bin Abd Hadi atau menantu presiden di Ustaz Zaharuddin Mohammad tidak akan berdiam diri, thiqah ana kepada kedua-dua ini, Ust Khalil dan Ust Zaharuddin sama thiqah saya kepada Ustaz Nik Abduh, keilmuan mereka, akhlak mereka, tok leh nok te’.

Saya bukan nak berhujjah tentang unity Government, sebab Ust Nik Abduh pun cakap bukan tujuan dia membuat catatan gempar ini, Cuma dia sebagai anak tidak berpuas hati dengan segelintir penasihat ayahnya yang melakukan kerja tak betul…..walau bagaimanapun amat malang apabila ada orang cakap Ust Nik Abduh tak faham ayah dia?!!!! Hooooiiiii kita bukan berbicara tentang Ust Nik Abduh yang umur 5 atau 10 tahun yang kadang-kadang lebih baik kita suruh dari kita larang…tapi yang kita bicarakan ini ialah Ust Nik Abduh yang umurnya sudah 30an, yang telah belajar dari India ke Pakistan dan ke Mesir.. janganlah kita rasakan bahawa kita lebih faham dan reti bahasa TGNA dari Ust Nik Abduh, jangan kita rasa kita lebih tahu perangai TGNA walaupun kita setiausaha dia ke atau Exco kanan dia ke dari Ust Nik Abduh dan adik beradik dia….cakap kita tu kena tapis jugak..jangan la melampau sangat…
Akhir sekali……apa yang kita mahu…mereka yang di sebut oleh Ust Nik Abduh dalam tulisan nya tu sila tampil kenapa dia buat cam tu….bagi yang duduk jauh dan bukan dari golongan yang di nyatakan oleh ust Nik Abduh tak payah nak ber’mee goreng’ di sini…mujur Ust Nik Abduh beri gelaran Mee Celup (sebab itulah hakikatnya, Imam syafie pernah berkata antara syarat menuntut ilmu agama ini ‘masa yang panjang’) dah kira bagus la tu…boleh jugak di makan dan laku jugak di jual.

Ulasan

  1. USTAZ NIK ABDUH ANAK KANDUNG TGNA

    Si A memerintah ada individu lain mengila dan kadangkala digilai. Individu gila bila dipenawari mungkin sembuh atau terus melarat. Bila sembuh bersyukurlah dan setelah melarat agak sukar untuk diubati. Ke manakah sesuai dibawa individu gila yang melarat? Tanjung Rambutan / Tampoi / dilepas bebas - meracau - terus dibiarkan supaya menganggu persekitarannya. Setelah sampai ke tahap ini, sukar untuk mendapatkan pakar pemulihan yang serasi dan organisasi berkenaan termusnah untuk sementara waktu / diubahsuai etika dan polisi yang baru atau dilenyapkan selama-lamanya.

    Produk atau organisasi termusnah rumit sekali untuk dipulihkan. Partai Negara, Berjasa, Hamim, S-46 dan lain-lain, di mana sekarang? Mungkin memerlukan alatganti baru / '2ndhand sparepart' / alatganti terubahsuai / organisasi berkenaan diburai-burai dan dilusuhkan - terdermalah sebagai kain buruk.

    Apa hal pula di Kelantan ni - janganlah melakukan kerosakan kepada sistem pemerintahan sekarang - tak payahlah pisang yang ditisu kulturkan berbuah dua kali. Ingat semasa Dato Asri Muda dan Dato Mohd. Nasir (kedua-duanya anak guri PAS) - lepas 18 tahun, PAS rebah dan selepas 18 tahun pula PAS kembali berkuasa. Semasa PAS dalam BN, TGNA di mana?

    Sekarang le ni, melebihi 18 tahun dah TGNA bersama kuncu-kuncunya menangani memerintah secara aman di Kelantan : Penggunaan duit negeri tidak seperti jirannya - Pembangunan tiada tapi bangunan konkrit dan batu-bata sentiasa naik / bercambah - Kunjungan pelancong sentiasa sesak terutama musim cuti / bulan puasa - Lebuhraya tiada, tak kaluklah fikir pasal tol sesuatu tempohmasa.

    Taksahlah kita mengundurkannya. Khomeini mengundurkan setelah simtom-simtomnya ditunjolkan oleh Ahmadejab. Satu tempohmasa TGNA pun akan berundur. Janganlah kuncu-kuncunya menghuruharakan persekitaran, ni rumah tangga anak-anak Kelantan, kita ada Gerak (Pengerusinya DIA)yang boleh menandok sesiap sahaja?

    Renungi dan kenalilah dahulu siapa Ustaz Nik Abduh dan TGNA, tak mungkin terjadi bahawa ayah kandung dihentam oleh individu harapannya, anak memeluk tubuh dan melihat sahaja. Apakah isu-isu hentaman tersebut mungkin diada-adakan, demi kehendak nafsu - harta dan kuasa. Janganlah kita meniru tiru / mempelagiat amalan pemimpin-pemimpin partai pemerintah negara ke dalam organisasi kita.

    Aduhai pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PAS sedemikian, elakkan berperangai Flavius Josephus, salah seorang pemutar belit keaslian kitab-kitab Zabur, Taurat dan Injil serta memplagiat beberapa peristiwa daripada kitab Al-Quraan, akhirnya mendakwa Nabi Muhammad SAW mencipta Al-Quran dengan menceduk beberapa peritiwa dari hasil nukilannya.

    Sedarkah bahawa asalnya kita lemah dan buta politik - setelah dibimbing, kita bersebelahan dengannya dan akhirnya kita musnahkan kariernya?

    Konsep mempelagakan Asri - Nasir menyebabkan PAS runtuh selama 18 tahun. JANGAN diagrevasikan semula kepada TGNA untuk menyingkirkan PAS dari negeri Kelantan.


    Ismail En.Weil
    10 Mei 2009

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular