AYAHANDA KAN TAK SUKA PERGI HOSPITAL
BismiLlahirrahmanirrahim
Kisah 3 Abdul.
Abdul Wahib:"Adinda kan tahu, ayahanda tak suka pergi hospital, mengapa disebut-sebut pasal hospital".
Abdul Wahub:"Oo...sebut pasal hospital saje, harta kena potong ye?
Kalau diperhalusi tentang dialog di atas, jelaslah ia amat sesuai untuk dikaitkan dengan Najib Tun Razak.
Setelah sekian lama spesies bernama umno memerintah negara bertuah ini, akhirnya mereka menunjukkan suatu kelakuan yang amat menghairankan kita. Dah nyanyuk lah tu dan pastinya buang tabiat nak mampus.
Perkara tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah apabila mendengar perkataan "PILIHANRAYA".
Jika Tuan Ismet Ulam Raja tersangatlah takut dan fobianya apabila mendengar perkataan HOSPITAL, pemimpin umno yang sorang ni pula teramatlah takut @ fobia @ gapla @ jingga apabila terdengar perkataan PILIHANRAYA ini.
Ini telah terbukti apabila ia berusaha untuk menidakkan perletakkan jawatan YB Fairus Jaafar di DUN Penanti agar tidak diadakan pilihanraya, tetapi apabila YB Penanti itu tetap dengan pendiriannya meletakkan jawatan dan membenarkan pilihanraya berlaku di sana, Najib terus melatah untuk tidak meletakkan calon BN di sana. Pelik tu. Sebelum ini mana pernah ada pemimpin umno yang takutkan pilihanraya. Tersenyum lebar adalah.
Begitulah apabila Najib merasa cukup lega apabila YB Elizabeth tidak jadi letak jawatan di Bukit Lanjan. Tidak seorang pun dari pimpinan umno termasuk Khir Toyo yang berani mengutuk tindakan kerajaan PR Selangor yang kembali mengambil seorang pemimpin yang tak bermoral kononnya untuk terus menerajui Bukit Lanjan. Pada mereka biarkan ajelah, asalkan YB Eli tidak letak jawatan dan tiadalah pilihanraya.
Kalau tidak, sampai kelubang cacing pemimpin PR akan diasak mereka.
Terbaru ni, ADUN Kota Alam Shah pula menggugut untuk letak jawatan dan membayangkan perlu diadakan suatu pilihanraya di sana. Hah! Dengan serta-merta Najib melepaskan YB Manoharan dan beberapa tahanan ISA yang lain demi mengelakkan berlakunya pilihanraya lagi. Senang pulak tahanan ISA nak dilepaskan.
Kalaulah Mat Shah, suami kepada Norlaila adalah seorang ADUN, pasti dah lepas sekarang agaknya. Ugut aje nak letak jawatan.
Kini, apabila DS Nizar dengan lantangnya menggegarkan otak kiri Najib dengan laungan akan memohon perkenan Duli Sultan Perak untuk dibubarkan DUN Perak dan buat pilihananraya sekali lagi di negeri Perak.
Puhhhh! Tak dan sehari, kelam kabut mereka mencari jalan agar perkara ini tidak berlaku lalu dikerahkannya Mahkamah Rayuan bertindak. Amat pelik lagi menghairankan apabila Mahkamah Rayuan boleh menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang telah mengisytiharkan DS Nizar sebagai MB Perak yang sah hanya dalam masa tidak sampai pun 5 jam.
Ia boleh dianggap sebagai sebutan kes yang paling pantas pernah berlaku di dalam dunia ini. Selalunya sesuatu sebutan kes akan mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari untuk diadili tetapi berlainan pula yang berlaku apabila umno inginkan sesuatu. Boleh saje.
Itulah kekanda dah cakap "Kan Najib takut dengan pilihanraya, kenapa disebut-sebut pasal pilihanraya".
Apa yang akan berlaku selepas ini, hanya ALLAH yang tahu namun marilah kita berdoa kepadaNYA agar kebenaran akan terserlah jua akhirnya. Amin

Ulasan
Catat Ulasan