MENGKAJI KELEMAHAN DALAM PILIHANRAYA KECIL

OLEH: MAT_TERAB
Walaupun tiga hari telah berlalu PRK di tiga kawasan yang di gelar dengan ringkasnya dua bukit satu batang namun bahang pilihan raya yang baru saja berlalu itu masih lagi terasa oleh kita, terutama sekali jentera-jentera pakatan rakyat di ketiga-tiga kawasan itu.
Walaupun semua tahu keputusannya agak manis bagi pakatan rakyat yang mana pakatan rakyat dapat menguasai dua bukit itu manakala Bn hanya dapat menguasai satu batang saja, sebenarnya keputusan tersebut telah dapat di ramal lebih awal oleh penganalisis politik dengan senario politik hari ini.
Kemenangan Pakatan Rakyat di Bukit Selambau PKR saudara S.Manikumar dan Bukit Gantang Ds Ir. Nizar PAS merupakan satu kejayaan yang besar bagi Pakatan Rakyat yang mana kesinambungan dari Sunami Politik PRU12 dan PRK Pmtg Pauh dan Kuala Terangganu. Tahniah di ucapka kepada kedua calon dan seluruh jentera pakatan rakyat.
Kemenangan kali keempat berturut-turut ini sebenarnya satu anugerah yang besar dari Allah buat suara rakyat yang selama ini di nafikan dalam banyak hal, namun kemenangan ini juga jangan lah pula jadikan kita mabuk dan lalai. Sekiranya kemenangan ini akan di jadikan satu iktibar atau motivasi kepada kita insya Allah ia boleh di jadikan satu momentum untuk kita, suara rakyat mencipta satu kemenangan yang lebih besar di masa akan dating iaitu PRU13.
Sebenarnya kita, pakatan rakyat tidak menpunyai banyak masa lagi untuk ‘berhoney moon’ walaupun kita dalam posisi yang menang, ini kerana tugas yang amat berat telah diletakan oleh rakyat untuk di galas oleh pakatan rakyat untuk menawan Malaysia dari pemerintahan yang Zalim dari Rejim Bn dalam PRU13. Tugas ini memerlukan momentum yang amat kuat dan jitu memendangkan pesaing kita juga telah sedia bergerak kedepan dan sedia menyusun kembali bala tenteranya yang sebelum ini kelihatan agak goyah.
Di negeri yang telah berjaya kita tawan, harus kita kekelkan dan pertingkatkan usaha lagi dan buktikan kita dapat menunaikan janji-janji kita dalam misi menbela rakyat tidak kira masa dan dalam apa jua kaadaan.
Pakatan rakyat juga harus menubuhkan satu jawatankuasa menkaji kelemahan-kelemahan dan menbuat bedah siasat terutama terhadap kekalahan kita di Btg Ai dan kekalahan kita di berapa peti undi terutamanya peti undi yang majority melayu di Bkt Gantang dan Bkt Selambau. Dengan menkaji kelemahan ini semoga kita dapat menperbaiki kelemahan kita dan dapat tampil dengan megah dan bergaya lagi dalam Pilihanraya akan datang.


Ulasan
Catat Ulasan