31 Okt 2008

Senandung Rakyat.....
chedet31 Okt 2008 0 Komentar

PANTUN NOGHORI
Sopanjang jalan ko Padang Sobang
lombu toberak moghato-ghato
moghantau lamo kek tompek oghang
adat popateh den tak kan lupo.

Tongah laman kombang konagho
hari potang potik sobakol bungo
walau banyak bahso den dah cubo
bahso noghori jugak den banggo.

Padang Sobang dokek Pokan Gadek
ghumah boderek bobagai tanggo
maknushiyo lomah kuek mombodek
sampai maso happah pon tak do.

Kambing Pak Ganting masok kobun
habih dibaham anak pucuk ubi
maleh boto molayan oghang ghabun
takot bodosho sampai ko mati.

pantun di atas diambil 100% daripada halaman:
http://halela.blogspot.com/search/label/Pantun

Jiwa Hamba
chedet 0 Komentar


Buku Baru:
Sudah Terbit Sebuah lagi Tulisan Azizi Abdullah, Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Sebuah Buku Kritikan Adat Di Antara Yang Menyebabkan orang Melayu Mundur.

Pedas! Berani! Berterus Terang!

Nama Buku : JIWA HAMBA
Penulis : Azizi Hj. Abdullah
Penerbit : Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Tebal : 168 muka
Harga : RM15.00 (Termasuk pos)

(Pesan kepada Azizi Hj Abdullah, 424 Taman Bersatu, 09000 Kulim Kedah, HP 012 4396060. E-Mail: tukya_azizi1426@yahoo.com.my.)

Bayaran mestilah dijelaskan melalui Kiriman Wang atas nama Azizi bin Abdullah.

MENGAPA JIWA HAMBA?

Soalan ini bukan soalan matematik yang bererti 2 x 5 jawabnya 10. Soalan ini memerlukan masa yang panjang. Di zaman umat Melayu dipengaruhi adat Hindu, kemudian dijajah sehinggalah di zaman kolonial, kesannya terdapat pada hari ini, malah acara, adat dan undang-undang itu sendiri masih berakar umbi dari mereka.

Datuk nenek moyang dan salasilah dari mana kita ini? Jawapannya masih kabur. Jika diselidik adat resam dan budaya yang dipertahankan itu, ternyata ia dari pengaruh Hindu. Relakah mereka yang mempertahankan adat budaya seperti ini dikatakan dari keturunan Hindu?

Kita perturunkan di bawah ini beberapa sebutan dari kelompok-kelompok tertentu yang sebenarnya bersifat jiwa hamba , yang bagi kita boleh tergeleceh akidahnya. Kebanyakan istilah keramat yang digunakan oleh institusi ini ialah daripada kepercayaan Hindu, sedangkan institusi yang mengamalkan istiadat gelar bergelar ini beragama Islam.

Orang Kaya-kaya Laksamana,
Orang Kaya Panglima,
Maharaja Indera,
Maharaja Dewa,
Sendewa Raja
Indera Lela
Sakna dan Dewa Raja, Ratna Sakti.
Dewa Mahkota
Demang Perwira
Pekerma Wati- Amar Dewangsa-Pendewa Sakti dan lain-lain.

Panggilan dan anugerah ini mengikut pengertian Kamus Dewan dan lain-lain kamus seperti berikut:

1. Laksamana: Gelaran tertinggi dalam angkatan tentera laut. (Adakah yang menerima gelaran ini dari kalangan mereka yang berkhidmat dalam tentera laut?)
2. Indera: Betara-Dewa yang memerintah di angkasa (Menurut kepercayaan Hindu.)
3. Dewa: Roh yang dipuja-puja kerana dipercayai berkuasa ke atas alam dan manusia.
4. Sedawa: Bahan kimia ubat bedil atau bunyi yang keluar dari kerongkong kerana kenyang. Ertinya jika Sendawa Raja; Raja yang seperti ubat bedil atau raja yang hanya asyik bersendawa.
5. Ratna Sakti: Puteri yang memiliki kuasa di luar kemampuan manusia.

Tetapi bagaimana pengertian istilah itu? Adakah istilah di atas melanggar hukum, berunsur sifat-sifat syirik yang kita bentangkan di atas?.

Di mana tuan guru dan para ulama yang menjadi penasihat institusi seperti ini?

Unsur-unsur syirik bukan sahaja daripada perbuatan tetapi juga daripada perkataan, daripada yang seumpamanya, daripada keserupaan dan subahat.

Aneh! Sangat malang, apabila kita dapati cerdik pandai dan bertaraf tinggi tetapi membiarkan istiadat ini bercampur baur dengan khurafat, unsur-unsur syirik. Beberapa istiadat (kononnya) kecil diwujudkan seperti:

1. Istiadat Jamuan Menyemah Jin-jin.
2. Istiadat Membantai Kerbau
3. Istiadat Mengambil Air Dari Sungai
4. Mandi Balai dan lain-lain.

Segera dapatkan atau kunjungi di Pesta Pulau Pinang pada 13-14 Disember 2008, sempena Hari Sasterawan Azizi Hj Abdullah di Gerai Khas.

20 Okt 2008

UMNO OH UMNO
chedet20 Okt 2008 0 Komentar


Pemilihan UMNO sudah bermula..walaupun peralihan kuasa yang pada awalnya dipersetujui akan berlaku pada tahun 2010 akan tetapi tekanan yang begitu hebat dan desakan yang begitu kuat telah menyebabkan Pak Lah mengalah dan peralihan kuasa akan berlaku pada bulan MAC 2009, samada perkara ini menjadi atau tidak menjadi..sama-sama kita lihat dan perhatikan.

2008 ialah tahun sepatutnya UMNO bergolak..kerana telah menjadi jadual UMNO akan bergolak setiap 1o tahun, bermula 1988 dengan perpecahan yang membawa kepada pengharaman UMNO dan lahirnya Parti Melayu S46..selepas itu 10 tahun kemudian 1998....umno bergolak lagi dengan pemecatan Tim.Presiden UMNO dan memenjarakan beliau..yang akhirnya telah melahirkan PKR..kini sesudah cukup 10 tahun lagi....2008 riak umno untuk bertelagah dan berkrisis atau mungkin boleh di katakan sebagai sedang berkrisis telah jelas dan nyata.... Desakan pengunduran Pak Lah adalah titik permulaan kepada krisis yang lebih besar....bermula dari kepimpinan Pemuda kepada Kepimpinan UMNO sendiri.

Faktor Mahathir di lihat sebagai mendominasi UMNO semakin jelas...walaupun beliau telah meninggalkan kerusi utama UMNO bahkan meninggalkan UMNO itu sendiri akan tetapi Faktor beliau begitu kuat di dalam UMNO...Bermula daripada permintaan beliau supaya Pak Lah melantik Najib sebagai TPM, sehinggalah kepada desakan beliau agar Pak Lah berundur, tiada siapa yang dapat menafikan bahawa operasi menjatuhkan Pak Lah ini di mulakan oleh Dr Mahathir, sebelum dari pilihanraya lagi, serangan beliau kepada peribadi Pak Lah telah menyebabkan reputasi Pak Lah terjejas teruk yang juga turut terkesan dalam pilihanraya umum ke 12 baru ini. Gerakan ini terus berjalan dan semakin rancak lebih lagi apabila BN gagal mempertahankan 2/3 majoriti di Parlimen, dan gerakan menjatuhkan Pak Lah ini telah mendapat sambutan hangat di kalangan Ahli-ahli UMNO di peringkat bawahan...akhirnya kemuncak kepada gerakan ini ialah Dr Mahathir mengisytiharkan dirinya dan pengikutnya keluar dari UMNO (BARU) dan tidak akan masuk kembali selagi Pak Lah menjadi pemimpinnya. Akhirnya Gerakan ini telah berjaya....bukan sahaja menjatuhkan Pak Lah bahkan sekali gus memperteguhkan cengkaman Mahathir di dalam UMNO...lebih-lebih lagi apabila di lihat orang yang akan menggantikan Pak Lah ialah budak suruhan beliau (Najib & Muhyiddin) dan cukup mengejutkan bagaimana Mukhriz Mahathir sehingga kesaat rencana ini di tulis sedang mendahului Khary Jamaluddin dalam pencalonan Ketua Pemuda, Mukhriz yang pada awalnya di anggap sebagai penderhaka kepada parti sekarang ini semakin di julang oleh Pemuda dan pastinya selepas Mac 2009 nanti beliau akan bergelar Menteri Penuh.

Pengekalan pengaruh Mahathir di dalam UMNO beerti pengekalan dasar dan tabiat lama UMNO di zaman beliau dulu, dasar cantas, Kronisme, nepotisime, dasar ampu, bodek, politik Wang akan kembai bertapak teguh di dalam UMNO, kerana gaya dan tabiat kepimpinan Ala Dr Mahathir amat masak dan mudah diikuti oleh seluruh Ahli-ahli UMNO, antara kegagalan Pak Lah ialah beliau gagal mengikut rentak dan gaya politik Mahathir.

Adapun Najib untuk terus survive dalam UMNO mestila pandai memimpin ala Mahathir jika tidak beliau juga akan tersungkur dan tidak mustahil mahathir jugak akan menjatuhkan beliau (ika masih hidup). Antara langkah pertama Najib ialah mencipta musuh untuk Mahyuddin..sebagaimana Mahathir mencipta musuh untuk Musa Hitam dahulu iaitu Ku Li.... kita melihat bagaiamana pertembungan antara Musa-Ku Li yang menatijahkan Mahathir terus berkuasa, selepas Musa jatuh...bukan Ku Li yang naik tetapi beliau telah melantik Ghafar baba, di ciptakan pulak musuh kepada Ghafar Baba iaitu Anwar Ibrahim berlaku pertembungan antara Ghafar-Anwar..lahirnya team wawasan oleh Anwar menyebabkan Ghafar baba tersungkur...adakah Anwar berjaya menggantikan tempat beliau? tidak!, Mahathir tidak akan membenarkan tempat beliau terancam..sesiapa yang mengancam beliau akan di singkir dari UMNO....Ku Li yang mengancam belaiu disingkir dari UMNO dengan cara haramkan UMNO, Anwar yang mengancam beliau disingkir melalui kisah yang kita tahu bagaimana.

Jadi, jika najib mahu bertahan lama...beliau mesti menggunakan cara Mahathir ini...pecahkan orang di bawah...pasti kita akan dapat bertahan lama.....langkah pertama Najib kena lakukan ialah buang Badi Mahathir dari UMNO..cantas semua proxy Mahathir, selepas itu cari musuh untuk Mahyuddin...baru la beliau boleh berehat dengan tenang di atas.

Kepada Ahli-ahli UMNO.....kini tibalah masanya kamu semua menimbang untuk keluar dari UMNO dan menyertai PAS, kerana UMNO akan kembali kepada perangai asalnya..UMNO tidakl akan berubah untuk menjadi penaung kepada Ugama Bangsa dan Negara...tetapi UMNO akan terus menjadi penyangak utama dalam negara....pertukaran jawatan dalam UMNO tidak menjanjikan apa-apa perubahan dalam UMNO...UMNO sudah jadi parti cari makan yang menjijikan kerana cari makan dalam UMNO ialah Rasuah.

PAS FOR ALL!!

Apa Beza UMNO dengan Semut..
chedet 0 Komentar

" ASSALAMUALAIKUM, Boleh dan bersetujukah anda, sekiranya disamakan UMNO dengan semut? Untuk membuatkan anda terpaksa berfikir, renungilah fakta yang diberi walaupun fakta tentang semut tidak begitu tepat..

"Memang menjadi habitat semut, dimana ada gula disitulah dia akan berkumpul, hanya terdapat seekor yang amat berkuasa dalam sekumpulan semut, menurut arahan tanpa bantahan memang sifat semut, perjalanan semut untuk kemana-mana telah ditetapkan, pendek kata mereka hanya boleh bekerja untuk ketua ".


Setelah kita tahu serba sedikit tentang semut,kita berkenalan pula dengan jenis-jenis semut..

1. Semut Bontot Besag- ini ialah pemerintah bagi segala semut,jika melawan akibatnya makan bontot lah. Tugas kumpulan ini kini dipegang oleh pemimpin tertinggi UMNO yang akan mengarahkan semut-semut lain untuk "bekerja untuk mereka".

2. Semut Merah - Koloni semut yang paling berkuasa walaupun nampak lemah tapi zahirnya mereka lebih kuat dari lain-lain semut. Wanita UMNO dan Puterinya mewakili Koloni semut ini,sebab itulah kita dapat lihat sekarang kumpulan semut merah sudah berani baling kerusi,tendang guru selain memaki hamun sambil diperhatikan oleh semut kecik.

3. Semut putih-Dulu Koloni semut ini kurang ditemui dan hanya terdapat dibeberapa kawasan tertentu,tapi sekarang didapati makin bertambah dan bakal menjadi kelompok yang besar. Inilah Koloni semut yang akan memakan semua semut-semut UMNO.

4. Semut Hitam- Sebelum berlakunya perubahan kepimpinan,Koloni semut ini begitu setia dengan kumpulan asal mereka,tapi jumlahnya makin lama makin berkurangan dan didapati telah bersama-sama dengan semut putih.Faham sendirilah siapa mereka dari kumpulan semut hitam.

5. Semut bukan semut. Selain semut merah,Koloni semut ini juga amat marabahaya,gigitan dan pancutan airnya boleh melemahkan musuh. Kenapa dikatakan bukan semut? Mereka kumpulan Kerengge yang tetap tidak akan disebut sebagai semut,Kumpulan ini pastilah para pencacai dan pembodek UMNO yang menggunakan harta kebendaan seperti duit untuk mengajak semut-semut menyertai mereka.

6. Semut Api. Sebagai faktor keselamatan Koloni semut, Koloni ini diarahkan untuk menjaga hal ehwal keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam UMNO semut kumpulan ini bukan hanya diwakili oleh Polis dan Tentera,meliputi juga Badan kehakiman,Media Massa dan kaki lutut dibawahnya.

7. Semut Tonggek - Walaupun Koloni semut tonggek kurang bahaya dari semut merah,tapi ketonggekan mereka boleh menyebabkan semut putih yang kureng bakal tersungkur. Kumpulan semut ini diwakili oleh BPR yang telah menggunakan seekor semut tonggek untuk memusnahkan lawan seperti yang berlaku pada semut Zul Hassan.

8. Raja Semut. Disebabkan terlalu lemah,raja semut terpaksa diletakkan kedudukannya ditangga ke 8 kerana sesuai dengan dirinya yang bakal disingkirkan. Peringatan bagi yang bercita-cita menjadi semut,kurangkan tidur,banyakkan kerja.

9. Ratu Semut. Jika diperhatikan dengan tekanan dan keadaan semasa kepada bakal raja semut,kedudukan ratu semut masih belum dapat dipastikan lagi disokong pula oleh habitat bakal ratu semut ini yang kuat melaram sambil memakai jam.

10. Semut kaki panjang. Koloni semut ini dipimpin oleh ayah dan anak untuk merampas kedudukan sebagai bakal ketua semut. Sokongan yang diterima banyak dipengaruhi oleh bapanya, ini menunjukkan kepada kita kelompok semut ini lebih pentingkan bapa dari mertua.

11. Semut Mata kecik.Dahulu koloni semut mata kecik tidaklah begitu menonjol,koloni ini lebih mengikut sahaja arahan sama seperti semut hitam,tetapi semenjak dua menjak ini,Koloni semut yang tidak boleh susah dan mahu kaya ini mula mintak bukan-bukan dari semut bontot besag.

Masih tidak yakin?..tidak mengapa,kita lihat pula carta organisasi Koloni semut berdasarkan pada fakta dari Harun Yahya- Menjelajah Dunia Semut.

Bayangkan sarang semut.

1. Bermula dari peringkat atas sarang hingga ke bawah sarang.

Sistem pertahanan udara disini, dijaga oleh semut parajurit yang akan mempertahankan sarang mereka dari diceroboh atau dimusnahkan oleh musuh. Inilah yang dilakukan oleh ahli UMNO untuk mempertahankan parti mereka walaupun nyawa terancam dan biarpun menjadi miskin.

Diperingkat ini juga terdapatnya Rumah Kaca tempat penyimpanan dan pengumpulan bahan makanan semut. Bagi UMNO pula disinilah terletaknya tabung kewangan yang akan mereka gunakan untuk meraih sokongan.

Pintu masuk dan pintu samping dikawal oleh tentera semut untuk mengelak dari dimasuki musuh. Untuk UMNO, dibahagian ini dikawal oleh media Prima serta badan perundangan .

Ruang penjaga ditempatkan semut-semut dari keturunan Polis yang akan bertindak jika perlu. Diperingkat ini juga diletakkan sekumpulan semut yang akan bertindak sekiranya terdapat ahli semut cuba melawan,bagi UMNO sudah tentulah tugas ini disandang oleh Lembaga Disiplin.

Perawatan Larva bagi UMNO pula ialah golongan-golongan muda di IPTA dan IPTS yang dididik dan digunakan untuk menjadi seperti mereka.

Didalam sarang semut juga terdapat sekumpulan semut perawat,jika UMNO kita andaikan Badan Penerangan yang akan merawat mana-mana ahli yang sakit .

Ruang Bangsawan diletakkan ditempat paling bawah untuk keselamatan sarang semut. Diperingkat inilah sebenarnya kedudukan pemimpin tertinggi UMNO berada, ini pastilah terbalik dan berbeza dengan struktur pemerintahan mereka dari atas kebawah

17 Okt 2008

Berahim Ali, mulutmu berbau !!
Ir Dr bin.harun17 Okt 2008 0 Komentar

Apa hal dgn Berahim Ali nih? YB Pasir Mas semenjak dua menjak nih kalau bersuara mesti 'berbau' punya !! Kalau harum tak pe la juga, tapi yg keluar sebaliknya.
Mentaliti dia nih masih lagi tak upgrade. Cuba lah sebelum bercakap tu fikir dulu sama ada elok atau tak,kalau tak mampu nak fikir, lebih baik diam dan tutup mulut tu agar 'bau' yg menyengat tak keluar!

Macam mana Berahim Ali nih boleh terfikir nak cadangkan Akta ISA ditukar kepada Akta Kasih Sayang pun ana tak paham.

Setahu ana, Berahim Ali nih pernah kena penangan ISA, dan seharusnya dia lebih paham macamana keperitan kena ISA. Walaupun ana hanya sekali melihat kesengsaraan, kesedihan, murung, sayu, tekanan, sesak dada yang saban hari dihadapi oleh keluarga mangsa ISA nih secara 'live' tetapi ana tak paham kat mana atau bahagian mana timbulnya kasih sayang akta zalim ini.

Sudahlah YB, jangan la bercakap lagi, ana dah tak tahan 'bau' mulutmu.. Keluarga mangsa ISA lagi tak larat nak menghidu 'bau' itu...sebelum tu dapatkan 'Clorets'!

Ikuti luahan Norlaila Othman ttg kenyataan YB Pasir Mas di sini : http://lailagmi.blogspot.com

p/s: Ini bukan promosi clorets!

13 Okt 2008

Eidulfitr bersama keluarga DPPWM
Ir Dr bin.harun13 Okt 2008 0 Komentar

Semalam ketika rakyat jelata berkejaran ke stadiun malawati,s.alam dan ke kelab sultan sulaiman,kg.baru utk menghadiri majlis rumah terbuka PKR & PAS, para pejuang DPPWM juga tidak ketinggalan dalam menyambut kemenangan di bulan syawal ini.

Namun, bukan berpeluh ke kedua-dua majlis 'grand' tersebut tetapi bagi menjayakan majlis raya bersama keluarga DPPWM yg diadakan di taman permainan,taman melati.
Berbeza dengan sambutan eidulfitr sebelum ini yg lebih kepada majlis rumah terbuka, tahun ini DPPWM mengambil pendekatan meraikan keluarga terdekat kepada ahli DPPWM.

Majlis yg dimulakan seawal jam 9 pagi ini, dihadiri oleh para zaujah dan zaujah-zaujah, anak-pinak,mertua serta ipar-duai yg setia menanti sehingga berakhirnya majlis.

Majlis telah diserikan lagi dengan tetamu jemputan iaitu En. Razak(wakil kpd Ahli Parlimen Wangsa Maju) serta Ustaz Riduan Md Nor (Exco DPP Pusat).

Bagi menceriakan lagi majlis semalam, pihak penganjur telah menyelitkan acara sukaneka bagi anak-anak dan para zaujah dengan menyediakan hadiah-hadiah sebagai tanda kenangan. En. Razak telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Semestinya majlis yg diberkati akan disulami dengan tazkirah. Tanpa melepaskan peluang pahala, Ustaz Riduan telah menyampaikan ilmu dan nasihat bagi memantopkan lagi semangat juang kepada ahli DPPWM serta keluarga.

Kegirangan dan kegembiraan anak-anak menyambut majlis raya tidak lengkap tanpa duit raya dan Ustaz Riduan Md Nor sudi menyampaikannya.

Pengarah Projek berserta para exco-exco nya telah berjaya menjadikan majlis ini sebagai satu tautan ukhuwah antara keluarga-keluarga para pejuang dan pendokong DPPWM agar jalan juang sentiasa 'direstui' dan diteladani oleh anak-anak serta zaujah tercinta.

Keriangan anak-anak berkejaran di taman permainan dan ramah santun antara zaujah menjadikan majlis ini terasa begitu singkat dan bermakna sekali.

Tahniah dan syabas kepada Tuan Pengarah Projek, Sdr. Ghaffur serta para sahabah yang bertungkus lumus bagi memastikan majlis ini lancar dan ceria bukan sahaja kepada ahli DPPWM tetapi juga kepada ahli keluarga yang hadir.

Jazakaallah khair akhi!


................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.