30 Jun 2008

Pengakuan Mohd Saiful Bukhari b Azlan
Ir Dr bin.harun30 Jun 2008 4 Komentar

Laporan polis oleh Saiful Bukhari(i/c no 850706-01-5687):
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.” (diambil dari blog : Rocky's Bru)

Anwar Ibrahim telah pun diperingatkan 3 bulan lepas melalui sebuah blog ttg kehadiran seorg mahkluk ALLAH yg diragui kesetiaan kpd perjuangan dan kpd parti.

Kehadiran makhluk ini dalam 'circle' pakatan rakyat dlm saat-saat 'peperangan' (PRU12) telah terlepas pandang oleh para petugas di pejabat Anwar Ibrahim. Mungkin juga dengan masalah kekurangan 'manpower' dan hubungan persahabatan makhluk ini dengan salah seorg 'staff' pejabat anwar ibrahim, proses saringan tidak menjadi keutamaan.

Jelas lagi nyata pertuduhan yg dilemparkan bertujuan untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat utk mengambilalih tampuk pemerintahan. Dan tuduhan ini nampaknya telah berjaya memperlahankan pedal minyak kereta pimpinan PR menuju ke Pusat Pentadbiran PutraJaya.

Untuk membaca tentang peringatan tentang makhluk ini boleh cuba membaca melalui cache google (tq mr. google) kerana tuanpunya blog riwayathayat.blogspot.com (najwan halimi) hanya membenarkan insan-insan tertentu sahaja utk melawati blog nya, mungkin kerana traffic yg tinggi.

Kat bawah ini ana sediakan link cache google utk ke blog riwayathayat. Cache ini pun hanya akan bertahan utk beberapa hari sahaja sebelum di'clear'kan oleh mr. google.

http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam.html

http://riwayathayat.blogspot.com/2008/03/awas-ada-musang-berbulu-ayam-2.html

http://riwayathayat.blogspot.com/2008/06/awas-ada-musang-berbulu-ayam-3.html

http://riwayathayat.blogspot.com/2008/02/selamat-maju-jaya-saiful.html

Baca posting bekas pelajar UNITEN yg mengenali makhluk ketika dlm Majlis Perwakilan Pelajar.

Kepada yg berminat utk mengenal rupa gaya makhluk ini boleh lihat di flickr.

28 Jun 2008

Ekonomi .. Apa pandangan anda
Abe Joe28 Jun 2008 0 Komentar

Tengok molek2.. sapa yang wakil pemuda yang diinterview tuh..
hehehe...

27 Jun 2008

Himpunan Rakyat Anti - ISA
Ir Dr bin.harun27 Jun 2008 0 Komentar

Hadirkan diri anda jika anda tidak mahu tergolong dalam golongan ahli neraka !

26 Jun 2008

SYABAS YB MB SELANGOR
benludin26 Jun 2008 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada lain yang agung melainkan DIA.

Rentetan demi rentetan kita lalui. Semakin jauh langkahan semakin banyak debu dikaki. Semakin onak diterjahi, semakin menusuk duri dihati. Begitulah perumpamaan yang layak kita kaitkan dengan kesemua pimpinan di 5 negeri PR hari ini.

Namun dalam yang banyak, hanya satu yang tersangat diuji kini iaitu YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Negeri Selangor Darul Ehsan.

Ditepis kiri, yang kanan menghentam. Dikilasnya depan, yang belakang merusuk. Namun gunung didaki, didakinya jua. Hebat benar beliau ini.

Kalau sebelum ini, hanya Khir Toyo dan puak juaknya aje yang memukul tetapi kini sepupu sepapat pun turut hendak menduga. Alangkah busuknya permainan politik ini. Tetapi harus diingat, yang menjadikan politik itu busuk bukan sifatnya tetapi manusia itu sendiri yang salah mewarnainya. Jika betul tata dan cara, segala perkara menjadi manis, namun andai segalanya dilanggar diterpa, usahkan insan, haiwan juga jijik memandang.

Itulah, setiap yang telus dan jujur, segala yang ikhlas dan amanah, rupanya tak semua yang suka. Yang jelik juga dicari orang.

Inilah matlamat perjuangan PR. Jauhi penyelewengan, hindari salahlaku dan benteras kemungkaran. Tiada istilah lawan ataupun kawan jika sesuatu yang keji dilakukan. Sesiapa jua yang melanggari etika, tindakan mesti diambil. Jangan jadi seperti BN yang tiada ruang lagi untuk menutup segala kebusukan hingga hampir siapa saja yang berada didalamnya sentiasa takut untuk berkata benar kerana bimbang perkara salahlaku akan diungkit.

Namun YB Tan Sri, ketahuilah segala yang benar tetap benar, segala yang betul adalah betul. Jangan anda rasa tertekan atau hati rasa keruan. Segala yang baik kita lakukan bukan untuk manusia tetapi semata-mata untuk mendapat redha Allah Yang Satu.

Memang benar kata anda, kita tak boleh puaskan hati semua orang. Walaupun yang baik kita laksanakan, orang tak suka, maknanya hati mereka penuh dengan penyakit.

Kita mengharapkan kepada yang terlibat dengan salahlaku agar muhasabah diri. Perbetulkan keadaan serta berilah kerjasama. Tiada apa yang anda rugikan malah disanjung rakan dan taulan. Begitu juga dengan rakan-rakan yang mendokong, janganlah ada pertikaian dan subahat. Sepatutnya kita memberi nasihat, agar yang silap segera diperbetulkan. Jangan pula menjadi duri di dalam daging, bergerak sakit, tak gerak pun bisa. Ambil jalan yang tepat agar kita sentiasa dilandasan yang betul. Kita bukan ingin berkuasa sehari tetapi kalau boleh sampai bila-bila. Agar kemakmuran sebenar dapat dirasai.

Jika dulu kita lari dari kezaliman, jangan kepada kezaliman pula kita pergi. Biarpun benar itu pahit, tetapi percayalah, yang pahit itulah penawar yang boleh mengubati penyakit.

Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kamu dan janganlah kamu menurut jejak syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang amat nyata. Oleh itu jika kamu tergelincir juga setelah datang kepada kamu keterangan-keterangan yang jelas, maka ketahuilah bahawa Allah itu Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (Al-Baqarah ayat 208-209)

Dari itu wahai teman, marilah kita selesaikan segala perbalahan dengan musyawarah serta ambillah Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan, agar gerak kita mendapat berkat serta petunjuk dari Yang Maha Esa. Amin Ya Rabbal Alamin

24 Jun 2008

Harakah dibenar terbit 2x seminggu
Ir Dr bin.harun24 Jun 2008 0 Komentar

dipetik dari : Malaysiakini

Kerajaan telah meluluskan permohonan akhbar rasmi PAS, Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu, seperti sebelumnya.

Lembaga pengarah Harakah telah mengemukakan permohonan tersebut sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman mengesahkan pihaknya telah menerima surat kelulusan tersebut daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam.



Pada masa ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.
Surat kelulusan dari KDN itu juga menyebut antara syaratnya ialah melaporkan aktiviti pertubuhan tersebut (parti PAS).

Mengenai tarikh pertukaran kekerapan penerbitan Harakah, Ahmad Lufti berkata, ia tidak dimaklumkan dalam surat tersebut.

Perkembangan positif

Sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu, jumlah edaran Harakah ialah kira-kira 140,000 nashkah.

"Selepas pilihanraya umum lalu, jumlah edarannya telah meningkatkan kepada 250,000 nashkah," katanya.

Mengenai langkah seterusnya, Ahmad Lutfi berkata, beliau akan merujuk kepada pihak atasan Harakah mengenai soal editorial dan beberapa perkara yang perlu diubahsuai, terutama mengenai kesediaan kilang cetak dan pengedar akhbar.

Menurutnya, jabatan pengarang Harakah juga memang mampu dan bersedia untuk menerbitkan akhbar tersebut sebanyak dua kali seminggu.

Ditanya mengenai keputusan KDN itu, Ahmad Lutfi mengalu-alukannya dan melihatnya sebagai satu perkembangan yang positif.

Beliau berharap, ia menjadi satu permulaan untuk membuka ruang kepada kebebasan media dan demokrasi.

"Harakah tidak semata-mata akhbar parti, tetapi ia juga bertanggungjawab untuk menyuarakan kebenaran," katanya.

Beliau menyifatkan perkara itu sebagai satu perkembangan yang menarik.

Ahmad Lutfi juga menyambutkan keputusan kerajaan meluluskan permohonan Harakah untuk dikeluarkan dua kali seminggu.

KERAJAAN MAJU SETAPAK MUNDUR SETAPAK
chedet 0 Komentar

Hari ini kita mendapat dua berita yang bertentangan tentang kebebasan media. Pertama kerajaan meluluskan permohonan Harakah untuk diterbitkan dua kali seminggu setelah bertahun-tahun permohonan diajukan kepada pihak berwajib. Sebenarnya Harakah bukan membuat permohonan baru tetapi Harakah hanya menuntut hak penerbitannya yang telah dicabul oleh kerajaan BN selepas Pilihanraya Umum 1999 lalu.



Taipkan sambungan 'post' anda di siniWalaupun keputusan ini tidaklah melambangkan kebebasan sebenar akhbar selagi Harakah tidak dibenarkan untuk dijual secara terbuka namun ianya dikiran langkah yang baik demi untuk merealisasikan kebebasan akhbar yang dilaung-laungkan oleh kerajaan.

Kedua, kerajaan mengambil langkah mundur ke belakang apabila menghadkan bilangan wartawan yang boleh membuat liputan sidang parlimen. Ini pula merupakan langkah yang jelas mencabuli kebebasan media.

Mengapa kerajaan bertindak sebegini rupa. Sekali bertindak seolah-olah memberikan sedikit kebebasan kepada media tetapi pada masa yang sama mengongkong media.

Memang jelas nampaknya kerajaan ini yang ada sekarang adalah keraajaan CACA MARBA yang seolah-olah pening kerana masalah politik dalaman mereka yang kucar kacir.


21 Jun 2008

Marahkan suami, al-Quran dihina
Ir Dr bin.harun21 Jun 2008 1 Komentar

Dipetik dari Malaysiakini



Seseorang mungkin terlalu geram dan kecewa terhadap suami sendiri - tetapi kenapalah al-Quran pula yang harus menjadi mangsanya?

Kitab suci itu digunting dan diconteng dengan perkataan-perkataan yang sarat kemarahan dan maki-hamun.

Contengan-contengan di halaman kitab tersebut membayangkan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap pasangan hidupnya, antaranya "hang memang tak adil", "siksaan demi siksaan kamu bagi kenapa", dan "kenapa jodohkan aku".




Menurut satu perkumpulan belia, naskhah al-Quran itu ditemui oleh seorang pengutip barangan lusuh di sebuah tong sampah di Taman Jalai Jaya, Jitra dalam daerah Kubang Pasu pada Khamis minggu lalu.

Setiausaha Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) Basir Ismail memberitahu Malaysiakini hari ini, naskhah itu kemudian diserahkan kepadanya petang semalam di pejabatnya di Bandar Darulaman.

"Lebih 30 muka surat tertulis perkataan yang mencerca, maki dan mengutuk Allah, di samping lukisan gambar kemaluan lelaki iaitu dari surah al-Baqarah hingga al-Imran," katanya dalam satu kenyataan, dengan memberikan contoh 10 ungkapan maki-hamun yang terdapat dalam naskhah al-Quran yang dirosakkan itu.

Malaysiakini bagaimanapun memutuskan tidak menerbitkan semula senarai ungkapan, bertulisan merah, yang penuh cercaan tersebut.

"Pembuangan al-Quran di dalam tong sampah dengan coretan perkataan yang menghina Allah adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan perlu disiasat oleh pihak yang berwajib," tambahnya.

Menurutnya, presiden perkumpulan belia itu Ir Mohd Jamal Nasir bersama beliau akan membuat laporan di ibu pejabat polis daerah Kubang Pasu esok supaya siasatan lanjut dijalankan berhubung perkara itu.

Pembela, sebuah pertubuhan baru yang belum berdaftar secara rasmi, ditubuhkan Mac lalu.

Menurut blog Pembela (www.pembelawaja.blogspot.com), penubuhannya dirasmikan oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustaffa semalam.


18 Jun 2008

'Surprise' pertama untuk Pak Lah dan konco-konconya !!
Ir Dr bin.harun18 Jun 2008 0 Komentar

Kerajaan BN pimpinan Pak Lah Hadhari mendapat hadiah 'surprise' pertama sempena 100 hari pemerintahan beliau. Walaupun 'surprise party' (parti kejutan) anjuran SAPP telah diwar-warkan oleh Ku Li, tapi macam biasa Pak Lah buat2 tak tau berita je. Mungkin ini salah satu teknik yg di ajar oleh menantunya utk menahan gulana di hati.



Jika sebelum ini,cakap2 ttg peralihan kuasa dianggap cara politik murahan anwar ibrahim, tetapi 'surprise' pertama ini cukup utk mengambarkan ke'serius'an Pakatan Rakyat utk teraju pemerintahan Malaysia.

Sudah pasti 23 Jun ini menjadi tarikh yg dinantikan kepada seluruh para peminat politik tanahair dalam menantikan hasil undi tidak percaya terhadap Pak Lah. Adakah keputusannya seperti yg diharapkan atau sebaliknya, kita nantikan sahaja.??
Apakah dgn keputusan ini akan melonjakkan Najib terus ke kerusi no.1 Malaysia atau memungkinkan BN menjadi pembangkang di Malaysia??

wallahua'lam

.......

dipetik dari : AgendaDaily

TERBARU (3.00 petang): 'Serangan' pertama SAPP terhadap Barisan Nasional (BN) dilancarkan hari Rabu dengan pengumuman parti itu akan membawa usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri di Dwewan Rakyat, Isnin depan. Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dalam sidang media petang ini berkata, kedua-dua Ahli Parlimennya, iaitu Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul berkenaan. Bagaimanapun katanya, pihaknya belum menentukan siapa yang akan membawa usul undi tidak percaya berkenaan, sama ada Ahli Parlimen SAPP atau ada Ahli Parlimen dari parti lain yang akan berbuat demikian.

Al-Fatihah buatmu pejuang
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Mazardin Ishak dia atas pemergian beliau pada pagi ahad semalam ketika tawaf selepas qiam di Baitullah. Beliau meninggal pada pukul 1 pagi waktu di Makkah.

Mazardin adalah Naib YDP dan bekas Timb YDP PAS kawasan Putrajaya. Beliau juga merupakan AJK PAS Kawasan Pandan sebelum mencurahkan baktinya untuk perjuangan PAS di Putrajaya.



Beliau yang bekerja di Jabatan Kastam seorang yang sangat komited dalam perjuangan PAS terutamanya di Putrajaya. Banyak sumbangan yang beliau berikan dari segi kewangan dan tenaga sehinggalah PAS Putrajaya dapat bertapak kukuh di Putrajaya.

Beliau yang pergi menunaikan umrah bersama isterinya Pn Aidah akan dikebumikan di tanah Makkah pada pukul 6 petang hari ini waktu Malaysia. Turut berada di sana bekas YDP Putrajaya Dr Hamirdin Ithnin.

Semoga rohnya dtempatkan dikalangan para syuhadah dan hambaNya yang beriman. Ameen

13 Jun 2008

Mufti Perlis rayu Mahathir-Pak Lah-Anwar-Nik Aziz ‘duduk semeja’
chedet13 Jun 2008 2 Komentar



MUFTI Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menyeru pemimpin-pemimpin Melayu Muslim agar duduk semeja atas semangat persaudaraan untuk menyelesaikan masalah negara yang sedang dihadapi kini.

Dr Asri membuat seruan ini setelah melihat perkembangan politik yang tidak berapa sihat dewasa ini.

“Memandangkan masa depan umat Islam yang mula goyah maka saya merayu pemimpin-pemimpin politik Melayu Islam agar dapat duduk semeja atas semangat persaudaraan Islam bukan atas semangat politik kepartian,” kata Dr Asri ketika dihubungi di sini tengahari.

Katanya lagi, masa depan negara dan umat lebih utama daripada segala-galanya.

“Maka saya merayu kepada tokoh-tokoh yang mempunyai hubungan baik dengan saya iaitu Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Aziz agar sudi duduk semeja demi kepentingan negara,” jelas Dr Asri.

Menurut Dr Asri, keadaan politik semasa membuat beliau terpanggil untuk membuat rayuan ini.

“Disebabkan ketidaksefahaman ini, orang lain mengambil kesempatan dan ini bukanlah masa yang sesuai untuk kita terus bertelagah,” katanya.

Beliau juga menyarankan masa sekarang ini untuk mereka berbincang tentang masalah negara yang sudah mencapai tahap kronik ini.

“Saya rasa masa sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk mereka membincangkan hal tersebut. Setiap pemimpin juga perlu berdiskusi dengan parti masing-masing tentang apa yang mereka inginkan demi mencapai matlamat rakyat dan negara.

“Saya cuma mencadangkan. Walaubagaimanapun, saya rasa mereka patut lakukannya sambil mendengar luahan hati antara satu sama lain,” terang Dr. Asri lagi.

Jika mereka bersetuju, mahukah Dr. Asri dilantik menjadi ‘orang tengah’ di dalam perbincangan tersebut?

Katanya, “Biarlah mereka pilih sendiri orang yang lebih sesuai.”

Dalam isu lain yang bersangkutan, Dr Asri mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan pusat dan negeri yang berusaha melakukan pemotongan elaun demi kepentingan rakyat.

“Di harapkan langkah-langkah lain terus diambil. Pihak istana-istana di seluruh negara juga perlu melakukan tindakan yang menggambarkan keprihatinan mereka terhadap rakyat.

“Demikian juga syarikat-syarikat swasta dan badan koperat yang berasingan yang mempunyai pendapatan yang tinggi termasuk Petronas perlu mengambil langkah yang sama. Pada masa inilah kita semua cuba membuktikan tangungjawab dan cinta kita terhadap rakyat,” kata Dr Asri.

Dr Asri akan mengulas lagi tentang isu ini petang nanti di Hotel Vistana di dalam satu sidang akhbar.

http://www.mstar.com.my

12 Jun 2008

Demo lagi:Ingat Minyak…..sekarang, kita jangan jadi hangat2 taik minyak….
Ir Dr bin.harun12 Jun 2008 0 Komentar

Dari web DPPWP

Kepada sahabat2 yang begitu terasa dengan kenaikkan harga minyak ini, jangan duduk peluk tubuh sahaja..ayuh kita buktikan. Tak guna kita mengeluh bersendirian.

Ini adalah masalah satu negara, angkara BN yang durjana..ayuh kita bersama-sama, buktikan bahawa tindakan kerajaan BN ini salah dan ditoloak oleh rakyat. Ayuh turun berdemo sebelum minyak naik lebih tinggi lagi.

Jangan lupa janji kita 13 Jun 2008, selepas solat jumaat. Kita berarak dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.

Sebagai tanda soladariti dan kemarahan rakyat pakailah baju MERAH!…kenapa mesti MERAH…ya..MERAH itu lambang keberanian dan semangat yang membara….ia juga adalah lambang untuk menunjukkan ketegasan dan keseriusan kita dalam membatah kenaikkan harga minyak ini…
INGAT! MERAH itu bukan milik Umno…jangan lelong warna merah itu pada UMNO…MERAH itu adalah milik rakyat…Umno patut tukar warna rasmi parti mereka kepada warna yang lebih kusam…mereka tak layak pakai merah kerana mereka hingga kini masih takut untuk suarakan ketidakpuashatian rakyat atas tindakkan pemimpin mereka.

Jadi, jangan lupa…13 jun adalah hari rakyat merampas perjuangan tulen dari Umno..kita bersatu bangkit dengan jiwa yang merdeka untuk menunjukkan pada mereka bahawa rakyat tidak takut pada kerajaan Umno-BN lagi.

Selain dari Demontrasi ini juga, hari ini PAS Wilayah akan hantar satu surat bantahan kenaikkan harga minyak kepada PM pada jam 11 pagi di Perjabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Jam 2 petang pula, PAS Wilayah pula akan serah surat bantahan dan seruan agar pemimpin BN bertanggungjawab atas isu ini. Surat akan diserahkan pada sekretariat BN di PWTC. Bagi yang berminat, boleh berkumpul di Bus Stand depan The Mall jalan Putra.

Sebelum itu. Pemudawilayah juga telah lancar Kempen Kutipan tandatangan yang dirasmikan oleh Presiden 8 Jun lalu.

Dokumen memorandum boleh di download di sini. Bagi yang datang KL Jumaat ini, boleh datang terus ke pejabat YB. Titiwangsa di Kg. Baru bagi dapatkan salinan hardcopy secara percuma..

Diharapkan rakan-rakan dan seluruh rakyat dapat memberikan kerjasama dengan mengedar dan mengumpulkan tandatangan bagi menjayakan kempen ini khusus untuk mendesak Kerajaan Barisan Nasional tunduk pada tuntutan rakyat.

Bagi yang telah berjaya mengumpulkan senarai tandatangan, diharapkan dapat mengembalikan dokumen berkenaan kepada Sekretariat DPPWP sebelum 11 Julai 2008 (Jumaat) ke :

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
18-3 Tingkat 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
TelFax : (603) 40421559
Zulkarnain : 0193764089
Herman : 019-2168557
Blog : http://dppwp.wordpress.com
Email : pemudawilayah@gmail.com

Bagi mereka yang masih bersemangat meneruskan kempen bantahan…pemudawilayah juga menyediakan program

Edaran risalah pada;

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 5 petang
Tempat : Pasar Malam Jalan TAR (Bermula di Hadapan Masjid India hingga Ke Pertama Kompleks.

Dan seterusnya pada malam itu satu ceramah akan diatadakan seperti maklumat berikut;




11 Jun 2008

Bila Harga Minyak Naik
Abe Joe11 Jun 2008 0 Komentar

6 Jun 2008

Harga Minyak Naik : Nikmat Dunia Tergugat
maabms6 Jun 2008 0 Komentar


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
MInyak oh minyak
Kenaikan harga minyak petrol dan diesel bermula 5 Jun 2008 dan tariff elektrik mulai 1 Julai 2008 menyebabkan rakyat Malaysia ramai yang mencarut, memaki dan marah, hal ini dapat dilihat di sana sini.
Ada yang tidak boleh tidur memikirkan cara mengurus belanjawan baru keluarga. Bagi keluarga yang berpendapatan jenis ‘cukup-cukup makan sebulan' pasti semakin resah dan marah, sedih dan rasa terzalim.
Di Malaysia kita ini, sebenarnya banyak isu selain kenaikkan harga-harga ini, kita ada isu murtad, riba, syirik, bomoh, tangkal, zina, maksiat, culik, sumbang mahram dan pelbagai lagi.
Namun dari banyak-banyak isu, isu kenaikan harga beras dan minyak ini yang paling meriah sambutannya dari masyarakat. Hiruk pikuk dari segenap blog dan media.Kenapa? ?!!
Inilah realiti masyarakat kita, kehidupan dunia sangat memberi kesan kepada minda dan hati. Berbanding kenaikan pelbagai masalah berkaitan agama yang hanya mendapat sambutan beberapa kerat kumpulan masyarakat sahaja. Malah tidak dipedulikan oleh majoritinya.
Mudahnya, apabila perut sendiri tergugat dan libatkan dunianya yang DIKASIHI barulah ramai mahu bising dan protes. Selagi belum mengenai mereka dan hanya mengugat hal ghaib akhirat sahaja, JARANG DIHIRAUKANNYA.
Kita patut bimbang dengan iman kita sekarang ini, sangat patut bimbang. Kelihatan pengaruh dunia sangat mendalam kesannya dalam jiwa.
Jika sekiranya kedua-dua jenis isu dunia dan akhirat mendapat perhatian anda sejak sekian lama. Tahniah saya ucapkan, teruskan menjaga imanmu tersebut wahai teman.
Sebagai mengulas ringkas isu kenaikan harga ini, berikut beberapa fakta secara ‘adil' dan ulasan ringkas dan spontan saya (spontan ini menyebabkan mungkin saya ada terlepas pandangan aspek-aspek lain)
FAKTA : Harga sebenar petrol ialah RM3, tetapi kerana kerajaan memberi diskaun 30 sen, pengguna hanya membayar RM2.70 seliter.
ULASAN :
Terima kasih namun mengurangkan subsidi dalam sebuah masyarakat yang belum bersedia akan pasti menyakitkan orang awam berpendapatan rendah dan sederhana. Maksud saya ‘bersedia' antaranya :
1- Ilmu dan skill . Purata masyarakat Malaysia terutamanya bumiputra masih terkial-kial dan mencari kehidupan dan pendapatan secara sihat. Skim cepat kaya, pelaburan haram interent, perjudian sms, rancangan hiburan masih bersarang dalam minda kebanyakkan mereka. Masyarakat sebegini masih manja dan perlukan perancangan terbaik dari kerajaan dari sudut pendidikan dan kewangan.
2- Penghapusan Rasuah : Selagi rasuah menggila dalam Negara ia pasti menyekat perkembangan skill dan kemampuan diri rakyat. Maka apabila subsidi dikurangkan, kumpulan kurang pendapatan akan terus tertindas disebabkan rasuah. Malah lebih dahsyat, rasuah akan bertambah pula akibat dari segala kenaikan ini. Lihat sahaja Negara-negara maju, pra syarat mereka adalah mesti minimakan rasuah dahulu.
3- Gaji minima ; Gaji minima diperlukan bagi membantu masyarakat kurang pendapatan mengharungi kenaikan demi kenaikan ini. Adalah amat dihargai jika gaji miniam dapat dinaikkan sedikit agar rakyat pendapatan rendah boleh menikmatinya sedikit. Gaji minima di negara-negara yang mengapungkan harga minyak mereka adalah tinggi, ini seimbang dengan harga minyak, adapun Negara kita tidak sedemikian dan kita juga belum mampu untuk menawarkan gaji minima yang tinggi.
4- Harga kereta belum wajar : Baik juga jika harga kereta sepatutnya di buka mengikut harga pasaran sebenar juga. Menurut faktanya harga kereta di Malaysia adalah antara yang termahal. Biar semua berlumba-lumba menjadi lebih kompetitif seperti Air Asia dan MAS. Mereka berlumba-lumba menawarkan harga rendah. Namun keuntungan mereka masih juga bertambah.
5- Pengangkutan Awam Belum Sedia : Saya jarang menggunakan pengangkutan awam namun saya sedar akan kurang mampunya pengangkutan awam ini untuk menampung keperluan dan permintaan sekiranya semakin ramai ahli masyarakat ingin beralih dari kenderaan sendiri kepada pengangkutan awam. Ringkasnya, ia masih belum cukup efisyen.
FAKTA : Diskaun 30 sen diberi bagi setiap liter minyak. Jika harga minyak di pasaran dunia turun, penyelarasan akan dibuat sebulan sekali, tetapi kadar diskaun 30 sen itu akan tetap diberikan.
ULASAN :
Wallahu'alam, menurut pandangan saya, ia kelihatan baik dan wajar. Namun dalam konteks realiti yang sudah naik sebegini sukar untuk turun kembali.
FAKTA : Rebat tunai bahan api akan dibayar oleh kerajaan kepada pemilik kenderaan selepas mereka membayar cukai jalan.
ULASAN :
Saya kira ini adalah teknik kerajaan agar memastikan semua pengguna yang berkelayakan membayar cukai jalan, ini mungkin kerana ramai pengguna jalanraya tidak punyai road tax yang sah. Ia serampang dua mata.
Bagaimana pula bagi keluarag miskin yang tiada kenderaan bermotor langsung?. Walaupun mereka tidak perlu mengisi minyak namun mereka masih perlu membeli barangan yang diangkut menggunakan kenderaan penjual. Sudah tentu si penjual akan menaikkan harga barangnya kelak. Bagaimana dengan rebate bagi kumpulan sasar sebegini?
Apa yang boleh membantu mereka. Kita bimbang mereka akan menjadi semakin miskin dan susah. Moga Allah membantu mereka.
FAKTA :
a- Bayaran tunai RM625 setahun diberikan kepada pemilik kenderaan persendirian berkapasiti enjin sehingga 2000cc serta trak pick up dan jip berkapasiti sehingga 2,500cc. Pemilik motosikal berkapasiti enjin sehingga 250cc pula mendapat bayaran tunai RM150 setahun.
b- Cukai jalan dikurangkan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan dan motosikal yang tidak tergolong dalam kategori itu.
c- Pemilik motosikal berkapasiti enjin lebih 250cc mendapat pengurangan cukai jalan RM50.
ULASAN
Saya kira ia sebenarnya cuba bertoleransi dengan kumpulan pendapatan sederhana dan cuba mengenakan kenaikan kepada kumpulan sasar kaya sahaja. Dalam hal ini, kerajaan dilihat meletakkan cc kenderaan sebagai kayu ukur, individu itu kaya atau miskin. 2000cc kereta dan 25cc ke atas dikira kaya lalu tidak layak mendapat sebarang subsidi rebate dan petrol (kecuali 30sen sebagaimana di atas).
Persoalannya, betulkah kayu ukur sebegini?
Kerajaan juga cuba toleransi dengan memberikan rebate cukai jalan sebanyak RM200 kepada pemilik kenderaan mewah. Ini bermakna, orang berpendapatan sederhana mendapat RM625 setahun dan orang kaya dapat RM200 setahun. Sebenar jumlah RM625 setahun hanya mungkin cukup untuk 'cover' harga beras untuk kegunaan satu-satu keluarga.
FAKTA : Harga gas memasak LPG dan gas asli kenderaan NGV kekal pada harga lama.
ULASAN
Terima kasih. Perlu diteruskan.
FAKTA : Kira-kira 59 peratus isi rumah di Malaysia yang menggunakan elektrik pada kadar 200 kilowat jam atau kurang RM43.60 sebulan tidak akan terjejas dengan struktur baru tarif elektrik.
ULASAN :

Satu tindakan yang mungkin kurang toleransi, adalah lebih wajar jika kenaikan demi kenaikan ini dibuat secara ansuran dan sedikit demi sedikit. Kita baru sahaja menghadapi kenaiakn harga beras sebanyak 80-100%. Kini diikuti minyak dan seterusnya tariff elektrik.
Harga besi dan lain-lain juga baru sahaja naik, yang membawa kesan kenaikan harga rumah dan sudah tentu sewa,
Saya faham, diwartakan penggunaan yang MELEBIHI 200 kilowatt atau RM43.60 sahaja yang AKAN NAIK. Adapun kurang dari itu TIDAK BERUBAH. Ia jelas cuba mengenakan kumpulan sasar orang kaya dan tidak mengenai golongan miskin yang kurang menggunakan elektrik secara puratanya.
Namun demikian, apabila tarif elektrik lebih RM43.60 ini naik, kilang-kilang yang menghasilkan barang makanan dan industri akan menganggung kos tambahan. Pastinya semua barang akan naik lagi. Peniaga juga pastinya menggunakan kenderaan untuk menghantar barangan. Apabila harga minyak naik, sekali lagi peniaga mendapat sebab munasabah untuk menaikkan harga. Akhirnya sampai juga kesan kenaikan kepada kumpulan miskin yang menggunakan tarif 43.60 sahaja. MAKA SEPATUNYA SABAR-SABARLAH UNTUK MENAIKKAN BEBAN ASASI.
KESIMPULAN RINGKAS
Rakyat miskin yang tiada kenderaan, terabai? Yang punyai kenderaan kurang 2000cc dapatlah RM625 setahun, pemilik kenderaan 2000cc ke atas dapat berjimat RM200 dari cukai jalan? Itu sahaja?.
Bagaimana dengan pertambahan pendapatan kerajaan. Ini yang perlu didedahkan secara telus. Malah ia juga menyebabkan Tun Dr Mahathir membuat kira-kira mudah :-
"Can the Government subsidise? I am the "adviser" to Petronas but I know very little about it beyond what is published in its accounts. What I do know may not be very accurate but should be sufficient for me to draw certain conclusions.

Roughly Malaysia produces 650,000 barrels of crude per day. We consume 400,000 barrels leaving 250,000 barrels to be exported.

Three years ago the selling price of crude was about USD30 per barrel. Today it is USD130 - an increase of USD100. There is hardly any increase in the production cost so that the extra USD100 can be considered as pure profit.

Our 250,000 barrels of export should earn us 250,000 x 100 x 365 x 3 = RM27,375,000, 000 (twenty seven billion Ringgit).

But Petronas made a profit of well over RM70 billion, all of which belong to the Government.

By all accounts the Government is flushed with money.

But besides petrol the prices of palm oil, rubber and tin have also increased by about 400 per cent. Plantation companies and banks now earn as much as RM3 billion in profits each. Taxes paid by them must have also increased greatly.

I feel sure that maintaining the subsidy and gradually decreasing it would not hurt the Government finances."
FAKTA : Kerajaan akan memperoleh penjimatan subsidi sebanyak RM13.7 bilion setahun yang akan digunakan untuk subsidi produk makanan rakyat negara ini.
ULASAN :
Bagus dalam perancangan untuk subsidi makanan, namun subsidi makana diambil dari subsidi minyak. Maka harga makanan akan pasti naik juga. Justeru pusing-pusing semuanya ke satu destinasim, iaitu HARGA NAIK!. Gaji minima untuk kumpulan sasar miskin, masih tidak diperbaiki . Golongan bumiputra yang paling ramai miskin.
Saya juga bimbang, lagi terdesak orang bumiputra kita, lebih mudah mereka ditipu dan diperangkap oleh penyangak Ah-long, skim cepat kaya, MLM piramid, peraduan pelik, peraduan melancong percuma, elaun lumayan dari khidmat hantar barang (dadah) di keluar negara dan lain-lain. Akhirnaya semakin terdesak. Semuanya kononnya ingin mencari side income selain kerja full time mereka.
PANDANGAN ISLAM
Sukar untuk saya menulis kesemuanya di waktu ini, mudahnya tanggungjawab sebuah kerajaan menurut Islam memang tidak mudah. Pandangan mereka perlu sentiasa lebih hadapan dari pemikiran rakyat biasa. Kerana itulah mereka pimpinan mesti dilantik dari mereka yang berkelayakan.
Mereka perlu bermiskin dahulu berbanding rakyat. Apa sahaja yang kurang merekalah yang perlu menyalurkan pendapatan mereka demi kebaikan rakyat. Mimpikah kita untuk mendapat pemimpin sebegini?
Demikian sedikit pandangan spontan saya berkenaan isu terkini terhangat. Anda juga bebas menolak dan menerimannya. Cuma dinasihatkan jangalah ada yang memaki dan mencarut di ruangan komentar saya ye. Cukuplah memberi idea dan komentar atau kritik dalam bentuk berhemah. Agar semua dapat manfaat termasuk saya.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman


5 Jun 2008

Harga Minyak Venezuela VS Malaysia
Ir Dr bin.harun5 Jun 2008 1 Komentar

Benarkah dakwaan berikut? Jika benar apa tindakan semua? Cuba lihat analisis penganalisis berdasarkan maklumat yang didapati hasil pembacaan penganalisis mengenai harga minyak di Venezuela!

Rumor adalah seperti berikut, tetapi penganalisis telah membuktikan harga minyak di Venezuela seperti perkiraan di bawah. (Manakala harga minyak di negara lain akan disahkan kemudian kerana kesuntukan masa atau rakyat Malaysia boleh mencuba menyelidik sendiri)

UAE– RM1.19/liter
Eygpt– RM1.03/liter
Bahrain– RM0.87/liter
Qatar– RM0.68/liter
Kuwait– RM0.67/liter
Saudi Arabia– RM0.38/liter
Iran– RM0.35/liter
Nigeria– RM0.32/liter
Turkmenistan– RM0.25/liter
Venezuela– RM0.16/liter

MALAYSIA– RM2.70/liter

PDSVA (company macam Petronas) in Venezuela is an example that currently owns 24 refineries worldwide and sells petrol at N7 per litre. Due to the policies of Venezuelan oil company PDVSA, the Venezuela are able to enjoy $0.19 (atau RM 0.6197) per gallon or N6.12.

Jika 1 gallon (US, liquid) = 3.7854118 litre maka, harga seliter minyak di Venezuela akan jatuh pada harga RM 0.16370742 !!!!!!!!!!

KESIMPULAN MINYAK MALAYSIA (RM 2.70 per liter) TERSANGAT MAHAL BERBANDING MINYAK VENEZUELA (RM 0.16370742 atau RM 0.16 jika dibundarkan)!

Perbandingan statistik di atas adalah berdasarkan maklumat semasa pada hari ini!

dari blog : http://whitenaval.wordpress.com

Harga Petrol Melambung Naik... Hadiah buat Rakyat setelah Pilihanraya
chedet 0 Komentar

Oleh: peluit

Bagai yang diramalkan sebelum PR12, baik BN menang mahu pun tewas memang tidak dapat dielakkan mesti minyak petrol akan jadi bahan bagi mengikis duit rakyat.

Perlu diingat jika minyak petrol naik dari sebesar-besar barangan hinggalah sekecik-kecik barangan pasti naik.

Perlu juga diingat dari sekaya-kaya manusia hinggalah semiskin papa kedana terpaksa menerima musibahnya. Tidak dapat lari dari tekanan inflasi yang pasti meruncing.

Seperti yang Peluit fikirkan kenapa pula di hujung tahun diwar-warkan Petronas untung bukan jutaan RM tapi Berbilion RM. Yang kita nampak hasil minyak adalah hasil yang disedut dari bumi atau tanah air kita. Hasil minyak atau minyak mentah kerajaan akan proses di luar negara; kemudian tentunya kita terpaksa membeli minyak yang diproses tadi untuk kegunaan rakyat jelata.

Keuntungan dari hasil bumi atau hasil milik negara tadi apakah boleh kita katakan subsidi? Sefahaman Peluit hasil keuntungan ini seharusnya kita katakan dana negara. Dana atau harta negara yang perlu kita agih-agihkan. Perlukah timbul perkataan subsidi?. Memang Peluit .. teramat al-muskhil. Subsidi atau memang itu kewajiban kerajaan. _¤@^g`1... pening!.

Kenapa tidak kita menjadi negara pengeluar minyak, negara pemprosesan minyak & sekali gus negara pengeluar minyak mentah mahupun minyak yang telah diproses tadi. Memang Peluit keliru tentang ini.

Tak apalah! jika memang kita tak mampu nak proses minyak sendiri, tak mampu buat biodiesel & sebagainya. Memang Peluit tahu banyak kilang biodiesel di Malaysia masih tidak mendapat keuntungan. Tetapi jangan umumkan Petronas untung berbilion RM. Teramat terfana hati, tersepit perasaan rakyat; kenapa kerajaan takut membantu masalah minyak ini jika memang kita telah untung berbilion RM dengan negara pengeluar minyak!. Pelik.

Jika lantaran minyak petrol telah meranakan rakyat kita. Tutup pelantar minyak nak buat apa bergantung & ambil keuntungan dengan minyak lagi. Guna bahan tenaga lain. Lagi rakyat tidak sakit hati. Biar kita sama-sama macam Peluit naik kapcai. Menteri pun kenalah berjimat. Guna kenderaan berkuasa kecik. Tak payahlah siap guna polis pengiring semua tu!.

Peluit ramai kenalan dari rakyat Palestin yang terhimpit dengan peperangan; dia mengatakan harga petrol di sana jauh lebih murah dari negara kita. Cuba bertanya rakyat Palestin apakah pengakuan ini benar. Cuba bandingkan negara pengeluar minyak di bumi Arab sana; apakah memang semahal kita atau lebih murah. Tidak adil mahu dibanding harga minyak negara kita dengan Thailand; Thailand atau Singapura yang bukan negara pengeluar minyak.

Okey! katakanlah memang minyak di sana mahal kena pulak tenguk hasil pendapatan mereka apakah seimbang dengan harga barangan buat rakyat mereka. Apakah semerana kita.

Andai kata seantero dunia dibebani oleh masalah mintak petrol ini. Cuba kita kaji kenapa Brunei, atau negara lain pengeluar minyak aman makmur saja.

Barangan telah pun melonjak naik, pastinya dengan kenaikan harga minyak petrol ini rakyat negara kita akan bertambah terhimpit!

Apa sebenarnya masalah dalaman negara kita ini. Sebab tertera di alam maya anak bekas PM pun menjadi antara 20 jutawan terkaya di Malaysia. Tentunya ada yang masih di kalangan pemimpin kini & kroninya tidak mengistihar harta mereka. Jika diistiharkan semuanya pasti rakyat marhaen lagi terkejut beruk!. Rasanya golongan ini yang merampas subsidi rakyat hingga kerajaan tak mampu lagi menampungnya. Subsidi tidak sampai ke mereka yang berhak memilikinya.

Peluit : Memang sering guna duit siling di hujung bulan.


Harga petrol naik 78 sen

Harga petrol naik sebanyak 78 sen - satu pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70.


Manakala harga minyak diesel pula naik kepada RM2.50 - naik 92 sen berbanding harga sekarang sebanyak RM1.58 seliter.



Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 58.2 peratus bagi diesel akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.



Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini.

Kerajaan juga mengumumkan pemberian rebet kepada pengguna kenderaan.

Mengikut skim tersebut tersebut, kenderaan di bawah 2000cc akan menerima RM625 setahun - rebat bagi 800 liter di bawah harga baru.

Pemilik motosikal pula akan diberi rebet RM120. Bayaran akan dibuat melalui wang pos.

Difahamkan rebet teresbut akan dibayar apabila pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

Kerajaan dijangka menjimatkan RM4 bilion di bawah penstrukturan semula skim subsidi tersebut.

Jika harga petrol dijual mengikut harga penuh pasaran, ia boleh mencecah setinggi hampir RM4 seliter - naik 100 peratus.

Bagaimanapun, kerajaan dijangka menuju ke arah memansuhkan terus pemberian subsidi pada masa depan.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.