28 Mei 2008

Islam vs hadhari - Siapakah yang Angkuh dan Sombong
benludin28 Mei 2008 1 Komentar

SHAH ALAM, 27 Mei (Hrkh) - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang pertama selepas Pilihan Raya Umum 8 Mac menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat mengumumkan langkah mengharamkan sebarang program yang ada kaitan dengan konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di negeri itu.

"Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup" kata Datuk Dr. Hassan Ali.


SHAH ALAM 27 Mei - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini menyifatkan kenyataan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor itu sebagai angkuh dan sombong.

Bekas Menteri Besar Selangor itu menegaskan, Islam Hadhari bukan satu ajaran Islam baru, tetapi ia sebagai salah satu pendekatan untuk memurnikan agama itu dan telah diakui serta diterima pakai oleh negara-negara Islam lain.


Persoalannya - Mengapakah payah benar manusia ni untuk tunduk patuh kepada Allah ta'ala. Setelah segala nikmat yang Allah SWT kurniakan secara percuma. Udara untuk kita bernafas, kesihatan badan untuk berbuat segala macam perkara, kesenangan dan kemewahan hidup, air dan seisi alam yang terbentang luas tanpa sedikitpun berkira serta mengenakan sebarang harga hanya sekadar menuntut kita menyembah serta beriman kepadaNya sahaja.

Jika benar islam hadhari bukan Islam yang baru, kenapa penyebutannya di dalam khutbah serta perlaksanaannya menjadi lebih wajib sehingga meninggalkan perkataan Islam itu sendiri yang datangnya dari Allah SWT.

Benarkah Hadhari itu suatu pendekatan untuk memurnikan agama jika di dalamnya terdapat segala pesta hiburan melampau di mana sahaja hatta di televisyen rumah tanpa dapat dibendung, maksiat berleluasa, pusat pelacuran, pusat judi serta masyarakat yang tiada nilaian murni. Penyelewengan amanah dan penyalahgunaan kuasa serta rasuah menjadi amalan tiada bendungan.

Mengapa perlunya hadhari walhal Al-Quran tidak diaplikasikan sepenuhnya oleh kita. Adakah kita hanya mengambil sebahagian dari isi kandungan kitab dan meninggalkan sebahagian yang lain. Layakkah kita sebagai makhluk yang dijadikan oleh Allah serta diberikan sedikit kepandaian ingin menentangNya pula. Adakah kita ini tidak angkuh dan sombong kepada Allah ta'ala? Siapakah yang lebih angkuh dan sombong? Orang yang ingin melaksanakan islam sepenuhnya atau orang yang mencari suatu alternatif lain selain Islam untuk dijadikan panduan hidup. Muhasabah dirilah wahai insan.

Firman Allah SWT:

"Tidakkah engkau melihat kepada orang-orang yang telah dikurniakan habuan dan kitab suci, mereka diseru kepada kitab Allah supaya Ia mengadili di antara mereka kemudian sebahagian mereka berpaling darinya dan mereka menghindari (seruan itu)".
(Ali Imran ayat:23)


"Dan mereka telah diperdayakan di dalam agama mereka oleh kedustaan yang diada-adakan mereka". (Ali Imran ayat:24)

Marilah kita kembali kepada Allah SWT dan bertaqwalah kita kepadaNya sebelum nyawa kita dicabut sedangkan kita masih di dalam keadaan mendurhakaiNya. Adakah kita mampu menahan siksa api nerakaNya yang amat pedih yang jika habanya sahaja yang sampai kepada kita maka hancur leburlah seluruh jasad.

Berdoalah semoga kita terus diberikan nikmat iman sehingga akhir hayat kita dan ketika mati nanti diberikan tempat diantara taman-taman syurganya dan bukan dari lubang-lubang nerakanya. Na'uzubillah

27 Mei 2008

Berita ahli DPPWM
Ir Dr bin.harun27 Mei 2008 1 Komentar

Maaf kepada para sahabat kerana tidak update beberapa berita ttg ahli DPPWM. Masa
makin menghimpit sehingga tak sempat nak update blog walaupun dgn berita/cerita 'copy/paste' dari blog/web yg lain2.

Tahniah diucapkan kepada webmaster DPPWM: sdr. usen, dan tokey banner: sdr yuamri dan abe gedebe dari ganu kite, sdr Marzuki kerana menimang cahayamata yg pertama dari perkahwinan yg pertama..heheheh.. syukran ... syukran...

Tahniah juga kepada designer DPPWM sdr Syed Saifuddin (swordofdeen) yg mendirikan masjid yg pertama pada hari ahad yg lepas ! Syukur Alhamdullillah dan tahniah kepada semua!

Mungkin nnt boleh share gambar bakal2 penerus perjuangan Islam dan gambar sekitar majlis walimatul urus...insyaallah ...

Tok guru buat umrah , Dato Haron Din diuji Dubai
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Tok guru nik Aziz selamat berlepas menunaikan umrah pada pagi 27/05/08. Turut sama menunaikan umrah ialah isteri, Tuan Sabariah Tuan Ishak, bersama lima ahli keluarga lain yang terdiri daripada anak-anak dan menantu beliau.

Tok guru dijangka akan berada di Mekah selama dua minggu.

Turut menunaikan umrah ialah Timb. Mursyidul Am, Prof. Dato' Haron Din bersama keluarga beliau. Namun, dato haron din dan keluarga sekarang masih berada di Dubai kerana anak sulong beliau, Dr Huda diserang sakit jantung ketika dalam penerbangan. Cerita disini http://dperantauan.typepad.com/dperantauan

Marilah kita bersama-sama doakan semoga ALLAH menyembuhkan segera Dr Huda Haron dan memberi kekuatan dan ketabahan kepada Dr Haron Din sekeluarga dalam menghadapi ujian ini.

Kita doakan juga agar ALLAH mudahkan perjalanan pergi dan pulang kepada Tok Guru Nik Aziz sekeluarga. Mabrur ! Mabrur!

23 Mei 2008

Cawangan Israel ada kat bawah Semenanjung
Ir Dr bin.harun23 Mei 2008 0 Komentar

Kalau 2 hari lepas Timb. menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US telah diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor yg menurut Tun Mahadet telah dikuasai oleh singapura dan hari ini pula, Pulau Batu Putih @ Pedra Branca telah secara rasmi menjadi milik negara Singapura !!(sumber :http://utusan.com.my/) ...

Umum telah ketahui,Halliburton adalah antara syarikat berpontensi utk dilaburkan oleh Israel dan umum turut tahu yg Singapura adalah antara agen negara Yahudi !!

Dan dengan tak rasmi nya Singapura yg jadi agen Israel kat rantau Asean nih telah berjaya melebarluaskan 'empayar' penjajahannya dlm era pasca merdeka !!

Solat Hajat - Kes Petisyen YB Zul
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Kes petisyen pilihanraya bagi parlimen Kulim yg di menangi oleh YB Zulkifli Nordin akan dibicarakan pada 27, 28 & 29 Mei di Mahkamah Tinggi Alor Setar.

Kes ini difailkan oleh Dato Aziz Syeikh Fadzil, lawan beliau pada pilihanraya umum yg lalu. Dato Aziz dlm petisyen nya mengatakan bahawa YB Zul tidak layak bertanding atas alasan tidak memfailkan Penyata Belanja Pilihanraya 2008 menurut Seksyen 23 Akta Kesalahan Pilihanraya.

YB Zul mohon kepada semua untuk mengadakan solat hajat untuk kemenangan beliau dalam kes petisyen pilihanraya ini. Tok guru Nik Aziz juga akan buatkan solat hajat utk YB Zul

Ana pun harap surau-surau kat Wangsa Maju/Tmn Melati dan sekitarnya pun turut adakan solat hajat agar ALLAH kurniakan kemenangan kepada YB Zul khasnya kepada Pakatan Rakyat.

sumber diperoleh dari : http://zul4kulim.blogspot.com/

Ezam masuk UMNO ..? Biarkanlah
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Dipetik dari http://pas-sgmulia.blogspot.com/

Malaysiakini ada melaporkan bahawa Ezam akan mengumumkan pendiriannya mungkin dalam minggu hadapan, samada akan menyertai UMNO parti yang dah reput atau tidak sekembalinya beliau dari luar negara. Bagi penuis Ezam masuk UMNO tiada yang pelik..memang asal usul dia UMNO..biarkan..kalau dia rasa itu yang terbaik ..jawatan dalam "GERAK" yang diterajuinya juga akan diserahkan kepada orang lain, mungkin juga bubar..sebab dah UMNO....Malah kalau Azmin Ali atau DS Anwar Ibrahim nak masuk UMNO..pun sebagi ahli PAS..tak perlu kita risau, pelik atau terkilan..(mungkin ramai orang telah menjangkakan pekara ini akan berlaku) .memang majoriti pemimpin PKR dari UMNO sebelum ini pun ada 12 orang dari parti tersebut pun dah masuk UMNO.


Beberapa orang menteri dah buat kenyataan bahawa mereka suka sangat kalau dia ni rejoin UMNO...cuma berharap supaya Datuk Kamaruddin Jaafar terus kekal bersama PAS.
Selepas DS Anwar dipenjarakan..pengikut beliau majoriti ahli UMNO keluar parti dan menubuhkan parti baru semata-mata ingin berjuang untuk membebaskan beliau..padahal orang-orang ini boleh masuk PAS..dan berjuang bersama-sama bukan hanya untuk membebaskan beliau tetapi berjuang untuk keadilan semua. tetapi pendapat yang mengata PKR parti untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama juga patut diterima.
UMNO samakin kalut sekarang selepas keluar nya Tun Mahatir..menyebab ada suara dari seorang menteri kemungkinan ada pilihanraya lagi...Jika ditakdirkan ini berlaku..harap-harap peminpin atasan PAS memikirkan semula kerjasama antara PKR dan DAP. Sebagai ahli PAS biasa penulis merasakan kerjasama dengan 2 parti ini menyebabkan ramai ahli-ahli PAS makan hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka. Penulis juga merasakan PAS boleh bergerakan sendirian walaupun tak dapat memerintah MALAYSIA..
Kita juga tidak tahu bila agaknya Ahli parlimen dari Sabah akan lompat masuk Pakatan Rakyat dengan kata lain masuk PKR....BetuL ka? mereka ini akan masuk PKR? kalau betul adakah mereka suka-suka masuk atau sudah bosan dan benggang dengan BN sebab mereka tidak ada jawatan penting di dalam kerajaan sekarang? ataupun mereka merasakan selagi BN memerintah selagi itu kemajuan dan pembangunan di Sabah di takuk yang sama..

Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.

PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam.

PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.

PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:

1. Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

2. Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

3. Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

4. Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.

PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.

PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.

PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.

Presiden PAS


22 Mei 2008

Akhirnya Sdr Ezam Pergi Jua! - Versi Baru
chedet22 Mei 2008 0 Komentar

Oleh khairulfaizi

Terkejut dengan berita ini, saya telah menghubungi sdr Badrul Shahrin (CheguBard) untuk mengesahkan perkara ini sebentar tadi. Beliau menyebut bahawa saya sudah pasti akan menghubunginya kerana ketika Ezam meletakkan jawatan sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan dahulu, saya telah menulis artikel bertajuk "Akhirnya Sdr Ezam Pergi Jua". Tidak silap saya, artikel tersebut telah keluar dalam Malaysiakini.com pada 2 November 2006.


Ketika itu, ramai yang beranggapan bahawa Ezam akan menyertai UMNO. Berbeza dengan saya yang masih beranggapan bahawa Ezam tidak akan menyertai UMNO kerana prinsip yang beliau pegang selama ini.



Dalam perbualan saya dengan Chegubard sebentar tadi, terasa bahawa segala prinsip perjuangan yang telah disebut dan dilaung-laungkan oleh Ezam selama ini telah hancur berkecai, berderai bab kaca terhempas ke tanah. Chegubard adalah di antara manusia yang cukup mempertahankan Ezam apabila dicemuh dan dicaci selama ini. Biarpun ramai yang bersikap begitu tetapi Chegubard, Nurin Aina dan rakan-rakan yang lain tetapi mahu bersama dengan Ezam. Berapa ramai penggerak Reformasi yang sanggup untuk bersama-sama GERAK kerana percaya Ezam.


Saya tidaklah rapat dengan beliau sepertimana Chegubard dan rakan-rakan yang lain tetapi saya melihat bahawa sdr Ezam sudah hilang maruah diri sebagai seorang pemimpin yang disegani oleh generasi muda seperti saya dan yang lain-lain.

Chegubard memberitahu saya bahawa beliau sendiri telah meninggalkan GERAK sejak beberapa bulan yang lalu. Beliau telah berusaha agar Ezam tidak bertindak menyertai UMNO atas apa jua alasan kerana ia sangat-sangat bertentangan dengan apa yang beliau telah perjuangkan selama ini. Ezam sendiri tahu bahawa UMNO sudah dirosakkan dengan pelbagai gejala negatif termasuk gejala rasuah yang sangat membarah.


Apakah Ezam ingin memulihkan UMNO daripada dalam seperti mana yang pernah dilakukan oleh sdr Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu? Saya difahamkan bahawa Ezam menyertai UMNO di atas alasan ingin mengembalikan kuasa dan maruah Melayu yang semakin terhakis ketika ini sehinggakan GERAK akan diserahkan kepada pihak lain untuk meneruskan perjuangan memerangi rasuah dalam negara.


Saya pernah bertanya dengan Ezam pada satu masa dahulu sama ada beliau akan menyertai UMNO namun beliau jelas tidak akan menyertainya lagi tetapi mahu berjuang membenteras rasuah melalui GERAK. Sekarang, segalanya telah berakhir dengan episod yang mendukacitakan. Ezam telah berjaya mengesahkan apa yang pernah disebut-sebut oleh pelbagai pihak bahawa Ezam akan menyertai UMNO.


Sdr Ezam, ketika anda meninggalkan jawatan sebagai Ketua AMK dahulu, saya mendoakan agar anda akan terus diberikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan melalui medan baru yang anda pilih. Tetapi bila anda memilih untuk bersama dengan UMNO sebagai wadah baru di atas apa jua alasan, maka tidak ada apa-apa yang saya perlu doakan untuk kebaikan kerana anda telah mengkhianati perjuangan.


Sdr Ezam, masih ada masa untuk anda menarik balik hasrat untuk menyertai semula UMNO namun sekiranya segalanya telah muktamat untuk anda maka ingatlah bahawa anda telah meletakkan kaki ke dalam golongan atau kumpulan orang yang zalim. Bersedialah untuk berhadapan dengan rakyat dan bersedialah untuk berhadapan dengan Allah S.W.T.


Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/
Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
22 Mei 2008, 11.11pagi

21 Mei 2008

Mahathir oh Mahathir!
chedet21 Mei 2008 0 Komentar

oleh:Mariberfikir

Peringkat Awal Pemerintahan

Masih terbayang difikiran ini ketika era awal pemerintahan beliau dahulu apabila beliau memperkenalkan pebagai slogan yang indah-indah... Antaranya 'Bersih-Cekap-Amanah', 'Dasar Pandang ke Timur', 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' dan apabila ada perselisihan faham dengan British beliau memperkenalkan 'Buy British Last'. Memang beliau adalah wira dunia ke tiga.Beliau juga bertanggungjawab mengseragamkan waktu antara Semenanjung dan Malaysia Timur. Singapura juga mengikuti jejak langkah beliau. Selain itu beliau juga memperkenalkan 'Punch Card' yang kemudiannya dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman. Begitu juga dengan tanda nama semasa bertugas. Semua rakyat gembira mempunyai Perdana Menteri seperti beliau. Satu fenomena yang tak pernah diduga...

Peringkat Pertengahan

Beliau ketika ini banyak mengadakan lawatan ke seluruh dunia. Beliau adalah 'Pakar Jualan Malaysia'. Banyak teknologi baru dibawa masuk ke Malaysia. Bermula era Malaysia memiliki kereta nasional sendiri. Syarikat-syarikat kerajaan diswastakan. Malaysia mula dikenali sebagai negara industri dan tidak lagi negara pertanian seperti sebelum ini. Malaysia mula menjadi tuan rumah bagi acara-acara antarabangsa seperti Persidangan Negara-negara Commonwealth (CHOGM), Menganjurkan Dailog Antarabangsa Langkawi, G17 dan pelbagai acara lagi. Beliau juga memulakan projek mega seperti Menara Kuala Lumpur, Menara Petronas, Litar Sepang, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang, Monorel, Jambatan Pulau pinang dan pelbagai projek mega. Rakyat menjadi semakin bangga.. dan merasakan betapa bertuahnya mempunyai seorang Perdana Menteri yang mampu memandang jauh ke hadapan....

Peringkat Akhir

Apabila terlampau lama ditampuk kuasa... beliau menjadi semakin lupa diri.
Manakan tidak beliau sentiasa dikelilingi oleh kaki ampu. Akhirnya beliau percaya dengan mainan syaitan bahawa setiap tindakan yang beliau lakukan adalah 'betul semuanya'. Orang lain apa tahu. Setiap tindakannya yang salah tiada siapa berani betulkan termasuklah ulamak upahan di sekelilingnya. Akhirnya beliau makin sesat apabila menguruskan wang negara bagaikan wang sendiri.

Maka apa yang halal di awal pemerintahan telah bertukar menjadi haram. Bila memakan makanan haram hati beransur ansur menjadi gelap dan akhirnya tindakan yang tidak betul akan nampak betul. Beliau ingin menguasai seluruh Malaysia. Kuasa raja diturunkan begitu juga bidang kehakiman. Raja-raja dihina dan para hakim dipecat, royalti petroleum Terengganu dinafikan, sekolah agama rakyat ditutup dan apa-apa sahaja yang dikira menggugat beliau akan menerima padahnya walaupun timbalannya sendiri.


Akhirnya jadilah Mahathir seorang diktator tanpa disedari.Ketika ini nabi pun sanggup dihina. Fitnah menjadi mainan. Pembunuhan ulamak di Memali menjadi halal. Rasuah bermaharaja lela. Tapi siapa berani melawan. Hinggakan apabila digelar Maha Firaun pun masih ada lagi ulama upahan berani mengatakan inilah Firaun baik. Walhal Firaun adalah antara makhluk yang dilaknat sampai hari kiamat.Lihatlah betapa angkuhnya orang yang bernama Mahathir ini. Hinggakan di akhir tampuk kuasa beliau membuat keputusan menyerahkan kuasa kepada Abdullah Badawi yang dikira boleh dijadikannya sebagai pak turut.

Yang senang diperkotak-katik walaupun beliau tidak lagi menjadi PM. Itulah sangkaan beliau. Tetapi dengan kehendak Allah semuanya jadi terbalik. Abdullah bukan sahaja melawan tokey tetapi meracau dan merapu entah ke mana hingga menjadikan kredibiliti Mahathir yang melantiknya turut terjejas dengan teruk.Maka pada hari ini lihatlah wahai rakyat Malaysia sekelian apa yang terjadi kepada manusia yang paling digeruni pada suatu ketika dahulu. Beliau bukan saja hilang kehormatan diri malah semakin tersisih dari masyarakat. Itulah yang dinamakan hukum karma dari Allah swt kepada umatnya yang sombong semasa di dunia.

Banyak kemusnahan jangka panjang yang telah dibuatnya semasa era pertengahan dan penghujung pemerintahannya. Tetapi berapa ramai yang mengambil iktibar dari apa yang berlaku? Sangat sedikit... kerana manusia lebih sayangkan harta dunia dan takutkan mati.....

http://fikir2renung2.blogspot.com/

13 Mei 2008

Jambori Amal Kebangsaan
Ir Dr bin.harun13 Mei 2008 0 Komentar

Tarikh : 30 Mei - 01 Jun 2008

Lokasi : Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar, Perak

Aktiviti: Perlawanan Paint ball, Memanah, Kawad Kaki, Sukaneka Rakyat, Flying Fox ..dll..

Bayaran : PERCUMA (Ditanggung AMAL W.P)

Makanan / Penginapan : Disediakan tanpa bayaran @ PERCUMA !!!

Berminat hubungi : Sdr. Izamuddin - 019-3697792

Selepas 62 tahun, Umno sudah tidak releva
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

di"copy/paste" dari harakahdaily.net

Oleh : Ustaz Idris Ahmad

Ramai kawan-kawan seangkatan saya apabila berjumpa, berkata baguslah anta berjuang dalam PAS. Saya bertanya balik fasal apa anta tidak berjuang bersama PAS, sebaliknya menjadi ahli Umno.

Jawapan mereka mudah, untuk hendak cari makan kena duduk dalam Umno. Pendeknya mereka sendiri pun tidak percaya kepada Umno. Tetapi apa mereka boleh buat. Hendak berniaga kena isi borang Umno kalau tidak payah hendak buat kerja. Ini adalah sebahagian daripada rakan-rakan yang seangkatan yang duduk dalam Umno. Mereka tahu bahawa Umno bukan tempat untuk perjuangkan agama, bangsa dan tanah air. Jika watak seperti ini yang akan memimpin Umno pada masa akan datang, apa yang mereka boleh buat untuk menyambung talian hayat Umno yang hampir putus.

Inilah realiti yang Umno hadapi sekarang, lebih-lebih lagi selepas keputusan PRU ke-12. Nampaknya macam-macam mereka buat telahan untuk pulih Umno. Ada yang cadang Presiden sekarang kena undur, ganti dengan Najib Razak. Adakah ini penyelesaian yang terbaik. Bas buruk, cuma tukar pemandu sahaja. Antara beberapa hujah kenapa Umno akan hilang daripada persada politik tanah air adalah;

1. Islam tidak menjadi dasar

Sejak awal lagi penubuhan Umno adalah untuk melawan Malayan Union sahaja. Bukan untuk mempertahankan Islam. Islam hanya alat, bukan sebagai satu asas dalam perjuangan. Kalau Islam sudah menjadi asas perjuangan, tentu mereka akan merujuk kepada Islam dalam semua hal, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau soal tudung yang menjadi nas yang qat'i dalam al-Quran, pemimpin wanita, puteri dan isteri pemimpin tidak ambil kisah, maka apa yang hendak diharap untuk mereka bercakap perkara yang lebih besar mengenai Islam. Apabila Islam tidak mendasari dalam perjuangan maka modal pembangunan akan lapuk, kerana minda rakyat semakin berubah dan maju terutama generasi muda, mereka tahu apa tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah. Siapa yang memerintah semuanya akan membuat pembangunan. Hujah pembangunan hanya sesuai pada zaman 60-an dan kawasan majoriti orang jahil. Sedangkan Islam relevan sepanjang masa sehingga hari kiamat.

2.Dasar Umno yang pragmatis (ikut suasana)

Kita pun tidak tahu apa dasar Umno yang pakai sekarang, Islamkah, Melayukah, mempertahan tanah airkah. Cuma seperti yang disebut oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Johor, Dr Fuad Zarkashi, perjuangan Umno hanya untuk perut sahaja. Maka sekarang mereka bergaduh bukan kerana bangsa tidak terbela, agama dihina. Tetapi kerana perut sekarang sudah keroncong. Lima negeri sudah jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Maka banyaklah peluang terlepas, terutama negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Tidak hairanlah kepada kita bekas Menteri Besar Selangor sudah naik minyak dan berani lawan arus. Kerana lubuk emas sudah terlepas ke tangan orang lain.

3. Sikap individualistik

Pemimpin Umno hanya pentingkan diri dan kaum keluarga bukan untuk bangsa dan agama. Akhirnya pengikut sudah naik mual dengan gelagat pemimpin Umno. Parti hanya menjadi sebagai batu loncatan untuk memperkaya anak menantu, sedangkan pengikut di bawah kais pagi makan pagi.

4. Akhlak tidak senonoh

Skandal seperti yang berlaku kepada bekas ahli Parlimen Gombak, Ampang Jaya dan Ketua Wanita di Klang memburukkan suasana. Kebetulan mereka ini tidak bernasib baik, media dapat tahu. Banyak lagi kelakuan yang tidak senonoh yang membuatkan orang memandang sinis kepada Umno. Malahan apabila kita bercakap dengan ahli Umno mengenai gejala yang tidak bermaruah, maka mereka mengatakan ini adalah lumrah dan menjadi rukun dalam seharian.

5. Matlamat masuk Umno untuk mengumpul kekayaan

Sikap materialistik yang sudah berakar umbi dalam Umno sukar untuk diubah. Siapa pun masuk dalam Umno semuanya akan terpengaruh. Kerana semua rakan-rakan mereka baru sepenggal jadi YB sudah ada kereta mewah dan rumah mewah. Akhirnya pengikut biasa melihat kalau pemimpin mereka mewah. Bodohlah mereka kalau berjuang tidak kaut kekayaan macam pemimpin mereka.

6.Tidak membela agama

Masyarakat melihat apa yang Umno sudah lakukan untuk membela agama. Orang murtad Umno diam membisu. Malahan apabila ada di kalangan pemuda PAS dan orang Islam tunjuk perasaan di Cititel Pulau Pinang dan Hotel Sentosa di Johor Baharu ketika kumpulan Artikel 11 membuat program untuk membolehkan orang Islam bebas murtad, seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno, Nazri Aziz kata ini kerja bodoh. Nampaknya Umno sanggup berdiam dalam isu murtad. Sudah 62 tahun kewujudan Umno kita tidak dengar Umno bertindak sesuatu untuk mengadakan undang-undang murtad. Isu pengabaian terhadap agama mengenai murtad adalah satu contoh sahaja. Banyak lagi isu mereka yang mengguris perasaan orang Melayu Islam.

7. Orang agama hanya subang tembaga

Peranan golongan agama hanya untuk menjadi peluru melawan PAS sahaja dan tidak lebih daripada itu. Peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban. Mereka bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara. Sebaliknya si jahil yang menjadi kepala, manakala si alim menjadi pengikut. Apabila ini terjadi banyak dasar yang bertentangan dengan Islam telah berlaku.

8. Dasar Umnoputera bukan bumiputera

Diskriminasi sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi, akhirnya telah menempatkan bangsa merempat di bumi sendiri. Kita tidak pernah dengar bagaimana pemimpin kaum lain yang menindas kaum sesama bangsa kerana berlainan ideologi. Tetapi ini berlaku dalam Umno akhirnya peratus kemiskinan di kalangan bumiputera meningkat seperti yang dinyatakan oleh bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Zainal Osman, Cina 0.6%, India 2.9%, Melayu 8.3%. Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan sebagai satu contoh yang ketara. Apakah layak Umno hendak mendakwa mereka sebagai tulang belakang orang Melayu. Apakah slogan kuat Umno perkasa Umno menjadi realiti?

9. Khianati bahasa sendiri

Umno sudah membunuh bahasa sendiri sebagai bahasa ilmu. Sudah berjuta wang negara dihabiskan untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, tetapi Umno memusnahkan dengan memperkenalkan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003. Semua cendekiawan menentang tetapi keangkuhan pemimpin Umno tetap melaksanakan juga. Akhirnya orang melihat apakah ini perjuangan sebuah parti yang hendak diharapkan. Maknanya yang menjahanamkan bahasa Melayu bukannya Lim Guan Eng, tetapi adalah pemimpin Melayu Umno.

10. Politik khianat bangsa

Yang penting adalah kuasa, sama ada mengorbankan kepentingan agama dan bangsa lain bicara. Persempadanan semula dalam pilihan raya 2004, bagaimana Umno telah mengkhianat orang Melayu-Islam semata-mata untuk melawan PAS. Kenapa kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak bertambah. Contohnya Parlimen Baling pengundinya melebihi 70,000 orang, keluasannya boleh buat solat jamak qasar. Perjuangan yang dilihat sebagai usaha yang sia-sia. Maka tidak ada ertinya lagi mereka mewakafkan diri untuk bersama dengan Umno.

11. Politik wang adalah rasuah politik.

Tetapi hendak bagi sedap dengar maka jenamakan dengan politk wang. Amalan ini memusnahkan Umno. Mereka yang dipilih bukan berdasarkan kewibawaan masing-masing dalam mempertahankan bangsa dan agama. Tetapi siapa yang ada memiliki wang dialah yang menjadi ketua. Apabila mereka menjadi pemimpin maka mereka bukan menjadi pemimpin orang Umno tetapi menjadi boneka kepada tauke-tauke yang memberi wang kepada mereka akhirnya inilah yang memusnahkan bangsa dan agama. - lanh

Penulis adalah AJK PAS Pusat

Peralihan Kerajaan Bakal Manjadi Kenyataan
benludin 1 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahhim

Segala puji bagi Allah tuhan Sekelian Alam. Sesungguhnya tiada yang Lebih Bijaksana melainkan DIA.

Memetik dari perbahasan di sidang parlimen semalam 7 Jamadil Awal 1429 bersamaan 12 Mei 08, pasti membuatkan hati kita meronta lantas tiada lagi kesabaran untuk melihat peralihan kuasa kepimpinan agar segera menjadi kenyataan di bumi bertuah ini.

Akhirnya isi perut ahli-ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak sudah tidak dapat dibendung lagi. Jika dahulu mereka saling mengingati pepatah: "Biar pecah diperut jangan dimulut" tetapi kini semuanya bagai lava gunung berapi yang membuak. Percikannya tiada lagi yang mampu menahan.

Segulung kata dari MP Kimanis dan Kalabakan (keduanya dari Sabah) sudah cukup membuatkan kita faham bahawa peralihan sudah hampir sangat kepada kemuncaknya.

Keyakinan ini ditambah lagi oleh YB Zulkifli Nordin malam tadi dalam syarahan beliau di Madrasah Nurul Muttaqin dalam slot kuliah Maghrib.

Bukan sahaja 29 orang (jumlah minima) Ahli Parlimen Sabah yang sudah bersetuju untuk mengukuhkan barisan PR malah sejumlah 45 orang telah memberikan ikrar untuk turut berbuat demikian. Jika inilah natijahnya, perjuangan kita pasti lebih manis serta bermadu.

Jika di dalam PRU-12 yang lalu, kesemua kita baik di peringkat tertinggi sehingga kepada para petugas telah bertungkus lumus untuk memastikan kemenangan PR, tetapi Allah Lebih Mengetahui malah Lebih Bijak Mengatur jalan hidup ini. DibiarkanNya kita terus berjuang demi terus menagih lagi pertolongan demi pertolongan dariNya tanpa putus.

Itulah yang dilakukan oleh para pimpinan kita. Setelah dilihat tiada muhasabah terbit di dalam jiwa pemimpin BN. Usaha terus dilaksanakan sehingga akhirnya kepada DIA kita serahkan. Demi memastikan negara ini tidak terusan diinjak dek mungkar yang keji, maka diusahakan jua apa sahaja cara agar kebenaran dapat ditegakkan akhirnya.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata . Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayat ke jalan yang lurus (dalam mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya . Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana". (Al-Fath 26:1-4)

Akhirnya, marilah kita bersama-sama mengerahkan tenaga tanpa jemu namun kepada Allah tekad yang satu. Semoga perjuangan ini bakal menjadi sejarah, wujudnya kesejahteraan buat anak cucu. Agar roh kita nanti aman bersemadi ke hadrat Allah kita kembali. Amin

12 Mei 2008

PROJEK BABI NEGARA vs Projek Khinzir Raksasa
chedet12 Mei 2008 1 Komentar

Wawancara Kes Murtad Fatimah
chedet 0 Komentar

Ustaz Ahmad Jailani merupakan peguambela Siti Fatimah Tan Abdullah yang dilaporkan oleh akhbar memohon untuk murtad. Apakah sebenarnya yang telah berlaku?


7 Mei 2008

Sebelum 8 Mac, Umno hanya bincang 'Ketuanan Menantu'?
chedet7 Mei 2008 0 Komentar

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | May 07, 08 | 2:48:36 pm MYT

Menarik, dalam perbahasan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) yang beberapa kali dicelah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berhubung pendirian PAS terhadap isu 'Kontrak Sosial' yang kononnya dipertikai oleh DAP.

Malangnya Khairy sendiri terperangkap dengan permainan soalannya itu apabila Azmin Ali (KeADILan-Gombak) yang mencelah sewaktu perbahasan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong yang disampaikan oleh Ustaz Nasharudin dan Azmin menyatakan secara sinis berhubung pertikaian Umno terhadap isu ketuanan Melayu.

Azmin bingkas bangun sebaik sahaja Khairy bertanyakan soalan kepada Nasharudin mengenai pendirian PAS terhadap isu 'Kontrak Sosial' yang didakwanya dipertikai oleh DAP.

Azmin secara sinis bertanya "Apakah sebabnya semenjak kebelakangan ini pemimpin elit Umno sering kali laungkan ketuanan Melayu.

"Hari ini kita dengar suara kepimpinan tinggi Umno yang menyinggung satu pakatan yang kuat iaitu Pakatan Rakyat, seolah-olah kita (Pakatan Rakyat) mengorbankan kepentingan Islam dan Melayu.

"Saya nak tanya mengapa agaknya hanya hari ini kita dengar suara-suara ketuanan Melayu sedangkan sebelum 8 Mac (sebelum pilihan raya umum) yang dibincangkan ialah 'Ketuanan Menantu'," kata Azmin sambil disambut dengan sorakan dari kalangan ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

5 Mei 2008

Fikirkanlah nasib tahanan ISA
chedet5 Mei 2008 1 Komentar

LAGI sekali fenomena kebengekan fikiran ahli politik. Sekali lagi mereka membuat andaian buruk terhadap PR konon jika memerintah, ISA tetap dikekalkan. Mereka ini sebenarnya tidak percaya bahawa ada udara yang lebih wangi dari udara jamban yang mereka hidu selama ini.

Sebab sudah terlalu lama dalam jamban maka udara yang busuk tidak lagi menjadi busuk pada hidung kemek mereka yang tanpa penapis itu.

Bagaimana mereka pandai menilik keadaan akan datang bahawa ISA akan dikekalkan jika PR memerintah sedangkan apa yang berlaku dengan Melayu Pulau Pinang pun tidak dapat mereka tilik dulu. maka wawasan 2020 dan koridor sana sini pun tentu tidak dapat mereka tilik dari sekarang akan kesannya.

Apakah koridor berkenaan akan hanya menjadikan Melayu akan hanya mampu duduk di koridor sahaja dan sebagainya? Ini yang patut mereka tilik jika benar mereka memperjuangkan ketuanan Melayu.

ISA bukan setakat zalim disisi manusia bertamadun tetapi juga zalim disisi agama. dan menyokong mereka yang mengekalkannya juga adalah satu kezaliman. Sedangkan polis-polis yang terlibat menggunakan C4 meletupkan Altantuya pun dibicarakan dengan panjang lebar walaupun ternyata bahan itu tidak dapat diperolehi oleh pihak lain selain mereka. Inikan pula tahanan ISA yang tangkap muat sahaja tanpa bicara.

Firman Tuhan, "Jangan kamu cenderung hati terhadap orang yang zalim nanti kamu akan disentuh oleh api neraka".

Berkecuali dalam isu ISA lebih baik dari menyokong yang tidak membawa apa-apa keuntungan pada diri sendiri tetapi bakal disentuh api neraka.

2 Mei 2008

Jangan Ikut Golongan Yg Cintakan Kezaliman !!!!
Ir Dr bin.harun2 Mei 2008 0 Komentar

Tunjukkan prihatin anda ke atas tahanan I.S.A. Mari kita bersama menuntut pemansuhan akta zalim ini. Jangan jadi macam menantu dolah badawi--khairy ,yang sayangkan I.S.A sebab belum ada keluarganya yg ditahan di bawah I.S.A dan jangan ikut perangai ahli-ahli parlimen munafik BN yang dengan sombong dan angkuh pertahankan akta I.S.A .

Klik ikon bawah untuk tunjukkan sokongan anda kempen bebaskan tahanan I.S.A .


Ikuti laporan bergambar penyerahan Memorandum GMI bersama Human Rights Committee, Bar Council dan lencana anti-ISA kepada Ketua Pembangkang, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (bagi pihak kerajaan), Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen BN di laman : http://ummuasiah2001.blogspot.com


MANSUHKAN I.S.A !!!

Hari Buruh @ Hari Pekerja
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

1 Mei atau 'May Day' adalah salah satu dari hasil perjuangan pihak sosialis yang telah di'raya'kan oleh majoriti negara didunia ini tanpa membatasi ideologi politik selagi mereka membela hak-hak pekerja.

Tarikh ini merupakan hari peringatan ke atas satu peristiwa yang berlaku pada di Chicago tahun 1886, dimana berdozen buruh-buruh telah terbunuh ketika berdemonstrasi menuntut hak mereka.

Dinegara-negara seperti India,Sweden,Finland,Norway, May day disambut dengan demostrasi menuntut hak2 pekerja dengan ucapan para pemimpin. Berlainan dengan Malaysia, 1 mei lebih merupakan hari santai atau satu hari rehat setelah lebih 1500 jam bekerja selama setahun. Cuti umum ini kononnya 'hadiah' dari kerajaan untuk menghargai penat lelah para pekerja. Walhal masih banyak lagi tuntutan pekerja yang masih 'pending' dan 'KIV' oleh majikan yang cekik darah dan kerajaan hanya memandang sepi hal ini.

Ikutilah perutusan hari buruh @ hari pekerja oleh Pengerusi Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat, Tuan Haji Mohd Anuar Tahir, untuk kita yakni golongan 'makan gaji' untuk bersama-sama menuntut hak seorang pekerja.

"PERUTUSAN 1 MEI BUAT SEMUA" (dipetik dari www.lajnahpekerja.com)

Di negara-negara maju kaum pekerja mempunyai kedudukan istimewa. Kaum pekerja tidak boleh diambil mudah bukan sahaja oleh para majikan, pemerintah, usahawan, jutawan atau warganegara lainnya.

Mereka punya kuasa besar dalam menentukan arah haluan di bidang politik, ekonomi maupun sosio-budaya. Mana-mana pihak yang cuba memanipulasi, memperkecil atau memperleceh golongan pekerja bererti menempah nahas.

Impak dari tindakan mereka bukan kepalang. Hormat dan simpati ke atas mereka selalunya dikongsi oleh rakyat jelata.

Para pekerja baik yang berkolar putih maupun berkolar biru atau yang bertali leher kemas atau berkemeja khaki sama-sama berwibawa. Seorang profesor atau seorang pencuci lantai sama-sama punya kehormatan dan kewibawaan.

Orang politik atau orang bisnis tidak mampu bersengketa dengan kesatuan mereka. Merekalah penentu kelancaran negara. Pemerintah yang tidak mesra pekerja sering digantikan dan syarikat-syarikat yang menindas pekerja banyak yang gulung tikar. Demikian citra pekerja di negara-negara maju dan negara-negara industri.

Justeru itu di Hari Buruh, Hari Pekerja 1 MEI 2008 ini, marilah kita bersama mengheningcipta mengingat betapa pula nasib kaum pekerja negara sendiri. Ramai sekali yang terus diselubungi mendung dan awan duka --- tidak berdaya dan tidak punya kuasa.

Terlalu ramai yang masih dinafikan hak berkesatuan - kebajikan hanya gembar-gembur semata. Pemberhentian dan pembuangan dengan berbagai nama terus menghantui mereka dan pampasan pula tidak seberapa. Golongan pekerja rendah terus kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Tuntutan elaun lebih masa terkadang dibayar penuh dan ada masanya tidak. Terlalu ramai "para pekerja" diambil secara kontrak --- tidak tetap. Boleh ditamatkan khidmat mereka pada bila-bila dan kebajikan mereka tidak seberapa. Pekerja secara kontrak / tidak tetap adalah fenomena semasa dipihak swasta dan anehnya di sektor awam pun sama.

Tuntutan gaji minima dan "cola" entah dikaji entah tidak atau dikunci rapat di kabinet besi Pak Menteri. Nah, berfikirlah semasak-masaknya sampai bila mereka perlu cemas dan berduka. Sedang negara lebih setengah abad "merdeka".

Sambutlah 1 MEI dengan lebih bermakna bukan dengan bercuti dan berehat seketika. Marilah kita perincikan masalah mereka berwacana atau mencambah minda mencari angka dan fakta. Bela mereka dengan semangat Malaysia berdaulat dan merdeka. Kesejahteraan kaum pekerja adalah kesejahteraan negara.

Selamat Hari Pekerja.

Hj Mohd Anuar Tahir
Pengerusi
Lajnah Pekerja & Peneroka Bandar PAS Pusat.


................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.