28 Apr 2008

Himpunan Pekerja & Wacana Kebangsaan (Bsama 5 MB)
maabms28 Apr 2008 0 Komentar

PERHIMPUNAN PEKERJA 2008 & WACANA KEBANGSAAN KE-3

PEMBENTANGAN BERSAMA 5 M.B:
VISI UNTUK KAUM PEKERJA

TARIKH : 4 MEI 2008 (AHAD)
MASA : 8.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT: STADIUM MALAWATI SHAH ALAM


CERAMAH PERDANA:

9.00 malam – 12.00 malam

HJ. MOHAMAD SABU
YB N. GOBALAKRISHNAN
Y.A.B LIM GUANG ENG

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI & SEBARKAN KEPADA YANG LAIN

24 Apr 2008

BN TIDAK LAGI RELEVAN UNTUK RAKYAT
benludin24 Apr 2008 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim,

Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir sekelian alam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan hanya Dia Yang Maha Bijaksana.

Perjuangan sebenar sesebuah parti politik di dunia ini adalah tidak lain untuk kepentingan rakyat. Kita simpangkan dahulu perihal perjuangan untuk menegakkan agama kerana apa yang ingin ana bincangkan ini dalah sesuatu yang umum sahaja.

BUKIT MERTAJAM 23 April – Bekas Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan, Datuk Lee Kah Choon hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu ekoran keputusannya menerima dua jawatan utama dalam Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan invest-Penang Berhad.

Dengan keluar parti sahaja, katanya, beliau boleh memberi tumpuan kepada tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.


Ulasan - Dari sini dapatkan kita rumuskan bahawa Kah Choon memang seorang pemimpin yang lebih mementingkan rakyat dari kepentingan partinya. Walaupun beliau dan partinya telah tewas pada PRU-12 lalu di Pulau Pinang, tetapi watak kepimpinan beliau dengan mudah dapat dihidu oleh Lim Guan Eng lalu menyerapkannya ke PDC dengan harapan beliau dapat terus memberikan bakti kepada rakyat. Perkara ini TIDAK AKAN dapat berlaku jika beliau masih tetap bersama BN.

KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, "Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO," katanya.

Ulasan - Selama lebih setengah abad pemerintahan BN di negara kita ini, barulah kini para pimpinan UMNO sedar bahawa tugas utama mereka adalah memperjuangkan kebajikan rakyat. Rupanya mereka telah lama terleka dan kini ingin memujuk kembali rakyat dengan janji-janji manis bermadu.

Adakah rakyat akan termakan pujuk rayu sang arjuna ini? Jika jawapannya "YA". Maka tunggulah akibatnya nanti. Mereka akan kembali "ter"lupa dan rakyat akan kembali dilupakan untuk kadar masa setengah abad sahaja lagi. Kerana ironinya, mereka hanya kini tersedar selepas kehilangan kuasa dan kepercayaan rakyat. Adakah mereka akan sedar jika rakyat masih tidak menegur atau menempelak? Jawapannya pasti tidak kerana sebelum PRU-12 mereka begitu bongkak dan angkuh. Rakyat marhaein yang memprotes akan ditangkap dan disumbatkan kepenjara. Tiada ruang untuk bersuara, tiada medan untuk unjuk rasa.

Tetapi ana percaya, rakyat kini bukan seperti rakyat yang dahulu. Bukan lagi rakyat di "saluran 1". Rakyat kini adalah mereka yang berpendidikan tinggi, yang bermaruah, yang bijak menilai serta rakyat yang berakhlak terpuji. Mereka sudah pun memandang kehadapan dan hanya akan menjadikan perkara yang kebelakang sebagai suatu sejarah dan tauladan sahaja namun untuk berpaling tidak sekali.

KUALA LUMPUR 16 April - Langkah permuafakatan parti-parti politik Melayu perlu dilakukan dengan segera dan tidak ditangguhkan terlalu lama kerana sebarang penangguhan akan hanya merugikan orang Melayu.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Khairuddin Yaakob pula berkata, sekarang bukan masanya untuk kaum Melayu berpecah-belah atas nama politik. "Kelangsungan Melayu sendiri kini dalam keadaan yang sukar untuk diramal, sikap berpecah-belah hanya akan merumitkan lagi keadaan," katanya.

Tambah beliau, usaha bersepadu dan tulus daripada lubuk hati perlu dimulakan oleh semua pihak agar muafakat untuk mempertahankan hak orang Melayu dapat dilakukan.

Ulasan - Selama ini, ketika tetuan melayu memerintah Tanah Melayu, apakah yang tetuan melayu lakukan untuk ketuanan melayu? Kenapa baru kini, setelah tidak lagi dipercayai, baru hendak mempertahankan hak orang melayu?

Siapa dahulu yang menjual tanah-tanah rezab orang melayu untuk dibangunkan? Siapa yang mengubah bahasa melayu dalam pengajian Matematik dan Sains? Siapa yang menghapuskan hak pusat pengajian tinggi orang melayu?

Seribu satu perkara lagi yang boleh kita kaitkan dengan ketidak relevanan BN ini kepada rakyat terutamanya melayu tetapi memadailah ana mengulaskannya sedikit. Sekadar berkongsi rasa. Segala yang Baik dari Allah SWT dan segala yang lemah sesungguhnya dari manusia terutamanya UMNO. Moga bertemu lagi, sehingga itu jagalah diri hiasi peribadi. Illalliqa'


23 Apr 2008

Al-Fatihah Buat Pejuang Rakyat - Rustam Abdullah Sani
Ir Dr bin.harun23 Apr 2008 0 Komentar



Penulis, aktivis dan penganalisis politik serta blogger,Rustam Abdullah Sani telah kembali ke Rahmatullah jam 3pagi tadi dalam usia 63 tahun.

Inna lillah wa inna 'ilayhi raji'un - Dari ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali.

Semoga ALLAH tempatkan roh AlMarhum di kalangan orang Beriman dan terpilih oleh NYA.

Allahyarham merupakan seorg pejuang yang terus menerus menulis baik tulisan melalui blog mahupun dengan penerbitan buku.

Posting yang terakhir beliau didlm blognya: karya-merdeka.blogspot.com bertarikh 21 April 2008 (2 hari yg lepas) dan pelancaran dua buah buku baru beliau (26 April) oleh Anwar Ibrahim hanya menanti hari sahaja. Namun janji ALLAH terlebih dahulu menjemput beliau.

Rustam Sani adalah merupakan anak kepada pengasas Angkatan Pemuda Insaf (API) dan pejuang kemerdekaan iaitu Ahmad Boestamam.

Darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah pejuang dan beliau kembali ke Rahmatullah sebagai pejuang.

Allahyarham dijangka akan disemadikan pada hari ini selepas zohor.

Ya ALLAH, cucurilah rahmat ke atas roh Rustam Abdullah Sani. Amin.

Kami di dppwm.blogspot.com mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

22 Apr 2008

Renungan Untuk Diri dan Rakan-Rakan Pejuang PAS : Jangan Tinggalkan Bukit Uhud!
chedet22 Apr 2008 0 Komentar

artikel dari http://bulanpenuh2012.blogspot.com/ (blogger baru !!)

Dalam peristiwa perang Uhud, Rasulullah s.a.w membentuk sebuah pasukan pemanah yang terdiri dari 100 orang pemuda. Mereka ditempatkan di satu cabang bukit Uhud yang strategik. Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka supaya tidak sekali-kali meninggalkan bukit Uhud walaupun;

(1) mereka melihat tentera Islam telah menang dan musuh lari bertempiaran menyelamatkan diri.

(2) mereka melihat tentera Islam telah tewas dan mayat2 mereka dicincang lumat oleh tentera kafir Quraisy.

(3) mereka melihat mayat tentera Islam telah dimakan ulat atau burung2.

Kebijaksanaan Rasulullah s.a.w mengatur strategi menyaksikan tentera musuh tewas teruk dengan serangan mereka dapat dipatahkan dari segenap penjuru, sebahagian besarnya disumbangkan oleh hujanan anak panah dari atas bukit Uhud setiap kali kemaraan mereka.

Malangnya setelah kemenangan seakan pasti, sebahagian besar pemanah ini turun dari bukit Uhud untuk meraikan kemenangan mereka bersama-sama pasukan tempur barisan hadapan.

Ketika mereka dilalaikan dengan harta rampasan perang yang bertimbun-timbun, tentera kafir telah berpatah balik dan membunuh pemanah-pemanah ini sehingga hanya tinggal 10orang sahaja yang selamat. Mereka ini patuh pada arahan Rasulullah s.a.w dan tidak terpedaya dengan kilauan harta rampasan perang di bawah bukit itu.

Sejarah menyaksikan tentera Islam membayar harga yang cukup tinggi untuk ketidakpatuhan ini. Kisah selanjutnya bolehlah dirujuk dalam kitab-kitab yang muktabar.

Kita boleh mengambil pengajaran dari peristiwa perang Uhud untuk menghadapi situasi selepas PRU12 ini. Kemenangan yang tidak diduga mungkin sedang menyibukkan kita. Adakah kita telah lupa kepada mereka yang telah merintis perjuangan ini, kemudiannya gugur sebelum dapat melihat hasilnya?

Adakah kita sudah melupakan gerak kerja parti? Adakah kita telah meninggalkan markas parti terbiar dipenuhi sawang dan tahi cicak?

Adakah kita masih lagi menghadiri usrah, tazkirah dan ceramah? Adakah kita masih lagi Subuh berjemaah.

Untuk diri dan rakan2, sesungguhnya musuh sedang memerhatikan kita. Jika tersilap langkah kita mungkin akan membayar harga yang cukup mahal pada PRU13 nanti.

Jika memerlukan petunjuk dan nasihat, rujuklah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Mereka maju memerintah, dalam masa yang sama gerak kerja parti dilipatgandakan. Parti utuh dan kerajaan kukuh. Insaflah diri!

18 Apr 2008

Faktor Barang Naik
benludin18 Apr 2008 0 Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim

Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir sekelian alam. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui dan hanya Dia Yang Maha Bijaksana.

Saban hari, dari dahulu sehingga kini, manusia diakui semakin bijak serta semakin matang dalam segala segi. Terutama sekali dalam bab putar alam.

Berkisar kepada bab harga barang naik dan terus naik ni. Dari seorang menteri ke seorang menteri, makanya tiadalah alasan lain yang diberi. Kita tiada kuasa untuk menyekat, kita tiada cara untuk menahan serta bermacam-macam tiada lagi. Kalaulah ini sahaja perkataan yang perlu dikeluarkan oleh seseorang menteri, tak perlulah belajar tinggi-tinggi. Sesiapa pun boleh menjadi wakil rakyat.

Berbalik kepada persoalan manusia semakin bijak. Apabila sudah bijak, manusia tak perlu lagi bekerja keras untuk hidup. Cukup sekadar menggunakan otak untuk mendapat keuntungan yang lebih. Bak kata pepatah Inggeris "work smart".

Mari fikirkan: Faktor utama barang naik adalah kekurangan stok, kekurangan bahan mentah serta berbagai-bagai kurang lagi. Ini juga bermakna kurang kerja.

Satu contoh. Ironinya, dahulu para petani mengerjakan ratusan ribu hektar sawah diseluruh negara untuk hasilkan padi bagi keperluan rakyat. Hasil yang banyak tetapi harganya pula rendah. Maknanya kerja lebih tapi pulangannya kurang. Harga hanya akan naik jika permintaan melebihi pengeluaran. Jadi tauke-tauke besar (orang tengah) mula berfikir.

Dari ratusan ribu hektar, kini hanya ribuan hektar sahaja dikerjakan. Jadi hasilnya pun menjadi kurang dan mereka pun mengatakan stok terhad, hasil kurang dan sebagainya. Disebabkan serba kekurangan ini, maka harganya terpaksa dinaikkan untuk mengimbangi permintaan tadi. Nah! Bukankah elok begitu, mereka bekerja sedikit tetapi mendapat pulangan yang banyak. Contoh: Jual 100kg padi, harganya RM100.00. Jual 20kg padi, harganya juga tetap RM100.00. Jadi manakah yang lebih untung? Sudah tentulah kerja yang sedikit tetapi pulangannya banyak.

Inilah yang berlaku pada setiap barangan dipasaran tempatan. Para tauke-tauke ini sentiasa berusaha untuk bekerja sedikit tetapi mendapat pulangan yang berlebihan. Para menteri pun dengan lurusnya mengatakan kita tidak boleh berbuat apa TANPA sedikit pun berusaha untuk menangani masalah ini. Jika begitu lebih baik tak perlu ada Kementerian Hal Ehwal Pengguna kerana tiada fungsinya.

Wahai pak-pak menteri! Cubalah gerakkan kembali sektor hasil bumi kita. Kurangkan import dari luar negara. Bukankah kita asalnya sebuah negara pertanian. Bukankah kita kekurangan peluang pekerjaan. Dari situlah akan terlaksananya penyuburan kembali bumi serta terbukalah peluang pekerjaan. Dalam pada itu, sekat tauke-tauke cekik darah ini dari terus menghisap darah rakyat. Mereka begitu bersenang-lenang sedangkan anda dan rakyat tertekan. Jangan biarkan mereka terus menghimpit kita dan usah benarkan mereka bermaharajalela. Hentikan penindasan ini. Teruskan berikhtiar jika tidak mahu negara ini dihimpit kebuluran dan kemiskinan pada suatu masa nanti.

Sekian sahaja, ana sekadar memberi laluan untuk kita sama fikirkan. Semoga bertemu lagi, salam ukhwah. Illaliqa'

FIKRAH Selamat Dilancarkan.
benludin 0 Komentar



BismiLlahirrahmanirrahim

AlhamduliLlah, bersyukur kita kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta inayahNya jua dapat kita hidup buat meneruskan perjuangan menegakkan islam yang tercinta ini. Terlebih dari itu kita terus diberikan untuk hidup di dalam nikmat iman dan islam. Setiap detik berlalu, dimatangkanNya kita. Semakin umur dititi, ilmu terus diberkati. InsyaALlah.

Tanggal 15 Apr 08 - Buletin sulung DPPWM telah selamat dilancarkan dengan jayanya. Walau tiada kompang dipalu, walau tiada gimik terhidang, tetapi kehadiran jemaah dan taulan sudah cukup untuk kita mula mewarkan bahawa DPPWM setapak lagi menjulang.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada tetamu dihormat, Sdr Kamarulzaman Mohamad (ketua DPPWP) kerana sudi hadir serta melancarkan buletin ini. Penghargaan juga buat Tn Hj Azzaruddin (TYDP PAS Kaw W.Maju), sdr Mahyuddin (S/u PAS Kaw W.Maju) serta perwakilan muslimat kaw W.Maju yang sudi mampir. Dan yang terawla para sahabat mujahid DPPWM yang menjadi pencetus penerbitan buletin ini.

Nama FIKRAH buletin diberi,
tanda naluri pemuda yang tinggi,
menjadi wadah pembakar diri,
sebarang suasana sedia berbakti.

Semoga dengan kelahiran wadah suara hati dan saluran rakyat ini akan menjadi penggalak kepada sahabat sekelian untuk terus mencurah keringat memacu islam ke persada dunia.

Diharap juga dikeluaran yang mendatang , Fikrah dapat dimantapkan lagi dengan sumbangan-sumbangan buah fikiran serta tulisan yang menyentuh semangat mujahid. Akhir kalam, ana menyeru semua jemaah DPPWM supaya teruskan perjuangan. Barisan-barisan yang kosong tolong rapatkan. Jika usrah makin kita sisihkan, bimbang hanyut diterjah gelombang.

Sekian, assamualaikum wrt.

17 Apr 2008

Mengisi Kemenagan
rohizad17 Apr 2008 1 Komentar

Assalamualaikum wbt.

Mencapai kemenangan bukanlah suatu yang mudah, tetapi mengisi kemenangan itu jauh lebih susah daripada mencapai kemenangan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengambil kesempatan ini untuk mempertingkatkan kerja dakwah kepada seluruh masyarakat bukan setakat orang Islam sahaja tetapi kepada orang bukan Islam juga.

Kesempatan ini adalah kerana rakyat sudah tidak mengira bangsa dan fahaman agama sudah mula menerima Pakatan Rakyat dan boleh bekerjasama dalam memperjuangkan keadilan. Inilah masanya untuk kita memperlihatkan keadilan yang sebenar yang terdapat dalam Islam yang kita semua sedang perjuangkan.
Biarpun pahit, kita yakin dan percaya Allah tetap membantu kita. Kita lihat bagaimana sabar dan tabahnya para anbiya' dalam menyebarkan risalah Islam, mereka diuji lebih hebat daripada kita tetapi berundur dan mengalah tidak sekali sebaliknya meneruskan perjuangan sehingga ke akhir hayat.
Inilah iltizam yang diperlukan untuk memikul risalah Islam.
Teruskan perjuangan sehingga kita syahid di sisi Allah Azzawajalla.
Allahu Akbar.

16 Apr 2008

Surat Terbuka Kepada MAZA.
chedet16 Apr 2008 1 Komentar

Oleh AdukaTaruna

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Pertamanya syabas kepada Dr kerana berani berkata ini adalah salah kepada pemerintah secara terbuka. Bagi diri yang mempunyai ‘title’ somebody, saya berpendapat adalah perlu untuk menegur pemerintah itu secara terbuka. Sudah penat mendengar hujah menegur pemerintah secara sembunyi-sembunyi kepada pemerintah yang terang-terangan mendatangkan fitnah kepada Islam.

Antara sebabnya ialah, betapa rakyat kebanyakan yang umum boleh berkongsi ilmu dari anda sebagai somebody. Mengelakkan fitnah kemandulan pada institusi agama yang terkenal tegas menentang mungkar dan sebagainya. Jadi, kehadiran anda sebagai somebody kini yang menegur setiap yang salah, terutama yang berbahaya seperti Islam Hadhari adalah amat dialu-alukan. Terima kasih yang tidak terhingga.

Namun, jika sekadar mengucapkan terima kasih, saya tidak akan mengarang surat ini. Surat terbuka ini dikarang adalah bagi mendidik pembaca setiap perkara yang perlu diasingkan mengikut tempatnya. Apabila kita sudah menguasai daya ini, secara manusianya, risiko ditipu adalah rendah. Secara manusianyalah, kerana kuasa penentu itu dari ALLAH jua.

Antara ilmu dan orang yang memiliki ilmu itu.

Kita tinggalkan bab ilmu. Bab yang ini Dr ternyata lebih berkeupayaan. Banyak fikrah dan idea Dr yang relevan dan tepat. Tetapi tujuan karangan ini ialah untuk memaklumkan kepada pembaca bagaimana menganalisis seseorang somebody itu tanpa menafikan apa yang disampaikannya. Bagaimana cara mengasingkan antara ilmu dan penyampai ilmu.

Baiklah. Begini. Sudah berapa lama Islam Hadhari dilancarkan? Sejak berapa lama Islam Hadhari itu dibenarkan mengancam fikrah umat Islam? Kenapa baru sekarang Dr turut serta bersama para ulama lain bagi ‘menyelamatkan’ fikrah umat Islam? Pelbagai cubaan dilakukan bagi mendapatkan pengiktirafan ulama sedunia akan Islam Hadhari ini.

Mari kita lihat.

Ini adalah kenyataan Dr yang pertama. (Dr berhak menafikan jika tidak lengkap atau disalah-petikkan)

"Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,"


Ini adalah kenyataan Dr yang kedua. (Dr berhak menafikan jika tidak lengkap atau disalah-petikkan)

"Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’.

Tiada apa yang menarik bagi orang kebanyakan. Tetapi adalah perlu ini dibahaskan bagi mendidik masyarakat cara-cara menganalisis sesuatu perkara untuk diasingkan mengikut tempatnya. Ini perlu disampaikan kepada anak cucu supaya kita tidak mudah ditipu. (secara manusia)

Analisis kenyataan 1.

a. Apa maksud kurang mendapat perhatian? Perhatian dari siapa? Pemerintah atau rakyat?

b. Di mana teguran yang kurang mendapat perhatian itu dibuat? Secara 4 matakah? Atau melalui ceramah lisan? Atau secara bertulis?

c. Jika secara 4 mata, maka, seperti di perenggan pertama di atas. Ilmu Dr tidak dapat ditimba oleh masyarakat.

d. Jika secara lisan, melalui ceramah, sudah pasti diberi liputan oleh media pembangkang. Begitu juga jika secara tulisan. Seperti isu inilah. Kehadiran Dr melalui lisan dan tulisan diberi liputan oleh media pembangkang.

Analisis kenyataan 2.

a. Melalui kenyataan kedua ini, ianya menjawab mengapa tidak diberikan perhatian. Sama ada rakyat atau pemerintah itu sendiri. Kerana Dr memilih untuk berkias atau mengelak menyebut jenama mengelirukan itu (Islam Hadhari).

b. Apakah tujuan Dr mahu mengelak dari berterus terang terhadap perkara yang salah dan kemudiannya berkata ianya (teguran itu) tidak mendapat perhatian? Ini bermakna Dr mengakui konsep teguran Dr sendiri adalah salah.

Kita lihat seterusnya.

Setelah mendakwa menegur sebelum ini, tetapi dalam masa yang sama mengelak menyebutnya, kini Dr kembali di tengah-tengah ‘medan penegur kemungkaran’ dengan menyebut jenama yang sebelum ini cuba dielakkan, yakni Islam Hadhari.

Sekarang saya bawa pembaca mengasingkan antara ilmu dengan orang yang memiliki ilmu itu. Ilmu-ilmu yang dikongsi kepada masyarakat adalah perlu bagi masyarakat sendiri. Jangan membatalkan ilmu tersebut semata-mata kerana orangnya atau penyampainya. Selesai kita asingkan satu perkara.

Kini kita asingkan satu perkara lagi. Yakni orang yang memiliki atau menyampaikan ilmu itu. Melalui analisis-analisis di atas, kita akan kemukakan kemungkinan-kemungkinan ini. (Dr berhak menafikan)

1. Kemunculan Dr menyanggah secara terbuka dan jelas seperti isteri orang besar yang terlebih bollywood dari bollywood, Islam Hadhari adalah selepas Shahidan Kassim dinafikan sebagai Menteri Besar. Adakah Dr dijadikan peluru oleh Shahidan?

2. Kemunculan Dr menyanggah secara terbuka dan jelas seperti isteri orang besar yang terlebih bollywood dari bollywood, Islam Hadhari adalah selepas suasana di mana begitu ramai orang yang menghentam Paklah. Jadi, adakah kaedah teguran itu hanya perlu dilakukan secara lantang dan terbuka apabila yang berkenaan sudah lemah? Jika mengikut kaedah menentuan iman, di mana, jika iman seseorang itu tinggi, dia akan memilih yang paling jelas dan terang bagi menegur berbanding hati (mengelak atau berkias atau memendam) maka, boleh dikatakan ini menunjukkan sesuatu bagi orang yang memiliki ilmu itu?

3. Kemunculan Dr menyanggah secara terbuka dan jelas seperti isteri orang besar yang terlebih bollywood dari bollywood, Islam Hadhari adalah selepas tersebarnya satu plan peralihan kuasa dari Paklah kepada Najib. Dan selepas kedudukan Paklah terumbang-ambing. Dan selepas PR menguatkan desas desus mengambil alih negara dengan hijrahnya 30 MP BN. Adakah Dr sedang melakukan satu plan menyelamatkan title somebody Dr atau kata lainnya bersedia mengikut arus. Jika arus Najib, Dr telah menunjukkan Dr bukan orang Paklah. Jika arus PR, Dr telah menunjukkan Dr bukan orang BN.

Hanyalah kemungkinan.

Tanpa mempertikaikan ilmu, mengasingkannya di tempatnya, kita telah cuba mencari kemungkinan orang yang memiliki ilmu itu untuk diletakkan di kelas yang sepatutnya. Jadi, apabila setiap Melayu memiliki daya ini, secara manusianya, risiko untuk ditipu adalah rendah. Mari kit abaca semua 2 kenyataan ini dalam satu tajuk.

1. "Saya sudah banyak kali menegur tentang Islam Hadhari sebelum ini tetapi kurang mendapat perhatian,"

2. "Banyak perkara yang patut saya komen tentang Islam Hadhari. Sejak dahulu saya selalu mengelakkan dari menyebut jenama yang mengundang ‘seribu kekeliruan itu’.

Sangat biasa bagi orang kebanyakan. Tetapi mempunyai 1001 perbahasan yang tersembunyi di dalamnya. Kini, secara profesionalnya, terpulang kepada Dr untuk menafikannya.

Selamat datang ke medan sebenar Seru Maaruf Cegah Mungkar.

Wallahualam.

15 Apr 2008

Ribuan sambut Anwar bebas berpolitik
chedet15 Apr 2008 0 Komentar

from malaysiakini

Kira-kira 20,000 penyokong pembangkang, khususnya PKR, menyertai perhimpunan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru malam ini walaupun polis tidak menyediakan permit.Program yang digelar "Menghitung Masa dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat" dianjurkan sempena tamatnya larangan berpolitik terhadap penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.



Selepas muncul pada 9.15 malam, Anwar menyampaikan ceramah lebih satu jam sebelum polis mengeluarkan larangan.



Menurutnya, polis meminta program itu dihentikan kerana jumlah orang ramai semakin besar daripada jangkaan awal, kira-kira 10,000 orang.

Dalam ucapannya, Anwar berkata, tunggu dua minggu sebelum beliau mengumumkan sama ada akan bertanding atau tidak dalam satu pilihanraya kecil.

Pada pilihanraya umum 8 Mac, Anwar hanya berkempen di seluruh negara akibat larangan tersebut dan mantan timbalan perdana menteri itu mendakwa ia diadakan bagi menghalang beliau bertanding.

anwar ibrahim vk lingam hearing pc 290108 talkingDalam sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata sambutan tadi "di luar jangkaan."

Perhimpunan sempena 'Black 14' dan pidato perdana Anwar malam ini pada awalnya dijangka disertai 10,000 penyokongnya.

'Black 14, atau pernah disebut 'Gelita 14', disambut setiap tahun sebelum ini bersempena tarikh Anwar dijatuhkan hukuman bagi kes pertama pada 1999.

Sambutan ini pada tahun-tahun awal 2000-an biasanya bersifat demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur anjuran aktivis Gerakan Reformasi dan penyokong PKR.

Laungan "Reformasi", yang menjadi slogan penyokongnya sejak beliau dipecat daripada kerajaan dan Umno pada 1998, dan "suara rakyat, suara keramat" memecahkan keheningan malam di tengah-tengah ibu kota.

Laungan ini sering menghiasi jalan-jalan ibu kota sejak September sepuluh tahun lalu hinggalah 2001 - sebelum tangakapan 10 aktivis gerakan itu dan pemimpin PKR.

Ketua polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman semalam berkata PKR tidak memohon permit untuk perhimpunan tersebut.

Kelab Sultan Sulaiman yang bersejarah - termasuk menganjurkan perhimpunan persatuan-persatuan Melayu untuk menubuhkan Umno - kini dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, selaku menteri besar baru negeri Selangor.

Menurut Muhammad Sabtu, walaupun majlis makan malam itu di buat di tempat persendirian, polis tetap akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengadakan rondaan dan kawalan lalu lintas di sekitar kawasan itu.

Ketika berceramah, Anwar menggesa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjalankan siasatan terbuka terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mengetuai kerajaan selama 22 tahun.

Anwar menuduh Dr Mahathir merosakkan sistem kehakiman, menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana awam, termasuk untuk anak-anaknya.

"Siapa yang singkir Tun Salleh Abbas? Siapa yang melantik hakim correct, correct, correct? Siapa yang lantik hakim gula-gula Hacks yang menghukum saya selama 15 tahun?" katanya.

Perkataan "correct" (betul) sebanyak tiga kali itu merujuk rakaman video peguam VK Lingam yang didedahkannya, sementara "hakim gula-gula Hacks" itu pula Datuk Augustine Paul Sinnappen, kini hakim Mahkamah Persekutuan.

Mengenai timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Anwar mendakwa beliau terlibat dalam penyelewengan kontrak pertahanan kira-kira RM500 juta.

Beliau juga mendakwa Dr Mahathir mahu Najib menggantikan Abdullah bagi meneruskan warisan pentadbirannya dan sebagai satu percubaan menghalangnya (Anwar) menjadi perdana menteri.

14 Apr 2008

MAT TAIB MULA BEGANG DGN MEDIA BN
chedet14 Apr 2008 0 Komentar

Ni dari StarOnline:
-----------------------------------------------------------
Mat Taib to media: Don't highlight resignation calls
By RASLAN BAHAROM

TAIPING: Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib urged the media to stop highlighting calls for party president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi to resign as this could be "misinterpreted."

“If the resignation issue is blown up by the media, it must be held responsible for its impact on the country’s economic development and financial standing, as well as for eroding confidence.

“People may assume the country is in a mess," he told reporters after attending a feast to mark the victory of Bukit Gantang Umno deputy chairman Datuk Rosli Husin who won the Terong state seat in the recent general election.

“Don’t go overboard in publishing the matter as a (new) government has been established,” Muhammad said.

Muhammad, who did not contest in the March 8 polls, was appointed Rural and Regional Development Minister as a senator.
----------------------------------------------------------------------------------
Komen: Media sekarang adalah lebih matang drpd sebelum ini. Mereka nak jual skhabar jadi kena buat berita sensasi. Dulu2 sbb BN berkuasa mutlak, maka pembangkang yg jadi sasaran. Tapi sejak BN tewas, maka BN pulak jadi sasaran. Berita2 sebegini menaikkan jualan akhbar secara mendadak.

10 Apr 2008

Sedikit Peringatan buat pejuang: IKHLAS
maabms10 Apr 2008 0 Komentar


Sabda Rasullallah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah Ta'ala tidak menerima mana-mana amalan kecuali amalan yang ikhlas yang dilakukan semata-mata kerana Allah.
(Riwayat oleh Nasa'I dan Ibnu Umamah)


(ana mintak maaf, mungkin agak panjang... tapi ambillah masa.. untuk kebaikan kita bersama)

ULASAN

Ikhlas ialah niat yang tulus atau motif murni "Lil Lah" (kerana Allah) dalam segala amal ibadah dan kerja-kerja kebajikan, juga dalam keengganan melakukan ma'siat. Seseorang yang ikhlas beribadah bukan untuk mendapat sanjungan orang lain dan meninggalkan maksiat bukan kerana takut dihina orang atau takutkan undang-undang negeri tetapi ia berbuat demikian dengan motif yang luhur iaitu semata-mata kerana menjunjung perintah Allah dan mendapat keredaan Nya. Inilah niat murni yang menjadi asas penilaian Allah terhadap segala amalan manusia

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan mereka tidak diperintah melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepadaNya dan berdiri teguh di atas tauhid"

Ini bererti bahawa ibadah yang diperintah dan diterima Allah ialah ibadah yang dilakukan dengan niat yang ikhlas dan bersih dari sikap menunjuk-nunjuk dan berpura-pura untuk mencapai maksud-maksud duniawi. Inilah keihklasan yang disanjung tinggi oleh Allah ketika ia memujikan amalan para hambaNya yang soleh dalam firmanNya.

Yang bermaksud:
"Dan mereka memberikan makanan yang disayanginya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan dan mereka berkata sesungguhnya kami bukannya mahukan balasan dan terima kasih dari kamu"


Motif menunjuk-nunjuk kepada manusia dengan tujuan mendapat penghargaan mereka itulah yang dipanggil RIA' itulah penyakit batin yang memusnahkan amalan ibadah dan kebajikan manusia dan itulah penyakit batin yang menjerumuskan manusia dalam syirik kafi atau syirik halus. Kerana itu ria' dianggap sebagai dosa yang paling besar dan sikap hati yang paling keji. Berkata Al-Manawi "Barang siapa yang berniat untuk mencapai faedah-faedah dunia dari amalannya bukan kerana cintakan Allah dan Akhirat maka ia hanya akan mendapat apa yang diniatkannya sahaja tanpa habuan yang lain lagi"

Walaupun demikian namun lintasan-lintasan fikiran yang timbul tenggelam atau tercetus sekali-sekala di dalam hati seseorang yang mengiringi agar orang lain itu tahu amalan-amalan dan jasa-jasa baiknya tidaklah menjejaskan keikhlasan yang telah terpaku di hatinya, kerana litasan-lintasan fikiran yang seumpama itu tidak dapat dielakkan oleh manusia yang memang sentiasa digoda oleh bisikan-bisikan jahat dari saitan. Kecuali fikiran yang seumpama itu menetap dan bertunjang pada hatinya berulah ia menjadi seseorang yang ria'.

Demikian juga bukan setiap kegemaran untuk memperlihatkan amalan-amalan baiknya kepada orang ramai termasuk di dalam ria' kerana mungkin kegemaran itu dicetus oleh satu maksud yang suci iaitu supaya amalan-amalan yang dilakukannya menjadi contoh teladan yang diikuti oleh orang lain atau maksud menghapuskan sangkaan buruk orang lain bahawa ia telah meninggalkan atau mencuaikan setengah-setengah amalan ibadah, kerana setiap mu'min harus berusaha menjauhkan dirinya dari menjadi sasaran tuduhan dan tohmahan yang bukan-bukan dari orang lain.

Ikhlas dan Niat

Allah berfirman :
( Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan. Mereka itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan ) Huud : 15-16

Dari Umar bin Khattab radhiyallahu 'anhu, dia berkata : Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya segala pekerjaan itu ( diterima atau tidaknya di sisi Allah )hanyalah tergantung niatnya, dan setiap orang hanya akan mendapatkan apa yang diniatkannya, maka barangsiapa hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa hijrahnya untuk mendapatkan dunia atau seorang wanita yang akan dia menikah dengannya, maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan. HR. Muttafaq 'alaih.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata : Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan perkaranya di hari kiamat adalah seseorang yang mati syahid di jalan Allah, maka dia didatangkan, dan diperlihatkan kepadanya segala nikmat yang telah diberikan kepadanya di dunia, lalu ia mengenalinya, maka Allah berkata kepadanya : apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat ini ? maka orang itu menjawab : aku berperang di jalan-Mu sampai mati syahid,

Maka Allah berkata : kamu berdusta, akan tetapi kamu berperang agar dikatakan bahwa kamu adalah seorang pemberani, dan yang sedemikian itu telah diucapkan ( kamu telak dipuji-puji dst sebagai imbalan apa yang telah kamu niatkan.pent. ) maka diperintahkan supaya dia diseret di atas mukanya sampai dilemparkan di api neraka,

Dan seseorang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya, dan menghapal al-Qur'an, lalu dia didatangkan dan diperkenalkan kepadanya segala nikmat yang telah dikaruniakan kepadanya di dunia, maka diapun mengenalinya, maka dikatakan kepadanya : apa yang telah kamu lakukan dengan nikmat ini ?

Maka dia menjawab : aku mempelajari ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain, dan membaca al-Qur'an untuk-Mu. Maka Allah berkata : kamu berdusta, akan tetapi kamu belajar dengan tujuan agar engkau dibilang seorang alim, dan engkau membaca/menghapal al-Qur'an supaya dibilang engkau seorang penghapal/pembaca al-Qur'an yang baik, dan semua itu sudah dikatakan ( kamu telah mendapat pujian yang kamu harapkan sebagai imbalan niatmu ) lalu diperintahkan agar dia diseret di atas mukanya sehingga dia dilemparkan ke api neraka,

Dan seseorang yang Allah berikan kepadanya keluasan rizki dan diberikan kepadanya segala macam harta, lalu dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya segala nikmat yang telah diberikan kepadanya dan dia mengenalinya, maka Allah berkata kepadanya : apa yang kamu kerjakan dengan nikmat ini ?

Maka dia menjawab : tidak ada suatu jalan yang Engkau suka harta yang telah Engkau berikan agar dibelanjakan padanya kecuali aku telah membelanjakan harta itu di jalan tersebut karena Engkau, maka Allah berkata : Kamu berdusta, akan tetapi kamu melakukan itu agar dibilang bahwa kamu adalah seorang dermawan dan yang sedemikian itu telah dikatakan ( kamu telah mendapat pujian tersebut di dunia sebagai imbalan dari niatmu itu ), lalu diperintahkan agar dia diseret di atas mukanya sehingga dia dilemparkan ke api neraka. HR.Muslim

Keterangan singkat :

Niat adalah dasar segala perbuatan, oleh karena itu setiap perbuatan manusia diterima tidaknya disisi Allah sebatas niatnya, maka barangsiapa mengerjakan suatu pekerjaan niatnya murni karena Allah dan mengharapkan ganjaran akhirat, sedang perbuatannya itu sesuai dengan tuntunan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka amalnya akan diterima oleh Allah, dan barangsiapa niatnya untuk selain Allah atau tidak ikhlas karena Allah seperti dia menyekutukan- Nya dengan makhluk, maka pekerjaannya itu akan ditolak dan akan menjadi bencana baginya.

Hikmah yang dapat diambil dari ayat dan hadits di atas :

  • Bahwa dari syarat diterimanya amal adalah ikhlas yaitu bermaksud dengan amalnya itu karena Allah Ta'ala.

  • Pentingnya ikhlas, karena amal tanpa ikhlas akan menjadi bencana bagi yang mengerjakan pekerjaan tersebut, walaupun pekerjaan tersebut termasuk dari perbuatan ibadah yang mulia ( seperti memberikan sedekah, membaca al-Qur'an, mengajarkan ilmu bagi orang lain, bahkan mati syahid dalam medan perang melawan orang-orang kafir).

  • Bahwa baiknya bentuk suatu pekerjaan tidak cukup untuk diterimanya amal itu di sisi Allah akan tetapi harus dibarengi dengan niat ikhlas.

  • Wajibnya memperbaiki niat dalam segala perbuatan, dan berusaha keras untuk selalu ikhlas dalam beramal.

Ertinya: "Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kapadanya (dan menjauhi bawaan syirik.)" (Surah AI-Mu'min: 14).

Hadis sahabat Abu Hurairah riwayat Muslim: "Bahawa Allah itu baik, bagus dan bersih, Dia tidak akan menerima melainkan yang baik, bagus dan bersih jua"

3 Tahap Perjuangan
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Di sini ana masukkan tulisan sahabat sepejabat ana . Tulisan ini memberi penerangan bagaimana untuk memberi penjelasan kepada yang 'atas pagar' atau yang masih samar-samar dgn hubungan PAS dalam pakatan rakyat.



3 Tahap Perjuangan

SEORANG teman bertanya kepada saya apa rasionalnya Pas berkawan dengan DAP. Kerana menurut jangkaan beliau kedua belah pihak suatu hari nanti sudah tentu tidak akan dapat berkompromi lagi terhadap dasar-dasar yang saling bertentangan.

Saya mendiamkan diri sebentar seperti mencari-cari bagaimanakah untuk memulakan hujah bagi menjelaskan pendirian saya terhadap perkara ini. Memang saya ada ‘bahan’ yang hendak dikongsi bersama teman tersebut mengenai bagaimana saya melihat persoalan tersebut. Tetapi untuk menyusun dan mengolahnya kepada bahasa yang mudah difahami oleh beliau memerlukan sedikit kepakaran.

‘Begini’ kata saya memulakan bicara. Saya meletakkan 3 batang pensil berderetan di atas meja seperti susunan anak tangga. Pensil yang menjadi mata tangga pertama saya namakan sebagai ‘tahap 1’, pensil yang menjadi mata tangga kedua saya namakan sebagai ‘tahap 2’, dan pensil ketiga sebagai ‘tahap 3’.

TAHAP 1 adalah dimana tempat kita bermula dan kita berada sebelum pilihanraya, TAHAP 2 adalah ‘tahap demokrasi’ dicapai, manakala TAHAP 3 pula adalah di mana Islam itu di daulatkan.

Kata saya kepada teman tersebut Pas ikut serta bersama dengan parti-parti lain termasuk DAP walaupun berlainan ideologi adalah kerana kesemua parti-parti ini bersetuju untuk bergerak dan ...seterusnya...

Tok Guru DiMasukkan Ke Hospital
Ir Dr bin.harun 0 Komentar


Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, telah dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Terengganu awal pagi ini ekoran aduan mengalami keadaan kesihatan yang tidak selesa sejak sebelum Subuh tadi.


Beliau kini sedang menerima rawatan dari pakar-pakar perubatan di sana dan para doktor menasihatkan agar beliau berihat sepenuhnya. Beliau sendiri baru sahaja menghubungi Pejabat Agung PAS dan menyatakan yang keadaannya tidak membimbangkan.


Semua ahli dan para penyokong PAS serta seluruh rakyat Malaysia diharapkan agar bersabar dan sama-sama mendoakan agar Tuan Guru segera pulih.


10 April, 2008

YB DATO' KAMARUDIN JAFFAR

SETIAUSAHA AGUNG PAS



Kenangan Di Pusara





Since Che Det wrote about former Mufti Selangor
im just sharing those picture to you all
it was taken during burial ceremony.
Hopefully it will suit with your desire.

9 Apr 2008

Wajah Baru ! Lebih Mantop !
Ir Dr bin.harun9 Apr 2008 1 Komentar

Alhamdullillah,

Akhirnya dengan izin ALLAH, blog ini telah bertukar wajah. Proses pertukaran ini 100% dilakukan oleh saudara 'swordofdeen' iaitu Tuan Syed.

Dengan sedikit suntikan botox dan collegen , wajah dppwm.blogspot.com nampak lebih ceria dan gah. Diharap para moderator dan pelayar blog nih tidak lagi tercari-cari blog yang mana satu idaman kalbu.

Bagi memantapkan lagi lentok liuk blog ini, para pelayar dan pembaca dapat kiranya menyumbangkan tulisan-tulisan, artikel-artikel, gambar atau cerita hasil 'air tangan' sendiri.

Selain itu sumbangan tulisan dan artikel untuk buletin Pemuda Wangsa Maju masih lagi diperlukan. Setiap tulisan dan artikel boleh di email kan pada ana 'bin.harun'. Kepada yang berhajat nak menyumbang tetapi tiada idea atau cerita, digalakkan menyumbang dalam bentuk "RM" , kerana dppwm.blogspot.com dalam proses membeli sebuah komputer bagi memudahkan lagi kerja-kerja suntingan dan merekabentuk blog serta buletin.

Jazakalallah khair.

Terkilan Apabila Dianggap Tentera Kelas Bawahan...Kebajikan Kami Entah Ke Mana
chedet 0 Komentar

by LangitYgMerah

Tahniah pada kerajaan BN yang berjaya memerintah negara. Sekalung tahniah juga kepada Barisan Rakyat iaitu PAS, DAP & PKR yang berjaya mentadbir 5 buah Negeri yang menyaksikan Malaysia subur dengan demokrasi. Pada yang memerintah, lakukan tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat dengan telus dan adil. Jangan persiakan amanah rakyat kepada anda kerana "Suara Rakyat Suara Keramat".

Apapun, ingin saya tegaskan disini bahawa Anggota Tentera adalah berkecuali dalam berparti. Tak kira Kerajaan sedia ada mahupun Parti Pembangkang yang memerintah, kami tetap menjalankan tanggungjawab yang tak berbelah bagi pada pemimpin dan Negara Malaysia Khasnya.

Sebagai warga anggota Tentera, adalah terkilan apabila kehadiran kami di Negara ini dipandang sepi oleh Pemimpin Negara samada Kerajaan mahupun Pembangkang. Dalam belanjawan setiap tahun sudah pasti Polis diberi banyak kemudahan dan tambahan elaun bagi membantu sara hidup mereka yang kini semakin naik. Manifesto pilihanraya Kerajaan mahupun parti Pembangkang sekiranya mentadbir Malaysia tidak menyentuh pun soal kebajikan anggota tentera tetapi yang lebih di fokuskan adalah kebajikan anggota Polis mahupun Guru. Adakah kehadiran kami di Malaysia ini tidak berharga?

Umum mengetahui Pertahanan Tentera yang mantap adalah aspek utama dalam keselamatan Negara. Harapan bahagia selama ini apabila Dato Seri Najib diumumkan sebagai Menteri Pertahanan yang akan membawa sinar bahagia oleh warga ATM khasnya dalam memperjuangkan taraf hidup dan kebajikan kami hanya umpama mengharap bulan jatuh ke riba. Suara Dato Najib dalam membela anggota Tentera dibawah kementeriannya tidak berkumandang. Apa lagi yang boleh kami harapkan agar nasib kami terbela?. Cemburu terlekat dihati ini apabila semasa Pak Lah memegang jawatan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri setiap tahun ada berita baik pada anggota Polis samada kenaikan gaji, tambahan elaun mahupun sebaliknya ketika di bawah kementerian beliau.

Mungkin kerana kami sudah dilatih agar setia pada kepimpinan membuatkan kami tidak penting? Harus di ingat, kebanyakan calon yang menang pilihanraya melibatkan calon dari Parti yang ditunjangi kerajaan berjaya dan menang adalah disebabkan dari kami (Pengundi Pos). Seharusnya jasa kami tidak banyak pun, sedikit jadilah untuk di balas.

Umum juga mengetahui bahawa anggota Tentera tidak dibenarkan membuat kerja sampingan di luar. Sekiranya ada, tindakan tatatertib akan di ambil pada yang engkar. Periuk nasi kami terhad pada gaji pokok serta elaun khidmat semata-mata. Kami juga insan biasa yang ada isteri di mana menanggung anak sekolah lagi, kos sara hidup yang tinggi dan sebagainya. Gaji bersih anggota ada yang sehingga RM400 sebulan di mana membayar kereta, anak bersekolah, pengasuh anak dan sebagainya memandangkan gaji pokok RM1350 sebulan belum lagi ditolak dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Potongan makanan, insurans dan sebagainya. Hanya elaun RM115 yang diterima sebagai elaun khidmat sahaja yang kami merasa. Kenaikan elaun hingga RM600 bagi anggota Komando hanya di rasai oleh mereka sahaja dan bagi kami yang sebagai anggota biasa ini di pandang sepi seolah-olah tidak berkepentingan.

Kami juga tidak mengharapkan kecemerlangan apabila sudah bersara nanti kerana duit pencen kelak hanya akan kami nikmati separuh dari gaji sekitar 500 ke 600 ringgit sebulan. Pada pilihanraya lalu, Tentera seolah-olah malas untuk mengundi memandangkan undi atau tidak nasib kami sama sahaja tidak seperti rakyat lain di janjikan dengan bermacam-macam janji pilihanraya.

Sesungguhnya kebajikan untuk berbakti pada rakyat kami lakukan dengan ikhlas dan bertanggungjawab. Bukanlah untuk mengungkit, tapi jika dilihatkan, Anggota Tenteralah yang banyak mengerah keringat membantu mangsa-mangsa banjir, membuat jambatan baru menggantikan jambatan yang runtuh masa banjir dan sebagainya walaupun tidak diberi elaun kerja lebih masa tetapi tetap kami lakukan kerana sudah menjadi tugas membuat kebajikan pada rakyat walaupun kami sedari kebajikan kami sendiri tidak siapa yang peduli. Janganlah hanya ingat kami semasa banjir atau bencana tiba sahaja. Ingatlah kami di waktu gembira juga.

Harapan yang teramat di harapkan agar suara kami dapat di suarakan di Parlimen nanti tidak kiralah usul ini dibawa oleh kerajaan mahupun pembangkang yang memandang berat kebajikan kami sebagai Anggota Tentera.


Posted at 05:40 am

7 Apr 2008

YB naik motor ke Parlimen
Ir Dr bin.harun7 Apr 2008 0 Komentar

Belum pernah seorang YB ke parlimen dengan menaiki motor, itulah pengakuan seorang pengawal keselamatan di parlimen. Inilah antara kisah menarik YB Zulkifli Nordin ketika sesi taklimat kepada Ahli Dewan Rakyat pada 03 April 08 yang lepas. Pengalaman beliau boleh dibaca melalui blog : zul4kulim.blogspot.com.

Lepas nih boleh ler YB Zul ajak YB Wee 'merempit' ke Parlimen, memandangkan ahli parlimen wangsa maju nih pun hobbynya menunggang motorsikal.

Selamat bersidang YB !!

5 Apr 2008

Rehat Seketika
swordofdeen5 Apr 2008 0 Komentar

Assalamualaikum.

Kadangkala dalam berjuang, perlu juga kita berehat seketika untuk mengembalikan semula tenaga-tenaga dan cas-cas yang sudah digunakan di sepanjang perjalanan :) Dan hendaklah difahami bahawasanya kisah-kisah di bawah hanya untuk tujuan jenaka sahaja. Harap jangan timbul isu yang bukan-bukan sudah lah ya? :D


Cerita pertama:

Mamat : Amin, awak tahu tak satu cerita?

Amin : Cerita apa Mat?

Mamat : Saya dengar ada seorang ustaz tu cakap, kalau kita nak masuk syurga nanti, kita KENA MASUK BARISAN.

Amin : So?

Mamat : Sebab itulah selama ini saya suruh awak join UMNO dan Barisan Nasional..ha..nanti nak masuk syurga pun kena masuk barisan dulu, kalau tak malaikat tak bagi masuk.

Amin : Macam tu pulak... Tapi, apa awak nak buat kalau masa awak nak masuk kat pintu masuk tu tiba-tiba malaikat yang jaga pintu tu tanya "mana PAS masuk?"

Mamat : eRrr....


Pengajaran: Lengkapkan diri dengan ilmu ukhrawi. Moga kita tergolong dalam golongan yang dilindungi Allah dan mendapat 'tiket' memperoleh keredhaan Allah.



Cerita kedua:

Mamat : Amin, kau tau tak kenapa kita kena pilih yang BIRU dan bukan yang HIJAU?

Amin : Kenapa?

Mamat : Cuba kau tengok penciptaan bumi. Dalam penciptaan bumi, berapa komposisi air jika nak dibandingkan dengan darat?

Amin : Tak silap aku 70% bumi adalah air dan 30% adalah darat.

Mamat : Ha...Tepat sekali! Jadi kalau kau tengok, warna HIJAU itu warna hutan kan? Jadi maknanya hutan hanya meliputi paling banyak 30% bumi manakala warna BIRU, iaitu air mewakili 70% bumi. Sebab itulah kita kena pilih BIRU!

(Mamat tersenyum lebar kerana logik mantiknya bagai telah berjaya)

Amin : Ye tak ya juga. Pandainya engkau.

Mamat : Mestilah pandai beb! Aku kan produk tadika kemas, mana boleh lawan!

Amin : Tapi kan Mat, walaupun BIRU meliputu 70% bumi dan HIJAU meliputi 30% bumi, boleh kau bagitau aku tak, SIAPA LA YANG NAK TINGGAL DALAM LAUT? MANUSIA TINGGAL ATAS BUMI JUGAK!

Mamat : Err.rr.....(terkena lagi aku)


Pengajaran: Islam menyuruh kita mengikut Fitrah dan Panduan yang sudah digariskan oleh Allah s.w.t. Jika kita cuba keluar dari garisan itu maka akan huru-haralah kita (macam tiba-ttiba nak hiduop dalam laut)...Satu lagi, belajar matematik betul-betul (hehehehe).




Wallahu'alam!

3 Apr 2008

negeri PAKATAN RAKYAT CUTI HARI JUMAAT?
chedet3 Apr 2008 1 Komentar

ana kepilkan pandangan ahli forum tranungkite.net ( http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=11786#345928) tentang cuti yg minta diselaraskan di negeri2 yg diperintah PR..

1.(MIDMANDO) Bila lagi pemerintah di Negeri-Negeri BA mahu menukar cuti mingguan kepada hari Jumaat dan Sabtu seperti Kelantan dan Kedah.

Harap-harap pemerintah negeri berkenaan berkenan menukar cuti mingguan kepada Jumaat dan sabtu supaya boleh lah di buat penyelarasan waktu-waktu dan pentadbiran bagi negeri-negeri di bawah pemerintahan BA. kan penyelarasan ini lebih menyenangkan.

2. (ADUKA TARUNA) Jumaat adalah perlu dijadikan hari perayaan. Dengan cutinya, dengan otak yang tidak berfikir akan hal-hal kerja, dengan anak-anak tidak sekolah, sebuah institusi keluarga itu boleh dibentuk dengan baik sekali setiap minggu tanpa gangguan yang lain. Seminima yang mungkin.

Lihat di Kelantan, para keluarga membentuk keluarga masing-masing bermula dengan kuliah Subuh. Sambung dengan kutbah Jumaat. Sedekah. Santai tidak terburu2 balik. Tenang dan releks. Sebuah hari perayaan yang sebenar.
Santapan rohani sekali seminggu
.


3- (bapa4) Pd saya tak perlu juga tukar. Kalau ikut ayat dlm surah tu (jumaat) lepas solat Jumaat disuruh bertebaran di mukabumi utk mencari rezeki semula. Semasa saya kerja di luar negara dulu, saya diminta ganti waktu rehat panjang hari Jumaat itu pada masa lain. Pd saya hal ini lebih patut utk menggantikan rehat panjang yg diambil oleh pekerja Islam pd hari Jumaat. Kita pun tak tergesa2 utk kembali bekerja. Orang gomen takda pb rasanya.

Peringatan Kepada Yang Lupa
Ir Dr bin.harun 1 Komentar













Salam,

Gambar-gambar yg ana terima melalui email pagi tadi. Rakaman pada jam 2.05pm, 1 april 2008, dari aras 52, menara 1, menara berkembar PETRONAS (KLCC).

Moga keadaan cuaca yg kebelakangan ini tidak menentu dapat memberi peringatan dan petunjuk kepada org2 yg bertakwa.

Firman ALLAH subhanawataala, yg bermaksud :

"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (Surah Al-'Ankabut:40)

Wassalam.

UMNO hampir hilang kuasa
benludin 0 Komentar

PUTRAJAYA 2 April – UMNO dan orang Melayu berhadapan dengan risiko hilang kuasa seperti dialami pada 1988 jika kegawatan yang melanda parti itu ketika ini tidak ditangani secara jujur dan terbuka.

Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat berkata, dengan setengah dozen negeri yang dulunya di bawah UMNO jatuh ke tangan pembangkang pada pilihan raya umum lalu, kepimpinan parti perlu menerima realiti bahawa UMNO sebenarnya hampir hilang kuasa.

Beliau yang pernah berkhidmat di bawah empat Perdana Menteri menegaskan, pucuk pimpinan perlu berdepan dengan kritikan dan teguran membina manakala ahli UMNO pula perlu jujur untuk mencari penyelesaian memulih dan menyelamatkan UMNO. ..baca selanjutnya..

Sebenarnya, bukan UMNO saja yang gusar dan bimbang tentang nasib orang melayu di bumi bertuah ini tetapi seluruh orang melayu dari parti-parti pembangkang juga merasai tempiasnya.

Bertitik tolak dari situlah YAB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (pada himpunan rakyat di Stadium Melawati-Isnin 31/3/08) dengan berlapang dada menyatakan pendirian akan menerima orang-orang UMNO untuk bersatu bersama PAS tetapi dengan syarat yang amat jelas supaya pemimpin-pemimpin UMNO terlebih dahulu mengubah sikap sombong dan bongkak mereka kepada yang Maha Esa.

Mereka mesti kembali kepada ajaran islam yang sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Mereka mesti kembali kepada Al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup mereka. Itulah saja cara untuk orang melayu merasa selamat serta mendapat perlindungan dari Allah SWT.

Adakah orang-orang UMNO sedar tentang hakikat ini. Hakikat yang mereka telah jauh dari landasan islam. Kembalilah wahai teman-temanku. Perjuangan bangsa tidak akan ke mana. Hanya perjuangan islam yang akan menjamin keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Kembalilah sebelum Allah menggantikan kamu dengan kaum-kaum yang lain yang lebih redha menerima islam dari kamu. Allahu akla waaaklam

2 Apr 2008

PAS , PKR , DAP = Pakatan Rakyat
Ir Dr bin.harun2 Apr 2008 0 Komentar

KENYATAAN PIMPINAN PARTI PAS,PKR dan DAP.

Pimpinan tertinggi parti-parti PKR,DAP dan PAS hari ini telah mengadakan mesyuarat sebagai lanjutan daripada mesyuarat yang telah diadakan pada 18 Mac 2008.

Mesyuarat hari ini dihadiri antara lain oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB En Lim Kit Siang, YB Dato Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pada mesyuarat hari ini kami telah mencadangkan untuk memantapkan lagi kerjasama ketiga-tiga parti ini atas nama PAKATAN RAKYAT. Nama ini telah dicadangkan dan akan disahkan setelah ketiga-tiga parti mendapat persetujuan pimpinan masing-masing dalam masa terdekat ini.

Pakatan Rakyat juga berikrar akan memperjuangkan hak dan kebajikan semua rakyat tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim
bersama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengadakan pertemuan di Petaling Jaya,
semalam, untuk menubuhkan gabungan Pakatan Rakyat bagi menggambarkan
kerjasama antara ketiga-tiga parti itu.



Dengan keputusan pilihanraya yang lepas, kerajaan-kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor akan nantinya dikenali sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Dasar-dasar utama kerajaan negeri ini akan diselaraskan sesuai dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat.

Bagi memantapkan pemahaman atas semua dasar, wakil-wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ketiga-tiga parti akan mengadakan satu konvensyen pada 27 April 2008.

Kami juga memperkemas dan memantapkan struktur Pakatan Rakyat dengan diwujudkan di bawah Majlis Pimpinan yang terdiri daripada ketua-ketua tiga parti, sebuah Sekretariat Bersama yang akan diwakili oleh tiga pimpinan daripada setiap parti. Sekretariat Bersama ini telah ditugaskan untuk membina asas dan kerangka pakatan untuk disahkan oleh Majlis Pimpinan nanti.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
YB Lim Kit Siang

1 Apr 2008

Himpunan Rakyat - Stadium Melawati SA
chedet1 Apr 2008 0 Komentar

Kali pertama sejarah Umno, PM daripada negeri yang kalah - Tun Mahathir
chedet 0 Komentar

Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh

PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) - Desakan demi desakan supaya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan semakin berkumandang.

Malah hari ini dalam program 'Umno Pasca Pilihan Raya ke-12' yang diadakan di Hotel Singgahsana dekat sini, suara hadirin bulat menyatakan Abdullah perlu meletak jawatan kerana punca kekalahan dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Dewan Besar Hotel Singgahsana dekat sini hiruk pikuk dengan laungan supaya Abdullah meletak jawatan, dan ianya dihangatkan lagi apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Dato' Mukriz memberi pandangan terhadap punca kekalahan yang berlaku kepada Umno/BN sewaktu pilihan raya 8 Mac lalu.

Mahathir dalam ucaptamanya selepas forum tersebut secara terang menyindir kepimpinan Abdullah yang hanya dikuasai oleh anak menantu hingga menjadikan negara dan Umno itu lemah.

Tun Mahathir secara terang menyatakan bahawa inilah kali pertama dalam sejarah Umno/BN bahawa Perdana Menteri adalah daripada negeri yang kalah iaitu Pulau Pinang.

Beliau berkata, sebelum ini empat Perdana Menteri yang lalu kesemuanya menjadi Perdana Menteri mewakili negeri yang dimenangi Umno/BN atau pakatan Perikatan

baca lagi
  • disini
  • ................................................................................................

    SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

    AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
    KAWASAN WANGSA MAJU
    No. Account : 564557122098
    Bank : Maybank
    Branch : Wangsa Maju

    ................................................................................................

    Disclaimer

    Disclaimer/ Penafian

    The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

    Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.