28 Feb 2008

Maruah PAS Dihina SPR!
chedet28 Feb 2008 0 Komentar

Oleh AdukaTaruna

"Isunya di sini, keadaan amat kritikal.

Maruah Islam terletak di tangan ulama-ulama Melayu ini. Tangan merekalah yang boleh mengeluarkan maruah Islam dari dalam spender mereka."

*******************
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Oleh : AdukaTaruna

Terlebih dahulu hamba perlu membawa semua, betapa kritikalnya keadaan sekarang. Sangat-sangat kritikal. Kita berada dalam blue print mereka!

SPR masih menggantung tuntutan-tuntutan yang telah BERSIH kemukakan. Mengapa mereka menggantung? Kerana mahu mengangguhkan tindakan pihak pembangkang. Tidak faham?

Baiklah. Kita ambil contoh tuntutan yang terpenting demi pilihanraya negara kita ini, ketika ini. Yakni mencelup jari. Tahukah anda mengapa Terengganu dan Selangor telah melakukan satu simulasi pilihanraya? Kerana mereka sedang mencuba sistem penipuan ini.

Ingatkah anda bagaimana SPR melanjutkan tempoh mengundi di Selangor ketika dahulu? Kerana seorang yang mempunyai beberapa identity, yang berjumlah ratusan, tidak berjaya menepati masa dari satu UPU ke UPU lain. Kerana itulah bagi melengkapkan sistem penipuan itu, SPR melanjutkan tempoh mengundi di Selangor.

Daim Zainudin yang memberi amaran kepada UMNO bahawa negeri panas ini, mungkin akan diambil oleh pembangkang jika tidak dilakukan sesuatu, menyerlahkan sebenarnya ada sesuatu konspirasi yang diingatkan supaya dilakukan oleh tangan-tangan ghaib ini.

Tangan-tangan ghaib.
Mereka mempunyai satu kumpulan yang berjumlah ramai, di mana setiap serang mereka mempunyai lebih dari satu identity. Kita katakan 3 identiti setiap seorang. Mereka akan bergerak dari satu UPU ke satu UPU lain sebelum tempoh pengundian tamat.

PACA tidak boleh menghalang mereka kerana identity mereka terdapat dalam list mengundi yang dikeluarkan oleh SPR. Mereka adalah pengundi yang sah! Sebab itu adalah penting dakwat di jari dikuatkuasakan.

Situasi kini, mereka sengaja seakan-akan mahu melaksanakan dakwat tersebut, tetapi tidak memutuskannya. Mengapa? Kerana mereka mahu pembangkang senyap dan berharap dan berharap. Jika mereka tidak bertindak seolah-olah mahu melaksanakan sistem dakwat, maka, pembangkang akan mengamuk. Ini merumitkan SPR dan kerajaan.

Jadi, mereka bergerak seolah-olah mahu melaksakannya, tetapi berteka-teki. Pembangkang pun senyap dan dalam keadaan berharap. Sehingga ke tarikh penentuan, tiba-tiba sistem dakwat tidak dilaksanakan di PRU kali ini, atas sebab2 tertentu, tetapi akan dilaksanakan PRU13 yang akan datang. Maka, sudah terlambat. Dan pembangkang akan berharap lagi.

PAS perlu keluar dari 'spender' mereka sekarang. Masa amat kritikal!

Sebab itu kami katakan keadaan amat kritikal. Pembangkang perlu tinmgkatkan tekanan kepada SPR dan UMNO supaya mengishtiharkan menggunakan sistem dakwat. Sudah tiada masa lagi. Kedaan semakin kritikal.

Di sini kami mencadangkan kaedah2 yang boleh digunakan pembangkang untuk meningkatkan ketakanan kepada SPR kompenan BN itu.

Step 1.

Keluarkan kenyataan bersama kesemua pembangkang, atau BERSIH yang di dalamnya 70 NGO, atau PAS dan Keadilan jika sukar mendapatkan suara bersama, atau PAS sahaja jika keadaan lebih sukar di mana focus terarah kepada PRU.

Keluarkan amaran bahawa pembangkang akan mengambil jalan demokrasi terakhir, yakni jalan raya, jika pilihanraya ditutup. Kami akan memilih jalanraya selepas PRU ini, pada 9 hb sama ada menang atau kalah jika SPR tidak melaksanakan sistem dakwat.

Keluarkan amaran bersama. Sebarang tekanan selepas PRU adalah tindakan sia-sia.

Step 2.

Para ulama yang mempunyai nama besar seperti Haron Din, TGNA dan TGHH haruslah mengadakan solat hajat atau munajat atau bacaan yassin atas nama Rashid dan SPR. Program itu hendaklah menggunakan nama Rashid dan SPR. Seperti contoh, "program yassin atau munajat mengadu kepada ALLAH dari tipu daya Rashid dan SPR".

Ulama Melayu perlu keras sekali sekala seperti ulama Parsi. Jika TGNA boleh mengadakan solat hajat kerana anaknya ISA itu dipermainkan oleh PKLN, sehingga mendatangkan kegentaran Paklah membebaskan anaknya, maka, hal ini lebih penting kerana ianya melibatkan rakyat teramai berbanding individu anak TGNA.

Apabila munajat ini dilakukan, mereka akan melihat betapa seriusnya dan sunguh-sunguhnya amaran dari pembangkang dalam menyelamatkan demokrasi. Mereka tahu kebenaran itu, tetapi mereka sembunyikan kerana perut. Jadi, apabila ulama mula menyebut nama Rashid dan bermunajat bersama puluhan ribu, mahu tidak mahu perut terpaksa jatuh nombor 2.

Lebih baik bertindak sekarang dari menyalak selepas PRU.

Mungkin anda akan mengatakan ini semua akan melarikan focus terhadap PRU, tetapi, sampai bila kita harus dipatuk oleh ular yang sama? Dan bising ketika semuanya sudah berlaku? Ini satu benda yang serius. Ini satu keadaan yang amat kritikal! Beri amaran kepada pengadil sebelum perlawanan dan semasa perlawanan adalah penting dari memberi focus kepada perlawanan dimana pengadilnya menjadi pemain dan memarahi, membuat bising selepas perlawanan tamat!

Mengapa ini adalah perlu? Apabila mereka menutup demokrasi, maka, akan wujud wadah lain. Kita bimbangi generasi muda akan memilih wadah seperti militant sekiranya putus asa dengan wadah demokrasi. Benda ini adalah amat bahaya.

Keamanan yang dinikmati kita semua bukan kerana BN, sebaliknya kerana pembangkang.

Pembangkang sentiasa bersabar dan menyabarkan pengikut-penyokong mereka. Buktinya, jika BN berada di luar negara atau Rashit itu berada di Pakistan, dia sudah lama mati. Mereka bertuah kerana pembangkang di sini cintakan keamanan.

Aman, selamat dan makmur bukan sebab mereka. Sebaliknya merekalah yang sentiasa mencabar keamanan dengan pelbagai tindakan. Sentiasa mengambil kesempatan atas kesabaran pembangkang di Malaysia.

Tapi sampai bila?

Sampai bila? Ini yang perlu kita fikirkan. Sebab itu keadaan amat mendesak. Mereka mengantung keputusan laksanakan sistem dakwat bagi mempbuatkan pembangkang tertunggu tunggu. Berharap dalam sabar. Sampai masa wisel, dakwat tidak jadi? Apa nak buat?

Jadi, pembangkang terutamanya mulut Haron Din, TGNA, perlu keluarkan satu kenyataan, kita akan memilih jalan demokrasi yang terakhir ini, yakni jalan-jalan raya jika Rashid tidak melaksanakan sistem dakwat.

Media mana yang akan mempertikaikan mulut Haron Din? Ini perkara baru yang akan mencetuskan tanda tanya masyakarat tempurung. Tidak pernah media memburukkan kenyataan Haron Din. Sekaligus menimbulkan satu impak yang maha hebat kepada Rashid.

Kemudian, adakan satu munajat ribuan manusia di beberapa lokasi atas nama Rashid. Sebut nama Rashid dan SPR dalam program itu. Dia akan berada di persimpangan antara kuasa ALLAH dengan kehendak perut sendiri.

Isunya di sini, keadaan amat kritikal.

Maruah Islam terletak di tangan ulama-ulama Melayu ini. Tangan merekalah yang boleh mengeluarkan maruah Islam dari dalam spender mereka.


Wallahualam.

27 Feb 2008

Penyalahgunaan Premis Awam-DPPWM buat LAPORAN POLIS
chedet27 Feb 2008 0 Komentar


Lantaran terlalu rakus menggunakan premis awam/ kerajaan oleh petugas Barisan Nasional (BN) sebagai bilik gerakan pilihanraya mereka, DPPWM telah melakukan 3 laporan polis keatas 8 tempat disekitar Wangsa Maju awal pagi tadi.

Rombongan yang diketuai oleh KETUA PENERANGAN DPPWM telah membuat laporan tersebut di Balai Polis Wangsa Maju pada pukul 00.36 pagi tadi. " Lapan premis yang dilaporkan pada pagi ini adalah sebahagian kecil yang dikenalpasti oleh petugas kita disekitar Taman Melati dan Taman Ibu Kota. Insyaallah banyak lagi laporan polis yang akan kami susuli disekitar kawasan Wangsa Maju dan Setapak nanti." ujar Sdr Mahadzir Abdul Rani .

Menurut Exco Kebajikan DPPWM Sdr Mohd Yuamri Zaily Mohd Yusoff, tindakan petugas BN ini amat dikesali kerana jelas melanggar tatacara penggunaan premis awam/ kerajaan demi kepentingan parti mereka.

Turut membuat laporan tentang penyalahgunaan premis awam ini ialah Sdr Salahuddin yang menyatakan tindakan BN menggunakan ke dua- dua premis Dewan Komuniti/ Masyarakat di Taman Ibu Kota Kanan/ Kiri, seolah-olah mencabar arahan yang dikeluarkan sendiri oleh Setiausaha Agung Umno / BN, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad yang melarang mana- mana parti politik menggunakan premis awam sebagai bilik gerakan parti politik.

Seorang lagi ahli DPPWM yang sempat ditemubual, Sdr Lokman Tahir menyatakan kekesalan beliau diatas tindakan tidak profesional oleh pihak berkuasa dalam menangani permasalahan ini. "Kalaulah premis kerajaan ini digunapakai oleh parti pembangkang, sudah pasti berduyun- duyun pihak berkuasa datang menghalang. Tapi kalau premis ini disalah gunakan oleh BN, ianya seolah-olah tiada undang- undang mampu menghalangnya" ujar beliau.

Adalah menjadi harapan dppwm agar pihak berkuasa mampu melayan sama rata ke atas apa jua isu yang ditimbulkan sempena pilihanraya ini tanpa mendiskriminasikan kepada parti pembangkang sahaja.

100 Fakta Kelantan (Dinsman)
chedet 1 Komentar

100 bakal mengubah Malaysia


17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara

17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni

Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah

Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat
18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud

Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan

Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia
Tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia

Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bangkrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar
Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah
dan harga nikah pun masih murah

100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!

25 Feb 2008

Duti setem: Demi selamatkan BN, tindakan SPR dikecam
chedet25 Feb 2008 0 Komentar

Mohd Rashidi Hassan

MARANG, 24 Feb (Hrkh) - PAS kesal dan mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menarik kembali arahan supaya semua calon pilihan raya mengenakan duti setem pada borang pencalonan.

Arahan tersebut digunakan untuk menyusahkan pembangkang, sebaliknya 'menikam' Barisan Nasional sendiri.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS amat tidak berpuashati dengan tindakan SPR yang membuat arahan tergesa-gesa, menarik balik secara tergesa-gesa sehingga menyusahkan parti pembangkang.

Dalam sidang akhbarnya di Pejabat Daerah Marang sebentar tadi beliau berkata, PAS menerima arahan tersebut pada 21 Februari lepas dan ianya menyusahkan kerana di kebanyakan tempat pejabat kerajaan yang menjual setem hasil sudah ditutup.

Bagaimanapun katanya, calon-calon PAS sempat mengenakan duti setem pada borang masing-masing walaupun borang calon PAS Kedah terpaksa dibawa ke Perlis.

Dalam surat SPR yang ditandatangani Setiausahanya, Dato' Kamaruzzaman Mohd Nor menyatakan, "Pegawai Pengurus boleh menolak Kertas Penamaan Calon jika sekiranya Akuan Berkanun (Borang 5 atau 5A) yang dikemukakan bersama kertas penamaan tersebut tidak mematuhi peruntukan di bawah peraturan 4 (7) Peraturan-Peraturan Pilihan raya (Perjalanan Pilihan raya) 1981."

Menurut Ustaz Hadi, PAS kesal kerana penarikan balik arahan tersebut tidak dimaklumkan kepada parti-parti pembangkang.

"Kita hanya dengar pegawai berbisik sesama sendiri mengatakan arahan tersebut hanya diterima subuh tadi," katanya.

Tegasnya, setelah didesak beberapa kali, barulah pegawai menunjukkan surat pembatalan arahan tersebut.

Sementara itu dalam sidang media yang sama Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali menempelak SPR yang mendakwa badan tersebut sudah menjadi 'robot' Umno.

Katanya, BN menghadapi krisis calon dan sehingga malam tadi barulah urusan mengisi borang-borang calon BN selesai.

Menurutnya, jika syarat ini diteruskan nescaya ramai calon BN akan ditolak.

"Untuk selamatkan calon Umno/BN, arahan telah dikeluarkan kepada SPR untuk gugurkan arahan tersebut," tegasnya

Duti setem: SPR mesti bayar ganti rugi menyeluruh
chedet 0 Komentar

Abdul Halim Mohd Rashid
Mon | Feb 25, 08 | 12:47:40 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - "Kalau tidak boleh kata gila pun, bagaimana saya hendak percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) waras, lebih-lebih lagi Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman?".

Itulah reaksi spontan Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar terhadap tindakan tidak berpedoman Suruhanjaya Pilihan Raya mengenai duti setem.

"Tetapi yang lebih penting, SPR mesti membayar ganti rugi kepada semua calon yang telah bersusah payah untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem.

"Ganti rugi bukan sahaja setakat kos duti setem tersebut malah mestilah menyeluruh meliputi semua kos, kesusahan serta tekanan yang dihadapi oleh calon-calon semata-mata untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem seperti yang diarahkan oleh SPR," kata beliau.

Apa yang sangat menyakitkan hati, katanya, setelah calon-calon bersusah-payah memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem seperti yang diarahkan oleh SPR pada 21 Februari lalu, tiba-tiba SPR mendakwa telah mengeluarkan surat untuk menarik balik peraturan itu pada 23 Februari.

"Bayangkan susah payah yang terpaksa ditempuhi oleh calon-calon di Kedah, Kelantan dan Terengganu kerana hari Jumaat dan Sabtu adalah cuti umum di ketiga-tiga negeri itu.

"Saya difahamkan ada calon yang terpaksa naik kapal terbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk memastikan borang pencalonan mereka mempunyai duti setem," katanya.

Tindakan SPR itu, katanya, amat menyusahkan dan menyakitkan hati.

"Saya bimbang saya tidak dapat mencari istilah yang sesuai selain 'gila' untuk menggambarkan tindakan SPR itu," katanya.

Bagi Mahfuz, hanya dua sebab sahaja yang mendorong tindakan SPR itu.

"Pertama, mereka sengaja hendak menganiaya, menyusahkan serta mengkucar-kacirkan persediaan pembangkang. Kedua, mungkin SPR gila, terutama Pengerusinya.

"Saya tidak tuduh Rashid dan SPR gila. Tetapi, saya tidak yakin mereka waras," Mahfuz mengulangi apa yang telah dinyatakan.

22 Feb 2008

DPPWM @ PROTES
Abe Joe22 Feb 2008 0 Komentar

21 Feb 2008

Rahman dan Rozaidah 'tersingkir', pendedahan Harakah berjaya
chedet21 Feb 2008 0 Komentar

Azamin Amin
Thu | Feb 21, 08 | 4:10:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Pendedahan Harakah berhubung skandal moral tiga pemimpin Umno telah menyedarkan ramai pihak termasuk pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) mengambil perhatian serius sehingga didakwa antara punca mereka tidak tersenarai sebagai calon pilihan raya umum ke-12 Mac ini.

Mereka yang tidak dipilih ialah Ahli Parlimen BN Gombak, Dato' Dr Rahman Ismail dan 'pasangan skandalnya' bekas senator, Dato' Norhayati Onn (Ahli Exco Wanita Malaysia) dan Ahli Parlimen BN Ampang, Dr Rozaidah Talib.

Ini termasuk pemimpin yang diragui dan dipertikaikan kewibawaannya ialah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhamad Muhd Taib dan Dato' Zakaria Md Derus yang digugurkan daripada mempertahankan DUN Pelabuhan Klang.

Bagaimanapun di tempat Zakaria digantikan menantu perempuannya, Roselinda Abd Jamil, yang juga Ketua Puteri Umno Klang.

Harakah sejak tahun lalu telah mendedahkan isu skandal mereka termasuk tuduhan rasuah Zakaria manakala keluaran Harakah minggu lalu, 'Kempen 1' dan 'Kempen 3 'turut menyiarkan gambar berdua-duaan Rahman dan Norhayati.

Akibatnya Rahman dilaporkan telah mengarahkan wakil dan agennya membeli sejumlah lebih 1,000 naskah Harakah yang menyiarkan gambar mereka

Gelabah dengan isu skandal dan gambar itu, pembelian secara borong Harakah itu dilakukan pada Khamis 14 Februari lalu untuk memastikan berita skandal tersebut tidak diketahui umum.

Ramai pembeli tetap Harakah turut membuat aduan bahawa akhbar terbabit sudah tidak dijual di beberapa kedai dan ketika ditanya kepada para pekedai sekitar sini, semua memaklumkan bahawa beberapa wakil BN datang membeli Harakah secara borong, setelah diselidiki ianya atas arahan Rahman.

"Petang Khamis lalu, seorang lelaki Melayu membeli semua akhbar Harakah yang saya jual sejumlah 100 naskah. Dia cakap YB suruh beli," kata seorang pekedai buku berbangsa India di Melawati.

Menurut sumber, penyokong BN juga turut tidak yakin Rahman akan menang jika bertanding di Parlimen Gombak malah ada yang akan memberi undi protes dengan mengundi PAS jika beliau masih bertanding.

Difahamkan kedudukan Norhayati yang pada mulanya bakal diletakkan di Dun Pelabuhan Klang juga kini telah digugurkan daripada menjadi calon BN.

Sementara itu, suami Norhayati, Ir Suffian Abdul Aziz telah menfailkan tuntutan saman di Mahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah Alam pada 18 Februari lalu berpunca kes berdua-duaannya itu dan akan dibicarakan pada 26 Februari depan dua hari selepas hari pencalonan pilihan raya umum ke-12.
Penyata tuntutan yang difailkan oleh Tetuan Muhammad & Co turut menyebut dakwaan beliau terhadap hubungan sulit Norhayati dengan seorang ahli parlimen

20 Feb 2008

PESAN TOK GURU
chedet20 Feb 2008 0 Komentar


Pada tanggal 23 April 1995 dua hari sebelum Pilihan Raya Umum 1995 bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV Kota Bharu sempena Perhimpunan Rakyat Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat telah menyampaikan pesanan berikut:

Masalah pilihan bukan berlaku setiap lima tahun sekali. Pilihan berlaku setiap hari, setiap jam, setiap saat kerana manusia itu ditakdir oleh Allah swt hidup di muka dunia ini diapit dan dikapit oleh malaikat di sebelah kanan, syaitan di sebelah kiri. Tidak kira orang ini Yang Berhormat, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Arif. Tiap-tiap manusia di muka dunia ini diapit dengan kiraman katibin, dengan malaikat yang mencatit amalan baik, malaikat yang mencatit amalan jahat.

Bila berdepan dengan sesuatu perkara , manusia secara otomatik terpaksa memilih samada hendak menurut kehendak malaikat, hendak turut kehendak syaitan, samada sedar atau tidak. Setiap saat, setiap masa, setiap jam, manusia terpaksa memilih. Memilih samada makanan, minuman, pakaian, duit, berniaga, memangkah. Memilih apa sahaja pun. Manusia terpaksa memilih, kerana memang begitu peribadi atau tabiat manusia.

Kita sebagai seorang Muslim yang akil baligh telah diberi panduan hidup oleh Allah swt supaya kita memilih barang yang baik. Tidak ada yang baik di muka dunia ini, kecuali perkara yang telah ditetapkan baiknya oleh Allah swt. Maka bagi kita orang mukmin tetap memilih perkara yang baik, dan tidak ada perkara yang baik, saya ulangi, melainkan perkara yang dikatakan baik oleh Allah swt:

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. (al Ahzab: 36)

Mudah-mudahan pesanan ini direnung dan diamalkan oleh semua kita semua dengan serius dan penuh tanggungjawab demi maruah dan masa depan agama, bangsa dan negara kita yang tercinta.

Video Samy dan Khir menerima padah rakyat
chedet 0 Komentar

lihatLah dengan mata kepala kita sendiri.

Saksikan “Samy dan K. Toyo diserang rakyat” terbitan WTV8 di

Mahkamah bukan teater bangsawan, titah Raja Nazrin
chedet 0 Komentar

Ulasan oleh greenboc
Oleh Bernama

KUALA LUMPUR: Pengamal undang-undang berkewajipan mempertahankan kedaulatan sistem kehakiman negara dan menjadikan diri mereka teladan kepada orang ramai, titah Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah Selasa.

Baginda bertitah, mereka wajib meletakkan tanda aras kepada orang awam dari segi amalan menghormati undang-undang dan mempertahankan kesucian serta tidak mempersendakan mahkamah dari dipesongkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab, pada setiap masa.


"Mahkamah jangan sama sekali dibenarkan hingga sampai ke peringkat dianggap oleh masyarakat sebagai satu teater melakonkan bangsawan yang skripnya telah ditulis oleh pengarah tertentu.
"Mahkamah juga harus dikawal dari dijadikan gelanggang oleh mana-mana pihak untuk mencari pengaruh politik," titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-13 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman Tahun 2007 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Titahnya, undang-undang tidak membawa erti jika sekadar menjadi himpunan kata-kata suci yang terkandung dalam kanun, enakmen dan akta, yang kemudiannya dinodai dengan perbuatan mungkar tanpa menghormati etika profesion.

Sebaliknya, titah baginda, nilai undang-undang terletak kepada kemuliaan perlaksanaan oleh mereka yang telah diberi amanah, kepercayaan dan penghormatan untuk mengendalikan undang-undang.
"Kekuatan dan kemuliaan undang-undang tidak terletak pada keindahan seni bina bangunan mahkamah atau peralatan mahkamah yang canggih atau pada pakaian para hakim dan peguam yang hebat.

"Mahkamah dan para pengamal undang-undang perlu mempunyai roh yang meyakinkan hingga dapat menegakkan institusi perundangan yang dihormati," titahnya.

Raja Nazrin bertitah, amalan perundangan yang berlandaskan kod etika peguam yang tinggi mampu memperkukuhkan sistem demokrasi negara sesuai dengan mekanisme semak dan imbang antara kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Titahnya, sistem perundangan yang adil dan diyakini rakyat adalah prasyarat untuk memastikan keamanan negara tidak tergugat.

"Sistem perundangan yang saksama adalah instrumen berkesan untuk menjauhkan warga dari mencari alternatif lain yang memudaratkan sehingga boleh membawa negara menuju kepada satu anarki," titah baginda.


Ulasan Greenboc

Rakyat menjunjung tinggi titah tuanku dan berterima kasih kerana ucapan yang begitu penting untuk dihayati oleh sekalian mereka yang bergelar "hakim" di negara ini.

Seperti yang didedahkan oleh TKO sebelum ini yang memetik sumber dari malaysiakini, rakyat begitu terkejut apabila di dapati terdapat hakim yang sedia melacurkan dirinya kepada golongan mafia dan kapitalis sehingakan mereka sanggup membuat keputusan sesuatu kes dengan mengikut telunjuk golongan mafia tersebut, malah di dalam kes yang ekstrem telah membaca skrip yang disediakan oleh mafia terebut. Petikan dari berita sebelum ini:

Jayanthi berkata beliau "masih ingat dengan jelas" bagaimana Lingam membaca draf penghakiman tersebut dari nota-nota tulisan tangan, manakala seorang lagi kakitangan, J Sumanti menaipnya.
"Lingam kemudiannya membuat pembetulan dengan menggunakan pen dakwat merah. Sumanti kemudiannya membuat pembetulan tersebut dan membuat satu salinan penghakiman tersebut dalam disket untuk diserahkan kepada Mokhtar.

"Saya kemudiannya mendapati penghakiman yang disediakan oleh Lingam itu digunakan sepenuhnya dalam penghakiman rasmi hakim berkenaan," katanya.

Justeru itu rakyat mengutuk keras hakim yang membelakangkan profession mereka tersebut seperti Hakim Mokhtar Sidin yang jelas adalah hakim yang telah mengkhianati profession dan rakyat seluruhnya. Semuga Allah membalas perbuatan jijik dan jelek mereka dengan balasan yang setimpal lantaran pengkhianatan tersebut.

Dan yang perlu dipersalahkan di dalam hal ini adalah KERAJAAN yang sedia ada iaitu UMNO/BN yang BEGITU LEMAH untuk memantau institusi kehakiman sehingga terlacur sedemikian rupa.

Justeru itu kami mengajak dan menyeru rakyat MENOLAK kerajaan yang ternyata korup ini yang telah menghasilkan jabatan-jabaan dan insitusi-institusi yang sama korupnya dengan mereka.

Semuga tuanku dirahmati oleh Allah dan semuga sentiasa diberikan taufiq hidayah dan perlindungan dariNya untuk terus bersama membela rakyat.

19 Feb 2008

Kempen 18 SX Menantu Pak Lah Memakan Diri
chedet19 Feb 2008 0 Komentar

Kempen Pemuda UMNO "Pakat Kelik Ngundi oleh menantu Perdana Menteri Abdullah Ahmad Baawi iaitu Khairy Jamaludin yang merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO kini telah memakan diri mereka sendiri.

Poster yang ditayangkan "tak nak 18" telah ditertawakan oleh seluruh rakyak Kelantan. Sebahagian besarnya menyatakan bahawa sebenarnya minda mennantu Pak Lah itu tidak ada yang lain kecuali perkara-perkara yang menjurus kepada 18SX sahaja dan jika ingin disampaikannya ialah tak mahu 18 tahun PAS memerintah Kelantan, memang pun rakyat tidak mahu 18 tahun tetapi rakyat Kelantan MAHU LEBIH DARIPADA HANYA 18 TAHUN.

Demikianlah episod BEBAL seorang bekas pelajar OXFORD UNVERSITY yang cuba untuk menunjukkan lagak heronya dengan rakyat Kelantan untuk membuktikan bahhawa dia adalah sebahagian dari barisan politikus "masa depan" UMNO.

Khairy Jamaluddin pada 13 Februari lalu telah melancarkan kempen “Pakat kelek ngundi” iaitu satu kempen bagi mengerah hampir 50,000 pengundi Kelantan yang berada di luar negeri tersebut agar kembali mengundi di Kelantan pada 8 Mac nanti.

Menurut Khairy para pengundi luar Kelantan itu yang hampir 60% terdiri dari penduduk di Lembah Kelang lebih terpelajar dan berilmu. Oleh itu adalah diharapkan mereka ini akan pulang mengundi di kampong masing-masing dan sekaligus mempengaruhi kaum keluarga mereka agar menolak PAS dan mengundi BN.

Ramai juga yang berpendapat bahawa kempen tersebut merupakan satu penghinaan besar kepada rakyat Kelantan.

Menurut seorang blogger terkenal, Roslan SMS, seolah-olah hanya mereka yang berada di luar Kelantan yang berpendidikan dan bermaklumat, sedangkan anak-anak tempatan tidak.

Khairy juga seakan berani membuat andaian berdasarkan undi tahun 2004 dengan anggapan pengundi luar inilah yang membantu BN sehingga hampir menawan Kelantan. Tetapi bagaimana dengan pilihan raya 1990, 1995 dan 1999?

Khairy patut belajar dari orang lama seperti Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li pernah dalam satu ucapan ketika meresmikan suautu pesta anak Kelantan di KL menyatakan bahawa anak-anak Kelantan di KL ini sesungguhnya hanya pulang ke Kelantan apabila ada Raya, iaitu Hari Raya dan Pilihan Raya, beliau kalah semasa Pilihan Raya mereka inilah yang akan balik ke kampong dan semuanya mengundi PAS! tegas Roslan.

Justeru itu sebrnarnya TIADA SEBAB untuk rakyat Kelantan menolak kepimpinan YAB TG Nik Abdul Aziz. Rata-rata rakyat Kelantan menyatakan bahawa fikiran menantu Pak Lah ini sesempit fikiran bapa mertuanya tanpa meninjau sendiri keadaan yang sebenarnya berlaku di Kelantan.

Masyarakat yang bukan-Islam pula menyatakan mereka telah dapat hidup dengan aman sejahtera di bawah kepimpinan TG Nik Abdul Aziz dan rata-rata mereka inginkan kepimpinan TG Nik Abdul Aziz diteruskan daripada diserahkan kepada golongan UMNO yang sebenarnya mereka telah melalui penderitaan hidup yang amat ketara semasa UMNO memerintah Kelantan satu ketika dahulu.

Rakyat Kelantan juga kini MEMPERSOALKAN motif sebenar kempen tersebut kerana ia selari dengan kempen yang hampir serupa dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah bertindak seperti Santa Klaus pada musim pilihanraya, iaitu menaburkan "gula-gula" untuk rakyat Kelantan.

Ramai mengesyaki sesuatu agenda yang tersembunyi - seiring dengan perlanjutan tempoh usia bersara pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

"Apakah kempen-kempen berkenaan sebenarnya cuba menutup satu penipuan yang bakal dilaksanakan oleh UMNO/BN bersama SPR untuk menjalankan missi jahat merampas Kelantan secara keji dan hina?" demikian ujar seorang rakyat Kelantan ketika diminta mengulas isu ini.

SPR dikuasai oleh anak Kelantan yang berjiwa UMNO seluruhnya daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausahanya.

Harakahdaily, Tranungkite kalah pusingan pertama?
chedet 0 Komentar

Oleh Pak Tam Mat
Apakah kita sudah kalah pada pusingan pertama ini? Ya, saya dapati pertempuran dalam dunia siber tidak semudah yang kita sangkakan. Meskipun Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) tidak mensyaratkan laman-laman web mesti mendapat permit terlebih dahulu seperti bahan bercetak lainnya, namun halangan yang menunggu rupanya lebih perit.

Sebaik sahaja Parlimen dan Dun dibubarkan, pihak Umno sudah melancarkan komplot yang dirancang sekian lama untuk menjahanamkan laman-laman alternatif yang dikunjungi oleh begitu ramai rakyat Malaysia, seperti laman harakahdaily, selain tranungkite.net.

Mungkin pelbagai kaedah diguna oleh kumpulan penggodam itu sehingga pengunjung begitu sukar untuk akses laman-laman yang menyediakan maklumat alternatif itu. Malah laman detikdaily.net pun tidak dapat dilayari lagi.
Saya cuma membayangkan bahawa ia berlaku belumpun kempen secara rasmi dilancarkan. Cuba kita fikirkan apakah yang akan dilakukan oleh jentera Umno ini bagi menggagalkan fungsi harakahdaily selepas hari hari penamaan calon 24 Februari nanti?
Mampukah harakahdaily menghadapi asakan berterusan dan tidak mengulangi suasana kempen 2004 apabila laman ini begitu sukar untuk diakses terutama lima hari sebelum mengundi?

Saya hanya mohon kepada pengendali laman harakahdaily dan laman-laman alternatif lain agar melakukan persiapan sebaik mungkin, dengan pelbagai alternatif atau jalan keluar jika penggodam Umno itu berjaya menyebabkan laman popular ini "dimusnahkan".

18 Feb 2008

UMNO bawa ulama Azhar - Dimanakah adab seorang Ulama?
chedet18 Feb 2008 0 Komentar

Oleh M.N.I.
(Ubahsuai oleh WM)

Dalam kempen ini, UMNO akan menggunakan apa sahaja untuk menang, rasuah, ugut dan paling licik menggunakan agama untuk mengelirukan rakyat terutama yang buta fikiran.

Baru-baru ini majlis perasmian Multaqa Sedunia Alumni Al-Azhar 2008, Syeikhul Al-Azhar, Dr. Muhammed Sayyid Tantawi telah dipergunakan. Allah Maha Besar dan Bijaksana dan meastikan setiap perkara yang tidak baik untuk agamaNya pastikan akan di'nyah'kan dengan satu kehinaan.

LIHAT GAMBAR DENGAN LEBIH JELAS - KLIK gambar

Kejahilan UMNO - Bomoh dan pawang semakin laris
chedet 0 Komentar

Oleh Roslan SMS

Satu laporan oleh RSN Murali dalam akhbar The Star hari ini saya rasa patut direnung dan dibaca oleh semua rakyat Malaysia khasnya kita yang bakal keluar mengundi pada 8 Mac nanti. Artikelnya bertajuk:

Politician who seek help from “higher powers”

Ianya mengisahkan darihal usaha pihak-pihak tertentu dalam parti tertentu untuk melobi bagi menjadi calon partinya dalam PRU akan datang ini. Rupanya selain melobi cara konvensional, dengan menjual nama dan menggunakan kabel dan pelbagai, bakal-bakal calon parti berkenaan dilaporkan turut menggunakan khidmat bomoh, pawang dan dukun.

Malah ia melaporkan bahawa seorang bomoh terkenal di Setiu, Terengganu kini merungut bahawa khidmat beliau semakin kurang dilanggan kerana rupanya bakal-bakal calon itu kini lebih yakin kepada bomoh dan pawang “luar” yang khabarnya boleh memberikan tangkal dan ramuan yang lebih kuat dan berkesan.

Khabarnya bomoh-bomoh “luar” itu sehingga memberikan satu jenis ramuan yang perlu dilumurkan di pipi penggunanya sebelum pergi berjumpa dengan ketua-ketua partinya bagi tujuan melobi.

Sesungguhnya perangai dan tabiat begini tidak asing dalam sebuah parti Melayu yang terbesar dalam negara kita. Bagaimana kita mahu lupa darihal seorang bekas ADUN parti berkenaan yang dikerat 18 tubuhnya semata-mata kerana mahu kebal dan berkuasa, beliau ketika itu terlibat dalam pemilihan dalam partinya. Begitu juga seorang bekas Spekaer DUN yang ditembak dengan cara pembunuhan “ritual” ditengah malam kerana kononnya beliau kebal. Beliau dibunuh kerana beliau menghalang kenaikkan seorang pemimpin dari parti yang sama.

Lalu kita tahulah parti mana yang cenderong menggunakan khidmat tahyul dan syirik ini semata-mata untuk menjadi calon demi mengejar kuasa. Ketika inilah bomoh dan pawang di Kepulauan Jawa, di Negara Thai di perkampungan orang asli tengah hutan, laris dan laku.

Dalam pada parti berkenaan sibuk menjaja gagasan fahaman Islam Hadhari kecerok kampong dan pekan, rupanya senyap-senyap pemimpin-pemimpin partinya yang mahu melobi menjadi calon, sedang sibuk menggunakan khidmat kuasa ghaib yang ternyata bertentangan dengan Islam.

Pemimpin UMNO nak tembak dengan senapang patah pekerja PAS
chedet 1 Komentar

Oleh amdang81

"Kuala Terengganu, 14 Feb – Ketika sedang bertugas memasang bendera di Kampung Nibong Atas, dekat sini, lima orang pemuda PAS telah diancam tembak dengan senapang patah oleh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato’ Che Mad Jusoh.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, dihadapan rumah Dato’ Che Mad, yang bernombor Lot 1396, Kg Nobong Atas, Jalan Panji Alam, Kuala Terengganu. Lima pemuda yang terlibat adalah Muhammad Zulkifli bin Zakaria, 21, Mohd Faiz Ashraff Bin Ramly, 21, Abdul Rizuan Bin Abd Rahman, 18, Mohd Shukry Bin Md Jusoh, 21 dan Mohamad Zamani Bin Omar, 25, kesemuanya dari PAS Cawangan Kampung Nibong.

Mereka memulakan tugas menaikkan bendera di kawasan kampung sekitar jam 1.00 pagi. Apabila sampai di hadapan rumah Dato’ Che Mad, mereka cuba memanjat tiang telefon untuk mengikat bendera ditiang tersebut. Sebelum sempat bendera ditegakkan, tiba-tiba Dato’ Che Mad keluar dari rumah dan memarahi mereka.

Dato’ Che Mad mengugut dengan berkata “jangan melampau, kang boleh susah kang!”, dengan maksud untuk menghalang para pemuda PAS menaikkan bendera diatas tiang telefon yang berada ditepi jalan utama diluar pagar rumahnya.

“Kami tidak jadi meneruskan niat, mengumpulkan semua bendera dan peralatan, berkira-kira untuk beredar dari situ segera” jelas Mohd Faiz.Walaubagaimanapun belum sempat para pemuda tersebut beredar, selepas masuk kedalam rumahnya beberapa ketika, Dato’ Che Mad muncul dengan selaras senapang patah.

“Dia mengacukan senapang kepada kami sambil memasukkan peluru” tambah Mohd Faiz dan rakan-rakanya kepada BuletinOnline didalam sessi temubual di Pejabat Perhubungan PAS, pada petang ini.

Dato’ Che Mad mengacu senapang patah kearah pemuda tersebut sambil membuat ancaman dengan berkata “mu letak lah! Aku tembak kang!” , dengan maksud sekiranya para pemuda tersebut meletakkan bendera di hadapan rumahnya, dia akan menembak mereka.

“Kami terkejut, dan saya terus lari” kata Muhammad Zulkifli.

Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada jam 6.00 petang tadi.

Saudara Wan Faizul, Setiusaha Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu ketika dihubungi Buletin Online merasa kesal atas apa yang berlaku. Selain itu, dia juga merasa amat pelik dengan tingkah laku pemimpin UMNO itu yang mengambil jalan ‘perbalahan dan peperangan’ dalam masa semua pihak menghargai dan menghormati demokrasi.

Pilihanraya adalah demokrasi, semua parti berhak menegakkan syiar masing-masing. Perbuatan menggunakan senjata api, mengugut dan mengancam para petugas demokrasi adalah umpama ‘pengganas’” jelas Wan Faizul.

Sumber: Buletinonline.net

16 Feb 2008

Selamatkah Anak-anak Kita
Abe Joe16 Feb 2008 0 Komentar

Andai Ku Tahu
Abe Joe 0 Komentar

15 Feb 2008

PRU- 12 : Pengendali laman web, bloggers sedia gempur BN
chedet15 Feb 2008 0 Komentar

Intan Abdullah
Fri | Feb 15, 08 | 8:29:50 am MYT
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Hrkh) - Laman web dan bloggers pro pembangkang sudah pasti akan menggunakan internet sebagai medium utama dalam menghadapi propaganda Barisan Nasional sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 12 ini.

Di sebalik pelbagai usaha BN untuk menyekat kebebasan penyebaran maklumat, ia ternyata gagal menghalang kemaraan rakyat yang semakin sedar dengan pelbagai salahlaku serta penyelewengan pemimpin kerajaan.

Walaupun internet terhad kepada segmen tertentu dari kalangan pengundi, namun perkembangan pesat teknologi maklumat serta peningkatan rakyat celik IT amat membimbangkan BN, terutamanya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin.

Pengendali laman web terkenal, Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin berpendapat, internet tetap digunakan secara konsisten dan lebih aktif oleh rakyat Malaysia sejak pilihan raya umum 2004 setelah tercetusnya gelombang reformasi kebangkitan rakyat akibat tangkapan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita telah bersedia dengan strategi di peringkat bloggers untuk berhadapan dengan pihak Umno sejak 10 tahun yang lalu, bukan hanya dalam jangka masa mendekati pilihan raya ini,"

Tegasnya, meskipun ramai yang mempunyai tanggapan mengenai kepentingan web tersebut yang masih dipandang rendah akan keberkesanannya kepada pengundi, Raja Petra memaklumkan bahawa terdapat sebilangan pengundi yang berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun yang tidak pernah mengundi sebelum ini mendaftar untuk mengundi dalam pilihan raya kali ini selepas terkesan dengan pengaruh maklumat pada laman web.

"Mereka ini adalah pengundi yang tidak pernah mendaftar, tetapi setelah mendapat maklumat daripada laman-laman web mereka mengambil keputusan untuk mengubah kerajaan yang ada kerana telah 'fed-up',"

Selain itu, beliau menyatakan bahawa terdapat lebih kurang 11 juta bilangan pengguna internet berdaftar di Malaysia yang aktif menggunakan teknologi 'broadband' atau jalur lebar sepanjang tahun.

"Ini bermakna sebahagian besar daripada mereka merupakan pengundi dalam pilihan raya ini, walaupun kita mengetahui bahawa orang bandar kurang berminat untuk mengundi berbanding orang kampung. Sebab itu Umno-BN mensasarkan orang kampung yang pada pandangan mereka lebih mudah untuk digula-gulakan,"

Dalam pada itu, pihaknya juga mendapat maklumat bahawa Umno-BN telah mengadakan banyak perbincangan bagi mengatur strategi khusus memerangi laman web dan blog pembangkang namun kesemuanya menemui kegagalan.

"Mereka telah kaji cara untuk tangani 'cyber war' menjelang pilihan raya dengan menubuhkan kumpulan 'cyber-troopers' di bawah kelolaan Dato' Azalina dan Dato' Norza, tetapi semuanya gagal kerana kita telah tahu taktik mereka yang menghantar komen-komen yang membanjiri blog dan laman web kita sebagai perangkap,"

Jelasnya, usaha yang mereka jalankan sejak 1998 itu gagal menyaingi kumpulan pengendali laman web dan blog alternatif.

Sementara itu, seorang lagi penulis blog yang sensasi, Jeff Ooi pula merasakan sungguhpun kempen menggunakan internet sebagai medium mempengaruhi pengundi tidak relevan dengan kawasan luar bandar, ia tidak bermakna ia harus dikesampingkan.

"Sememangnya kempen siber memang tidak relevan dengan kawasan luar bandar kerana tiada akses internet yang mantap. Tetapi parti-parti politik telah lama menggunakan saluran tersebut untuk menyampaikan agenda kepada pengundi,"

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa rakyat Kelantan adalah antara pengguna internet yang agresif.

"Internet telah biasa digunakan secara agresif di Kelantan. ketika saya singgah di sebuah warung di tepi jalan sebuah pekan kecil, saya sangat terkejut kerana ia mempunyai akses internet tanpa wayar (wireless)," katanya.

Dengan tidak menafikan bahawa terdapat halangan serta kekurangan kempen menggunakan saluran internet ini, beliau masih menyatakan bahawa ia merupakan suatu ruang yang seharusnya dimanafaatkan secara maksimum oleh jentera parti yang bertanding.

Hal ini sekaligus menangkis dakwaan yang dibuat oleh Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy, yang menyatakan bahawa laman web dan blog tidak akan menjadi faktor penentu dalam pilihan raya kali ini

Bagaimanapun, beliau melihat ia akan menjadi ' jentera ' yang lebih penting bagi menghadapi pilihan raya selepas ini.

Selain itu, Khairy turut mengakui pasukan dalam alam siber Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih gagal menyaingi jentera siber pro pembangkang namun ia sudah ada permulaan yang agresif.

"Saya nampak pasukan kita masih belum dapat bersaing tetapi sudah ada permulaan dan saya nampak perkara ini penting bukan untuk pilihan raya kali ini tetapi pada pilihan raya selepas ini," kata Khairy pada Agendadaily ketika ditemui selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gopeng, dekat Sungai Rapat Ipoh, Perak petang Sabtu.

Beliau menganggap ketika ini amat penting bagi jentera perang alam siber pemuda digerakkan berlatih menghadapi pilihan raya secara ' realiti ' untuk tujuan membina kekuatan bagi menghadapi 'peperangan' sebenar dalam pilihan raya ke 13.

Katanya, "kalau kita ketinggalan kali ini, kita tidak ada latihan, kita tidak dapat praktis. Saya nampak alternatif media ini tidak akan menjadi satu faktor penentu di pilihan raya kali ini tapi pada pilihan raya akan datang atau seterusnya faktor media alternatif ini akan menjadi lebih penting".

"Kalau kita tidak menggunakan kesempatan ini untuk 'berlatih' dalam alternatif media ini, kita akan kehilangan satu peluang yang baik. Kita sekarang kena dry run disamping kita cuba menangkis segala tohmahan dalam internet tapi kita akui mereka jauh mendahului kita dalam internet tetapi inilah juga masa yang baik untuk kita cuba dry run. "

14 Feb 2008

Penamaan Calon : 24 Feb 2008 Pilihanraya Umum: 8 Mac 2008
chedet14 Feb 2008 0 Komentar

Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan bahawa tarikh Penamaan Calon ialah pada 24 Feb 2008 dan tarikh Pilihanraya Umum ialah 8 Mac 2008

8 Mac 2008 adalah permulaan cuti sekolah. Pengerusi SPR juga menentukan bahawa Daftar Pemilih Induk yang diumumkan pada 5 Feb 2008 digunapakai yang bermakna akan terdapat 10,222,309 pemilih akan layak mengundi dimana 10,701,054 orang pemilih awam 221,085 orang pemilih pos.

DPPWM berkongsi harapan agar parti-parti di dalam Barian Alternatif akan berjaya cemelang di dalam PRU 12 ini.

INGAT!!!! UNDILAH PAS UNTUK NEGARA BERKEBAJIKAN

Teruskan bekerja dan semarakkan perjuangan!

Badar 313
Abe Joe 0 Komentar

13 Feb 2008

BUBAR PARLIMEN, Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju sedia hadapi Pilihanraya !
Ir Dr bin.harun13 Feb 2008 0 Komentar

Dollah Badawi hari ini mengumumkan pembubaran parlimen selepas mendapat perkenan Yang Di Pertuan Agong pagi tadi walaupun menafikannya dengan tegas pada sidang media di UKM semalam. Sikap Dollah Badawi yang tidak konsisten itu menunjukkan beliau tidak berupaya membuat sebarang keputusan yg tepat dan tidak boleh dipercayai langsung !



Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju, dengan tenaga gerakerja yang komited dan konsisten telah pun bersedia menghadapi pilihanraya ke 12 ini sejak awal tahun lagi. Walaupun kerusi Parlimen Wangsa Maju ditandingi oleh Keadilan, tenaga pemuda kawasan akan membantu Keadilan mengempur setiap inci Parlimen Wangsa Maju bagi memastikan kemenangan Barisan Alternatif.

12 Feb 2008

Poster PRU: Generasi Islam Hadhari
chedet12 Feb 2008 1 Komentar


KLIK pada gambar utk saiz yg lebih besar




Abang Mustapha Ali Masuk UMNO??? RAKYAT Malaysia diTIPU lagi....
chedet 0 Komentar

Oleh assayuti

A'kum, Paper hari ni, berita TV semalam sibuk memperkatakan abang (abang ke-2) Dato' Mustapha Ali, Pengarah JPPP masuk UMNO...

Untuk maklumat [source sebenar]; Abang Cikgu Pha ini; ZAKARIA @ SUPAR BIN ALI, dah lama menjadi AHLI UMNO MALAYSIA, dan tak pernah pun menjadi ahli PAS... Sejak penghujung tahun 1990an pun beliau dah bersama dengan UMNO, dan sebelum PAS memang tahun 1999 di Terengganu, beliau telah mengisi borang AHLI UMNO untuk kali pertama... dah buat declaration!

Nama : ZAKARIA @ SUPAR BIN ALI
No IC : 431104115043
No Ahli : 02812128 ....
Cawangan : UMNO Cawangan Seberang Marang, di Dun Rhu Rendang, Parlimen


Maklumat keahlian beliau dah bertahun2 lama direkod sebagai AHLI UMNO Malaysia, kalau check dlm website UMNO Malaysia sekalipun nama beliau memang dah lama jadi Ahli. Untuk makluman, no keahlian terkini Terengganu sekarang bermula dengan 038XXXXX

Sebaik PAS menang 1999 beliau mendiamkan diri sampailah semalam di hadapan pemberita & pembesar UMNO termasuk MB Terengganu merancang komplot untuk Cikgu Zakaria mengisytiharkan "keluar PAS", dan "masuk UMNO". Ajaib!

Inilah jenis permainan UMNO kebelakangan ini, demi duit dan glamour, semua boleh jadi. Malam tadi kalau lihat "Al Kulliyyah" bukan main sedap lagi Idris Jusoh + Mashitah membahaskan isu ketemadunan Ummat Islam, walhal beliau sendiri yang menipu rakyat Malaysia melalui media tersebut. Ingatlah pesanan Cikgu Pha, pada UMNO tolonglah jaga abang beliau itu, sebab dia menghidapi penyakit yang memerlukan perhatian doktor berpanjangan. ...

UMNO tolonglah jaga elok-elok orang yang dah beberapa kali declare masuk UMNO untuk mendapatkan duit tersebut...! Berilah dia peluang untuk mendapatkan rawatan doktor yang sepatutnya! Orang PAS, tak payahlah gelabah dengan permainan sepanjang zaman pilihanraya ini. Sejarah tetap akan berulang....
Jzklh...
assayuti

lagi berita!!!
  • klik disini
  • 11 Feb 2008

    'Rasa Sayang Eh' versi Pak Lah!
    chedet11 Feb 2008 0 Komentar

    Azamin Amin
    Mon Feb 11, 08 1:12:03 pm MYT
    KUALA LUMPUR, 11 Feb (Hrkh) - Sesekali berfikir di luar minda dan bersikap kreatif, ada baiknya di salurkan kepada picisan-picisan yang boleh membuka pandangan ramai secara santai supaya dapat berfikir dan bermuhasabah diri demi kebaikan bersama.

    Terjumpa di sebahagian besar laman web, irama 'Rasa sayang eh' yang diberi nafas baru oleh seorang yang tidak dikenali ini sesuai untuk 'merehatkan' minda seterusnya menilai kembali kebenaran mesej yang disampaikan.

    Kepada empunya irama nafas baru ini, satu tabik hormat dan penghargaan atas kreativiti anda!

    'Rasa Sayang Eh', Malaysia

    Rasuah sayang eh
    Rasuah Sayang Sayang eh,
    He lihat Pak Lah tidur
    Rasa sayang sayang eh,


    Budak mongolia di luar pagar,
    Ambil C4 tolong bombkan,
    Saya budak baru nak mengajar,
    Kalau salah you duduk diam - diam.

    Rasuah sayang eh
    Rasuah sayang sayang eh
    Eh lihat Zam bodoh rasa sayang sayang eh

    Zainuddin kita nak marah al - jazeera,
    tapi sendiri tak berpengetahuan,
    Mungkinkah belajar dari...(*ditapis),
    Kerana jawapannya macam ketam.

    Rasuah sayang
    Eh rasuah sayang sayang Eh
    Eh lihat parliment rasa sayang sayang eh

    Parlimen kita macam zoo negara,
    Penuh dengan banyak binatang,
    Ada beruk, monyet dan kera,
    Kalau pergi sana bawalah kacang,

    Rasuah Sayang
    Eh rasuah sayang sayang eh
    Eh lihat rempit jauh rasa sayang sayang eh

    Khairy kata rempit sangat terer,
    Mereka ialah mat cemerlang,
    Otaknya sekarang entah mana,
    Mungkin nak jadi rempit di longkang.

    Rasuah sayang eh rasuah sayang sayang eh
    Eh lihat bola kita jauh rasa sayang sayang eh

    Dulu kita main bola peringkat antarabangsa,
    Sekarang main macam ketam,
    Kalah 5 - 1 kepada China,
    Semalam pula kalah kepada Vietnam.

    Rasuah Sayang Eh
    Rasuah Sayang Sayang Eh
    Eh lihat Indonesia jauh rasa sayang sayang eh

    Rasa sayang milik indonesia
    Malaysia kata mereka punya
    Otak engkau lagu ini milik kita
    Kita punya Rasuah sayang sebenarnya

    Rasuah sayang eh
    rasuah sayang sayang eh
    Eh lihat polis jauh rasa sayang sayang eh

    Bila nak tiba hari raya
    Polis kita merata rata
    Muka mereka semacam saja
    Bagi IC dan ringgit Malaysia

    Rasuah sayang eh
    rasuah sayang sayang eh
    Eh lihat Pak Lah tidur rasa sayang sayang eh

    Air di Johor melimpah limpah
    Pak lah beli rumah di Australia
    Bila Mahathir kita marah
    Dia kata rumah itu orang lain pula.

    Rasuah sayang
    Eh rasuah sayang sayang eh
    Eh Malaysia hancur rasa sayang sayang eh.

    * (Tidak sesuai untuk bacaan umum)

    6 Feb 2008

    PM bertemu Agong, jangka bubar Parlimen 12 Februari ini?
    chedet6 Feb 2008 0 Komentar

    Oleh akusokongtokguru

    "KUALA LUMPUR, 5 Feb - Parlimen Malaysia dijangka akan dibubarkan pada 12 Februari ini, sementara penamaan calon pada 21 Februari dan pembuangan undi pada 1 Mac ini, kata satu laporan laman web Malaysia-today.net.

    Ini bermakna pada 1 Mac ini, 10.6 juta yang berdaftar sebagai pengundi akan membuang undi bagi menentukan wakil rakyat yang dipilih.Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan bertemu Yang diPertuan Agong hari ini bagi memaklumkan soal pembubaran Parlimen.


    Banyak pihak menyatakan, pilihan raya kali ini adalah antara pilihan raya yang sengit memandangkan banyak isu yang mengelilingi kerajaan BN selain usaha jentera BN merampas kembali Kelantan dari PAS.

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula telah mewartakan daftar pengundi 2007 hari ini sekaligus menjadikan keseluruhan jumlah pemilih berdaftar yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang seramai 10,922,139 orang.

    Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mat Nor berkata, Daftar Pemilih Induk 2007 yang akan diwartakan itu melibatkan penggabungan Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Pertama Sehingga Suku Keempat 2007 dengan Daftar Pemilih Induk 2006.

    Katanya, pewartaan itu bagi membolehkan senarai pemilih yang berdaftar pada DPT tahun ini digunakan dalam sebarang urusan pilihan raya.

    "Ini selaras dengan Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.

    "Dengan pewartaan tersebut, jumlah pemilih dalam Daftar Pemilih Induk 2007 adalah seramai 10,922,139 orang," katanya.- wann/mks.

    4 Feb 2008

    Adnan Mansor Jamin Kakitangan Kerajaan Undi PAS di Purajaya Tidak Diambil Tindakan
    chedet4 Feb 2008 0 Komentar

    Oleh HermanSamsudeen

    Ahli Parlimen Putrajaya, Adnan Mansor memberikan jaminan penuh kepada kakitangan awam yang ingin aktif dan mengundi PAS pada pilihanraya akan datang.

    Dalam kenyataannya yang dipetik dari NST, 4 Februari 2008, beliau mengakui bahawa terdapat kakitangan Kerajaan termasuk di Kementeriannya sendiri yang menjadi ahli PAS. Walaubagaimana pun beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan kepada mereka walaupun beliau kalah pada pilihanraya akan datang ditangan PAS.

    Kakitangan awam wajib menunaikan hak mereka sebagai pengundi dan tiada sebarang undang-undang pun yang boleh melarang mereka mengundi PAS pada pilihanraya akan datang.

    Seandainya terdapat kakitangan awam yang dipecat atau diambil tindakan tatatertib kerana mengundi PAS pada pilihanraya akan datang, peguam-peguam PAS bersedia untuk membantu mereka dalam mengemukakan saman kepada Kerajaan Barisan Nasional.

    Mantan Presiden PAS, Allahyarham Dato’ Fadhil Noor pernah menyaman Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana memecat beliau ekoran tindakan beliau bertanding dalam pilihan raya pada tahun 1977 di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Merah dan Parlimen Kuala Kedah.

    Tindakan pihak UTM itu dinafikan oleh mahkamah dan beliau diberikan gantirungi diatas pemecatan berkenaan.

    Dalam keadaan sekarang kenyataan Adnan Mansor boleh dijadikan satu peluang kepada kakitangan kerajaan untuk tampil lebih berani bagi menyertai dan mengundi PAS.

    PAS Wilayah Persekutuan menyambut baik jaminan Adnan ini dan akan mempastikan undi kepada PAS di Putrajaya akan menjadi dominan pada pilihanraya akan datang.

    Pendedahan pakatan sulit ISU PERKAUMAN antara komponen BN
    chedet 0 Komentar

    Oleh Dollah Rimau

    Bermula dengan HINDRAF, ada beberapa kelonggaran dalam isu ini tetapi banyak perbezaan pelaksaan hukuman berbanding dengan isu penganiayaan terhadap peristiwa Batu Burok. SMS perkauman tersebar luas. Bahan-bahan internet yang berunsurkan pergaduhan kaum, orang Melayu dipukul, India diganyang tersebar luas.

    Api-api perkauman telah disebar luas dan rakyat berada dalam keadaan gelisah. perniaga Cina diugut dengan ekonomi dan darurat semuanya adalah PELAN "ISU PERKAUMAN" yang dipersetujui oleh semua komponen Barisan Nasional.

    Anda diperbodohkan.
    Kalau bukan anda bapa atau ibu anda diperbodohkan.
    Setidak-tadaknya keluarga anda diperbodohkan oleh UMNO dan BN.

    Harta negara dikaut untuk kerabat mereka, anda digula-gulakan. Itulah realiti pemerintahan UMNO/BN sekarang.

    Pak Lah diwar-warkan sebagai "Mr Clean", warak dan sentiasa bercakap lembut tetapi sebenar dialah dalang dan perancang semuanya.

    Menteri dalam negeri, yang menjadikan AG budak surahan, SPR dengan pindaan perlembangaan sebagai anjing upahan.

    Dia memang hipokrit dan DAJAL.

    YB Salahudin Ayub telah menerima pendedahan ini dan telah membuat laporan polis. Maklumat yang disertakan ini perlu disebarkan dengan apa cara sekalipun. Mana-mana yang mahir mesti mengubahsuai dan menjadikan ianya menarik untuk dipaparkan kepada umum.






    Dua surat sulit ini perlu disebarkan, Klik untuk besarkan dan simpan yang besar (bukan yang dipapar ini)

    Setelah ibu bapa, keluarga anda diperbodohkan. Jangan sampai anak-anak anda generasi akan datang pula dicucuk hidung!!
    ANDA MESTI BERTINDAK SEKARANG!!!
    ................................................................................................

    SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

    AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
    KAWASAN WANGSA MAJU
    No. Account : 564557122098
    Bank : Maybank
    Branch : Wangsa Maju

    ................................................................................................

    Disclaimer

    Disclaimer/ Penafian

    The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

    Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.