31 Jan 2008

Dipecat tetapi disemadi di Makam Di Raja
chedet31 Jan 2008 0 Komentar

Saya percaya ketika menulis artikel ini jasad Almarhum Dato Ishak Baharom sedang disemadikan di Makam Di Raja Selangor di Shah Alam.

Sebaik "dipecat" dari jawatan Mufti Selangor pada tahun 1997 wajah Almarhum tidak lagi mendapat tempat di kaca TV atau media arus perdana. Satu-satunya ulamak besar yang dilahirkan oleh negeri Selangor ini terus dipinggirkan oleh kerajaan negerinya sendiri. Betapa sedihnya seorang bertaraf bekas Mufti tidak dibenarkan memberi kuliah atau berkhutbah di negerinya sendiri!

Namun Almarhum bukan calang-calang ulamak. Beliau tetap "consistent" dengan sikap dan pendiriannya dari semasa beliau menjawat jawatan Mufti selama 12 tahun sehinggalah beliau dipecat dari jawatan itu.

Antara faktor pemecatan beliau adalah kerana beberapa lanngkah berani yang telah diambilnya atas nama Mufti Selangor. Langkah berani itu dikatakan kontroversial oleh mereka yang cemburu pada Islam. Ketika Almrhum Muftilah fatwa mengharamkan rokok dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Selangor. Beliau terlibat secara langsung dalam mengambil tindakan terhadap pertandingan ratu cantik yang melibatkan wanita Islam serta operasi pembenterasan maksiat sehinggalah tindakan beliau itu tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Peristiwa yang berlaku di "Restoran The Ship" di Damansara Utama, dimana serbuan dibuat oleh pihak berkuasa agama ketika berlangsungnya majlis maksiat di sana, merupakan insiden yang telah mengakibatkan Almarhum dipecat.

Pihak tertinggi di Selangor ketika itu malangnya menyebelahi penganjur maksiat dan tergamak memecat seorang Mufti.

Hari ini jasad ulamak besar ini dimakamkan dikomplek Makam di Raja sekaligus memberikan penghormatan tertinggi kepada beliau sungguhpun masa hidupnya beliau dipinggir dan dimusuhi. Begitulah berakhirnya hayat seorang yang mulia. Yang pentingnya adalah di alam akhirat nanti yang sudah pasti menjanjikan tempat yang lebih indah dan selesa bagi mereka yang berkorban diri untuk agama Nya di dunia.

Dalam Utusan Malaysia hari ini dimuatkan pandangan seorang bekas Mufti dan seoang Mufti berkenaan Almarhum:

"Beliau adalah guru yang sangat alim dan tinggi akhlaknya. Malah Allahyarham yang saya kenali juga seorang yang berpendirian tegas serta tidak berkompromi terutamanya yang menyentuh soal amar makruf nahi mungkar" (bekas Mufti Wilayah, Datuk Hashim Yahya)

"Allahyarham ialah seorang ulama yang cukup gigih, berani, tegas dalam berdakwah sehingga disegani kawan dan digeruni lawan. Malah sepanjang beliau berkhidmat dahulu pun, beliau sanggup menegakkan kebenaran Islam tanpa memikirkan apa yang bakal dihadapi kesan daripada tindakannya itu." (Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria)


posted by Roslan SMS

Menanti catatan tentang keajaiban Almarhum Ishak Baharom
chedet 0 Komentar

Catatan ringkas
Ahmad Lutfi Othman

Kematian Almarhum Ustaz Ishak Baharom memang satu kehilangan besar buat umat Islam khususnya pendokong gerakan Islam. Saya sendiri menyimpan gumpalan kenangan bersamanya, terutama ketika Almarhum dipecat daripada jawatan Mufti Selangor sepuluh tahun lalu.

Buku saya, Mufti lawan Mahathir, dicetak berulang kali dan Almarhum sendiri pernah mengulasnya dalam beberapa ceramah. Saya melanjutkannya dalam buku Menyanggah Fatwa Mahathir. Ingin saya kongsi beberapa catatan sepanjang saya berhubung dengan Almarhum selepas ini, selepas menyiapkan penerbitan khas Harakah nanti, insya-Allah.

Ya, Almarhum memang merupakan satu keajaiban.


Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.



Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Jawatan terakhir Allahyarham sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam.

Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja disambung.

Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas.

Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS.

Pah Lah interview..
Abe Joe 0 Komentar

Nak tahu tarikh PR nanti?

30 Jan 2008

AL-Fatihah
Ir Dr bin.harun30 Jan 2008 0 Komentar

Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja
Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom
Tahun Berkhidmat dari 1985 - 1997

Dato' Ishak telah meninggal dunia akibat waktu tengahari tadi, di Hospital Sungai Buloh. Beliau telah dimasukkan ke hospital tersebut pagi semalam selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah

Bekas Mufti Besar Selangor Datuk Haji Ishak Baharom disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2.50 petang tadi. Menurut salah seorang rakannya jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 194 Jalan Tun Sambanthan Taman Sri Andalas Klang


Memoir

Datuk Mufti Haji Ishak bin Baharom (1 Januari 1928 - 30 Januari 2008) merupakan bekas mufti negeri Selangor Darul Ehsan dan kemudian menjadi pendakwah bebas yang aktif. Beliau dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharum bin Jabar , berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Beliau mendirikan rumahtangga pada 1963 dengan Datin Hajah Maznah bte Yusuf yang berasal dari Manung, Kuala Kangsar, Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka mendapat 3 anak.

Pendidikan awal

Dato Ishak baharom bersekolah di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, beliau menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai , Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.

Al-Fatihah buat Allahyarham Dato Ishak Baharom, semoga ALLAH swt menempatkan roh almarhum di Raudhatul-Jannah bersama-sama orang yang dikasihi NYA. amin


PROTES-CATATAN S/U U.AMAL WP
chedet 0 Komentar

catatan oleh : Mohd Shahraini Abu Sahid (Setiausaha Unit Amal DPPWP)

Sabtu 26 Januari - Pada jam 1.50 petang tadi, saya memulakan perjalanan dari rumah saya di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor dengan menaiki motorsikal untuk bertugas bersama sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan di KLCC dalam himpunan aman anjuran PROTES petang tadi. Seperti himpunan yang biasa dilakukan, Unit Amal diminta untuk mengawal keselamatan pimpinan dan peserta untuk memastikan tidak ada berlakunya sebarang gangguan samada provokasi dari peserta atau pihak polis.

Ketika dalam perjalanan, saya cuba menghubungi beberapa sahabat saya menggunakan telefon bimbit yang berfungsi sebagai ‘walkie talikie’ malangnya talian saya bermasalah. Saya meneruskan perjalanan dan tiba di KLCC pada jam 3.04 petang. Setelah meletakkan motorsikal diseberang jalan berhadapan dengan kompleks Suria KLCC, saya cuba mencari sahabat-sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan tetapi tiada seorang pun yang kelihatan. Ketika itu, saya dapati telefon bimbit saya sudah berfungsi semula lalu saya cuba menghubungi sahabat saya.

Panggilan saya telah dibalas seorang sahabat dan saya menerima makluman rupa-rupanya kesemua sahabat anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan telah dikejar dan diserbu lebih kurang 30 orang anggota polis pada sekitar jam 2.40 petang ketika mereka semua berkumpul di Stesen LRT Ampang.




Pakmat




Hj Zamhuri

Daripada makluman sahabat saya 6 orang anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang mana 2 orang daripadanya anggota veteran Unit Amal Wilayah Persekutuan iaitu Hj Zamhuri Mohd Tahir dan pakcik Mohamad Nawi telah ditangkap dan dimasukkan kedalam trak polis. Menurut sahabat saya lagi, anggota Unit Amal Wilayah Persekutuan yang lain termasuk Pengarah Unit Amal Wilayah Persekutuan, Sdr Saripuddin masing-masing berjaya melepaskan diri dari ditahan pihak polis dengan ada yang memasuki bangunan Kompleks Ampang Park serta beberapa bangunan yang lain.

Saya menghubungi pengarah saya dan pengarah saya memaklumkan bahawa beliau berada di tempat letak kereta di Kompleks Ampang Park selepas dikejar oleh polis. Menurut beliau beberapa orang anggota polis berpakaian preman (Special Branch) masih mengekori beliau tetapi mereka tidak menahan beliau sebaliknya memaklumkan kepada anggota polis yang beruniform supaya mengambil tindakan. Walaubagaimanapun beliau bejaya mengelak dari dikesan. Selepas itu saya diarahkan saya berhati-hati dan kalau boleh tukar uniform Unit Amal saya kepada baju biasa kerana menurut pengarah saya semua anggota polis diarahkan supaya mengesan dan menangkap anggota Unit Amal yang memakai uniform. Ketika itu saya memakai uniform kemeja rasmi Unit Amal bukannya tshirt. Walaubagaimanapun saya berjalan dengan berhati-hati dengan kamera saya lalu menuju ke perkarangan kompleks Suria KLCC.

Setibanya berada di hadapan pintu masuk Suria KLCC, saya berjumpa Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Sdr Kamaruzaman Mohamad, Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Wan Hasrina dan beberapa exco Dewan Pemuda PAS Pusat. Lalu saya bertanya kepada Sdr Kamaruzaman dimana pimpinan PAS Pusat yang lain dan beliau tidak mengetahui kemana pimpinan PAS dan Keadilan berada cuma saya dimaklumkan bahawa Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah dan suami serta Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Sdri Aiman Athirah dan 2 orang Srikandi telah ditahan dan dimasukkan kedalam trak polis.

Kemudian saya terus berjalan ke sebuah trak polis yang diletakkan dihadapan Suria KLCC. Saya dapati beberapa wartawan sedang mengerumuni trak tersebut sambil mengambil gambar. Saya menyusup diantara wartawan tersebut dan saya dapati beberapa peserta himpunan ditahan tetapi kelibat pimpinan PAS dan Keadilan tiada didalam trak tersebut.

Selepas itu saya berjalan lagi ke jalanraya dihadapan Suria KLCC menuju Wisma MCA dan saya dapati berlaku kekecohan ditengah jalanraya tersebut dan saya dapati Dr Osman Nasir dari Parti Sosialis Malaysia dan seorang wanita india ditahan dengan kasar oleh anggota polis. Kemudian saya dapati Cikgu Badrul dari Keadilan juga ditahan selain diheret dengan cara yang kasar dan ganas. Saya memandang keseberang jalan dan saya dapati Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, AJK PAS Pusat Dr Zulkifli Ahmad dan Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Dr Badrol Amin serta seorang sahabat saya sedang mengerumuni seorang wanita india yang pengsan akibat keganasan pihak polis.

Saya kemudiannya menghampiri mereka lalu saya maklumkan kepada pengarah saya bahawa saya sedang berada bersama mereka. Pengarah saya kemudian memberi arahan kepada saya agar memaklumkan kepada Dr Hatta, Dr Zul serta Dr Badrol Amin supaya beredar dari situ. Kemudian ketiga-tiga pimpinan tersebut mula berjalan meninggalkan kawasan tersebut dan Dr Hatta memaklumkan beberapa wartawan untuk membuat sidang media di sebuah restoran mamak di Jalan Yap Kwan Seng berhadapan bangunan AmBank.

Saya kemudian bergegas mengambil motor lalu mengekori mereka ke restoran tersebut sambil sahabat saya mengiringi Dr Hatta dan Dr Zul. Dalam perjalanan ke restoren mamak tersebut, sepasukan polis mengekori Dr Hatta dan Dr Zul untuk menahan mereka. Dibantu seorang peguam cina Johnson Chong, kedua-dua pimpinan tersebut telah beredar dari situ walaupun pada awalnya Dr Hatta telah dipegang oleh anggota polis yang bersiap sedia menahannya. Dr Zul juga telah beredar dari situ dan mencari kenderaannya untuk ke restoran mamak tersebut. Saya dan sahabat saya serta peguam Johnson Chong kemudian mengiringi Dr Hatta.

Setibanya direstoran mamak tersebut, kami dapati Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua telah pun berada disitu dengan beberapa orang wartawan. Kami juga mendapati bebrapa orang SB juga berada disitu sambil minum air. Saya memaklumkan pengarah saya yang kami sudah berada di restoran mamak tersebut dan bebrapa minit kemudian pengarah saya bersama 4 orang sahabat saya pun tiba disitu. Kemudian Dr Hatta dan Tian Chua memulakan sidang media.

Tidak lama kemudian, sepasukan anggota polis bersama trak polis telah datang kerestoran tersebut untuk menahan Dr Hatta dan Tian Chua. Menurut pengarah saya Sb yang berada disitu telah memaklumkan kepada ketua mereka bahawa terdapat seramai sekitar 150 orang sedang berhimpun di restoran tersebut walhal bilangan yang ada di restoran itu tidak sampai 20 orang. Dr Hatta dan Tian Chua cuba ditarik oleh anggota polis tetapi dihalang peguam Johnson Chong. Salah seorang pegawai tinggi polis telah menunjukkan waran yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk menahan mereka. Walaubagaimanapun Johnson Chong cuba menghalang pihak polis menahan mereka sambil menyoal pegawai polis tersebut berdasarkan undang-undang apa yang digunakan.

Akhirnya setelah berlaku pergelutan antara pihak polis dengan Johnson Chong, Dr Hatta dan Tian Chua telah ditahan dengan kasar selain Johnson Chong juga ditahan atas alasan mengganggu tugas pihak polis. Kami yang berada disitu terpaksa melihat penahanan tersebut setelah menyedari pihak polis membawa waran dari mahkamah.

Selepas kesemuanya dimasukkan kedalam trak dan beredar, kami pun terus ke pejabat agong untuk solat Asar dan berbincang berkenaan insiden yang berlaku hari ini. Sekitar jam 6.20 petang, kami bergegas menuju ke Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) untuk mengetahui perkembangan mereka yang ditahan. Setibanya disana kami dapati lebih kurang 50 orang penyokong dan pimpinan PAS dan Keadilan telah berkumpul untuk mengetahui keadaan mereka yang ditahan selain bersedia untuk menjamin. Kami juga telah dimaklumkan bahawa Naib Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu, Dr Zulkifli Ahmad dan Dr Badrol Amin juga telah ditangkap ketika sedang menunggu kenderaan masing-masing tiba. Kami dan kesemua penyokong PAS dan Keadilan tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan IPKKL kerana pintu pagar telah dijaga serta ditutup oleh 3 anggota polis yang berkawal .

Sehingga jam 12.54 pagi tadi, pihak polis hanya membebaskan Cikgu Badrul dari Keadilan, seorang remaja lelaki serta beberapa penyokong india daripada 58 orang yang ditahan. Kesemua baki tahanan tidak dibebaskan oleh pihak polis dan mereka akan dibawa bermalam di lokap Pudu. Bagi mengelakkan kami dan penyokong-penyokong yang lain mengganggu perjalanan menghantar tahanan ke lokap Pudu, pihak polis telah menghantar 3 buah trak FRU untuk mengawal dan mengarahkan kesemua yang hadir bersurai.

29 Jan 2008

GAMBAR2 OKT- Selepas diikat jamin
chedet29 Jan 2008 0 Komentar

OKT DPPWM yang masih mampu mengukir senyuman ( yang memakai baju hitam berjalur hijau) . Dari kiri berkopiah, Izamuddin Bin Ludin,Marzuki bin Abdullah, Fadhil Bin Osman dan Salehuddin Al Ayubi Bin Yahya, (mencangkung). Bergambar bersama ahli DPPWM dan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Sdr Kamaruzaman Mohamad.
Sebahagian OKT(Orang Kena Tahan) OPS PADAM bergambar kenangan sebaik sahaja diikat jamin RM1ribu seorang. Masih tetap bersemangat melaungankan slogan "HIDUP RAKYAT!!! HIDUP PERJUANGAN". Turut kelihatan Sdr Tn Hj Mohammad Bin Sabu Naib, Presiden PAS dan Dr Badrul Amin Bahrun Ahli Majlis tertinggi PKR.

OKT Wangsa Maju dan ahli DPPWM bergambar kenangan bersama Bendahari Agung PKR. Tan Sri Khalid Ibrahim yang melunaskan wang ikat jamin RM35ribu untuk 10 ahli PKR dan 13 ahli PAS. Turut kelihatan Dr Hatta Ramli , Bendahari PAS Pusat ,OKT yang dibebaskan tanpa ikat jamin.

Tabahkan hatimu PEJUANG
chedet 0 Komentar

by : Matklate
Assalamualaikum,
Lama betul matklate tak menulis. Mungkin disebabkan oleh kesibukan dipejabat. Balik dari ofis, kepenatan.Tu yang tak jadi nak menulis tu. Petang tadi ada demo tentang kenaikan barang di KLCC. Dan mengikut maklumat, 63 orang telah ditahan. Termasuklah lawyer, wartawan, wanita dan pemimpin-pemimpin barisan alternatives.

Termasuk didalam senarai yang ditangkap adalah empat orang sahabat matklate. Sahabat seusrah. Matklate rasa malu pada diri sendiri kerana agak lambat mengetahui berita penahanan sahabat sahabat matklate. Nasib baik matklate surf internet. Kalau tak, masa usrah nanti kot baru tahu tentang berita ini. Bila dapat tahu berita ini, terus call ketua penerangan DPPWM, dan beliau memaklumkan yang beliau berada di IPKKL. Terus matklate pergi ke IPPKL untuk bersama-sama sahabat lain. Semasa matklate sampai, sahabat sahabat seusrah semuanya sudah sampai. Lebih kurang pukul 12 setengah tengah malam, keputusan telah dibuat, 10 orang akan dibebaskan manakala yang lain terpaksa bermalam di dalam lokap pada malam ini. Ni ana baru sahaja balik dari IPKKL kerana memberi sokongan moral kepada para pejuang yang ditangkap tadi. Hanya ini sahajalah yang mampu dilakukan untuk para pejuang yang sedang ditahan.

Tapi yang matklate rasa paling kelakar bila mana FRU telah dikerahkan ke IPKKL, siap dengan water canon lagi. Mungkin mereka ingat penyokong para pejuang yang ditahan itu akan merusuh kot. Jangan risaulah pihak berkuasa yang kununnya menjadi raja di malaysia pada hari ini, kami bukanlah gangster, kami bukanlah penjenayah. Kami cuma datang untuk memberi sokongan moral kepada pejuang-pejuang rakyat. Kami tidak datang dengan senjata, kami hanya datang dengan tangan kosong. Usahlah takut dengan kami.

Wahai pejuang-pejuang rakyat, tabahkanlah hatimu dalam menghadapi cubaaan ini. Insyaallah kami sentiasa berada disampingmu. Insyaallah pengorbanan yang kalian lakukan akan mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah swt. Kezaliman mesti ditentang habis habisan, ketidak adilan mesti dihapuskan. Keadilan mesti ditegakkan.

Akhir sekali, wahai sahabat sahabat dan para pejuang, tabahkan hati mu. Lawan tetap lawan. Allahu Akbar!!!Allahu Akbar!!! Allahu Akbar

BICARA PROTES BERSAMA 5 OKT WANGSA MAJU
chedet 0 Komentar

Seluruh lapisan Rakyat di jemput untuk bersama program

" BICARA PROTES BERSAMA 5 TAHANAN PERHIMPUNAN PROTES WANGSA MAJU"
1. FADHIL BIN OSMAN
2. IZAMUDDIN BIN LUDIN
3. MARZUKI BIN ABDULLAH
4. SALEHUDDIN AL AYUBI BIN YAHYA
5. NORAZIATI BINTI ASHARI

BERMULA 9.30 MALAM INI 29 JANUARI 2008
DI MARKAZ PAS KAWASAN WANGSA MAJU

NO 8, JLN 10 TAMAN MELATI SETAPAK KUALA LUMPUR

TETAMU UNDANGAN :-
DR RAINEY AZMI ALI - (YDP PAS WANGSA MAJU)
CIKGU AZHARUDDIN - (TYDP PAS WANGSA MAJU)
SDR KAMARULZAMAN BIN MOHAMMAD - (KETUA PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN)

anjuran bersama
Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju & Dewan Muslimat Pas Wangsa Maju


DPPWM Menggegar Lagi
Abe Joe 0 Komentar

Beberapa hari ini, detik yang agak manis buat pemuda-pemuda Wangsa Maju. Sebaik menerima makluman dari Saudara Yuamri mengenai berita penangkapan beberapa teman dari Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju. Makluman yang memberi signal awal serta bakal mengubah perancangan dan tentatif kami semua di DPPWM pada hari tersebut.

Tidak semua sahabat dapat menghadiri perhimpunan aman anjuran PROTES di perkarangan KLCC itu. Perhimpunan pada 26 Januari tersebut dalam usaha memprotes kenaikan minyak yang bakal timbul. Namun berita yang tersebar menyebabkan teman yang masih bekerja mula tidak senang duduk, teman yang berprogram mula mengintai-intai peluang untuk segera pulang.

Dato' KP dihubungi, namun beliau masih pening membuat keputusan. Apa tindakan yang harus dilakukan. Memberi sokongan... mencari jalan... yang penting rakan-rakan harus dibebaskan. Keputusan segera diambil. Pemuda-pemuda diarahkan untuk berkumpul jam 8.30 malam di markaz utama kami. Sebaik solat isya', kami segera bertolak ke lokasi sementara - IPK Hang Tuah. Melengkapkan kontijen kami yang telah bersedia memberi semangat sejak siang tadi.

Senyap.. Tiada sebarang provokasi dan laungan untuk membebaskan teman-teman didengari. Hanya kelihatan mereka yang melukut berpaut pada pagar IPK serta sekumpulan insan yang enak bersandar di sisi kereta. Kami berkumpul, sebaik sedikit penjelasan oleh penerangan DPPWM. Kami bertekad untuk bersuara. Laungan membebaskan sahabat mula menarik perhatian orang ramai. Perlahan-lahan umat manusia tadi mula mendekati kelompok kami. Namun yang lebih menggembirakan kami, teman-teman dari dalam mula melambai-lambai setelah mendengar suara kami. Mereka di dalam gembira terkurung, jiwa kami diluar risau merundum. Risaukan keluarga terhadap teman-teman yang masih baru berjuang. Sokongan harus diteruskan, Che Det- Ketua Penerangan memberi arahan agar mesej-mesej sokongan terus dihantar sementara bateri teman-teman masih berbaki. Sahabat mula mengarang ayat-ayat semangat, kalimah-kalimah jihad mula berputar di kepala masing-masing. Rancak kami berbalas mesej, pagar IPK yang tidak sekukuh mana bukan penghalang buat kami. Letih berSMS, kami berborak telefon... Nada suara teman-teman membuktikan semangat mereka yang kian membara.

Larut malam bertukar pagi. Melihatkan keputusan yang muktamad buat hari pertama penahanan mereka. Hanya 10 tahanan yang setuju dilepaskan walau baki yang masih bertahan masih tiada ketetapan tuduhan. Bukan setakat kami yang bersengkang mata, namun bangunan bertingkat menyimpan rahsia beratus polis masih memerah otak jahat mereka bermesyuarat... berbincang.. mengharapkan elaun dari gaji-gaji buta untuk meneruskan permainan helah, memastikan sang benar dilihat bak pesalah.

Melihatkan pembakar semangat di luar yang masih belum berganjak, polis membuat keputusan menghubungi sekutu utama yang turut meletakkan ilah utama mereka adalah gaji-gaji bagi mengisi perut-perut nafsu....-FRU. Lagak bekerja bagai kerajaanlah yang memberi rezeki, Ilah yang mula tersasar dari ketetapan syahadah. Kedatangan mereka memang menolak tuah. Lain cuba disergah... lain yang parah lantaran kereta yang terbabas sebaik terkejut melihat trak-trak FRU yang diparking diselekoh pinggir jalan. Tiada pula trafik menyaman mereka yang tidak belajar undang-undang meletakkan kenderaan di kawasan yang membahayakan pengguna jalanraya lain yang turut membayar cukai jalan.

Kami terus pulang sebaik merasakan tiada sebarang perubahan dari keputusan yang telah dikeluarkan. Pulang kami hanya membezakan hamparan tidur, makan ..minum dan mandi kami... sedang jiwa masih basah bersama teman-teman tahanan. Program seterusnya yang dirancang awal terpaksa dibatalkan penyertaan lantaran diri yang dirasakan agak mustahil untuk diteruskan komitmen. Mohon maaf kepada Pemuda Negeri - Jauh di sudut hati tidak berniat untuk mengingkari, namun dalam keadaan sebegini.. teman-teman memerlukan kami.

Hari ke-2, Menyaksikan ulangan desakan yang sama- BEBASKAN RAKAN KAMI. Kali ini, perayu makin ramai dan dari bangsa pelbagai. DPPWM masih dengan kekuatan kontijen yang sama, menyertai kelompok yang sedia menggegar. Melaungkan pembebasan teman dari luar pagar penjara pudu yang masih utuh lantaran dibina disaat rasuah projek masih belum menular. Penyamar tidak berseragam menjelaskan lagi sifat munafiq serta memberanikan diri berkumpul di depan pagar, wajah-wajah tiada nur dirakam satu persatu menjadi umpatan. Walau banyak mata terpesir memerhati dalam keradangan.. hati mereka tetap keras sambil meminum air-air kotak yang diagihkan yang menjadi santapan mewah mereka. Mungkin mereka terus berani melakukan kerja sebegini lantaran merasakan dosa-dosa mereka bakal dikalahlah oleh pahala yang dipindahkan dari umpatan kami. Pagar penjara yang dibuka beberapa saat bagi membolehkan kenderaan keluar masuk diambil kesempatan untuk menjenguk teman-teman di dalam. Alhamdulillah.. tangan gagah teman melegakan hati kami. Lewat petang menjelang, namun tekak teman di dalam masih belum disapa santapan. Kutipan derma dilancar buat membeli barang sedikit sebanyak nasi buat mereka. Sahabat mengambil kesempatan menjadi sukarelawan semata-mata untuk bertemu mata dan melihat keadaan teman-teman.

Pembebasan mereka masih ditangguh walau tiada sebarang alasan dan tuduhan konkrit diputuskan. Hanya beberapa keputusan kecil yang dibuat, namun masih belum mencapai tahap yang diharapkan oleh kami semua. Proses terus dilewat-lewatkan sebagai tindakan menghalau kami diluar dari agar tidak terus memberikan sokongan. Menjelang maghrib, kami terpaksa meninggalkan teman-teman sebaik dimaklumkan pendakwaan akan dilakukan pada keesokan. Alhamdulillah.. 10 lagi tahanan dibebaskan disaat kami lena dibuai mimpi.

Hari ke-3 menyaksikan sokongan yang tidak berkurang, malah che Det dan Marzuki tetap setia mengiringi kenderaan yang membawa 'pesalah' untuk dibicarakan. Pendakwaan yang lewat berlangsung sememangnya memberi keputusan yang dijangka. Pembebasan dengan ikatjamin sebanyak RM 1,000.00 seorang. Walau keputusan sedia termaktub, namun menunggu saat-saat pembebasan suatu yang lama bagi kami. Pemuda makin bertambah, rasa rindu kian memuncak untuk memeluk teman-teman sebaik dibebaskan. Jam 7 petang, satu persatu dibebaskan... teman kami antara mereka yang akhir. Laungan takbir menyambut teman-teman, sebak mula dirasai sebaik susuk tubuh kami mula bertemu. Walau perkara yang sama bisa dilakukan setiap minggu dalam usrah kami, namun kami tidak sanggup merasai pelukan yang telah basi serta menunggu keesokan hari. Ingin merasai peluh-peluh perjuangan teman yang masih belum pudar... buat azimat kami diteruskan semangat perjuangan yang berkobar-kobar.


p/s: Aku menulis bukannya laporan, sekadar coretan buat teman-teman dalam menilai ukhwah dan ikatan persaudaraan. Dalam usaha menterjemah istilah Takaful kami... - Abe Joe

28 Jan 2008

TERKINI !!! Update dari Mahkamah Jln Duta.
Ir Dr bin.harun28 Jan 2008 0 Komentar

Terima SMS dari S.U DPPWM jam 4:35pm :- " Semua OKT dibebaskan dengan ikat jamin RM 1000 seorang ! "

Kes dijangkakan akan disebut pada bulan Jun.

Cerita Penahanan CheguBard
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Polis Makin Hilang Maruah

Oleh chegubard

Pada 26 Januari 2008 yang lepas kira – kira jam 3.30 petang saya bersama Mohd Azif Mohd Aris, Ketua Angkatan Muda Sepang telah sampai ke Jalan Ampang. Kehadiran polis bersama kenderaan Polis yang dalam jumlah yang luar biasa telah menyebabkan Jalan Ampang dan kawasan sekitarnya sesak.

Kenderaan yang dipandu Azif telah diletakkan berhampiran Restoran Nasi Kandar Pelita, Jalan Ampang. Ketika baru berjalan sekitar 150 meter dari kenderaan saya terdengar jeritan “tangkap budak tu….tangkap budak tu…dia suspek juga..tangkap cepat”

Sebaik sahaja saya cuba menoleh mencari punca suara itu, dua orang anggota polis merentan kedua tangan saya yang kemudian di ekori oleh beberapa orang anggota yang lain. Beberapa anggota polis menendang dan menumbuk kepala saya.

Saya di bawa ke trak polis, saya bertanya kenapa saya ditahan, tiada yang menjawab sebaliknya saya terus di tolak ke naik. Saya yang tidak puas hati terus menjerit “Hidup rakyat!!..Hidup Rakyat..!!” ... baca selanjutnya di : http://chegubard.blogspot.com/

Bebaskan SEGERA !!!
Ir Dr bin.harun 0 Komentar

Semua tahanan 'Protes' termasuknya 4 Pemuda PAS Wangsa Maju, telah dibawa ke ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada hari ini.

Teman-teman dari DPPWM memberi sokongan di luar pagar IPPKL.

Kesemua mereka telah ditahan secara 'HARAM' di kafeteria Kontijen Polis Kuala Lumpur (IPKKL) sejak petang sabtu lalu dan dibawa secara paksa ke lokap IPPKL @ penjara Pudu pada awal pagi Ahad semalam.

Sehingga kini kesemua tahanan masih belum didakwa atau dibebaskan.

Penjara Pudu yang dijadikan pusat tahanan para pejuang.

Diminta para teman-teman dan sahabat mengdoakan keselamatan serta pembebasan segera pemuda DPPWM , penyokong serta pimpinan PAS & KeAdilan dan juga para aktivist.

HENTIKAN KEZALIMAN ! PULIHKAN DEMOKRASI !

24 Jan 2008

Singgah tengok sat
chedet24 Jan 2008 0 Komentar

Nie ceramah lama Abang Mat. Boleh guna balik isu nie utk PR12



Yang nie boleh jadi lagu tema bilik gerakan UMNO

Ucapan Sulung T.G. Nik Abdul Aziz setelah dilantik MB
Abe Joe 0 Komentar

Hari ini merupakan hari yang pertama ambo bertemu dengan adik kakak di Dewan Zulkifli sebagai seorang menteri besar di sebuah negeri yang diberi nama Kelantan Darul Naim atau nama jolokannya Serambi Makkah. Ambo hendak sebut sepatah dua di sini, walaupun benda yang sama telah ambo sebut di Masjid Pulau Melaka malam kelmarin. Pertamanya, ambo ucap ribuan syukur kepada Allah S.W.T. di alas kuasa-Nya yang tidak boleh ditolak oleh sesiapapun, dalam memenangkan perjuangan Islam yang dipimpin oleh Parti Islam se-Malaysia atau disebut PAS.

Keduanya, syukur juga bahawa menteri besar negeri ini sudah mula berubah, daripada orang yang tidak disebut tok guru, kepada orang yang disebut-sebut tok guru. Siapa dia tok guru tidak menjadi masalah, yang pentingnya satu perubahan pemikiran sudah berlaku. Selama ini - hingga sudah terlekat di kepala kita - bila disebut tok guru ialah orang yang mengepalai ratib, orang yang membaca doa sahaja. Usahkan hendak sebut tok guru sebagai menteri besar, hendak sebut tok guru sebagai tok penghulu pun berasa tidak begitu kena, berasa tidak serasi, berasa tidak boleh duduk setempat. Lagi tidak sedap kalau tok guru disebut sebagai tok penggawa ke, sebagai DO. ke. Alhamdulillah mulai daripada sekarang kesilapan kita dalam memahami penyelewengan yang berlaku mengenai perkara tersebut, dapat dihapuskan sedikit demi sedikit. Kita berdoa supaya pemikiran yang betul ini dapat diteruskan dan ditolong oleh Allah seterusnya untuk masa-masa akan datang.

Ketiganya, semua bangsa di muka dunia yang beragama hatta agama ciptaan bumi sekalipun, bila dia berdepan dengan orang yang dikira pandai dalam agama, dia beri satu perkataan khas. Cara dia berbahasa pun ada cara tertentu, sebagai curahan isi hati memberi hormat. Oleh yang demikian kepada kawan-kawan ambo - jenis tok-tok guru, jenis tok-tok lebai, jenis ustaz-ustaz yang belum lagi menjadi menteri besar, tolong teruskan character ataupun watak demo sebagai tok guru supaya orang kampung boleh berasa kalau hendak tengok akhlak Nabi Muhammad, tengok dia inilah. Kalau hendak dengar ajaran Nabi Muhammad, dengar ajaran dia inilah. Hendak tengok peel perangai Nabi Muhammad, tengok peel perangai demo inilah.

Ini satu hal yang cukup payah, yang cukup penat bagi seseorang tok guru untuk menjaga statusnya sebagai seorang pewaris anbiya. Pertamanya, sangat sedikit ilmu kita mengenai diri Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Dalil sedikitnya, pengajian kita selama ini tidak banyak ditumpukan untuk mengenali syakhsiah identiti Nabi s.a.w .. Apa yang kita kenal mengenai Nabi sedikit sebanyaknya diperolehi dari kitab-kitab fikah, sedangkan kitab-kitab fikah ini hanya menumpu kepada bahagian-bahagian ibadat sahaja. Itu kaedah ilmu, kerana tiap-tiap ilmu ada keistimewaan masing-masing, fikah ada keistimewaan cara dia, tauhid ada keistimewaan cara dia, dan sejarah ada keistimewaan cara dia. Pada umumnya di tempat kita ini, pengajian fikah sungguh tinggi dan seiring dengan itu kita mengaji ilmu nahu dan ilmu soraf. Alasannya, kedua-dua ilmu ini boleh membantu kita memahami sungguh-sungguh ilmu Hadis dan Quran. Tetapi dukacitanya, bila sepuluh tahun dihabiskan untuk mengaji ilmu-ilmu alat, zaman pemikiran subur untuk menerima ilmu pun habis. Tamatlah pengajian kita dan masing-masing balik - ke kampung, berumahtangga - tidak sempat sampai ke peringkat mempelajari ilmu Quran dan Hadis.

Oleh yang demikian pengenalan kita terhadap syakhsiah Nabi Muhammad tidak berapa jelas; dari segi tutur katanya, dari segi tingkah lakunya, dari segi pentadbirannya, dari segi senyum simpulnya, marah sukanya, perang damainya. Jadi bila ilmu-ilmu begitu tidak banyak kita ketahui, maka payahlah kita hendak meniru Nabi. Ini dicampur dengan suasana yang ada di sekitar kita, payah benar bagi kita hendak mengikuti contoh Nabi Muhammad s.a.w .. Yang mudah bagi kitanya ialah menurut benda-benda yang orang Eropah bawa - melalui suratkhabar, melalui majalah. melalui radio, melalui tv kerana benda-benda inilah yang terdedah di depan kita setiap hari. Apabila kita baca suratkhabar di dalamnya ada gambar-gambar tertentu. ada makalah-makalah tertentu. Bila kita buka tv dalam siarannya ada gambar-gambar tertentu. ada lakonan-lakonan tertentu. Begitu juga apabila kita membaca majalah-majalah dunia. Boleh dikatakan media massa sedunia ini selaras belaka dalam membawa manusia hanyut semakin jauh hubungan dengan Nabi Muhammad S.A.W.. Ini fakta penting.

Oleh yang demikian, sekiranya kita sebagai pejuang Islam sungguh-sungguh ikhlas untuk berpatah balik semula kepada pengkalan Nabi Muhammad s.a.w., maka tidak ada cara lain selain daripada mengaji semula ilmu-ilmu yang boleh membawa kita mengenali syakhsiah baginda. Bagi memudahkan kita mengenali syakhsiah Nabi. kita boleh baca sejarah hidupnya. yang sekarang ini dikenali dengan perkataan sirah. Bukan setakat sirah Nabi sahaja. bahkan sejarah anak-anak murid Nabi - pelajar-pelajar yang berlaga lutut duduk dengan Nabi - yang kita panggil sahabat-sahabat Nabi. Sebab itulah apabila kita selawat kepada Nabi, kita tidak selawat kepada Nabi seorang tetapi kita kait tiga sekali gus: Hei Tuhan! Aku minta pada Kamu selawat kepada Nabi Muhammad, dan keluarga Nabi Muhammad dan juga sahabat-sahabat Nabi. Apabila kita menghargai usaha dan perjuangan Nabi s.a.w., kita juga mesti menghargai usaha yang dilakukan oleh keluarga Rasulullah s.a.w. - yang di sini dipanggil tok sayed - dan juga usaha yang dibuat oleh sahabat-sahabat Nabi, yang kebetulan orang Melayu pun panggil sahabat. Tidak boleh lari dari tiga unsur ini kerana perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. ini sambung-menyambung seperti mata rantai. Kalau tidak ada mata rantai perjuangan begini, perjuangan Nabi akan putus dan sudah tentu tidak akan sampai kepada kita hari ini.

Kalau di Kelantan negeri yang dikira sebagai lubuk ilmu, pun kurang mengaji ilmu-ilmu begini, maka di negeri-negeri lain sudah tentu lagi kurang. Lebih-Iebih lagi mengikut sejarahnya negeri-negeri lain di Tanah Melayu zaman hari itu, menumpang tuah ilmu Islam daripada Kelantan. Kelantan sendiri menumpang tuah daripada tok-tok guru di Patani. seperti Tok Sheikh Daud dan sebagainya .. Jadi satu hal yang perlu kita kena fikir sekarang ialah bagaimana cara hendak memperluaskan ke kampung-kampung pengajian ilmu sirah Nabi Muhammad, sejarah ahli-ahli keluarga dan sejarah sahabat-sahabat baginda. Kepada ustaz-ustaz dan cikgu-cikgu yang Allah taala beri kepada mereka semangat agama dan mempunyai lidah untuk bercakap agama, tolong tanam semangat supaya masyarakat di kampung jangan hanya berasa padan setakat mengaji fikah dan mengaji tauhid sahaja. Jangan sampai dia tidak herasa apa-apa kalau tidak mengaji sirah. Ini tidak betul!! Tauhid ada tumpuannya, fikah ada tumpuannya dan sirah juga ada tumpuannya.

Seterusnya, ambo hendak sebut bila kita memegang jawatan, tentulah ada gaji, ada upah.Sistem upah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi kerana kita dibolehkan mengambil upah dari tiap-tiap kerja yang halal. Banyak mana upahnya? Alhamdulillah Islam tidak menetapkan, terletaklah di atas budi bicara masing-masing. Imam Syafie di dalam syairnya memberi panduan kepada masyarakat mengenai gaji untuk tok-tok guru yang mengajar. Dia berkata: Sesungguhnya berhak diberi upah 1000 dirham bagi sepatah ajaran. Tok guru ajar alif kena beri upah 1000 rial, ba kena beri upah 1000 rial. Jadi Imam Syafie meminta masyarakat memberi gaji kepada guru ini - sama ada kita hendak panggil tok guru ke, cikgu ke. ustaz ke. asalkan dia mengajar ilmu yang memberi guna dunia akhirat - tiap-tiap sepatah perkataan 1000 dirham. Oleh yang demikian, ambo tentulah ada gaji sebagai menteri besar, ambo sendiri tidak bertanya khabar pun berapa banyak gaji ambo. Cuma ambo hendak beritahu dua perkara. pertamanya, adab semua wakil rakyat Pas di Kelantan dan juga di luar negeri, kita memotong 20% daripada elaun yang diberi. Dengan erti dalam serial kita potong 20 sen. Jadi kalau elaun wakil rakyat 2,000, maka dia kena potong 400 kepada parti. Biarlah ambo sendirinya potong 40%. Jadi dalam 1000 rial ambo hendak potong 400, tinggal 600 rial. Keduanya, ambo hendak masukkan balik 5% ke dalam khazanah negeri untuk pembangunan. Ambo beri 5% sebagai satu simbolik, mudah-mudahan menteri besar Pas selepas ambo boleh potong banyak lagi. Kalau ambo potong banyak mungkin yang akan datang tidak boleh hendak tambah, sedangkan kita hendak kepada peningkatan. Ertinya kalau hendak buat jalan raya pitis ambo terlibal, hendak buat sekolah pitis ambo terlibat, hendak buat apa pun di dalam Kelantan ini, insya-Allah pitis ambo terlibat. Dengan cara ini orang Melayu boleh rasa, orang Cina boleh rasa, orang Umno boleh rasa, orang Pas pun boleh rasa. Di akhirat kelak insya-Allah banyaklah saksi yang akan menolong ambo: Hei Tuhan! Aku terima manfaat daripada orang sekian bin sekian.

Ini semua hendak beritahu kepada masyarakat yang sibuk sangat menyangka bahawa Islam ini ganas, Islam ini pecah belah, Islam ini karut, Islam ini huru-hara, bahawa Islam sebenarnya tidak begitu. Dalilnya., ketua kerajaan negeri Kelantan daripada parti Pas beri pitis dia untuk dimasukkan ke dalam khazanah negeri, untuk dirasai oleh semua rakyat; tanpa kira Pas tidak Pas, Umno tidak Umno, Siam, Boyan, China., Jepun, Dayak, atau orang Asli di dalam hutan. Ertinya semua penyokong Pas tidak boleh tidak, kena berderma juga. Maknanya tidaklah kata bila Kelantan dikuasai oleh Pas, derma tidak diperlukan lagi. Derma ini kita ken a beri terus-menerus, kerana ambo tidak suka tengok kita berpilihan raya menggunakan duit yang tidak halal, belanja dengan duit rasuah. Ambo tidak mahu duit pilihan raya di negeri Kelantan di masa-masa akan datang diperolehi dari duit yang tidak bersih. Kalau kita start berpilihan raya dengan tidak molek, kerajaan yang dihasilkan tidak molek juga. Serupa kita meletak asas untuk tapak rumah. Jika di waktu meletak tapak itu senget, maka rumah yang terbina nanti akan senget juga.

Dalam masa pilihan raya baru-baru ini, banyak orang bertanya macam mana kalau kita guna duit interest. Interest ini barang tidak baik tetapi dengan sebab bank beri juga maka kita terpaksa ambil. Ambo pun suruh orang ambil duit interest jangan dibiarkan dalam bank begitu sahaja. Kita ambil duit interest tetapi kita belanjakan untuk kepentingan ramai. Biasanya kita beli tanah empat lima lori ke, pasir empat lima lori ke, tambun di tempat-tempat yang dikira lecah kemudiannya pakat jijak ramai-ramai. Itu benda-benda yang boleh kita buat. Alhamdulillah, orang-orang pejuang Islam tahu mengenai perkara ini. Jadi dalam masa pilihan raya barn ini banyak orang bertanya: Bagaimana kalau kita guna duit interest untuk beli minyak kereta ke, buat pos pilihan raya ke? Ambo kata jangan! Minta maaf, jangan! Setakat ada duit halal, kita berpilihan raya dengan duit halal. Kalau tidak ada, apa boleh buat, biar Tuhan tahu kita sudah kehabisan pitis, sudah kehabisan ikhtiar. Ketika itu jangan berputus asa. Bila Tuhan tahu di pihak kita sudah kehabisan ikhtiar, Tuhan tidak akan tinggalkan kita dalam keadaan begitu. Mesti ada spare turun dari langit.

Ambo berasa hasil pilihan raya baru ini, macam ada persefahaman di antara malaikat di langit dengan pengundi-pengundi di muka bumi ini. Kalau tidak bagaimana boleh jadi serupa baru-baru ini? Ambo tanya kerani-kerani ambo di bilik gerakan, satu pun tidak serupa pendapat padahal orang Pas sudah buat cula kira-kira setahun dahulu. Bila padu cula dengan apa yang berlaku dalam pilihan raya lebih tinggi berlipat ganda dari jangkaan bilik gerakan. Ambo rasa bilik gerakan pihak lawan kita pun begitu juga., tidak sangka benda ini berlaku. Benda seperti ini tidak susah hendak kata., selain daripada mesti ada bantuan secara langsung daripada Allah S.W.t.. Selama ini kita mengempen juga, merayu juga, berdoa juga tetapi tidak menjadi sebagaimana tahun ini. Tahun ini di samping kita mengempen dan berdoa, kita bersembahyang hajat dan berqunut nazilah. Ambo tidak berhenti-henti membaca qunut ini sejak dari peristiwa pembunuhan Memali (di Kedah, pada 19 November 1985), kecuali terlupa sekali dua. Ambo minta Allah taala tonjolkan perjuangan Islam dan minta Allah taala leburkan perjuangan-perjuangan yang tidak Islam dengan cara mana sekalipun.

Setakat ini benih pertama telah ditanam. InsyaAllah benih ini bernas, berjumpa dengan tanah yang subur dan kita pakat memagarinya daripada serangan musuh. InsyaAllah benih ini akan tumbuh dengan selamat dan akan membuahkan hasil yang baik untuk semua masyarakat di seluruh negeri dan negara. Itulah benda yang ambo hendak sebut sepatah dua., insya-Allah kita sama-sarna berdoa meminta kerajaan ini berpanjangan, berdoa supaya ambo kukuh iman, tidak kelabu mata dengan pitis, tidak kelabu mata dengan pangkat.


- Dipetik dari Tafsir Surah Hud m/s :60-63 – Edited by Abe Joe

21 Jan 2008

dppwm @ de'congkak
Ir Dr bin.harun21 Jan 2008 0 Komentar

Ijtima’ PilihanRaya DPPWP 19-20 Jan 08


Beza di antara dua orang anak maidin
chedet 0 Komentar

Oleh ning

"
Senario politik tanah air diwarnai olih dua orang anak maidin yang mempunyai karektor berbeza. Seorang berjawatan menteri dengan tahap pemikiran yang rendah dan seorang lagi merupakan peguam yang mempunyai tahap pemikiran dua dalam satu. Siapakah mereka? Dan kenapa ada beza antara keduanya? Seorang telah mencemarkan keturunan maidin dengan lagak dan tindak tanduk yang menjelekkan sedangkan seorang lagi mengangkat kedudukan keturunan maidin kepada tahap kedudukan maruah yang tinggi.


Anak maidin yang jadi menteri itu bernama Zainuddin Maidin atau lebih dikenali dengan nama penanya ZAM. ZAM merupakan seorang penulis yang kemudiannya menceburi politik menerusi UMNO dan dari aktiviti bodek membodeknya akhirnya dia sampai ketahap menteri. Mulanya dilantik olih TDM dizamannya dan dizaman PAKLAH dia maju setapak lagi dengan memegang porfolio yang agak penting kepada survival kerajaan iaitu Kementerian Penerangan. Ppada satu ketika dulu dia pernah ke Kelantan dan menghentam TV Naratiwat kerana menyiarkan secara langsung kuliah bulanan Tok Guru Nik Aziz yang kemudianya menyebabkan pihak Thailand membantah kerana mencampuri hal ehwal negara mereka.

Itulah ZAM anak maidin yang kita kenali. padanya semua tindakan dan usaha pihak PAS tidak betul dan tidak perlu diberi tempat hatta di negara jiran sekalipun, usahkan di negara ini.

Hari ini dia melatah lagi. Dengan nada yang agak sama dia menyatakan Kelantan tidak maju seperti Terengganu, seperti Berlin Barat dan Berlin Timur kedudukan bersebelahan tetapi tahap pembangunan yang berbeza. Dia menyatakan Islam di Kelantan gagal berfungsi dengan baik seperti Tterengganu yang mempunyai masjid kristal dan program tahfiz moden.

Itulah definasi pembangunan bagi ZAM. Haprak dan merepak. Semua orang tahu apa yang ada di Kelantan dan Terengganu dan apa yang tiada dikedua negeri tersebut. hakikat Terengganu negeri kedua termiskin pada ketika hasil utamanya minyak mendapat harga pasaran dunia yang tinggi seolah tidak disedari olih ZAM pada ketika dia membuat perbandingan itu.

Begitu juga skim kifalah yang diperkenalkan olih TG nik aziz di Kelantan yang umum tahu dinikmati olih semua rakyat Kelantan termasuk orang umno dia buat buat tak nampak. Sebaliknya dia beritahu rakyat Kelantan mundur dan Terengganu maju. Bagaimana anak maidin yang seorang ini cukup memalukan keturunan maidin sehingga ada yang menggunakan bahasa yang kurang enak didengar dan seolah keturunan maidin itu terdiri dari mereka yang tak bermaruah.

Tetapi muncul HANIPA MAIDIN menjadi penyelamatkan keturunan maidin. HANIPA bukan sahaja seorang peguam yang telah memberi komitmen kepada perjuangan menegak kebenaran tetapi juga merupakan seorang peguam yang berkualiti tinggi. Diawal ana ada menyebut bahawa HANIPA mempunyai tahap pemikiran dua dalam satu. Kenapa begitu?

HANIPA sebagai peguam yang bertauliah dan berkualiti menguasai undang undang sivil British dan juga mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai undang undang islam. Beliau menguasai kedua dua undang undang ini olih itu bila dia bercakap dia akan sentiasa merujuk kepada kedua dua undang undang ini.berbandingan yang dibuatnya sering kali ditambah dengn nas alquran dan hadis dan cukup membanggakan sekali dia bolih membaca ayat quran dengan begitu lancar.

Itulah kualiti dua dalam satu yang dimiliki olih HANIPA MAIDIN.tahap kualiti yang jauh berbeza dengan ZAM seperti langit dengan bumi. Terkadang ana terasa malu bila ada orang memaki ZAM dengan merujuk kepada "ANAK MAIDIN" kerana disana terdapat juga anak maidin yang jauh lebih hebat dan berjaya dari sudut penguasaan ilmunya dan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan.

Oleh itu ana ingin mengajak semua di sini sekiranya nak marahkan kepada anak maidin yang seorang in( ZAM) fikirkanlah apa yang dirasai olih sahabat kita HANIPA MAIDIN. Tetapi ZAM itu perlu menerima pengajarannya, mungkin HANIPA yang dapat melakukannya.

- dengan sedikit suntingan oleh GB

18 Jan 2008

AMARAN kepada pembangkang.
chedet18 Jan 2008 1 Komentar

"Baca lah satu posting yang pada saya cukup menarik untuk kita perpanjangkan"-chedet

"Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Oleh : AdukaTaruna

Pendahuluan.

Propaganda / strategi dan media adalah 2 perkara yang saling bergandingan. Media yang dimiliki oleh sesuatu pihak adalah seumpama gelanggang di mana pihak tersebut mempamerkan gerak langkah awal bagi sesuatu tujuan.

Mari kita lihat 1. Malaysia VS Indonesia.

Ini adalah pendekatan kerajaan genetik Melayu sesama Melayu dalam keadaan normal. Melayu hanya samseng sesama Melayu. Dengki mendengki.

Isu Majikan Malaysia Dera Pekerja Indonesia.

Guru Karate Indonesia dibelasah polis Malaysia.

Isu ciplak kebudayaan Indonesia oleh Malaysia.

Isu hukuman sebat kepada PATI Indonesia.

Isu jenayah keturunan Indonesia Di Malaysia.

Dan sebagainya. Ini adalah dalam keadaan normal. Mari kita lihat di bawah.

Mari kita lihat 2. Malaysia VS Indonesia.

Akan tetapi, secara tiba-tiba,

Mashitah: Kaji kenapa ramai lelaki Malaysia kahwini wanita Indonesia
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0107&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive

Ini adalah isu yang DIMUNCULKAN. Dari mana datangnya isu ini? Isu ini tanpa ada apa-apa peristiwa luar biasa dimunculkan di media Melayu.

Genetik Melayu dari Super Profesor hinggalah ke Pak Sarip pekerja kampong sudah tentu tidak akan merasai sesuatu yang luar biasa.

Termasuklah ulama bergenetik Melayu dan pemimpin pembangkang bergenetik Melayu.

Lelaki Malaysia lebih penyayang
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_03.htm&arc=hive

Wanita Indonesia menawan, menggoda
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

‘Henti guna istilah Indon’
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0109&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_01.htm&arc=hive

Di atas ini ialah gerakan yang hamba kesan bagi sasaran rakyat. Di bawah ini adalah gerakan bagi sasaran kepimpinan negara Indonesia.

Hamba akan berikan analisisnya nanti.

Kekalkan hubungan baik Malaysia-Indonesia
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive

‘Konsert Setiakawan’ rai lawatan Susilo
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_07.htm&arc=hive

LAWATAN SUSILO MOMENTUM PERKUKUHKAN HUBUNGAN
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0108&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

ISWMI rapat jurang pemahaman Malaysia-Indonesia
http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0109&pub=utusan_malaysia&sec=dalam%5Fnegeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

Jadi, walaupun tidak semestinya benar, inilah AMARAN yang cuba disampaikan kepada semua teramai mungkin.

Persoalan.

1. Mengapa secara tiba-tiba Malaysia bersungguh-sungguh melutut kepada Indonesia ini, di mana selama ini betapa sombongnya Malaysia kepada saudara terdekatnya?

2. Mengapa isu ini muncul ketika UMNO dihimpit dengan pelbagai isu rakyat secara bertubi-tubi?

3. Memang selalu UMNO akan mencipta satu isu alihan bagi mengalihkan perhatian rakyat bangang mereka terhadap serangan pihak lawan, tetapi jika ini adalah sebabnya, mengapa Indonesia? Mengapa pula sehingga kelihatan pelik berlawanan dengan sifat mereka dalam keadaan normal?

Mari kita lihat 3.

UMNO adalah boneka British sama seperti bonekanya di kebanyakan negara yang diberikan kemerdekaan selepas dijajah. UMNO diberikan kepada genetic terbangang yakni Melayu. Segala strategi bagi memelihara anjing tidak akan dilakukan oleh anjing itu sendiri, sebaliknya ialah tuan anjing.

Demokrasi untuk golongan tuan anjing tidak sama standardnya dengan demokrasi untuk golongan anjing. Tuan-tuan anjing tidak akan sama sekali membenarkan anjing-anging mereka menikmati demokrasi yang sama standardnya.

Mari kita lihat sejarah ini.

Demokrasi standard anjing oleh tuan anjing di Asia.

General Pervez Musharraf di Pakistan

Pada tahun 1962, Parti Rakyat yang menang pilihanraya di Brunei dinafikan hak dan darurat diistiharkan.

Di Singapura, Lee Kuan Yew menggunakan Operasi Cold Store pada tahun 1963 untuk menafikan golongan kiri memasuki pilihanraya yang nampaknya memihak kepada mereka.

Proses yang sama berlaku di Indonesia, Thailand dan Phillipines dan hanya melalui gerakan rakyat sahaja, negara ini dapat sedikit sebanyak pulih kepada proses demokrasi.

Demokrasi standard anjing oleh tuan anjing di Malaysia.

Pada tahun 1964, darurat di istiharkan di Sarawak, apabila parti pembangkang SNAP menang dalam pilihanraya. Presidennya James Wong, merangkap Ketua Menteri telah ditahan dibawah Akta ISA. Ekoran daripada itu, Parti itu telah menyertai Perikatan ( Alliance) dan telah membentuk satu kerajaan bersekutu.

Kerajaan PAS yang keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 turut digulingkan melalui pengisytiharan Darurat pada tahun 1978.

Parti GERAKAN yang menang di Pulau Pinang pada tahun 1969 sebagai pembangkang terpaksa menganggotai Kerajaan Pusat Barisan Nasional (BN).

Parti Bersatu Sabah (PBS) turut menerima nasib sama apabila memenangi pilihanraya 1984 dan terpaksa menyertai BN.

Pada tahun 1969, juga memperlihatkan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia bahawa parti pemerintah gagal mempertahankan dua pertiga majoriti di Parlimen dan hanya menang tipis iaitu 51% ahli di parlimen. Ekoran daripada itu, Peristiwa 13 Mei meletus dan Darurat diisytiharkan. Keputusan Pilihanraya 1969 semuanya digantung dan Parlimen digantung.

Pada tahun 1974, Parti perikatan telah menukar nama kepada Barisan Nasional dan melalui ugutan politik dan kompromi, menjadikan Parti PPP, Gerakan dan juga PAS sebagai ahli Barisan Nasional.

Analisis kemungkinan.

Dengar sini wahai pemimpin pembangkang bergenetic Melayu, yang tidak boleh disanggah kerana perlindungan hadis-hadis.

1. UMNO telah tahu bahawa mereka akan tewas besar PRU kali ini. Sempadanan semula akan memakan mereka. Bagaimana UMNO tahu bukan dari UMNO kerana UMNO bergenetik Melayu juga. Tetapi melalui tuan mereka.

2. Seperti mari kita lihat 3 di atas, tuan-tuan anjing akan merancang huru-hara. Seperti 13 Mei, di mana isyarat kepada bangsa Cina bahawa mereka akan aman dan selamat jika mengundi BN, kali ini isyarat itu akan dihantar kepada bangsa India.

3. Bangsa India akan menerima nasib yang sama jika BN tewas atau tidak stabil. Apabila ini berlaku, dan ditakuti India akan bergabung dengan bangsa Cina dan bangsa bukan bumi lain, maka, sokongan jutaan rakyat Indonesia di negara ini adalah perlu bagi mengimbanginya.

Sebab itu isu berbaik-baik dengan rakyat Indonesia dilakukan di peringkat rakyat.

4. Oleh kerana UMNO telah membabitkan Negara India dan LTTE, ianya sudah mengheret ke peringkat antarabangsa. Sebab itu Malaysia perlu sokongan saudaranya sendiri, yang terhampir buat sementara ini. Sepanjang proses ‘pengajaran kepada bangsa India’ itu berlansung.

Jadi, sebab itulah gerakan berbaik-baik dengan Indonesia sudah sampai keperingkat kepimpinan negara Indonesia.

Apa yang perlu PAS dan pembangkang yang lain lakukan?

Apa yang perlu dilakukan terbahagi kepada 3 bahagian.

1. Peringkat awal (suntuk) ini.

2. Peringkat semasa. (sekiranya ramalan ini tepat berlaku)

3. Selepas semasa.

Hamba berhenti di sini untuk dibahaskan. Pedulikan mereka yang menjadikan senarai hadis dan istilah wala sebagai perisai bagi melindungi pemimpin ulama bergenetik Melayu dari tidak boleh ditukar.

Semoga ALLAH juga merancang sesuatu yang baik bagi kita semua.

Wallahualam."

17 Jan 2008

AWAS!!! UBAH ATAU PADAH
chedet17 Jan 2008 0 Komentar

Oleh: Raden Jowo - http://no2umno.blogspot.com/

Laporan diterima dari beberapa rakan yang mengatakan kekecewaannya dengan sistem perniagaan berunsur PAKSA yang terdapat di Malaysia. Di dalam keadaan ekonomi yang teruk sekarang, mereka terus mencengkam pengguna dengan perjanjian penggunaan yang tidak boleh diterima pakai.

Pelanggan yang gagal membayar, telah menyebabkan talian perkhidmatan di batalkan. Malangnya sekira mereka tidak membayar, caj akan terus dikenakan walaupun pelanggan tidak mempunyai siaran.

Ada rungutan dari Pelanggan ASTRO yang menyatakan bahawa mereka telah memberitahu tentang pakej yang tidak mereka kehendaki kepada telefonis ASTRO, malangnya mereka terus menyiarkan rancangan dari saluran tersebut pada tahun berikutnya, lantas mereka terus dipaksa membayar. Panggilan talipon kepada telefonis sekali lagi dan pelanggan diberitahu bahawa TIADA terdapat permohonan untuk menghentikan siaran. Namun bayar terus bayar dan tidak membayar akan melonggokkan lagi tunggakan yang ada.

Setiap penyambungan semula akan dikenakan bayaran RM20. Dan kerana itu jumlah tunggakan akan bertambah. Ianya membebankan pelanggan. Sudah lah kena langsaikan tunggakan, kena bayar proses penyambungan dan menantikan talian diangkat oleh operator memaksa beliau membayar bil panggilan. Kalau menggunakan prepaid, RM3 sudah pasti dibelanjakan. Pelanggan bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

PERHATIAN !!! Pihak SYABAS sedang di dalam proses menyatukan BIL PEMBENTUNGAN dan PEMBEKALAN AIR. Dimana sebelum ini ianya adalah berasingan. Kepada pihak yang tidak berpuas hati, mereka tidak membayar proses pembentungan dan hanya membayar bil pembekalan air. Maka banyak tunggakan bil pembentungan berlaku. Ada pihak pihak yang dilantik untuk menyatukan bil tersebut.

Kaedah ini adalah kaedah yang sama kepada STREAMY dan TELEKOM. Bila bil ini disatukan, maka kegagalan untuk membayar salah satu dari bil tersebut akan menjadikan KEDUA DUA PERKHIDMATAN itu akan dipotong sekali gus.

KETIKA ini, mereka di dalam proses menyatukan alamat, no akaun dan nombor meter air. Selepas semua proses ini selesai, maka rakyat akan diPAKSA menerima CARA mereka. Hanya satu bil akan dikeluarkan. Bil Pembentungan dan Bil Air dengan satu jumlah yang besar akan tertera di dalam BIL dan Pengguna (Rakyat Malaysia) akan dipaksa membayar jumlah tersebut. Walaupun air berkeladak, pencatuan air, dan gangguan bekalan air berlaku tidak kira waktu, rakyat dipaksa terus untuk membayar.

Ini lah yang berlaku di dalam keadaan KEGAWATAN EKONOMI sekarang. Keadaan akan berterusan sekiranya kerajaan (BARISAN NASIONAL) yang sama dikekalkan. Abdullah Badawi dan Menteri yang ada GAGAL membawa masuk pelaburan. Malah mereka dikaitkan dengan pelbagai isu dan penyelewengan. Berita buruk pemerintahan BARISAN NASIONAL telah menular ke luar negara. Isu RASUAH semakin menjadi jadi. Penghakiman tidak telus dan Jenayah semakin memuncak menjadi punca kebimbangan pelaburan. Maka kebimbangan ini telah menyebabkan kelembapan ekonomi. Ianya BAKAL terus berlaku sekiranya mereka terus kekal sebagai kerajaan. Kerajaan yang lemah , tidak kreatif menyumbang kepada kejatuhan ekonomi negara kita.

Apa yang ada hanya lah PEROGOLAN bajet kerajaan untuk mendirikan bangunan dan kononnya pembangunan, di dalam masa yang sama ianya PENGISIAN kantong sesetengah pemimpin. Apa yang anda lihat sekarang adalah lakunan naik turun saham dan nilai wang. Realitinya, rakyat terus malang. Proses jual beli berkisar di dalam negara. Wang keluar negara tanpa kawalan. Pendatang asing menyalurkan wang ke kampung halaman mereka tanpa ada sekatan.

Perlu dijelaskan bahawa keadaan rakyat amat menyedihkan. Segala sumber dan keperluan harian meningkat dan akan terus meningkat selepas pilihanraya. Air minuman disekolah baru semalam sudah meningkat dari RM0.50 sen kepada RM0.70 tanpa sebarang kenyataan. Begitu juga dengan makanan. Anak anak perlu bawa bekalan. Banyak pihak bertindak sesuka hati.

Harga minyak petrol? Kerajaan sekarang sedang menanti untuk kemenangan PRU12, alasan yang sama akan digunakan. Naik harga? Ianya tidak dapat dielakkan. Harga kenaikan MASIH RENDAH dibanding dengan negara luar. Itulah yang bakal diberitahu kita kelak.

Peluang perniagaan terlalu sedikit. Mereka yang makan gaji mungkin kurang menerima impak tetapi yang berniaga, keadaan amat memilukan.

Bersedia untuk berubah dan bersedia untuk tukar pemerintah. Kegagalan berbuat demikian akan menyusahkan terus diri kita. Mahu berlapar atau mahu ubah kerajaan. Semuanya keputusan ditangan anda. Jangan biarkan segolongan manusia yang rakus memonopoli kekayaan yang ada. Jangan sampai sudah kekeringan baru mahu turun ke jalan. Ketika itu semua sudah terlewat. Fikirkan masa depan keluarga, anak anak dan jenerasi kita. UBAH KERAJAAN, UBAH PEMERINTAH !!!

Alamat baru laman marhaen
chedet 0 Komentar

Assalamualaikum,

Laman M@RHAEN kini telah berhijrah dan beroperasi di domain & hosting sendiri
di: http://www.marhaen.org/v1

Pohon kerjasama pemilik laman & blog menukar nama domain lama kepada nama
domain/URL tersebut.

Kerjasama & sokongan semua amat-amat dihargai.

Wassalam


--
Webmaster Laman M@RHAEN
http://www.marhaen.org/v1
.. bukan sekadar laman pro-reformasi.

15 Jan 2008

Budaya siapa ???
Ir Dr bin.harun15 Jan 2008 0 Komentar



Sungguh memalukan!!! Seorang penyanyi lelaki yang mula bertapak dalam industri seni sebagai
penyanyi kumpulan nyashid yang menyelitkan unsur-unsur dakwah dalam lagu, menjadi 'hilang akal' setelah berjaya mencipta nama sebagai artis solo !

INI BUKAN BUDAYA KITA , INI BUKAN DARI ISLAM !! TOLAK CARA SEKULAR !!

Menyanyi Separuh Bogel atas pentas dapat permit, Ulama ceramah bagi ilmu kena ‘gam’
chedet 0 Komentar

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) mengambil pandangan yang serius terhadap tindakan seorang artis Malaysia yang menanggalkan pakaiannya semasa sedang menyanyi di atas pentas 8TV di Central Park Avenue, Bandar Utama pada 13 Januari baru-baru ini.

Tindakan naib juara pertandingan realiti TV, One In A Million (OIAM), Faizal Tahir yang juga bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana ini benar-benar memburukkan imej golongan artis negara ini. Perlakuan yang tidak senonoh yang diambil dari pengaruh artis barat tidak sewajarnya dilakukan oleh artis Malaysia walau dalam apa keadaan sekali pun.

Menurut laporan Harian Metro, 14 Januari 2007;

“Faizal yang tampil lengkap berpakaian secara tiba-tiba tidak dapat mengawal diri dengan menanggalkan pakaiannya satu persatu bermula dengan jaket, singlet dan seterusnya tali pinggang yang dipakainya dan melemparnya kepada penonton.

Bintang OIAM musim pertama yang digelar ‘Superman Malaysia’ itu melakukan perbuatan berkenaan di hadapan lebih 8,000 penonton yang menyaksikan persembahannya secara langsung yang disiarkan menerusi saluran 8TV.”

Menyanyi Separuh Bogel atas pentas dapat permit

Sebelum ini negara turut digemparkan oleh Kontroversi artis dari barat yang bermula pada malam R&B Nite di Stadium Negara pada 28 November lalu apabila K-Ci & Jojo membuka baju dan memasukkan tangannya ke dalam seluar. Lil G Of Silk turut mencemarkan persembahan dengan aksi kurang sopan ketika menari bersama dua penonton wanita.

Dalam konsert Live & Loud 07 di Bukit Kiara Equestrian Park. Pada 1 Disember lalu pula, Shaggy tampil dengan lagak lucah apabila sedang asyik menyanyi tiba-tiba memasukkan pembesar suara ke dalam seluarnya dan mengeluarkannya perlahan-lahan.

Pihak Polis, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) dan juga Kementerian Penerangan (KEMPEN) yang keluarkan permit hanya berdiam diri dan tidak mengambil apa-apa tindakkan walaupun ramai yang merungut. Akhirnya, Faizal menyanyi separuh ‘bogel’ dan tindakan ini benar-benar mencabar ‘kebisuan’ agensi Kerajaan yang mengeluarkan permit kepada penganjur.

Walaupun penonton terhibur dengan persembahan mereka, namun aksi sebegitu sungguh memalukan sekali gus mencemarkan imej negara dan juga ‘mengotorkan’ budaya Melayu yang penuh dengan sifat ketimuran.

Golongan artis adalah contoh yang sering menjadi ikutan muda mudi. Jika inilah generasi modal insan hadhari yang ditempa oleh negara ini, pada masa akan datang akan rosaklah institusi kebudayaan dan moral belia dinegara ini.

Ulama ceramah bagi ilmu kena ‘gam’

Pemudawilayah juga melahirkan rasa kesal kepada sikap Polis dan Kerajaan BN yang mengeluarkan permit untuk Konsert ‘lucah’ berkenaan sedangkan majlis-majlis ilmu yang dikelolakan oleh PAS melalui ulama’ - ulama seperti Harun Din, Nik Aziz dan ramai lagi digam dengan bersungguh-sungguh.

Program tazkirah ramadhan juga diharamkan di Selangor. Majlis ilmu dipantau sana-sini. Kalau BA dan BERSIH mohon permit mereka tolak, SB Polis dan Unit Pencegah Rusuhan akan terus dihantar atas alasan menjaga ketenteraman awam.

Begitulah cara mereka jaga rakyat dan negara ini.

Tindakan Tegas Perlu Diambil

Kalau buat perkara baik pun mereka pantau dan ambil tindakan segera, perkara buruk seperti ini kenalah lebih pantas dari itu.

Sehubungan dengan insiden yang memalukan ini, Pemudawilayah mendesak agar pihak KeKKWa dan juga KEMPEN mengambil tindakan tegas terhadap perlakuan beliau ini agar ianya tidak diulangi oleh artis-artis lain.

Selain itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga boleh mengambil tindakan undang-undang kepada beliau kerana kesalahan berkelakuan lucah dan berpakaian tidak senonoh dikhalayak ramai.

Pemudawilayah juga menasihatkan agar Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) mengeluarkan garis disiplin dan etika bagi ikutan artis-artis Malaysia agar mereka tidak rosak dan merosakkan orang lain.

Diharapkan agar pihak polis yang mengeluarkan permit juga bertanggungjawab ke atas hal ini kerana gagal menjaga kelakuan artis ini. Kalau parti bukan BN mohon permit buat program, Polis tak nak beri atas alasan mengganggu ketenteraman awam, tapi bila konsert sebegini yang jelas - jelas memalukan negara mereka boleh beri pula?

Jika hari ini semua pihak masih berdiam diri, tidak mustahil pada masa akan datang akan ada pula artis yang menyanyi dan berbogel atas pentas.

Diharapkan Faizal dapat sedar dari kesilapannya dan memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia. Kita tidak mahu budaya buruk dari luar terus menerus dibawa masuk ke negara ini sama ada melalui artis dari luar atau dalam negara sendiri.

Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Penerimaan terhadap PM merudum paling rendah
chedet 0 Komentar

Abdul Halim Mohd Rashid


KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merudum ke tahap yang paling rendah, kata blogger Jeff Ooi dalam blognya, Screenshots.


Menurut Jeff, pihaknya diberitahu bahawa penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri selepas peristiwa demonstrasi Hindraf 25 November lalu merudum ke tahap paling teruk, iaitu 61 peratus.

Keyakinan yang semakin terhakis terhadap kepimpinan Abdullah itu dapat dilihat dalam tinjauan Merdeka Center yang terbaru.

Tinjauan tersebut, kata Jeff, dijalankan di seluruh negara dengan tumpuan kepada 'sampling' Lembah Klang.

Keputusan tinjauan itu, katanya, akan disiarkan tidak lama lagi.

Menurt Jeff, kadar penerimaan yang paling teruk terhadap kepimpinan Abdullah sebelum ini ialah 64 peratus, akibat kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kemampuannya sebagai Perdana Menteri.

"Mari kita lihat bagaimana media aliran perdana memutar-mutarkan berita ini," katanya lagi.

Mengulas kepimpinan Abdullah dalam prolog bukunya "Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders", Dr Mahathir berkata, "Malangnya Malaysia!"

"Selepas meletakkan jawatan (pada Oktober 2003), tidak pernah terlintas dalam fikiran saya (akan) berlaku perubahan yang sebegitu rupa hingga meletakkan tindakan menggembirakan Perdana Menteri lebih penting dari segala-galanya," kata bekas Perdana Menteri.

Merujuk kepada tahap kebebasan media di bawah pentadbiran Abdullah, Dr Mahathir menyifatkan berita-berita dalam media aliran perdana "begitu ditapis dan diputar oleh kaki-kaki putar (spin doctors) sehingga perdana menteri tidak mungkin tahu perasaan dan kekecewaan majoriti rakyat... kerajaan bernasib baik kerana rakyat Malaysia menolak keganasan sebagai cara menyuarakan kemarahan mereka".

"Lantaran itu, keadaan tentulah bertambah teruk sebelum rakyat menzahirkan perasaan sebenar mereka dalam apa jua cara. Pada masa yang sama, pengampu-pengampu terus mengecapi nikmat mereka. Malangnya Malaysia!"

Ahad lalu, Dr Mahathir bagaikan mengulangi pengakuan bahawa beliau telah melakukan kesilapan memilih Abdullah sebagai penggantinya apabila berkata, "tidak kira berapa banyak yang kita belajar mengenai kualiti untuk menjadi pemimpin yang baik, masih tidak mustahil yang kita memilih pemimpin yang salah".

Seolah-olah mengingatkan rakyat supaya membuat keputusan yang tepat dalam pilihan raya akan datang, beliau juga berkata, apabila pemimpin tidak cekap, negara akan jatuh.

"Rakyatnya mungkin sama, latar belakang dan kekayaan dan sumber mungkin sama, tetapi apabila pemimpinnya tidak cekap atau lemah, dengan itu negara-negara terkemuka, malahan empayar besar pun boleh jatuh," tegas beliau.

Peringatan Dr Mahathir dilihat lebih mendalam apabila berkata, mungkin terdapat mereka yang mempunyai kualiti kepimpinan yang lemah tetapi mereka mungkin menjadi pemimpin kerana kepimpinan diamanahkan kepada mereka.

"Mungkin terdapat 1,000 orang di Malaysia yang memiliki kualiti kepimpinan yang baik tetapi mereka tidak berjaya hanya kerana keadaan tidak memihak kepada mereka," katanya.

Sebelum ini, Dr Mahathir mengakui beliau mungkin telah membuat keputusan yang silap dengan memilih Abdullah sebagai penggantinya.

Secara terus terang beliau juga mendedahkan bahawa Abdullah bukanlah pilihan pertamanya untuk mengambil alih pucuk pimpinan apabila beliau bersara pada 2003 selepas 22 tahun menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada beliau kesal kerana memilih Abdullah sebagai penggantinya, Dr Mahathir berkata: "Saya telah membuat banyak kesilapan sepanjang kerjaya saya. Saya telah membantu ramai orang tetapi mereka telah menikam saya dari belakang...saya ada tabiat silap memilih orang."

Apabila terus didesak sama ada Abdullah telah menikamkan dari belakang, beliau menjawab: "Calar-calar sikit".

"Siapa yang tahu apa seseorang itu akan lakukan apabila dia tidak lagi di bawah kawalan kita. Jadi, saya sangka saya telah membuat pilihan yang baik," kata bekas Perdana Menteri itu.

Perhimpunan Kedua Tuntut Pilihanraya yang Bebas dan Adil
chedet 0 Komentar

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) merancang untuk mengadakan perhimpunan kedua bagi menuntut pilihanraya dijalankan secara bebas dan adil pada 23 Febuari 2008.

Perhimpunan kali ini diberi nama “Pesta Rakyat Jom BERSIH”. Menurut Anuar Tahir salah seorang jurucakap BERSIH, beberapa tempat dikenal pasti sebagai lokasi perhimpunan seperti Dataran Merdeka, Stadium Merdeka dan Stadium Bukit Jalil. BERSIH akan mengemukakan permohonan untuk lokasi tersebut.

Menurut pandangan peribadi saya, Stadium Merdeka atau Dataran Merdeka merupakan lokasi terbaik untuk perhimpunan ini. Ini adalah kerana ianya terletak di bandar Kuala Lumpur dan mudah untuk diakses berbanding dengan Stadium Bukit Jalil.

Apa-apa pun, tahniah kepada BERSIH kerana berani menganjurkan perhimpunan kedua untuk memastikan tuntutan mereka dipenuhi sebelum pilihanraya ke 12 ini. Tiga lagi tuntutan BERSIH masih lagi belum dipenuhi seperti pembersihan daftar pengundi, pemansuhan undi pos dan akses media yang adil kepada semua calon yang bertanding.

Pastikan pada 23 Febuari 2008 ini jadual anda kosong untuk bersama-sama menyokong Pesta Rakyat Jom BERSIH!!!

14 Jan 2008

YB Salahuddin: Cetuskanlah Blog Marhain Dekati Rakyat!
chedet14 Jan 2008 0 Komentar

Oleh TARMIZI MOHD JAM

TIBA masanya, sahabat marhain saya, YB Salahuddin Ayub mengungguli gerakerja harian sebagai orang politik, menjana cerakinan idea dan membina kemesraan sejagat menggunakan blog sendiri.

Tujuannya satu. Untuk interaksi. Untuk komunikasi. Dekat dengan isu dan masalah rakyat. Mendakap rasa tidak puashati dan kekecewaan pengundi. Itu sahaja!

Ia berbentuk dua hala. Pemberi dan penerima. Reaksi dan respon

Berbeza dengan website yang bersifat sehala. Melaporkan aktiviti, komen dan program semasa. Rakyat hanya menerima. Mereka tidak boleh berkongsi perasaan dan dinukilkan pada sesawang itu.

Layanan seorang YB dan seorang Ketua Pemuda sebuah parti politik Islam terbesar di Malaysia, tentu sarat impaknya. Kenapa tidak dieksploitasikan realiti ini?

Mengapa kita tidak menarah jalan baru tanpa meninggalkan jalan lama yang berliku.

Hanya beberapa jam diperuntukan sehari untuk menjawab, memberi respon, membantu terdaya mungkin, menunjuk arah, berkomunikasi dengan mereka.

Barangkali terdetik pintu hati mereka, apabila YB Salahuddin sendiri berinteraksi, berkomunikasi dan mengutip emel aduan mereka. Emel emosi rakyat.

Besar hati mereka meniti dan membaca bait-bait ayat dari baris respon yang diemelkan semua.

Saya cukup kenal, Salahuddin memang berjiwa marhain. Saya mmebina persahabatan sejak dia Ketua Pemuda PAS Johor lagi sebelum memegang jawatan utama dalam Pemuda Pusat.

Sejak sedari dulu, dia memenuhi undangan ceramah hanya menaiki bas ke mana sahaja dalam Malaysia ini. Tidak pernah kata "tidak", jika tiada pertembungan program utama lain.

Naik bas? Gambarkan sekarang! Ia sukar dibayang kepada tokoh-tokoh lain dalam PAS.

Tetapi, anak muda ini mampu melakukannya dengan cemerlang. Berbekalkan satu beg sandang. Seperti sukarnya kita membayangkan Allahyarham YB Ustaz Mawardi Lundang, ke hulu ke hilir dengan kereta lama Volksagennya...

Akhirnya, Salahudin dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Pusat. Akhirnya diamanah sebagai wakil rakyat. Saya sendiri pernah kata kepadanya, "sampai kiamat anta tak boleh jadi YB kalau tanding di Johor".

Tiket Ketua Pemuda Pusat telah membedah ungkapan saya itu. Sebab itu, saya yakin, Salahuddin boleh menyelami hati nurani rakyat malah boleh istiqammah mengendalikan blog seumpama ini bagi menwujudkan impak berganda kepada parti.

Hanya berbekalkan komputer riba atau PC samada di rumah atau pejabat, cukup untuk menaja impak besar yang berganda kepada parti. Terimalah apa sahaja emel rakyat. Jawablah! Sebagai tanda kita menghargai mereka.

Apakah yang rakyat rasa, jika emel kita "disentuh" sendiri oleh Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Krian, Ketua Pemuda PAS Pusat? Wah! Asyikkan.

Komunikasi dan interaksi begini cukup terkesan dalam kampung politik seperti Malaysia ini. Ia sama seperti "tok wakil" menggulung rokok daun, menghirup kopi di warung, mengusung jenazah dalam liang. Inilah yang diharapkan pengundi!

Seperti juga Anwar yang "tidak menang tangan" melayani beratus emel sehari ke blognya, Salahuddin sebagai yang saya anggap sudah mencapai tahap tokoh massa, harus bingkas ke jalan itu.

Bukalah blog Anwar, sekalipun emel yang datang dari jenis picisan, remeh, gedik santai malah tidak ketinggalan ada juga emel yang tegar, serius.

Mengutuk mengeji, memuja memuji; tetap dijawab dan ditangani.

Ini memerlukan jiwa yang besar. Dan inilah sebahagian "gaya dan cara" kita berpolitik mengetuk hati rakyat. Apakah Anwar, ada masa yang cukup untuk semua itu?

Barangkali tiada pemimpin perdana yang sanggup melayan karenah keletah, sumpah seranah rakyat yang rencam, pelbagai sifat dan motifnya.

Namun, blognya tetap memuntahkan respon yang saya kira dan cukup percaya "respon" itu datangnya dari Anwar sendiri. Bukan dari "seseorang" lain dari dirinya.

Ini suatu anjakan baru dalam mencetuskan komunikasi dan interaksi dengan para pendokong, penyokong dan rakyat seluruhnya. Di sini Salahuddin patut berdiri.

Dia sudah dikenali massa, sudah acapkali mempertegaskan kejituan perjuangannya untuk rakyat dan untuk rakyat.

Ayuh, Salahuddin! Jangan tunggu lagi. Gunakan kesempatan "demam pilihanraya" ini untuk melancarkan blog dan berkomunikasi, berinteraksi dengan rakyat. Menerima aduan dan menangani aduan itu secara terkesan.

Jangan dilengah-lengah, itulah yang mampu saya tegaskan. Apa guna ada blog, ada website tetapi tidak diupdate. Sila ke Tranungkite dan tuju ke pautan blog dan web ahli politik.

Berapa banyak yang aktif berbanding yang hanya tinggal pada nama. Siapa pemiliknya? Pemimpin kita yang tersohor juga...

Malah pernah dibangkitkan, kewajaran Presiden PAS memiliki laman sesawang sendiri seperti juga Anwar dan Lim Kit Siang, tetapi hingga kini, sesawang itu belum muncul.

Walaupun Setiausaha Akhbarnya, Roslan SMS tidak letih-letih menulis dan menulis pada blognya Roslan Corner. Barangkali Roslan boleh merintis jalan ini.


Paling tidak, sebelum menganalisis isu ICT dan pemanfaatan sesawang oleh pemimpin lain dalam PAS, suka saya menyarankan agar YB Salahuddin menunjukkan contoh terdahulu dan melihat impak bergandanya kepada PAS.

Idris: Terengganu makmur kini berbanding era PAS...(betoi kaa deris..?)
chedet 0 Komentar

Idris: Terengganu makmur kini berbanding era PAS
09-01-2008 04:46:31 PM
KUALA TERENGGANU: Beberapa faktor telah membuktikan bahawa kehidupan rakyat Terengganu kini semakin selesa dan makmur berbanding beberapa tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Tanpa memberikan angkanya, beliau berkata kadar kemiskinan di negeri ini juga telah mencatatkan penurunan.

Beliau berkata antara faktor yang menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat Terengganu bertambah baik ialah kuasa beli rakyat yang semakin meningkat berdasarkan kepada peningkatan jualan kenderaan dan juga barangan di kedai dan pasar raya.

Sementara Suruhanjaya Syarikat Malaysia melaporkan sebanyak 432 syarikat didaftarkan sepanjang tahun lepas berbanding 346 pada 2006 manakala sebanyak 7,090 premis perniagaan didaftarkan pada tahun 2007 berbanding 5,872 pada tahun sebelumnya, katanya.

"Derma di masjid-masjid bertambah hingga tiga, empat kali ganda," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini hari ini.

Idris berkata kerajaan negeri juga akan meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menggunakan sistem komputer berpusat bagi keselesaan orang ramai.

"Jadi dengan faktor-faktor itu, kita yakin kadar kemiskinan rakyat Terengganu telah menurun dan kini kehidupan rakyat bertambah baik di bawah pemerintahan kerajaan sekarang berbanding empat tahun lepas," katanya. BERNAMA

TARAKNAMA : Setakat nie aja otak deris fikirkan..main cakap jaa last bila tanya data dan fakta tak beri laa plak..deris oo deris...

11 Jan 2008

Gelombang Kuning Semarak Hijau Ditangguhkan
chedet11 Jan 2008 0 Komentar

oleh HermanSamsudeen

Hari ini PAS Wilayah Persekutuan dengan rasminya memaklumkan bahawa program “Gelombang Kuning Semarak Hijau” sempena Siri Jelajah Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada 13 Januari 2007 (Ahad) terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Program ini ditunda bagi memberikan laluan kepada mesyuarat PAS Pusat yang akan diadakan pada hari yang sama di Kuala Terengganu. Pimpinan-pimpinan PAS Pusat juga dijangka akan melawat dan hadir memberikan sokongan kepada Suwandi dan Azman yang akan dibicarakan di Mahkamah Kuala Terengganu pada keesokkan harinya

Sekian. Dimaklumkan

Terkini: ADUN BN di Tenggaroh Mati ditembak Pembunuh Upahan
chedet 0 Komentar


Oleh: MAZNAH MOHD ARSAD.

JOHOR BAHRU 11 Jan.- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenggaroh, Datuk S. Krishnasamy mati setelah ditembak dalam satu kejadian di Bangunan MIC, di Jalan Segget, kira-kira pukul 2.30 petang ini.

Difahamkan mangsa ditembak semasa berada di dalam lif bangunan berkenaan.- Utusan

Herman-teringat kes ADUN Lunas di kedah, Dr. Joe Fernandez yang turut mati ditembak pada pukul 3 petang 4 November 2000. Krishnasamy adalah ADUN MIC yang kedua dibunuh oleh pembunuh upahan. Nampaknya pihak polis perlu menyiasat kes ini secara menyeluruh, bukan sekadar kes bunuh. Mungkin ada juga kaitan dengan aktiviti kongsi gelap atau ‘political assasination’ kalangan orang-orang tertentu yang cuba meluaskan pengaruh mereka dalam MIC

Di Malaysia Solat Jemaah Perlu Permit !
chedet 0 Komentar

Oleh BPPNS

"Tak percaya ? Baca berita berikut.
Malaysia Ku Cemerlang. Hadiah Tahun Baru 1429 Hijrah untuk umat Islam di Malaysia

Harian Metro 11 Jan 2008. KAJANG: Agak mengharukan apabila sebilangan besar masyarakat Islam di Kajang Prima di sini, terpaksa menyambut kedatangan Maal Hijrah semalam dalam keadaan serba kekurangan tanpa kemudahan surau selain memerlukan permit polis untuk menganjurkan majlis agama sempena sambutan berkenaan.

Begitupun, keadaan itu tidak melemahkan semangat penduduk terbabit yang tetap bersatu hati dengan bersama-sama bersolat Maghrib secara berjemaah atas jalan dan menjalankan beberapa aktiviti keagamaan serta jamuan. Setiausaha Persatuan Penduduk Islam Kajang Prima, Mohd Rashdan Rohani, 33, berkata walaupun sebelum ini kerajaan Selangor berjanji membina masjid di kawasan itu, mereka tetap memerlukan surau supaya 600 penduduk Islam dapat menjalankan aktiviti keagamaan dengan lebih terurus.

Katanya, keadaan menjadi bertambah rumit apabila pengurusan Sekolah Menengah Taman Jasmin 2, kira-kira setengah kilometer dari taman itu, tidak lagi membenarkan penduduk menggunakan surau sekolah terbabit untuk solat Maghrib dan Isyak.

“Sepatutnya ada peruntukan membina surau di kawasan sekitar selepas tapak asal diambil Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk pembinaan Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (Silk).

“Kami bukan menolak pembinaan masjid yang akan dilakukan kerajaan negeri, malah cukup gembira dan bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan tetapi persoalannya kini, tapak masjid yang akan dibina itu belum pasti dan berdasarkan apa yang diberitahu pihak bertanggungjawab, satu masjid akan dibina bagi menggantikan tapak surau yang diambil di Taman Asa Jaya kira-kira dua kilometer dari kawasan perumahan itu,” katanya ketika ditemui, semalam.

Rashdan berkata, penduduk Islam di kawasan itu berasa seperti ditindas apabila perjuangan lima tahun bagi mendapatkan surau ‘musnah’ sekelip mata.

Menurutnya, penduduk terkilan apabila pembinaan surau yang memerlukan hanya 0.1 hektar daripada seluas 3.3 hektar di taman permainan sedia ada, dibatalkan berikutan bantahan beberapa individu yang tinggal berhampiran tapak itu.

“Kami harap mereka boleh bertolak-ansur untuk membina surau kerana ia untuk kemudahan kami menunaikan solat berjemaah. Malangnya, mereka menolak setiap kali kami mahu mengadakan pertemuan bagi membincangkan masalah ini.

“Kami tidak mahu masalah surau dibesarkan dan ia perlu diselesaikan segera sekali gus boleh mengelakkan perasaan tidak puas hati antara penduduk berbilang kaum di kawasan ini,” katanya.

http://www.hmetro.com.my
/Current_News/myMetro/Friday/
Setempat/20080111093340/Article/index_html

Usrahku Syurgaku..
Abe Joe 0 Komentar

"Ok, kita masuk ke slot isu semasa" Pengendali usrah pemuda mengumumkan sesi terakhir usrah.

Sememangnya pada malam tu, sebagaimana biasa pemuda akan berkumpul memulakan usrah apabila jarum panjang berselisih selepas melewati angka 9.

"Ana ada pertanyaan", pemuda terdiam dan memberi laluan kepada pertanyaan yang memang disangka-sangka.

"Soalan ana.. Kenapa semasa program futsal itu hari, pihak penganjur membenarkan peserta yang bermain tapi tidak memakai seluar panjang menutup aurat? Bukankah penganjur mempunyai kuasa?" Kena penangan buku lima kat pemuda.

Keras, pedas, panas juga gaya tanya dan soalannya.

Sememangnya soalan-soalan sebegini sedia maklum oleh mana-mana penganjur bila yang organise program itu adalah jemaah Islam.

Dengan cool sahabat pemuda yang merangkap pengarah program mula menjawab.

"Nta kena faham, itu uslub dakwah. Tak boleh kita nak paksa sedangkan matlamat kita lagi besar bukan sekadar tutup aurat tuh sahaja". Jawapan ringkas dan padat cuba diberi agar masing-masing faham.

Sekurang-kurangnya pemuda mendapat istilah baru malam tuh, pendekatan tarbiyyah dan dakwah yang lebih hikmah mula nampak praktikalnya.

Ada yang faham, dan mungkin ramai yang dah faham.

"Masalahnya, kuasa di tangan siapa?" Soalan yang ada logiknya dibangkitkan.

"Memang kita ada kuasa, tapi nta kena faham apa itu uslub dakwah. Apa aulawiyyatnya??" Dijawab lagi dengan istilah yang baru. Bagus juga pemuda-pemuda ini. Ada juga hujjah-hujjah ilmiah bila menjawab soalan kontemporari sebegini.

"Nta ada kuasa, sepatutnya kena paksa orang tutup aurat tuh" Soalan diulang bagaikan memohon penjelasan yang lebih.

"Takde, ginilaa.. kita tengok nisa' games. Kan ada peserta yang nisa' wilayah hantar tuh free hair, tapi tuhlaa uslub dakwah untuk dekati golongan mereka. Kalau tak, kita dok syok buat program kita sendiri laa", sampuk sahabat ditepi saudara pengarah setelah penjelasan yang diberi masih belum difahami.

Sememangnya semasa program nisa' games baru-baru ini, isu yang sama turut timbul.

"Itu lain.." Balas pendek setelah nampak dah mati akal. "Kalau ana, ana dah paksa suruh diorang tutup aurat tuh", mula bertegas nyatakan pendirian.

"Ana pong gitu jugak dulu, masa penganjuran program futsal kat ampang sport planet ana tak puas hati, loni selepas faham ana boleh terima" Jawab abg mithali yang antara upline terhebat di DPPWM.

Sahabat lain tersenyum. Masing-masing dah faham lumrah kat DPPWM nie.

"Mai sini aku jawab".. abg taliban juga dah tahap maksimum kesabaran untuk bagi kesedaran.

"Kamu diam, kamu tak datang main", Aduss.. keluar pulak ayat bukan hujah yang boleh mematikan hujah.

Penangan yang cukup hebat sehinggakan abg taliban terpaksa mengadap muka ke dinding markaz.

"Ok, nta tahu arak tuh haram?.. Kenapa Allah tak haramkan terus dan dilaksanakan berperingkat-peringkat. Saidina Umar sendiri menangis semasa memecahkan tong-tong arak semasa pengharaman"..mantap betul ilmu tuan pengarah setelah kias lain tidak difahami.

"Kami ada buat yang lebih aula dari tuh, solat jemaah kat atas court. Sampai budak-budak yang seluar pendek tuh pong pakat solat sama-sama.. Nta pulak, kenapa tak solat skali.. bukankah nta ada kuasa?" Buah keras keluar balik.

"Ana solat juga" jawab ringkas,

"Tapi bukankah nta ada kuasa".. ditanya balik sebagaimana ditanya sebelum ini. Memang tips yang baik dalam berdebat adalah guna pendekatan yang digunakan oleh orang itu sendiri.

"Ginilaah.. nanti next program nta jadi pengarah. Kami sanggup jadi pembantu nta try buat macam tuh tengok brapa ramai yang turun?"Pedas benar ayat tuh.

"Takdaa.. ana tak akan dipilih jadi pengarah" Jawabnya balik.

"Laaaaaaa".. masing-masing tergelak.


Begitulah asam garam usrah DPPWM, tapi biasalah tuh bukan apa. Sekadar eratkan ukhwah dan disamping tambah ilmu sikit-sikit. At least sapa-sapa yang jadi pengarah tuh nanti.
Hafal-hafal laa script kat atas tuh nanti.

8 Jan 2008

Pemuda Menggegar
Abe Joe8 Jan 2008 0 Komentar

Alhamdulillah.. pemuda berjaya memecah tradisi dengan program sulung pada tahun masihi ini dengan menjayakan XPDC Kasih yang dicanangkan secara ad-hoc dalam menghayati tafsir surah Nuh dalam usrah yang lepas.
Program pada malam 5 Jan 2008 dihadiri lebih kurang 9 orang pemuda yang lengkap berpakaian 'syiar Islam' menyerlahkan dan menjayakan lagi matlamat pada malam tersebut.
3 bijik kereta telah diwakafkan pada malam itu untuk mengangkut para pegawai Nahi Mungkar yang diketuai oleh Timb Ketua Pemuda Ust Redhauddin Hj Salleh sendiri serta diiringi oleh otai-otai berserban menyerlahkan lagi gaya kami. Perjalanan diiringi dengan hujan renyai-renyai ke lokasi pertama kami ditaman Taman Tasik Sri Gombak. Kesan cukup ketara apabila beberapa bijik kereta yang diparking ditepi tasik (tunggu hujan berenti laa tuh) mula 'meminta izin' untuk meninggalkan kawasan tersebut.
Alhamdulillah, hujan berhenti sebentar bagi memberi laluan kepada otai-otai menjalankan rondaan di sekitar tasik dan menaiki tangga (tinggi bangat) yang membenihkan peluh-peluh sulung kami pada malam tersebut.
Hampa (sama juga ganjaran ada orang atau tak ) kerana kehadiran yang tidak memberangsangkan, pemuda meneruskan lagi musafir dakwah ke Eye on Malaysia-Tasik Titiwangsa. Sememangnya kehadiran kami disambut dengan asap-asap kereta yang mula bergerak setelah melihat 3 biji kereta yang membawa gerombolan pemuda berserban dan berkopiah. Menjejak kaki ke tanah, hanya kelihatan sebiji kereta yang setia menanti, rupanya laki sama laki daa, patutlaa tak gerak.
Operasi diteruskan dengan peninjauan sekitar tasik titiwangsa, jelas kelihatan anak-anak muda yang mula berlari-lari dalam kegelapan setelah melihat kehadiran kami dari jauh. Ibaratnya macam ulat-ulat menyorok dalam sayur bila terkena air cuka (betul kaa ibarat tuh?) , laluan kami cukup lancar apabila syiar yang memancar dengan sendirinya menghalau mereka yang masih bercanda. Habis separuh tasik dipusing, kami meneruskan operasi menuju kereta-kereta menyempitkan laluan yang masih belum menyedari kehadiran kami. Alhamdulillah, satu persatu enjin kereta mula hidup dan beredar sebaik kami berada dalam 5-10 meter dari mereka. Clear jalan... mungkin orang ramai pong pelik kenapa takdak sebijik pong kereta menyempitkan laluan pada malam tuh.
Hari dah makin larut.. mata dah mula mengantuk. Pemuda mengambil keputusan untuk pulang dengan kepuasan setelah sedikit sebanyak dapat melaksanakan sedikit amanah dan usaha dengan upaya yang ada.
Namun keberkesanan cukup jelas walau untuk menghalau mereka pada malam tersebut sahaja. Namun adalah lebih berkesan seandainya program seumpama ini dapat menghimpunkan lebih ramai lagi otai-otai yang insyaAllah menjangkau segenap kawasan yang menjadi tumpuan mereka.

Satu lagi projek cari dana Pilihanraya Umno
chedet 0 Komentar

Oleh HermanSamsudeen

Dalam kita sibuk melayan isu minyak dan juga yuran sekolah anak-anak, dalam diam-diam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) yang dikuasai Umno telah melobi untuk menguasai projek landasan berkembar dari Ipoh, Perak ke Padang Besar, Perlis yang bernilai RM12.5 bilion. Projek ini adalah hasil usaha sama 2 syarikat pembinaan gergasi milik Kerajaan iaitu MMC Corporation Bhd dan Gamuda Bhd (MMC-Gamuda). Dalam fasa pertama DPPM bakal memperolehi projek bernilai RM3.8 bilion.Runding terus projek ini adalah cara termudah bagi kontraktor Umno mendapat projek yang mana sebahagian hasilnya akan dimasukkan dalam tabung pilihanraya mereka. Maka akan terus malanglah nasib kontraktor bukan Umno dan bukan bumiputra


Utusan Malaysia : Projek landasan berkembar disalur melalui DPMM

OLEH SAIFUL HAIZAN HASAM

KUALA LUMPUR 6 Jan. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan memastikan kerja-kerja bernilai RM3.8 bilion yang bakal diagihkan kepada kontraktor bumiputera dalam fasa pertama projek landasan kereta api berkembar disalurkan melalui pihaknya bagi mengelakkan masalah ketirisan.

Presiden DPMM, Syed Ali Al Attas berkata, cadangan itu mendapat reaksi positif daripada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam satu pertemuan pada 14 Disember lalu.
Beliau berkata, untuk tujuan itu DPMM telah menubuhkan Master Vendor Corporation Sdn. Bhd. (MVC) yang berperanan sebagai vendor utama kepada kontraktor bumiputera dalam projek landasan berkembar dari Ipoh, Perak ke Padang Besar, Perlis.

“Apabila DPMM dapat projek ini dari kerajaan, kami akan tentukan komponen projek dan dapatkan harga yang terbaik, kemudian kami serahkan kepada kontraktor bumiputera terpilih.
“DPMM tidak ambil sebarang keuntungan cuma kontraktor terbabit perlu membayar sedikit kos pengurusan,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini hari ini.

Pertengahan bulan lalu, Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Bhd. (Gamuda), Datuk Lin Yun Ling mengumumkan kontraktor bumiputera berpeluang mendapatkan kerja bernilai RM3.8 bilion dalam projek landasan berkembar yang menelan belanja RM12.5 bilion.
Ia membabitkan pembinaan lebih daripada 100 buah jambatan, 30 bangunan stesen, lebih daripada 180 kilometer kerja-kerja pembetungan dan parit serta lebih daripada 300 kilometer kerja-kerja pembinaan trek dan utiliti.

Syed Ali berkata, penglibatan pihaknya dalam pengagihan itu merupakan satu tanggungjawab sosial untuk membantu kerajaan membasmi gejala ketirisan yang selama ini dikaitkan dengan kontraktor bumiputera.
Katanya, ketirisan itu berlaku kerana kontraktor bumiputera tidak mempunyai kewangan yang stabil sehingga menyerahkan projek kepada orang lain (ali baba), manakala bahan binaan pula dikawal pembekal bukan bumiputera.

“MVC akan membantu dalam aspek pembelian bahan binaan, mesin dan lojistik.
“Sekiranya kami dapat jayakan rancangan ini, maruah bangsa akan terpelihara,” katanya.
Beliau berkata, kira-kira 120 kontraktor Kelas A dan 1,000 kontraktor kelas lain akan menerima manfaat dalam perancangan pihaknya.
Katanya, 60 peratus daripada jumlah itu terdiri daripada kontraktor di negeri-negeri utara Semenanjung dengan bakinya daripada pantai timur, zon tengah dan selatan."

7 Jan 2008

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429
chedet7 Jan 2008 0 Komentar

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

klik gmbr untuk saiz sebenar

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

klik gambar untuk saiz sebenar

sumber: http://mbr_kk.tripod.com/doahijr.htm
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.