30 Nov 2007

UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram
chedet30 Nov 2007 0 Komentar

Perhimpunan-perhimpunan menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidak puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.

Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus

Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkan masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukan mengugut.

Peristiwa 1946 dibahas di DUN Kelantan

Hujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan baru-baru ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.

Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.

Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial dan ekonomi pada masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yang tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita bahawa demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangan pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.

Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syarat tiada provokasi SB yang terancang.

Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.

Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.

Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus Berkuasa

Pihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.

Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menjadi-jadi dikala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..

Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.

Penutup

Kasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.

40% pegawai atasan boleh didakwa kerana hidup mewah melebihi pendapatan, perlantikan hakim yang diatur melalui panggilan talipon, pesalah rasuah yang masih bergelar YB dalam DUN dan Parlimen, Jenayah yang masuh dalam rumah dan kejiranan kita, harga barang dan sara hidup yang berlipat kali ganda naik, bangunan yang bocor dan runtuh. Rumah, masjid, surau, kuil rakyat yang diroboh pihak penguasa atas nama pembangunan.

Saya tidak tahu bagaimanakah nasib anak-cucu serta keturunan saya selepas ini jika UMNO/BN terus menipu, memerintah dan menghancurkan Msia. Sekarang rakyat kena cepat bertindak dan lakukan apa yang betul bukan ikut nafsu yang hanya pentingkan keselesaan diri dan keluarga masing2 sahaja. Ramai yang perlukan pembelaan anda.


Dr Lo’lo’ bt Hj Mohd Ghazali
AJK PAS Pusat

28 Nov 2007

ADUN Umno berhujah guna kaki bukan otak
chedet28 Nov 2007 1 Komentar

Sebelum ini di Selangor ADUN Umno Zakaria Md Deros pernah bertindak menampar ADUN DAP Teng Chang Khim, tetapi insiden itu berlaku di luar dewan. Pertikaman lidah dan saling berbalas maki hamun, juga biasa berlaku samada di Parlimen atau Dewan-dewan Undangan Negeri di Malaysia. Tetapi tindakan fizikal seperti menyepak atau menendang seorang wakil yang lain tidak pernah berlaku sejak negara ini Merdeka 50 tahun.

Rekod ini akhirnya dipecahkan oleh ADUN Umno dari Paloh, Nozula Mat Diah. Semalam semasa sesi soal jawab, ketika anggota EXCO Perdagangan, Perindustrian dan Sumber Manusia, Zulkifli Mamat sedang menjawab soalan yang diajukan kepadanya, berlaku pertengkaran antara Nozula dan ADUN Kelaboran Zaki Ibrahim yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan.

Zaki kononnya telah melontarkan gelaran “Jakun” kepada Nozula. Lontaran itu rupanya membangkitkan kemarahan ADUN Umno itu yang sebelumnya telah digantung selama sehari oleh Dewan kerana ingkar peraturan Speaker. Lalu atas kemarahan itu Nozula meluru ke arah Zaki. Dalam hal ini dua akhbar yang saya baca iaitu THE STAR dan Utusan Malaysia menyebut bahawa hampir berlaku pergelutan.

Kata THE STAR:

The sixth day of the state assembly sitting here almost ended in a brawl when Nozula challanged Zaki to a fistfight

Hari keenam sidang dewan di sini hampir berakhir dengan pergaduhan apabila Nozula mencabar Zaki bertumbuk

Manakala UTUSAN melaporkan:

Nozula bingkas menerpa ke arah Mohd Zaki yang hanya selang beberapa kerusi darinya tetapi dihalang dan ditenangkan kedua-duanya oleh anggota dewan yang lain.

Bermakna Nozula sekadar meluru ke arah Zaki tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku kerana mereka berjaya dihalang oleh ahli-ahli yang lain. Semasa kejadian itu berlaku saya menerima SMS dari rakan saya blogger Kickdefella yang berada dalam DUN membuat liputan. Aksi tersebut disiar secara langsung dan kini boleh diperolehi melalui youtube, yang jelasnya Nozula telah melepaskan beberapa sepakkan ke arah Zaki. Satu tindakan yang sangat kebinatangan dan tidak mencerminkan seorang ahli dewan yang sepatutnya berakhlak tinggi dan sopan.

Adakah ini budaya kita?

Nozula telah diambil tindakan digantung keahliannya dari dewan selama enam bulan. Kerajaan PAS perlu bertindak menyibarkan aksi biadap dan kurang ajar ADUN Umno itu, kalau beginilah jenis pemimpin mereka, bayangkan apa yang akan berlaku jika rakyat Kelantan cuba-cuba untuk memberikan mereka kuasa memimpin kerajaan negeri. Aksi Nozula ini seharusnya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records, sebagai wakil rakyat yang pertama berhujah menggunakan kaki dan tidak mulut dan kewarasan akal. Mungkin ini adalah petanda awal hilangnya penghormatan rakyat Kelantan terhadap Umno di negeri itu dan ianya nanti pasti memudahkan tindakan untuk menguburkan sahaka Umno di negeri Serambi Mekah itu.


posted by Roslan SMS

27 Nov 2007

Membaca isyarat 30,000 Hindu meluahkan rasa
chedet27 Nov 2007 0 Komentar

Posted by: raja petra
“Kita adalah orang yang terpaksa bekerja kuat untuk hidup. Kita tidak bekerja di pejabat berhawa dingin seperti orang KL. Kita bekerja di bawah panas matahari dan hujan. Kita tahan lasak. Biarlah mereka memukul kami dengan apa saja. Kita sedia menghadapinya," kata Raman, seorang pemandu bas dari Batang Berjuntai, Selangor. Oleh K KabilanDetik Daily


"Mari tunggu dan lihat 'kuasa rakyat'," itulah reaksi Pengerusi Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), P Waythamoorthy sejurus selepas beliau dan dua lagi pemimpin utama Hindraf ditahan, 48 jam sebelum berlangsungnya perhimpunan anjuran Hindraf di ibunegara.

Dan pada hari Ahad, kira-kira 30,000 rakyat dari seluruh negara - hampir kesemuanya dari kalangan masyarakat India - turun berduyun-duyun untuk menyertai perhimpunan tersebut. Waythamoorthy dan abangnya Uthayakumar merupakan penggerak utama Hindraf.

Selain menjadi orang pertama yang hadir mempertahankan hak masyarakat India, mereka juga mengadakan majlis penerangan di seluruh negara untuk mengingatkan kaum India mengenai hak mereka.

Dalam proses tersebut, Hindraf telah menyedarkan mereka, dan ini terbukti daripada jumlah mereka yang menyertai perhimpunan semalam dan ribuan lagi yang dihalang oleh pihak polis daripada memasuki Kuala Lumpur.Dan hero sebenarnya, adalah rakyat yang menyertai perhimpunan semalam. Mereka marah dengan layanan terhadap masyarakat India di Malaysia. Mereka kecewa kerana dilayan seperti rakyat kelas ketiga di negara mereka sendiri.dipetik dari

http://www.malaysia-today.net/

ADUN UMNO Paloh Bertumbuk dalam DUN Kelantan
chedet 0 Komentar

Marilah kita saksikan adengan yang paling menonjolkan KEBIADAPAN & KEBODOHAN sebenar wakil Be END . SAY NO TO BE END. TOK SEY DOH WEY BE ENd..

26 Nov 2007

“Aku kentut depan menteri”
chedet26 Nov 2007 0 Komentar


Oleh Badrul Hisham Shaharin

JELAS rakyat Malaysia sudah tidak takut polis dan tidak hormat Menteri. Ini berlaku kerana polis sudah tidak menjunjung perlembagaan dan melindungi kepentingan rakyat, polis hanya tahu bertindak mengikut arahan tanpa mengetahui adakah itu sesuai dengan keluhuran perlembagaan.

Menjadi perkara biasa rakyat bangkit menuntut kebenaran dan keadilan dari bebanan sejarah, jika kerajaan tidak memberikan sokongan setidak-tidaknya kerajaan memberikan ruang untuk rakyat menuntut keadilan dari bekas penjajah yang pernah memeras nenek moyang kita dan kesanya dirasai hingga kini.

Di Korea Selatan bukan setakat ruang protes malah kerajaan turut terlibat menuntut keadilan buat rakyat mereka yang tersiksa oleh Jepun ketika perang. Malangnya di Malaysia kerajaan lebih bertindak penyambung warisan penjajah dan bukan sahaja tidak berani malah tidak menyokong usaha menuntut hak tersebut.

“Kentut depan menteri”

Ada satu cerita rakyat yang popular di Korea. Kisah bagaimana rakyat biasa menentang kekuasaan yang menindas. Kononnya ketika pemerintah zalim datang melawat kampung mereka, seorang lelaki tua, seperti yang lain dipaksa berbaris menyambut sang menteri.

Ketika rombongan menteri tiba, lelaki tua itu membongkok, mencium tangan menteri, dan diam-diam melepaskan angin dari perutnya. Setelah menteri berlalu, dengan bangga dia bercerita, “Aku kentut depan menteri,”.

Orang boleh ditindas, tetapi akal yang cerdik selalu mencari ruang untuk melawan semula, biarpun hanya dengan ‘kentut depan menteri’.

Parti politik atau mana mana organisasi yang non perkauman dan bersifat Malaysia harus tampil segera berbincang dengan HINDRAF untuk meletakkan HINDARF dilandasan yang terbaik (jika ada perkara kecil yang tak setuju bincang dengan terbuka) dan jelaskan kepada rakyat terbanyak mengenai usaha menuntut hak ini agar tidak dimanipulasi oleh parti perkauman yang berkuasa.

25 November : Sekali Lagi Sejarah Terlakar.Posted on Sunday, November 25
chedet 0 Komentar

Oleh greenboc
Baru saja dua minggu negara mencipta satu sejarah perhimpunan aman BERSIH yang berjaya menghimpunkan lebih 50 ribu orang, hari ni 25 November satu lagi sejarah tecipta - lebih 15 ribu orang penganut ugama Hindu dari keturunan India hari ini memenuhi segenap ruang bandaraya Kuala Lumpur di perhimpunan Hindraf yang elah diharamkan oleh kerajaan.

Di dalam dua kes berkenaan, kita menyaksikan betapa kebencian rakyat terhadap kerajaan yang ada sudah di tahap mengejutkan kerana amaran keras polis sudah tidak lagi bermakna apa-apa. Nak tangkap tangkaplah nak tembak tembaklah....seolah-olah demikianlah suara hati rakyat.
Siapa yang perlu dipersalahkan? Samy Vellu yang satu ketika dianggap "tuhan" oleh kaum India cepat menuding jarinya kepada parti pembangkang yang didakwanya menjadi dalang meniupkan sentimen anti-kerajaan di kalangan masyarakat India. Samy Vellu telah meminta rakyat tidak mengindahkan ajakan ke perhimpunan Hindraf dan masyarakat India nampaknya kali ini menongkah arus dengan meolak permintan "tuhan" mereka itu. Kebencian mereka kepada Samy Vellu sama kebencian mereka kepada kerajaan BN yang ada.Masyarakat India telah lama menyimpan "dendamnya".

Orang India terguris apabila UMNO mengadakan perhimpunan agongnya di hari Deepavali. Apabila kuil di Kampung Rimba Raja dirobohkan oleh seorang Menteri Besar Penyapu, rasa kebencian yang membuak terhadap UMNO diterjemahkan di dalam perhimpunan Hindraf - tanpa memperdulikan sebarang risiko lagi.Perhimpunan Agung Umno tahun 2007 ini telah berlansung pada pada 7 - 9 November di PWTC Kuala Lumpur. Sedangkan perayaan Deepavali jatuh pada hari Khamis 8 November 2007. Nah, ini sudah cukup satu alasan kukuh untuk masyarakat India merasa terhina dengan perbuatan biadab UMNO kerana lansung tidak menghormati hari perayaan terbesar kaum mereka.

Apabila Majlis Bandaraya Shah Alam dengan keganasan dan keangkuhan mereka merobohkan kuil orang Hindu di atas arahan Menteri Besarnya, kemarahan kaum India kepada kerajaan sudah tidak dapat disembunyikan. Umpama luka yang terus dilukai. Lebih menaikkan api kemarahan mereka apabila empat orang peguam masyarakat keturunan India yang hadir di hari perbohohan kuil itu ditahan dan dibawa ke mahkamah.Dan 25 November 2007, dunia menyaksikan sekali lagi Malaysia bergolak. Dan polis masih seperti biasa, menggunakan kekuasaannya secara ganas, zalim, kejam dan angkuh menembak air kimia dan gas pemedih mata ke arah peserta perhimpunan serta menahan lebih 400 orang India yang menghadiri perhimpunan tersebut.Maruah PDRM sebenarnya telah lama punah. Tiada siapa rakyat yang mahu mendengar mereka lagi. Kezaliman polis tidak boleh dibiarkan berterusan. Rakyat telah dan akan bangun meruntuhkan benteng kesombongan dan kezaliman polis walaupun diugut dan ditekan dengan apa cara sekalipun.

Itulah yang berlaku di dua perhimpunan rakyat.Umum mengetahui perhimpunan rakyat itu sebenarnya aman - tidak ada sebarang masalah jika polis tidak campurtangan seperti mengadakan sekatan jalanraya, menembak air kimia an gas pemedih mata, menahan secara rambang siapa saja yang mereka dapat. Jadi kebiadaban polis inilah sebenarnya masalah paling besar yang negara sedang hadapi. Malah di perhimpunan Hindraf ini ada rakaman polis masih membelasah dan memukul orang awam sesuak hati.

Pihak media massa pengampu kerajaan terus bisu dan kelu di hari perhimpunan Hindraf diadakan. Tiada satu laporan diberikan sekalipun di perhimpunan BERSIH dahulu, Bernama giat melaporkan hanya 4 ribu orang hadir sedangkan jumlah sebenarnya melangkaui 40 ribu orang. Kali ini mereka bisu, lansung tidak mahu melaporkan bkan saja jumlah kehadiran masyarakat India di Perhimpunan itu malah berita mengenainya pun tidak disiarkan.Dan yang pasti Kerajaan kini amat terdesak.




Mengadakan pilihanraya awal ertinya menggali lubang untuk semua para menterinya terjun. Tidak mengadakan pilihanraya pula akan menyebabkan mereka sudah tidak terdaya dengan tekanan yang sedia ada - kenaikan minyak, tol, barangan keperluan dan sebagainya adalah umpama mimpi ngeri yang menghambat mereka untuk ayuh cepat adakan pilihanraya sebelum harga lebih memuncak...Yang jelas Pilihanraya Umum ke 12 ini akan memberikan kemenangan besar Barisan Alternatif!

24 Nov 2007

Road Show sempena “Kempen Bahaya BN” pada 25 November 2007
chedet24 Nov 2007 0 Komentar

PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan Road Show sempena "Kempen Bahaya BN" pada hari ahad 25 November 2007. Program ini akan diadakan di 4 kawasan Parlimen iaitu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Putrajaya dan Bandar Tun Razak. Program ini akan bermula di Pasar Taman Maluri dengan tetamu kehormat iaitu Dato' Mustapa Ali dan Hj. Anuar Tahir. Risalah kempen BERSIH juga akan turut diedarkan bagi memberikan maklumat kepada rakyat.

Bagi mereka yang ingin menyertai Road Show ini, digalakkan memakai pakaian KUNING, dan berkumpul dihadapan Pasar Taman Maluri, berhampiran dengan Kg. Pandan Kuala Lumpur pada pukul 8.45pagi. Para wartawan dan rakan-rakan bloggers dijemput hadir untuk membuat liputan.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr Zulkarnain : 0193764089

23 Nov 2007

MOHON SUMBANGAN DERMA KEBAKARAN
chedet23 Nov 2007 0 Komentar

Madrasah Attaalim Watarbiyyah Pusat Pengajian Islam Pondok Bandar Hilir Sik Kedah berlaku kebakaran yang mana memusnahkan 40 buah unit penempatan pelajar dan juga peralatan pelajar seperti buku, kitab dan lain-lain. Seramai 120 orang pelajar hilang tempat tinggal untuk menuntut ilmu. Anggaran kerugian lebih kurang 200,000.00 (Dua RatusRibu Ringgit).

Madrasah atau pusat pengajian ini di urus oleh salah seorang Jawatankuasa PAS Kawasan Sik iaitu Tuan Guru Hj. Abu Bakar Ibrahim.

Dengan ini pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sik memohon kepada seluruh muslimin muslimat memberi sumbangan bagi mendirikan semula penempatan dan juga peralatan pelajar tersebut.

Sumbangan tuan puan boleh dimasukan kedalam akaun BIMB atas nama PUSAT PENGAJIAN ISLAM PONDOK BANDAR HILIR no akaun 02040810028139 atau menghubungi Tuan Guru Hj. Abu Bakar (019 5731765) atau Ust. Ismail (013 4884814).

Perhatian dan sumbangan tuan puan pihak kami hargai.

22 Nov 2007

Zam: Menteri Penerangan Yang Tak Boleh Berbahasa Inggeris
chedet22 Nov 2007 0 Komentar

Oleh Dr Fikrah

Apabila aku terbaca berita ini di dalam Harakahdaily hari ini, tercuit di hatiku untuk ketawa sedekah-dekahnya, memandangkan Zam Maidin, seorang Menteri Penerangan yang tidak pandai berbahasa Inggeris! Walaupun pada mulanya, aku menyangka ia bukanlah masalah yang besar, tetapi apabila difikirkan semula, terasa diri ini yang bergelar rakyat Malaysia, terhina dek pertuturannya yang memalukan dunia itu.

Bayangkanlah seorang Menteri Penerangan yang melakukan demikian di hadapan mata dunia, sudah pasti masyarakat negara lain beranggapan bahawa semua rakyat Malaysia lemah di dalama Bahasa Inggeris.

Agak dikesali. Apa yang pastinya, ulasan tersebut tidak dapat difahami oleh mana-mana orang yang memahami Bahasa Inggeris. Seumpama Samy Vellu bertutur di dalam Bahasa Melayu, terserlah kekurangannya di dalam bahasa itu, sedangkan dia sudah puluhan tahun menetap di Malaysia.

Tetapi, apa yang terjadi pada Zam sorang ini, dia telah menyebabkan semua rakyat Malaysia terasa malu dengan ungkapannya yang tunggang langgang itu. Sudahlah disaksikan oleh manusia di seluruh dunia, dirakam pula di laman-laman web, antaranya Youtube dan sebagainya. Datuk Seri Anuar Ibrahim di dalam sebuah ceramahnya ada mengkritik Bahasa Inggeris yang digunakan oleh VK Linggam melalui video rakaman yang telah mencetuskan kontroversi itu.

Tak sudah-sudah dengan correct.. correct sehinggakan telah dihasilkan sebagai ringtone yang sangat melucukan. Bagaimana pula nasibnya dengan si Zam ini, sudahlah memalukan rakyat Malaysia di hadapan mata dunia, dia juga telah memutar belitkan berita berkenaan perhimpunan tersebut sehinggakan wartawan al Jazeera tersebut menganggapnya sebagai Samy Vellu dunia.

Sekiranya kepeningan bahasa yang digunakan oleh Samy Vellu hanya di dengari oleh rakyat Malaysia, tetapi si Zam ini telah memalukan di hadapan masyarakt seluruh dunia. Adakah Zam merupakan seorang menteri yang tidak bersekolah rendah, ataupun hanya celup-celup sahaja. Memandangakan potensinya sebagai pengampu, maka dia terus dilantik sebagai menteri.

Untuk meluahkan kegelian di dalam hati ini, marilah kita sama-sama membaca dialog yang telah diciplak oleh aku dari Harakahdaily dan dengarkan juga melalui Youtube yang disediakan. Jangan terlalu cepat ketawa, dengar dahulu kata-katanya...

---------------- Harakahdaily 21 November -------------------------------


Transcript of Malaysia's Information Minister's interview with Al Jazeera News on the Bersih Protest.
Minister: I commend yo-yo-your journalists trying to project... to exaggerate more than what actually happened. That-that-that-that's it. We are not the-the and I-I congratulate your journalists behaving like an actor, that-that's it...
Reporter: As you say that, sir, we're watching scenes of protesters being sprayed by chemical-filled water!
Minister: YA! I am watching! I'm here! You've been trying... trying to do it this - to do this everywhere but in Malaysia people are allowed to, you know? We know our police head our colleague... Police have whatever allowed the procession to go to the Istana Negara, you know? Do police, first police, like, they handle them, they attack them, they... the police don't, don't, don't fire anybody?
Reporter: Our correspondent came back to the office, sir, with chemicals in his eyes!
Minister: You-you-you-you are here with the idea, you are trying to project, what is your mind! You think that we Pakistan, we are Burma, we are Myanmar. Everything you-you are thinking! WE ARE DIFFERENT! We are totally different!
Reporter: Well unfortunately when you refuse to let people protest, it does appear so.
Minister: Ya ya we are not like you! You-you have earlier perception, you come here, you want to project us like undemocratic country. This a democratic country!
Reporter: So why can't people protest then, if it's a democratic country?
Minister: YES, PEOPLE PROTEST! People do-do... of course they protest. We are allowing them protest, and they have demonstrated. But we just trying to disperse them, and then later they-they-they don't wanna disperse, but later our police compromise. They have compromised and allowed them to proceed to Istana Negara! Police, our police have succeeded in handling them gently, right? Why do you report that? You take the opposition, someone from opposition party you ask him to speak. You don't take from the government, right?
Reporter: Why did you not break up these protests...
Minister: Pardon? Pardon? Pardon?
Reporter: Why did you not break up these protests more peacefully?
Minister: I can't hear you! I can't hear you!
Reporter: Why did you not break up these protests more peacefully?
Minister: No we-we are! We... this protest is illegal! We don't want..this... the... NORMALLY...
Reporter: OK, so let me return to my former question. Why is this protest illegal?
Minister: YA! It's a illegal protest because we have the erection in Malaysia. It's no-no point on having a protest! We are allowing to every erection... every five years never fail! We are not our like, like Myanmar, not like other country. And, and you are helping this. You Al-Jazeera also is helping this, this forces. The, you know, these forces who are not in passion, who don't believe in democracy!
Reporter: Alright, many thanks for joining us.
Minister: I don't, ya, you, Al-Jazeera, this is, is Al-Jazeera attitude. Right?

--------------------- The End ---------------------------------

Amacam? pening ke? Teruskan pula dengan mendengar sendiri melalui Youtube...yang disediakan dalam rencana terdahulu kat dalam blog nie ......

21 Nov 2007

DEMAM PILIHANRAYA - Govt: Proton has turned the corner
chedet21 Nov 2007 0 Komentar

Oleh : Faisal Abd Rahman

Tuan-tuan,

Tahniah atas pencapaian Proton, Pencapaian negara. The "spirit of Achievement" yang dipopularkan oleh Tengku Mahaleel.... ..

1) jangan terkejut dengan berita di bawah ini, kerana negara bakal mengharungi piliharaya umum tidak lama lagi.
2) agak aneh di mana ekonomi negara masih tidak mantap, malah ekonomi amerika syarikat bakal ditahap kehancuran, Proton di lapurkan telah "turned the corner"
3) tidak mustahil terdapat para anggota kabinet sedang mengatur langkah peribadi untuk merebut control terhadap pegangan saham Proton. antaranya, MK2, Tan Sri Mohamed Nor Yakop diwar-warkan memiliki dana melebihi RM600 juta, dan telah lama aktif mencari peluang menceburi pelaburan multinational
4) berita proton turned over juga mungkin di spin untuk menutup mulut Dr Mahathir dari membicarakan perkara-perkara yang tidak diingini oleh pemerintah menjelang pilihanaya umum.
5) umum mengetahui bahawa melayu / malaysia mudah lupa, dan jangan terkejut membaca berita sebalikya mengenai proton tidak lama lagi, mungkin,
6) sila hayati laporan di bawah.

  • the star hari ini
  • 20 Nov 2007

    LAGI- VIDEO BERSIH
    chedet20 Nov 2007 0 Komentar



    19 Nov 2007

    Semarak Hijau bersama Naib Presiden PAS di DUN Meru
    chedet19 Nov 2007 0 Komentar

    "SHAH ALAM 19 Nov - Program 'Semarak Hijau' Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) akan diteruskan pada hujung minggu ini dengan DUN tumpuan seterusnya ialah DUN Meru di Parlimen Kapar.

    'Mengekalkan Momentum BERSIH' oleh Hj Mohamad Sabu pada 23 November, Jumaat jam 9 malam di Batu 7, Meru. Bersama-sama beliau berceramah pada malam tersebut ialah Timbalan Ketua DPPNS, Ust Kamal Ashaari dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Ustazah Wan Hasrina.

    Program akan dimulakan dengan Ceramah Umum
    Pelbagai program telah disusun sepanjang hujung minggu ini bagi mendekati rakyat di samping menggerakkan jentera pilihanraya PAS di DUN tersebut.

    Antaranya program 'Sunat-thon' atau berkhatan beramai-ramai yang akan diadakan pada hari Sabtu 24 November sebelah pagi bertempat di UDM Bukit Kapar yang dikendalikan oleh Dr Abd Rani Osman - YDP PAS Kapar.

    Dalam pada masa yang sama juga diadakan 'Motivasi Keluarga Soleh', khusus untuk ibu bapa dan anak-anak di sini yang akan dikendalikan oleh Ustaz Sallehin Mukhyi yang juga Ketua DPPNS bertempat di UDM Kampung Nenas.

    Petugas Pemuda DUN Meru pula akan menggerakkan jenteranya untuk mengadakan gotong-royong di rumah warga emas dan fakir miskin selain tidak dilupakan Pejabat PAS MTD Meru yang sedang dalam pembinaan.

    Pada sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah-ceramah kelompok di beberapa lokasi yang telah disasarkan selain program 'Forum Perdana Hal Ehwal Islam' yang akan membariskan tokoh-tokoh masyarakat dan ilmuan di sini.

    Program Semarak Hijau ini akan diteruskan pada hari Ahad dengan diadakan rawatan - 'Mobile Clinic' pada sebelah paginya yang akan diketuai sendiri oleh YDP PAS Kapar Dr Hj Abd Rani Osman.

    Edaran Slip pengundi dan kempen mendaftarkan pengundi baru juga digerakkan melalui jentera pilihanraya DUN dengan mensasarkan pengundi-pengundi di UDM Bukit Kapar.

    Sementara itu, jentera pemuda pula akan digerakkan melalui program edar risalah 'Hit & Run' dan konvoi bermotosikal bagi memberi penerangan mengenai PAS dan BA kepada orang ramai.

    Program akan diakhiri dengan jamuan petugas dan masyarakat tempatan pada sebelah tengaharinya. Penganjur berharap program ini akan berjaya memberi impak yang baik kepada masyarakat dan petugas PRU DUN Meru.

    Petugas-petugas dari kawasan-kawasan lain juga dialu-alukan untuk bersama-sama menyemarakkan lagi program 'Semarak Hijau' ini.

    Semoga momentum perhimpunan 100,000 rakyat oleh BERSIH dapat dikekalkan dan dialirkan khusunya di DUN Meru ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :- Haidar 019-2391141 atau Kahar 013-2172277.

    Mohd Sany Hamzan
    Pengarah
    Semarak Hijau 2007
    Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor"

    16 Nov 2007

    Peniaga: Polis pecahkan lutut saya sewaktu perhimpunan
    chedet16 Nov 2007 0 Komentar

    Oleh Fawaz Abdul AzizMalaysiakini
    Kecederaan yang dialami oleh Aleyasak Hamid Ali Hassan, seorang penjual goreng pisang, menjadi bukti kekerasan yang digunakan oleh anggota polis ketika meleraikan perhimpunan anjuran Bersih di Kuala Lumpur Sabtu lalu. ebenarnya, beliau ke ibunegara pada hari berkenaan semata-mata mahu melihat sendiri perhimpunan tersebut, tetapi ia berakhir dengan lututnya pecah dipijak dan ditendang dengan kuat oleh "anggota polis" di kawasan Masjid Jamek.
    Dia juga tidak memakai baju warna kuning, tetapi mengenakan pakaian berwarna hitam dan tidak terlintas di hatinya untuk menyertai perhimpunan tersebut.
    "Tidak pernah terbayang yang saya akan berakhr begini, dengan kaki saya hancur dicederakan oleh mereka yang sepatutnya melindungi orang ramai daripada keganasan," kata Aleyasak, 31, dari Kajang Selangor.
    Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh Bersih - gabungan 67 badan bukan kerajaan (NGO) dan lima parti politik yang menuntut pembaharuan pilihanraya. Kira-kira 40,000 orang berhimpun di Istana Negara dan memorandum mengenainya telah diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong.
    Aleyasak - yang mendakwa bukan ahli mana-mana NGO atau parti politik - adalah antara mereka menjadi mangsa tindakan polis yang meleraikan perhimpunan di kawasan Masjid Jamek. Polis berkata, ia perhimpunan haram selepas menolak permohonan permit dari pihak penganjur.
    Ketika ditemui Malaysiakini semalam, Aleyasak baru empat jam keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Dalam keadaan kesakitan ketika menggerakkan kakinya, Aleyasak menceritakan pengalaman yang menimpa dirinya, sambil ditemani oleh isterinya, Maryam Jameela Megat Mohd Yusof, yang duduk di sebelahnya.
    "Saya telah membaca mengenai perhimpunan Bersih dalam akhbar sebulan lalu. Memandangkan ibu mertua saya mengadaka rumah terbuka sempena Hari Raya pada petang Sabtu, jadi kami mengambil keputusan untuk pergi melihat apa yang berlaku," katanya.
    "Semasa terperangkap dalam kesesakan lalintas, kami dapat melihat orang ramai berdemonstrasi secara aman - mereka tidak membawa apa-apa. Jadi saya turun dari kereta pada jam 3.30 petang di satu sudut Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk melihat mereka dari jauh."
    Bunyai 'pop'
    Manakala isterinya pula terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Baru. Tidak 10 minit kemudian, anggota pasukan polis anti-rusuhan menguasai kawasan di depan Masjid Jamek.
    "Sekumpulan peserta perhimpunan berhampiran Masjid Jamek berlari ke arah bangunan Dewan Bandaraya (di Jalan Raja Laut). Saya ternampak beberapa anggota polis mengejar mereka. Mereka lari ke arah tempat saya berdiri.
    "Orang ramai menjerti 'Lari! Lari! jadi saya naik takut dan berpusing untuk lari dari situ.”
    Bagaimanapun, selepas berlari sejauh beberapa meter, Aleyasak tergelincir dan jatuh tertiarap di atas laluan pejalan kaki. Ketika itu empat anggota polis yang tidak beruniform menerpa ke arahnya. Mereka menekan kepalanya ke tanah, manakala seorang anggota lagai memijak lutut kaki kiri Aleyasak yang sedang terlipat.
    Katanya, anggota polis itu memijak kakinya sekuat hati dan ketika itu dia terdengar pecak lututnya pecah.
    "Saya terdengar bunyi 'pop' dan saya tahu ia telah pecah," katanya.
    Ketika diarah berdiri, Aleyasak memberitahu anggota polis itu yang kakinya patah. Anggota polis itu menggunakan kata-kata kesat terhadapnya, dan mengarahnya berjalan tanpa dibantu menuju ke arah sebuah trak polis yang menunggu dekat situ.
    Menurutnya, anggota polis berungut "mengapa kita mesti angkat awak? Apa yang istimewa sangat untuk diberi layanan seumpama itu? Kamu hanya pengganggu".
    "Seorang anggota polis - saya tidak ingat nama atau nombor di uniform mereka - menendang kaki saya yang cedera itu sehingga terhentak ke trak. Seorang tahanan yang sudah berada dalam trak, bersimpati dengan saya dan membantu saya naik ke dalamnya."
    Kira-kira 12 tahanan dibawa ke ibupejabat polis kontinjen. Sebaik sahaja tiba di sana, anggota St John's ambulans terus membawanya ke hospital dan dimasukkan untuk menerima rawatan.
    Selepas menjalani pembedahan, Aleyasak diberitahu yang lututnya itu akan mengambil masa tiga hingga lima bulan untuk sembuh. Bagaimanapun, dia perlu menunggu selama setahun sebelum boleh melakukan sebarang kegiatan sukan atau beriadah.
    “Saya tidak akan dapat bekerja untuk beberapa bulan akan datang memandang keadaan saya sekarang," katanya.
    ‘Pohon maaf’
    Atas nasihat rakan-rakannya, Aleyasak membuat laporan polis di pondok polis HKL mengenai kejadian tersebut.
    Beliau mahu sekurang-kurangnnya mereka yang tertangungjawab menyebabkan kecederaan itu memohon maaf kepadanya, tetapi tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan kerajaan.
    Sementara itu, isterinya, Maryam, 29, berkata kecederaan yang dialami suaminya itu telah menjejaskan mata pencarian mereka.
    Maryam - seorang guru tuisyen - berkata beliau terperanjat dan seperti tidak percaya dengan yang telah berlaku terhadap suaminya itu.
    "Kita hanya rakyat biasa. Kita tiada kena mengena dengan politik. Mengapa dia diperlakukan sedemikian? Kalaupun polis hendak meleraikan perhimpunan tersebut, suami saya hanya pergi melihat sahaja - mesti ada batasan terhadap apa yang mereka boleh lakukan," katanya.
    Beliau berkata, anak-anaknya - berusia enam dan dua tahun - juga tertanya-tanya mengapa bapa mereka cedera.
    "Saya tidak mahu mereka keliru dengan memberitahu mereka, polis yang melakukannya terhadap bapa mereka," kata Maryam.
    Beliau juga marah dengan mereka yang menafikan tiada keganasan dan kekerasan yang melampau telah digunakan oleh polis terhadap suaminya.
    "Saya sangat sedih dan marah. Kami mahukan keadilan. Anda tidak boleh lakukan ini kepada rakyat," katanya.

    Catatan Mohd Zad Abdullah (anggota Unit Amal W.Persekutuan yang ditahan polis pada Himpunan BERSIH yang lalu)
    chedet 0 Komentar

    Saya didatangi SB dan pegawai berpangkat ASP
    10 Nov 2007 - Selepas memberi taklimat kepada petugas Unit Amal dibawah saya sekitar pukul 11.15 pagi, kami mula bergerak ke lokasi kami iaitu Kompleks Sogo untuk mengambil posisi tugas masing-masing. Saya meminta petugas. Kami tiba di Sogo sekitar pukul 11.45pagi. Kemudian kami berkumpul dihadapan Sogo sebagai isyarat kepada peserta lain bahawa kami berada disitu.

    Lebih kurang pukul 12.30 tgh, kami didatangi seorang pegawai berpangkat ASP meminta kami supaya bersurai dari situ jika tidak mahu dikenakan sebarang tindakan. Saya kemudian mengarahkan sahabat-sahabat saya dan anggota Unit Amal lain bersurai seketika sebelum tiba waktu yang ditetapkan.

    Selepas semuanya bersurai, saya masih berada disitu sambil berlegar di kawasan sekitar. Pada pukul 12.40 tgh, saya didatangi kembali pegawai ASP tadi beserta seorang SB lalu meminta kad pengenalan saya kemudian saya diperiksa oleh SB tadi. Selepas dari itu, saya diarah mengikuti pegawai tadi ke kereta peronda polis dan saya terus dibawa ke IPKKL, Jalan Hang Tuah.
    Semasa di IPKKL, Jalan Hang Tuah, saya diminta beri keterangan dan diperiksa bertalu-talu oleh beberapa pegawai berpangkat inspector. Barangan yang saya bawa seperti set walkie talkie serta baju tshirt Unit Amal saya dirampas. Pihak polis mendesak supaya saya memberitahu siapa dalang di belakang BERSIH. Saya tidak menjawab pertanyaan tersebut dan saya ditanya lagi Unit Amal ni dinaungi oleh siapa dan siapa ketua Unit Amal Malaysia. Saya menjawab YB Salahuddin Ayub, penaung dan ketua Unit Amal Malaysia. Kemudian saya tanya pegawai tersebut, adakah SB polis tidak membuat kerja sehingga tidak tahu berkaitan Unit Amal ni. Lalu pegawai tersebut terdiam.

    Selepas puas soal siasat saya, saya ditahan di lokap sementara dan saya dapati terdapat seramai 9 orang anggota Unit Amal dari negeri lain juga ditahan. 5 orang dari Kedah, 2 dari Pahang, 2 lagi dari Terengganu termasuk saya semuanya 10 orang Unit Amal yang ditahan. Saya bertanya sahabat Unit Amal dari Kedah yang mana mereka semua di tahan di Masjid Jamek. Menurut mereka, pihak polis mula menahan mereka sebelum FRU membuat semburan kepada peserta himpunan di Masjid Jamek.

    Kesemua Unit Amal termasuk saya ditahan di lokap IPKKL tersebut dalam keadaan tidak berbaju kerana kesemua tshirt Unit Amal kami dirampas sehinggalah sekitar pukul 10.30 malam kami dibebaskan oleh peguam dari Lajnah Guaman PAS Pusat tanpa diberikan baju tshirt Unit Amal kami. Selepas memulangkan telefon bimbit serta walkie talkie saya, saya terus menghubungi sahabat Unit Amal Wilayah Pesekutuan supaya membawakan baju untuk saya pakai. Walaupun telah dibebaskan, kesemua anggota Unit Amal yang ditahan itu dikehendaki melaporkan diri lagi di Balai Polis Dang Wangi pada 10 Disember 2007.


    Sekian.


    kunjungi blog Jabatan Amal Malaysia DPPP
    http://jabamal.wordpress.com

    15 Nov 2007

    Isu Klip Video: Sejak bila Menteri boleh Jadi Pegawai Penyiasat?
    chedet15 Nov 2007 0 Komentar

    Oleh HermanSamsudeen, Ketua Penerangan DPPWP

    Sistem tadbir negara semakin kucar-kacir. Para Menteri kabinet BN semakin terdesak. Gara-gara Klip Video V.K Lingam yang dilaporkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, para Menteri jadi tak senang duduk. Sebelum ini pihak Kabinet telah mengarahkan Panel ‘bebas’ khas untuk menyiasat kesahihan rakaman dibentuk.

    Maka dilantiklah bekas Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Haidar Mohd Noor bersama bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar dan Timbalan Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye untuk menjadi ahli panel bagi mengesahkan kesahihan Klip Video tersebut.

    Sebaik sahaja Panel ‘bebas’ khas ini mengemukakan laporan dan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Diraja, pihak Menteri-Menteri Kabinet pula sibuk nak buat siasatan sendiri. Akhirnya dilantiklah 3 orang Datuk Seri yang tak berseri bagi menyiasat Klip Video tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan bahawa dua lagi menteri yang dipilih ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad dan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

    Hanya kerana sebuah Klip Video, para Menteri sanggup turun taraf dan menjadi pengawai penyiasat bagi mengkaji Klip Video berkenaan.

    Pelik sungguh. Nampaknya mereka sendiri tak percaya pada Panel ‘bebas’ khas yang dilantik sebelum ini. Paling pelik, tugas bagi menyiasat kesahihan dan tindakan yang perlu diambil adalah tanggungjawab pihak Polis dan Peguam Negara bukannya para Menteri ini.

    Dalam hal ini. Menteri-menteri ini punyai Potfolio masing-masing yang harus ditumpukan dan apa yang pihak Polis dan Peguam Negara buat pada masa ini? Kenapa perlu membiarkan Menteri-menteri menjadi penyiasat dan hakim sendiri bagi Kes berfrofail tinggi sebegini?.

    Ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku dalam Kabinet Malaysia ketika ini?

    Pada masa ini, Nazri seharusnya meluangkan lebih banyak masa untuk memperbaiki kualiti dan disiplin ahli-ahli Parlimen yang selalu ponteng sesi persidangan Parlimen bukannya sibuk tentang Klip Video ini.

    Radzi pula, pada masa ini beliau wajar menyelesaikan isu kebanjiran pekerja asing dalam negara yang kini semakin menyusahkan rakyat.

    Bagi Rais Yatim pula, sudah tiba masanya untuk beliau menumpukan masanya memikirkan masalah-masalah Jenayah dan sosial yang semakin berlambak-lambak ekoran terlalu banyaknya Pesta dan Konsert yang diluluskan oleh kementeriannya.

    Menteri-menteri ini harus berhenti dari mencampuri urusan perlaksanaan undang-undang negara. Sikap mereka ini benar-benar menunjukkan imej Kepimpinan Diktaktorian Negara.

    Sesuatu perlu dilakukan, dan mereka perlu diberikan ingatan sebelum mereka pergi jauh lagi. Dalam hal ini bantahan terbuka perlu dibuat kerana belum ada sejarah dalam mana-mana negara, Menteri jadi penyiasat dan hakim bagi kes-kes Jenayah dalam masa mereka menjawat jawatan sebagai Menteri.

    CHEDET: KESIANNYA MELIHAT GELAGAT MENTERI-MENTERI MALAYSIA TERPAKSA YANG SIBUK MENUTUP BANGKAI YANG TERLALU MEMBUSUK DI NEGERI"segala- gala BOLEHLAND" INI

    'Zam hanya belajar mengira sampai angka 4,000 sahaja'
    chedet 0 Komentar

    KANGAR, 15 Nov (Hrkh)-
    Dewan Pemuda PAS Perlis hari ini mencabar kesahihan kenyataan Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin yang menyatakan hanya 4,000 orang menyertai himpunan rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

    "Secara realitinya, jumlah tersebut hanyalah sebahagian sahaja dari jumlah keseluruhan peserta himpunan yang berada di sekitar kawasan Masjid Jamek dan Jalan Tun Perak.
    "Itu belum di kira yang berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan sekitar Masjid India. Tempat lain tak payah kiralah, lagi ramai," kata Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.
    Beliau mencabar siapa sahaja termasuk Zainuddin sendiri untuk menghimpunkan orang ramai untuk hanya memenuhi halaman Masjid Jamek Kuala Lumpur dan kawasan sekelilingnya dan dikira jumlahnya.
    "Kalau berani, bawa orang ramai ke sana dan hitung berapa ramai orang yang ada. Mungkin selama ini dia hanya belajar mengira sampai angka 4,000 sahaja," ujarnya.
    Menurutnya Y'akub, sebagai seorang menteri Zainuddin tidak sepatutnya memberikan kenyataan sedemikian yang jelas tidak bertepatan dengan keadaan sebenarnya yang berlaku.
    "Mengapa perlu berbohong dan hidup dalam penafian? Apa yang dia takutkan? Rakyat sekarang sudah celik maklumat dan penafian sebegini amat memalukan apatah beliau memegang portfolio Penerangan.
    "Inilah caranya pimpinan negara yang diterajui Umno-BN, sentiasa bertindak mengelirukan rakyat demi kepentingan sempit politik mereka," tegasnya.
    Selain itu menurutnya, kenyataan Zainuddin ketika soalan wakil stesen tv Al-Jazeera baru-baru amat memalukan imej negara di mata dunia.
    "Mengapa perlu bebal dan beremosi? Inilah gambaran perwatakan seorang menteri kabinet Malaysia. Sudah sampai masanya negara ini untuk menukar Menteri Penerangan," ujarnya.
    Wakil media antarabangsa melaporkan kehadiran orang ramai ke perhimpunan itu melebihi 100,000 dan ini menepati target yang dikehendaki pihak penganjur. Malah, jika turut diambil kira mereka yang gagal ke lokasi berikutan sekatan jalan raya oleh pihak polis hingga mengakibatkan laluan utama ke Kuala Lumpur "tertutup", angka kehadiran mungkin berlipat kali ganda.
    Ketua Polis Negara memberi perakuan bahawa lebih 4,000 anggota keselamatan dikerah untuk menggagalkan perhimpunan rakyat itu.

    Nazri Aziz malapetaka besar Parlimen Malaysia
    chedet 0 Komentar

    Oleh Roslan SMS

    Kabinet Malaysia adalah menteri-menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk memainkan peranan eksekutif dalam mentadbir negara. Bukan senang untuk duduk menganggotai kabinet, sudah pastilah mereka yang berjaya ke sana adalah terdiri dari warga Malaysia yang berkhlak mulia dan berpekerti baik. Kalau seseorang yang berakhlak buruk, mengamalkan budaya samseng dan kurang ajar, sudah pastilah orang seperti ini tidak layak dan tidak cocok untuk menganggotainya.

    Menteri-menteri kabinet disamping menganggotai kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri serta menjalankan tugas mereka mengikut portfolio masing-masing sebagaimana ditetapkan PM, juga diminta bertanggungjawab kepada Parlimen berhubung portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada mereka itu.

    Hari ini akhbar-akhbar tempatan merakamkan amuk seorang menteri di Parlimen apbila dibangkitkan isu Perhimpunan Aman BERSIH Sabtu lepas di Parlimen. Menteri itu turut melenting dan bertikam lidah dengan Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang yang turut menyertai perhimpunan itu.
    Ahli parlimen Kuala Nerus dari Umno memohon penjelasan dari Menteri di JPM Nazri Aziz berhubung perhimpunan itu lalu inilah jawapannya, seorang menteri kabinet dalam kerajaan Dollah Badawi:

    Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tak payah fahamlah, memang kepala tak betul di sana Itu [Dewan riuh]. Dalam istilah orang muda sekarang ini wayar putus, kepala wayar putus.
    Macam mana nak kata tak adil, saya boleh kata kalau Anwar Ibrahim dia kalah bertanding pilihan raya, dia nak bangkit nak katakan tak adil. Ini menang pun tak adil, dia lupa. Sebab itu saya kata kepala tak betul, tak payah dok faham dia. Namun Yang Berhormat, sebenarnya dia dah tahu dalam pilihan raya akan datang dia akan kalah, kalah teruk saya nak bagi tahu.

    Sebab itu sekarang smoke screen, dia cuba nak wujudkan satu suasana dia ambil tindakan menunjukkan bahawa iaitu SPR tidak adil. Bila dia kalah nanti dia kata itulah tak adil. Jadi perkara ini orang-orang ‘pondan’ macam pembangkang tak payah layan pandangan mereka ini. Kita percaya SPR adalah adil.

    Tanyalah mana rakyat Malaysia sekalipun adakah layak jawapan seumpama ini diberikan dalam Dewan Rakyat, sebuah badan legislatif tertinggi dalam negara? Sudah pasti semua yang waras akan bersetuju bahwa menteri berkenaan keterlaluan, emosional dan tidak rasional dalam menjalankan tugasnya. Kerana itu Ketua Pembangkang (Lim Kit Siang - Ipoh Timur) bangun dan berkata:

    Inilah jawapan yang sangat tidak bertanggungjawab,kita serius bukan main-main politik.Soalan di sini ialah mengenai daftar pemilih atau electoral rules banyak kecacatan sama ada bukan sahaja ada pengundi hantu dan yang beraksasa tetapi ada post ballot yang dijalankan tanpa keadilan.Dua hari lalu adalah satu perhimpunan raksasa yang aman, berpuluh-puluh ribu orang yang keluar yang menunjukkan komitmen mereka kepada demokrasi, cinta demokrasi, cinta keadilan dan menyampaikan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya ada perubahan elektro.

    Adakah kerajaan rela untuk ada satu positive response bukan buat respons tidak bertanggungjawab dan membuat tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan yang liar semacam mahu mengheret institusi raja dan Yang di-Pertuan Agong kepada kancah politik, itu tidak benar. Oleh kerana institusi raja dan Yang di-Pertuan Agong ialah fountain of justice dan fountain of keadilan. Bukankah kerajaan ada tanggungjawab supaya menjaga maruah institusi raja sebagai fountain of justice supaya melayani tuntutan-tuntutan adakah electoral reform dan bukan menjatuhkan status institusi raja dalam perkara ini.

    Bagi saya Nazri Aziz ini bukan hanya tidak layak duduk di parlimen malah kehadirannya di sana lebih mengaibkan kerajaan PM Dollah Badawi. Dan ini bukan kali pertama beliau melenting bagaikan orang separuh tiang, telah acapkali beliau berperangai demikian. Inilah contoh modal insan yang dilahirkan Dollah, bengis, biadap dan kurang ajar.
    Ketika bertelagah dengan Kit Siang semalam beliau turut dilaporkan oleh hansard sebagai berkata:

    Bodoh, buta, pekak. Tuan Yang di-Pertua,saya nak beritahu di sini ini…

    Orang macam Nazri ini setanding akhlaknya dengan Mat-mat Rempit yang mengganas di jalan-jalanraya kita. Syabas Nazri kerana menzahirkan akhlak dan keperibadian sebenar anda. Syabas Pak Lah!

    14 Nov 2007

    Salahuddin Desak Pesuruhjaya Suhakam Letak Jawatan
    chedet14 Nov 2007 1 Komentar

    Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendesak agar Pesuruhjaya Suhakam, Dato’ N. Siva Subramaniam meletakkan jawatan daripada suruhanjaya tersebut berikutan kenyataannya bahawa polis tidak menggunakan kekerasan dalam perhimpunan 100,000 rakyat pada 10 November lalu.



    Dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (foto) melahirkan kekecewaan kerana sebelum ini, Suhakam dalam laporan inkuiri awam berhubung tragedi ‘Bloody Sunday’ juga menyokong perhimpunan aman seta mengharapkan pihak polis menghapuskan permohonan permit untuk berhimpun.


    “Kenyataan Siva itu telah menghakis kepercayaan kami kepada Suhakam, sedangkan badan ini dikatakan bertanggungjawab membela hak asasi manusia.“Kami mengharapkan Suhakam tidak mengikis kepercayaan rakyat dengan pendirian seperti yang ditunjukkan Siva itu. Sedangkan dalam perhimpunan tersebut ada antara peserta yang cedera parah akibat kekasaran pihak polis,”katanya.Selain Yap Swee Seng dan Salahuddin, sidang media tersebut dihadiri oleh beberapa orang jawatan kuasa Bersih yang lain antaranya, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Teresa Kok,Maria Chin Abdullah dan Khai Loon.



    Salahuddin turut menjelaskan, surat jawapan daripada Yang di-Pertuan Agung yang dihantar kepada Bersih yang menyatakan akan menerima memorandum tersebut menunjukkan bahawa baginda bersedia mendengar tuntutan Bersih terhadap empat perkara ke arah pilihan raya adil dan bersih.Dalam sidang akhbar itu juga, jawatankuasa Bersih menunjukkan surat jawapan daripada Yang di-Pertuan Agung sebagaimana yang diminta oleh para wartawan.



    “Jika tuntutan ini sebagai tuntutan yang tidak penting dan remeh, kenapa baginda bersedia untuk menerima penyerahan memorandum kami. Dan pada 10 haribulan itu juga setiausaha sulit baginda menerima memorandum tersebut.“Ini bermakna baginda amat prihatin dengan tuntutan rakyat dan bukan soal mengheret baginda dalam kancah politik,” tegas Salahuddin.



    Sementara itu Salahuddin yang ditemui sejurus sidang akhbar memberi isyarat yang jelas kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman supaya melihat perhimpunan 100,000 orang ini sebagai kebanjiran bantahan rakyat dan tidak menjadikan SPR sebagai bilik gerakan BN.Jelasnya, Abdul Rashid harus belajar daripada perhimpunan tersebut dan melihat sebagai protes rakyat yang terbesar di negara kita.Salahuddin juga tidak menolak kemungkinan Bersih akan mengadakan perhimpunan yang lebih besar sekiranya pihak SPR dan kakitangannya menjadikan SPR sebagai bilik gerakan BN.Dalam sidang media itu juga, Bersih menggalakkan semua rakyat memakai pakaian berwarna kuning pada setiap hari Sabtu. Bersih turut mengumumkan penyertaan Parti Pasok Sabah ke dalam Bersih menjadikan enam buah parti politik yang menyertai pertubuhan tersebut.

    Sementara itu, Jawatankuasa Bersih, Yap Swee Seng menegaskan kenyataan Siva itu amat memeranjatkan kerana dilihat bertentangan dengan mandat Suhakam untuk membela hak asasi manusia.Malahan katanya dilihat berbeza dengan kenyataannya selama ini berhubung beberapa insiden kekejaman polis yang berlaku.Jelas Pengarah Eksekutif Suaram ini, laporan daripada media antarabangsa mengenai perhimpunan tersebut secara langsung jelas menunjukkan kekejaman yang dilakukan polis.Beliau melahirkan kekesalan bagaimana Siva menyatakan tiada kekejaman yang berlaku pada hari tersebut.

    13 Nov 2007

    Syabas Bersih! Mari perbetulkan demokrasi pilihan raya yang pincang
    chedet13 Nov 2007 0 Komentar

    Bagi pihak PAS saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan dan fahaman politik, yang telah turun berama-ramai untuk menjayakan Himpunan Aman BERSIH pada hari Sabtu 10 November, 2007 yang lalu.
    Ternyata Himpunan Aman BERSIH itu telah berjaya walaupun terdapat usaha untuk menggagalkannya dari berbagai pihak.

    Mudah-mudahan semangat dan daya juang yang telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil itu, akan berterusan sehinggalah ianya dipenuhi oleh pihak kerajaan dan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

    Sesungguhnya demokrasi yang diamalkan di negara kita ini tidak akan memberikan sebarang makna sekiranya sistem pilihan rayanya pincang dan tempang.

    Saya turut merakamkan tahniah khas kepada Unit Amal Malaysia yang di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat kerana berjaya menjalankan tugas dengan penuh berani, amanah dan dedikasi.

    Dan hakikat ini bukan hanya diiktiraf oleh pihak PAS malah semua yang hadir termasuklah kebanyakkan laman-laman web bukan PAS yang turut mengiktiraf dan menghargai peranan Unit Amal Malaysia itu.

    Pimpinan dan seluruh ahli-ahli dan penyokong PAS berbangga dengan keberanian, amanah dan dedikasi pasukan Unit Amal yang bertugas pada hari tersebut khasnya di kawasan Masjid Jamek, yang telah sekaligus mengharumkan nama parti dikalangan orang-ramai termasuklah media antarabangsa yang membuat liputan.

    Ternyata pihak penganjur dengan bantuan Unit Amal Malaysia mampu untuk memastikan kelicinan dan ketenteraman mereka yang berhimpun secara aman pada hari tersebut, dan jika ianya berjalan tanpa gangguan sudah pasti tiada tangkapan atau penyuraian secara paksa perlu dilakukan.

    Syabas dan tahniah kepada semua pihak, dan semoga perjuangan murni kita ini akan beroleh kejayaan, insyallah.

    Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
    Presiden PAS

    12 Nov 2007

    10 Nov 07 - Sebuah catatan CHEDET
    chedet12 Nov 2007 1 Komentar

    9/11/07
    9.00mlm : Balik dari kerja, jalan dah start JEM. POLIS DAH START BUAT sekatan jalan raya
    10.00mlm: Sahabat Dari Manjung sekeluarga datang bertamu & tumpang tidur kat Rumah untuk Majlis Kuning.. ESOK. Malu jugak pada dia . sekeluarga sanggup datang tapi saya tak mampu nak ajak keluarga ke SANA.
    11.15 mlm: Hadir Mesyuarat Persiapan/ Taklimat Akhir majlis ESOK. Beberapa kenderaan sahabat dari Baling dah sampai bertamu di MARKAZ kawasan Wangsa MAJU.

    10 Nov 076.00pagi : Kuliah Subuh di Nurul Muttaqin oleh Dr Azhar Yaakub. Tajuk Demontrasi. Surau di limpahi para muasafir dari KELANTAN, TERENGGANU, PAHANG , PERAK & KEDAH
    10.00 Pagi:Solat hajat di Madrasah Ibtisamiah . Surau dan Markaz PAS telah dipenuhi ramai musafir- musafir BERSIH.
    10.30 pagi: Taklimat akhir kepada semua sahabat- sahabat jauh & dekat.
    11.00 pagi: Berbaris panjang untuk beli tiket kat LRT TERMINAL PUTRA.
    11.45 pagi: Sampai kat Stesen LRT Masjid Jamek. Hujan. Orang ramai melimpah sampai ke perkarangan HSBC Bank. Seluruh kawasan Sekitar dah jadi negara POLIS. Rasa macam datang ke perbarisan hari POLIS pulak. Lengkap 3 jenis perkhidmatan Tugas Am, FRU & Pasukan Gerak Am dengan armada kenderaan mereka yang GAH.
    12 tgh: Bergerak Ke Pasar Seni. Pasukan Unit Amal di halau oleh FRU. hujan masih renyai- renyai
    12.30: Bergerak Ke Masjid Negara melalui Dayabumi . Polis tak berapa meriah ikut jalan ni. Kat dalam terowong Pos Malaysia- Masjid Negara dipenuhi dengan warna kuning. Dr Badrul Amin segak terpacak di depan pagar FRU di pintu masuk Masjid Negara
    12:45: pagar Masjid Negara masih setia dikawal FRU.
    12:56tghari: Azan Zohor berkumandang.Orang ramai mula meminta polis membuka pintu pagar untuk ke dewan solat. Polis memberi laluan. Terima kasih.
    1.10 minit: Solat Zohor . Dewan solat dipenuhi lebih dari 10 Saf panjang. belum dicampur saf muslimat. Selesai solat Zohor. ucapan oleh dr Badrul Amin. Ucapan oleh Datuk Seri Tuan Guru haji Hadi yang segak berbaju melayu dan jaket kuningnya.DS TG Hj Hadi kemudiannya memimpin Solat Hajat. Jumlah saf dah bertambah dah lebih 20 saf panjang.
    2:00 petang: Ucapan para pimpinan Bersih di ruang tangga belakang sebelah kanan masjid. Hujan mula turun. Orang ramai tak berganjak
    2:15 petang: Gerombolan BERSIH dari SOGO mula kelihatan menghampiri Masjid Negara.Bercantum dengan BERSIH Masjid Negara . dianggarkan jumlahnya dah menjangkau 50 ribu orang.Perarakan terus melalui jalan Tun Sambathan dan ke Istana. Tahniah kepada tentera MERAH . Unit AMAL PAS. Cukup bersungguh mengawal hadirin & lalu lintas & menjaga keselamtan pimpinan.
    2.45 petang : mula berkumpul dihadapan Istana Negara. rapat dengan Benteng FRU dan kenderaan mereka. barisan BERSIH sudah memanjang lebih 400 meter kebelakang di kedua- dua arah Jalan ISTANA/ MAHAMERU.Ucapan pimpinan berlangsung dengan aman.Ucapan oleh Sdr Muhammad Sabu , ustaz Abu Bakar Chik ,Sdr Tian Chua, Sdr Sivarasiah, Datuk seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan beberapa aktivis NGO yang lain. Ribuan aktivis BERSIH manjaga kesopanan dengan penuh TERTIB diselang seli dengan laungan TAKBIR "ALLAH HU AKBAR" "DAULAT TUANKU" "HIDUP RAKYAT" "HIDUP BERSIH". Tanpa apa-apa provokasi dari pihak POLIS, perhimpunan ini berlangsung dengan cukup AMAN. dapat SMS dari sahabat-sahabat di MASJID JAMEK dah ditembak air kimia , gas pemedih mata dan dah ada tangkapan. Cukup berbeza sekali dengan suasana disini.Pihak polis juga dilihak cukup PROFESIONAL mengawal orang ramai. TAHNIAH.
    3.50 petang :MEMORANDOM dapat diserahkan kepada wakil ISTANA NEGARA. DS Anwar Ibrahim berucap. Pihak atasan Polis Kuala Lumpur mengarahkan perhimpunan bersurai.
    4:00 Bergerak meninggalkan perkarangan Istana dengan AMAN. TERIMA KASIH kepada pihak keselamatan yang cukup BERHEMAH mengawal BERSIH dihadapan ISTANA.
    4:15 petang: Berbaris panjang untuk beli tiket LRT di stesen SENTRAL. Ramai orang ramai yang mengadu tidak dapat bersama kerana dihalang untuk memasuki Kuala Lumpur. Dua buah perhentian LRT ditutup . Perhentian Pasar Seni dan Masjid Jamek. Lautan manusia yang tidak dapat bersama dalam perhimpunan AMAN tadi memenuhi ruang- ruang di stesen SENTRAL. Ada 2 pasangan dari GERMANY datang bertanya penulis bagaimana caranya untuk kembali ke stesyen Masjid jamek. Mereka telah terperangkap dalam asap pemedih mata dan turut basah disembur air kimia ketika di Masjid Jamek lebih sejam yang lalu. Khabarnya ada barang mereka yang tercicir. Penulis mengkhabarkan bahawa stesen LRT Masjid Jamek masih ditutup , lalu menunjukkan jalan untuk mereka ke sana. Sambil mempertikaikan tindakan POLIS DIRAJA MALAYSIA yang MESRA CEPAT DAN BETUL menyembur air kimia dan gas pemedih mata kepada orang ramai jauh terlihat di wajah mereka mengharapkan DEMOKRASI DIMALAYSIA AKAN LEBIH ADIL.
    5:30 petang : Sampai di rumah dengan SERATUS CATATAN SEJARAH SERIBU PENGHARAPAN SEJUTA PERJUANGAN .Kalaulah tidak dapat dikecapi hasil KEADILAN DEMOKRASI hari ini, Apa pulalah nasibnya untuk generasi anak cucu kita nanti. PERJUANGAN INI BUKAN HANYA UNTUK DIKECAPI OLEH GENERASI KINI SAHAJA. NENEK MOYANG KITA SUDAH MENINGGALKAN KESAN PERJUANGANNYA UNTUK KITA KECAPI HARI INI, KALAU BUKAN KITA MENCIPTA SEJARAH PERJUANGAN HARI INI APA MUSTAHIL ESOK LUSA ANAK CUCU AKAN KENCING DIATAS PUSARA NENEK MOYANGNYA YANG DAYUS.

    KESIANNYA ANAK MAIDIN TAK TAHU JAWAB SOALAN AL-JAZEERA
    chedet 0 Komentar

    MAKE THAT CHANGE
    chedet 0 Komentar

    Khairy 'beruk', menantu celah ketiak PM- Mat Sabu
    chedet 0 Komentar

    Azamin Amin | Foto Wan Zahari Salleh
    Sun | Nov 11, 07 | 1:46:14 am MYT
    KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh)- "Khairy berani cabar kita, sebab dia menantu 'beruk' yang duduk di celah ketiak Pak Lah," kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu yang membidas cacian Naib Ketua Pemuda Umno terhadap rakyat yang menyertai himpunan rakyat semalam.
    "Kalau bukan menantu Perdana Menteri, letak muka dia di Chow Kit pun tak laku," ucapnya dengan disambut sorakan dan ketawa oleh hadirin yang membanjiri, Taman Melewar semalam.

    Turut menyampaikan ceramah utama ialah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

    Turut hadir sama AJK Bersih Anuar Tahir, Setiausaha Agung KeADILan Tan Sri Khalid Ibrahim,Ronnie Liu (DAP) dan beberapa pimpinan politik yang lain.

    Mohamad Sabu menyelar tindakan Khairy yang tanpa segan silu walaupun tidak ada sebarang jawatan dalam kerajaan mengarahkan pihak polis menghalang himpunan 100,000 rakyat semalam yang kononnya bakal mencetuskan suasana kecoh.


    Katanya, terbukti dakwaan Khairy meleset dan rakyat telah menunaikan janji apabila melakukan himpunan secara aman, berdisiplin dan tidak merosakkan harta benda awam.

    "TV Singapura melaporkan bahawa himpunan rakyat tadi adalah yang terbesar di dalam sejarah negara oleh pihak pembangkang dan NGO.

    "Malah wartawan dalam dan luar negeri turut memuji kerana himpunan ini telah dianjurkan secara aman," katanya di sambut dengan laungan 'Takbir' oleh orang ramai.

    Katanya himpunan rakyat ini merupakan rentetan daripada punca Pilihan Raya 2004 yang buruk dalam sejarah Malaysia yang antaranya perpindahan pengundi dan persempadanan semula yang tidak adil yang berlaku di Selangor, Terengganu dan Kedah.

    "Kalau tidak ada perubahan, kita akan turun ke jalan raya 300,000 hingga 400,000 orang.

    "Duduk di Kuala Lumpur tiga hari tiga malam bukan lagi tiga jam macam hari ini!"cabarnya jika kerajaan pimpinan Abdullah tidak mengendahkan tuntutan Bersih. - mks.

    Memo Bersih : PM perkecil raja-raja
    chedet 0 Komentar

    Wan Nordin Wan Yaacob
    Mon | Nov 12, 07 | 10:40:17 am MYT
    KUALA LUMPUR, 12 Nov (Hrkh) - PAS membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan pembangkang mengheret raja-raja ke kancah politik dengan menyifatkan ianya sebagai usaha memperkecilkan pemikiran dan kedudukan raja-raja.


    Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar yang menghubungi Harakahdaily pagi tadi berkata, kenyataan Perdana Menteri itu memperlihatkan bahawa Umno kini berada dalam situasi tertekan setelah melihat himpunan rakyat pada sabtu lalu cukup berjaya.

    Beliau yang turut kesal dengan kenyataan Perdana Menteri itu menyatakan jika sebelum ini Perdana Menteri menggunakan media untuk mencabar rakyat berhimpun, kini memanipulasikan semula himpunan itu dengan menuduh pembangkang mempolitikkan raja-raja.

    Beliau mengulangi pendirian bahawa PAS dan pembangkang lain dalam Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) tidak pernah mempolitikkan raja-raja.

    Memorandum tuntutan Bersih kepada Yang di-Pertuan Agong Sabtu lalu adalah suara rakyat yang mana mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan perjalanan pilihan raya di negara ini.

    Sebagai institusi yang bertanggungjawab melantik SPR, raja-raja Melayu adalah tempat yang sesuai dan tepat bagi melahirkan suara rakyat terhadap memperbetulkan kepincangan yang ada.

    Sementara itu Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat turut menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung himpunan 100,000 rakyat anjuran Bersih.

    Menurut Kamarudin, kenyataan Najib bahawa Umno pun boleh mengadakan himpunan yang sama seperti pembangkang, memperlihatkan ketakutan yang amat sangat pemimpin nombor dua Umno itu terhadap himpunan yang diadakan oleh Bersih.

    Amat malang sekali setelah media-media pro Umno memperkecilkan himpunan anjuran Bersih dengan hanya menyatakan 4000 sahaja yang sertai himpunan itu, hari ini TPM pula menyatakan 10,000 yang menyertai.

    Kata Kamarudin, rakyat kini tidak boleh diperbodoh atau dicabar lagi, dan natijahnya sabtu lalu kemarahan rakyat dijelmakan dalam himpunan 100,000 rakyat di hadapan Istana Negara.

    Terdahulu Perdana Menteri menyifatkan tindakan pembangkang menyerahkan memorandum berhubung dengan beberapa tuntutan mengenai proses pilihan raya di Malaysia kepada Istana Negara sebagai cubaan mengheret institusi raja terutama Yang di-Pertuan Agong ke dalam kancah politik.

    "Bagaimanapun, saya percaya Yang di-Pertuan Agong lebih matang dan tidak terperangkap dengan taktik politik mereka (parti pembangkang)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konges ke-22 Parti Bersatu Sabah (PBS) pimpinan Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan di Hongkod Koisaan KDCA, semalam.

    "Tentu sekalilah. Apabila mereka bertindak begitu, mereka cuba mengheret raja dan Yang di-Pertuan Agong atau memerangkap (Yang di-Pertuan) Agong dalam politik mereka," kata Abdullah.

    Sabtu, seramai 10 wakil termasuk Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang; ; Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; dan beberapa pimpinan NGO menyerahkan memorandum itu kepada Istana Negara.

    Dianggarkan lebih 100,000 rakyat berhimpun di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah pihak polis bertindak menghalang himpunan dari pelbagai arah menuju ke himpunan besar di Istana Negara.

    Seramai lebih 40 peserta himpunan ditangkap dan dibebaskan pada hari yang sama.Polis telah menggunakan 'water cannon' dan gas pemedih mata untuk menghalang himpunan di Dataran Merdeka yang mahu meneruskan himpunan ke Istana Negara.

    9 Nov 2007

    Perhimpunan tetap di Dataran Merdeka
    chedet9 Nov 2007 0 Komentar

    November 9th, 2007 ·

    Menerima laporan daripada teman-teman yang solat Jumaat di Masjid Kg. Baru bahawa ada pihak-pihak yang mengedarkan handbill palsu bertujuan untuk mengelirukan rakyat. Dalam Handbill itu ada tertulis,

    “Perhimpunan 100 000 rakyat telah berpindah di Stadium Nasional Bukit Jalil”.

    Barangsiapa yang menerima handbill palsu yang menyerupai handbill yang dikeluarkan oleh BERSIH itu, jangan terperdaya.

    PERHIMPUNAN 100 000 RAKYAT ANJURAN BERSIH AKAN TETAP DIADAKAN DI DATARAN MERDEKA, 10 NOVEMBER 2007 PADA PUKUL 3 PETANG.

    Jumpa disana!!!

    7 Nov 2007

    Himpunan 10 Nov-2000 Unit Amal Berkawal, Peguam Bersedia
    chedet7 Nov 2007 0 Komentar

    Written by Herman Samsudeen
    Wednesday, 07 November 2007

    Himpunan Aman pada Sabtu 10 November di Dataran Merdeka anjuran BERSIH akan tetap diteruskan. Walaupun pihak penganjur menerima begitu banyak ancaman, namun tuntutan massa rakyat memberikan laluan untuk perhimpunan ini terus berjalan. Beberapa orang ahli jawatankuasa BERSIH telah dipanggil ke Bukit Aman pada 12 November ini.

    Khairi Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula telah mengarahkan pihak Polis membuat tangkapan terhadap pimpinan dan peserta Himpunan. Arahan ini adalah suatu yang biadap dan tidak rasional kerana himpunan ini adalah hak dan kebebasan rakyat. Rakyat berhak berada di mana sahaja mereka berada dan pemuda UMNO tidak berhak untuk menghalang perhimpunan ini.

    Ketakutkan semakin terserlah di wajah pimpinan UMNO kerana himpunan ini. Khairi yang pada mulanya mencadangkan untuk pemuda UMNO turun berdepan dengan Himpunan BERSIH ini akhirnya mengaku kalah dalam ucapan yang sama dan mengakui bahawa pemuda UMNO tidak mampu berhadapan dengan 100 ribu rakyat.

    Oleh itu, beliau tiada pilihan dan kemungkinan besar Polis akan dijadikan kuda tunggangan mereka bagi menghadapi peserta himpunan aman ini.

    Kepada pihak Polis, kami mengingatkan agar mereka tidak membiarkan diri mereka diperkudakan lagi. Ini adalah himpunan rakyat, dan pihak Polis juga dialu-alukan bagi menyertai rakyat dalam himpunan ini atas jiwa mereka sebagai rakyat yang prihatin terhadap masa depan negara ini.

    Diperingkat PAS pula, seramai 2000 orang petugas Unit Amal Malaysia yang beruniform dan tidak beruniform akan berkawal bagi memastikan tiadanya provokasi dan kekecohan yang boleh memburukkan imej perhimpunan ini. Kita datang dengan aman dan Unit Amal akan membantu kita.

    Jika ada kalangan peserta yang cuba melakukan provokasi seperti membawa bendera parti politik, melaungkan kata-kata yang kesat, membaling atau menggunakan apa-apa objek yang boleh membahayakan orang lain, mereka akan dikeluarkan dari perhimpunan ini serta merta atau diserahkan kepada pihak Polis jika perlu.

    Kita yakin, bahawa terdapatnya konspirasi terancang bagi mensabotaj himpunan ini dan kita juga telah bersiap sedia bagi menghadapi perhimpunan ini.

    Kepada peserta perhimpunan yang masih ragu lagi, pihak penganjur juga telah menyediakan barisan peguam yang cekap untuk menjamin dan membela anda sekiranya ditangkap. Para peguam ini akan membantu dan membela hak anda sesuai dengan peruntukan Perlembagaan. Oleh itu tiada sebab untuk kita tidak hadir dan tunduk pada ancaman yang kini semakin tersebar luas.

    Pastikan anda hadir dengan aman dan segalanya akan berjalan secara aman!

    Masjid Islam Hadhari ,, APA KOMEN ANDA?
    chedet 0 Komentar

    Masjid Islam Hadhari sedia warung teh tarik
    Oleh MARZUKI YUSOFF

    JERTIH 10 April 2005- Sebuah masjid baru berkonsepkan Islam Hadhari yang pertama di negara ini akan dibina di bandar ini yang antara lain menyediakan kemudahan warung teh tarik, kedai runcit, perpustakaan dan pusat tuisyen.

    Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, masjid yang mungkin dinamakan Masjid Hadhari dan menelan kos kira-kira RM8 juta itu akan turut dilengkapi dengan sebuah dewan, pusat sumber atau teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemudahan penginapan dengan kadar sewaan rendah bagi musafir.
    Selain pembinaan masjid Islam Hadhari di bandar ini, beliau juga mengumumkan cadangan kerajaan negeri membina 20 lagi masjid baru di seluruh negeri dalam usaha menjadikan Terengganu sebagai pusat Tamadun Islam unggul di negara ini.

    ``Oleh kerana kos untuk membina masjid berkonsep komuniti ini terlalu besar, maka, kita akan mulakan Masjid Islam Hadhari yang pertama di bandar Jertih yang akan dibina tidak lama lagi.

    ``Masjid itu bukan saja indah dari segi bentuk bangunannya yang menggabungkan seni bina Islam unggul Cordova dan Al-Hambhra, tetapi ia lengkap plbagai kemudahan yang menjadikan fungsi masjid itu berbagai dan bukan setakat tempat beribadat semata-mata, '' katanya.

    Idris mengumumkan pembinaan masjid baru itu ketika berucap merasmikan pembukaan cawangan pajak gadai Islam, Muassasah Ar-Rahnu Maidam-KPAT di sini semalam.
    Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari Negeri, Wan Mohamad Wan Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Alwi Muhammad.

    Mengenai kemudahan pusat tuisyen, Idris memberitahu, dengan adanya kemudahan itu, ibu bapa berpeluang menyertai program-program keagamaan di masjid manakala anak-anak mereka pula pada masa yang sama dapat mengikuti tuisyen.

    ``Apabila program agama sudah selesai, ibu bapa dapat minum teh tarik di warung yang disediakan sementara menunggu anak-anak mereka habis kelas tuisyen di masjid.
    ``Jika ibu bapa teringat nak beli barangan setelah selesai solat dan kedai tutup, mereka tidak perlu keluar jauh-jauh kerana mereka boleh mendapatkan barangan itu di kedai runcit dalam Masjid Hadhari yang turut dilengkapi mesin fotostat, alat tulis dan sebagainya,' ' katanya

    6 Nov 2007

    Peta perhimpunan BERSIH
    chedet6 Nov 2007 0 Komentar

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Bagi memudahkan rakyat menyertai Himpunan Aman 100 ribu anjuran BERSIH, dilampirkan peta lokasi dan pengangkutan awam ke Dataran Merdeka.


    Para peserta digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti, Bas, LRT Star, LRT Putra dan komuter. Berdasarkan maklumat yang diterima, jumlah penyertaan dari seluruh negara pada masa ini telah melebihi 100 ribu. Oleh itu pengangkutan awam amatlah sesuai pada hari berkenaan dan segala kenderaan dari luar bolehlah di letakkan di stesen-stesen pengangkutan awam dipinggir Kuala Lumpur.

    Para peserta Perhimpunan yang masuk ke Kuala Lumpur sebelum pukul 3 petang, boleh berkumpul di tempat-tempat berikut;

    1. Kompleks SOGO : Berhenti di Stesen Bas Sogo @ Stesen Komuter Bank Negara @ Stesen LRT STAR Bandaraya

    2. Masjid Jamek KL : Berhenti di Stesen Bas Masjid Jamek @ LRT STAR @ PUTRA Masjid Jamek

    3. Masjid Negara : Berhenti di Stesen Komuter @ Stesen Kereta api Kuala Lumpur

    4. Pasar Seni : Berhenti Stesen Bas Bangkok Bank @ LRT Putra Pasar Seni

    Disetiap tempat ini akan ada pmpinan dan sekretariat BERSIH yang akan menunggu. Pada pukul 3 petang semua akan berkumpl di Dataran Merdeka.

    Para peserta dinasihatkan untuk membawa sedikit makanan dan minuman beserta anggota keluarga kerana Perhimpunan Aman ini juga adalah untuk semua. Kita datang dengan aman dan kita berkelah beramai-ramai di Dataran sambil mendengar amanat pimpinan BERSIH sebelum berarak ke Istana Negara.

    Bagi peserta muslim, dinasihatkan untuk bersolat Zohor lebih awal atau melakukan Solat Jamak bagi mereka yang datang dari luar Kuala Lumpur

    Bukti demonstrasi juga adalah budaya UMNO
    chedet 0 Komentar



    Written by Herman Samsudeen
    Tuesday, 06 November 2007
    Kempen 'Demontrasi Bukan Budaya Kita' yang disiarkan oleh RTM atas arahan Zainuddin Maidin (ZAM) selepas tragedi Batu Burok merupakan satu penipuan besar Kerajaan Barisan Nasional.

    Rakyat Malaysia telah lama bangkit melalui jalanan. Dan perhimpunan aman anjuran BERSIH pada 10 November ini adalah kesinambungan perjuangan rakyat yang tidak puas hati dengan cara tadbir demokrasi negara ini.


    Demontrasi adalah budaya rakyat negara ini. Pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu dan kini juga sering mengunakan demontrasi sebagai alat politik mereka. Malah sejak zaman kolonial lagi, demontrasi yang diadakan tidak menggunakan sebarang permit.
    Kepada semua rakyat Malaysia, tiada sebab untuk kita tidak boleh hadir di Dataran Merdeka pada pukul 3 petang, 10 November ini.
    Ayuh! kuningkan Kuala Lumpur, Kembalikan Demokrasi yang telus dan adil! Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    BERSIH tidak kotor.
    chedet 0 Komentar

    Bismillahirrahmanir rahim.. Assalamualaikum wbt...

    Sekalipun BERSIH meminta jari tangan ditanda dakwat hitam. Hitam itu bukan bermakna kotor. Tapi memberi makna ketelusan. Ketelusan itulah tandanya bersih. Bersih bilamana tiada penipuan, tiada penyelewengan dan tiada lagi yang mengundi dua kali. BERSIH tidak kotor!

    BERSIH tidak kotor. Sekalipun meminta menghapuskan undi pos. Menghapuskan bukan bermakna membunuh atau berlaku jahat, tetapi menghapuskan sistem yang kotor dan jahat. Sistem yang berat sebelah. Bukan sedikit yang berat sebelahnya, tetapi semuanya. Memang berat sebelah. Makanya, BERSIH menghapuskan undi pos bagi membersihkan undi yang berat sebelah. BERSIH tidak kotor!

    BERSIH tidak kotor. Sebab itu BERSIH minta dibersihkan daftar pemilih. Buang sahaja nama-nama mereka yang sudah membusuk menjadi mayat. Buang juga nama-nama pendatang asing yang diberikan kad pengenalan palsu. Bersihkan juga pengundi hantu yang munculnya entah dari mana. Pembersihan inilah yang BERSIH mahukan. Sebab itu BERSIH itu tidak kotor.

    BERSIH tidak kotor. Meminta akses kepada media yang sama rata dan adil bukan bermakna BERSIH pengotor. Media patut tidak dikotorkan peranan mereka dalam menjelaskan isu sebenar kepada masyarakat. Kotornya media bilamana mengikut jari telunjuk yang kotor. Kotornya media apabila menjadi pihak yang berat sebelah. Di sinilah bersihnya tuntutan BERSIH.

    BERSIH mahu berhimpun dengan keadaan AMAN dan bersih. Melihat kepada empat tuntutan BERSIH itu, tiada niat BERSIH untuk mengotorkan negara dengan kekacauan. Berhimpun secara AMAN dan tenteram.

    Pergerakan jika dikawal dan mendapat kebenaran akan menjadi lebih TENANG dan menyenangkan. Arahan akan dipatuhi, kerjasama akan membuahkan toleransi. Bukan mahu kecoh-kecoh, apatah lagi mahu gaduh. Usah mulakan provokasi, kerana dalam ramai-ramai itu terselit juga yang berani. BERSIH akan membuktikan yang BERSIH adalah bersih. BERSIH tidak kotor.

    Ayuh! Mari bersama BERSIH. Berhimpun bagi membersihkan Pilihanraya supaya bersih dan adil. Menuntut keadilan dan hak bagi setiap warganegara. Tidak guna jika terus berpilihanraya, tetapi keputusan sudah di tangan mereka. Ini bukan membangkang namanya. Tetapi berjuang menuntut hak yang sepatutnya ada. Memang hak kita. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk kita, generasi kita dan akan datang. Masih untuk negara. Yakinlah kita tetap patriotik. Dan yakinlah BERSIH tidak kotor!

    Jadi, kenapa perlu takut untuk bersama BERSIH?



    NOTA: Catatan ini dicatat 4 hari dan 18 jam sebelum tibanya detik 3 petang 10 Nov.

    ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~
    http://amdang81. blogspot. com
    ~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~

    Tangkap provocateur dan penjahat berlesen yang buat kacau di Dataran Merdeka
    chedet 0 Komentar

    Oleh ramlisdar

    "Sudah sampai masa BA lebeh proactive. Jangan tunggu sampai provocateur buat kacau. Perlu nya ada squad BA. Yang kerja nya tangkap provocateur, yang baling batu, bakar bendera, tendang kereta orang, atau baling molotov *****tail, pukul orang, pecah kereta orang. Sebab perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. JADI TANGKAP PROVOCATEUR DAN PENJAHAT2 INI. Termasok penjahat2 yang berlesen dan "legal" atas dasar menjalankan tugas rasmi.

    Sudah sampai masa BA lebeh proactive. Jangan tunggu sampai provocateur buat kacau. Perlu nya ada squad BA. Yang kerja nya tangkap provocateur, yang baling batu, bakar bendera, tendang kereta orang, atau baling molotov *****tail, pukul orang, pecah kereta orang. Sebab perhimpunan ini adalah perhimpunan aman. JADI TANGKAP PROVOCATEUR DAN PENJAHAT2 INI. Termasok penjahat2 yang berlesen dan "legal" atas dasar menjalankan tugas rasmi.

    Sudah sampai masa nya kita menyatakan pendirian kita yang kita tidak menerima kekerasan dan kekacauan. Jadi adalah penting kita pastikan yang kita pantau dan make sure provocateur dan penjahat2 berlesen tak di beri peluang membuat kacau dan kehancuran di hari Rakyat berkumpul di Dataran Meredeka pada 10hb November 2007 ini.

    Adalah tanggong jawab organiser untok memikirkan akan hal ini, agar perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa kacau bilau.


    Note: Beg galas, lilitan di tangan dll walaupun pakai baju kuning! - SP

    5 Nov 2007

    Himpunan 10 Nov: Apa yang perlu anda lakukan bila ditahan polis? (Siri III)
    chedet5 Nov 2007 0 Komentar

    Saari Sungib
    Mon | Nov 05, 07 | 8:04:44 am MYT
    Jika saudara ditangkap dan dibawa ke balai polis, laksanakan perkara-perkara berikut:
    * Jika saudara digari sepanjang perjalanan ke balai, minta polis membuka gari sebaik sahaja saudara sampai di balai polis. Bahkan saudara mesti meminta polis membuka gari sebaik sahaja saudara dimasukkan ke dalam truk polis untuk dibawa ke balai.

    * Ketika berada di balai polis, gunakan telefon bimbit saudara untuk memberitahu isteri, anak, ahli keluarga, rakan atau peguam di balai mana saudara ditahan, pukul berapa saudara sampai ke balai tersebut, nama pegawai polis yang bertanggungjawab menahan saudara dan maklumat lain yang boleh membantu saudara dibebaskan segera.

    * Jika telefon bimbit saudara dirampas, minta senarai barang rampasan daripada pegawai polis yang bertugas.

    * Jika pihak polis enggan menyerahkan senarai barang rampasan, hafal nama, nombor dan muka pegawai-pegawai polis yang berada di balai tersebut.

    * Jika saudara tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit saudara, minta pegawai polis menelefon isteri, sahabat atau peguam saudara dengan menggunakan telefon bimbit mereka atau telefon balai bagi memberitahu isteri, sahabat atau peguam butiran-butiran di atas.

    * Jika pihak polis enggan membuat panggilan telefon yang saudara pohon, hafal nama, nombor dan muka pegawai-pegawai polis yang berada di balai tersebut.

    * Jika saudara dibawa oleh polis ke sebuah bilik untuk merakamkan kenyataan di bawah Seksyen 113, pegawai polis yang bertugas perlu membacakan kepada saudara kenyataan seperti berikut: "Adalah menjadi kewajipan saya memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu katakan samada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh dijadikan sebagai keterangan"

    * Minta sehelai kertas dan pen daripada pegawai polis tersebut untuk mencatatkan percakapan saudara dengan beliau.

    * Saudara tidak perlu memberi sebarang jawapan kepada mana-mana soalan polis di bawah Seksyen 113 tersebut. Ingat, perkara ini amat penting!

    Sebagai contoh untuk saudara semua sekiranya ditahan di lokap polis, saya perturunkan soal jawab antara saya dengan K/ASP Nasmizarizal ketika saya ditahan di Balai Polis Subang Jaya. Saya ditangkap semasa demo membantah kenaikan harga tol di pusat membeli belah The Summit USJ pada Ahad, 18 Mac 2007.

    Pegawai penyiasat atau IO adalah K/ASP Erny Yusnida dan pegawai perakam adalah K/ASP Nasmizarizal. Saya dihadapkan ke hadapan pegawai perakam oleh Konstabel 153750. (Semua butiran ini saya ingat kerana saya membuat catatan di atas kertas yang saya minta daripada K/ASP Nasmizarizal)

    Rekod keterangan saya di bawah Seksyen 113 adalah seperti berikut:

    S: Adakah kamu faham percakapan beramaran yang telah dibacakan dan diterangkan kepada kamu tadi?

    J: Saya tiada jawapan

    S: Adakah kamu hendak bertanya apa-apa mengenai kata-kata amaran yang dibacakan tadi?

    J: Saya tiada jawapan

    S: Adakah sesiapa yang mengugut, mendorong atau menjanjikan apa-apa untuk kamu memberikan percakapan ini?

    J: Tiada jawapan

    S: Adakah kamu memberi percakapan ini secara sukarela?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Adakah kamu telah ditangkap oleh polis?

    J:Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Apa yang ingin kamu beritahu kepada saya kenapa kamu ditangkap oleh pihak polis?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Pada jam berapakah kamu ditangkap?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Di manakah kamu sewaktu kamu ditangkap?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Apakah yang kamu lakukan sehingga kamu ditangkap polis?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Adakah pihak kamu terlibat di dalam demonstrasi membantah kenaikan harga tol di Hotel Sumiit USJ pada petang hari ini?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Adakah kamu tahu siapa penganjur demonstrasi membantah kenaikan harga tol di Hotel Summit USJ pada petang hari ini?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Adakah kamu tahu siapakah lagi yang telah ditangkap bersama kamu?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Adakah kamu berada di sekitar Hotel Summit pada petang hari ini?

    J: Saya tidak mahu menjawab apa-apa

    S: Adakah kamu mahu ceritakan apa-apa kepada saya sekarang?

    J: Saya tiada komen

    S: Adakah apa-apa yang kamu hendak ubah, tambah atau pinda dalam percakapan kamu ini?

    J: Tiada komen

    S: Adakah kamu bercakap benar?

    J: Tiada komen

    Ingat, jangan cepat termakan budi! Jika sesampai sahaja saudara ke balai polis, saudara dijamu dengan teh tarik dan nasi bungkus oleh polis dan kemudian disoal secara manis dan berbahasa oleh polis, itu tidak boleh menjadi sebab bagi saudara untuk 'membalas budi' mereka dengan menjawab semua soalan di bawah Seksyen 113 secara lengkap.

    Jawab saja: "Saya tiada jawapan..atau saya tidak mahu jawab". Jangan takut!

    2 Nov 2007

    Menjelang perhimpunan Umno, Khairy perlu jawab 10 isu
    chedet2 Nov 2007 0 Komentar

    Murtadza Ibrahim
    Fri | Nov 02, 07 | 2:23:08 pm MYT
    Baru-baru ini dalam Berita Harian (31 Oktober 2007) Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dipetik sebagai berkata dia sedia menerima sebarang kritikan terhadapnya secara terbuka terutama status sebagai menantu Perdana Menteri yang dipandang serong ramai pihak.

    Dia berkata, ketika menyertai politik lebih tujuh tahun lalu dia sudah bersedia untuk segala kritikan yang dianggapnya sebagai asam garam politik.

    “Apabila saya memilih bidang ini (politik) saya harus menerima dan sedia untuk segalanya. Saya bukan jenis orang yang hanya melakukan sesuatu dengan cukup syarat. Kalau itu yang saya lakukan tiada guna saya berada dalam politik.

    “Rakyat akan menjadi HAKIM kepada kepemimpinan kita. Mereka boleh tidak mengundi kita pada pilihan raya jika merasa kita tidak melakukan tanggungjawab dengan baik,” tambah beliau dalam Majlis Cempaka Annual Leadership Night 2007 di Sekolah Sri Cempaka Cheras.

    Bekas pelajar Oxford ini dipetik sebagai berkata, sebagai pemimpin tidak semua keputusan diambilnya difahami orang ramai sehingga menjadi sasaran kritikan.

    Khairy tidak salah berkata demikian di dalam politik Umno dan politik Malaysia. Tiada undang-undang yang tidak membenarkan menantu, anak mahupun saudara mara berada di dalam politik. Bukan sahaja undang-undang Malaysia tetapi juga undang-undang di negara-negara luar juga juga tidak termaktub keluarga dilarang menyertai politik.

    Tetapi Khairy tersilap apabila berkata sebagai pemimpin semua keputusan diambilnya tidak difahami orang ramai sehingga menjadi sasaran kritikan. Melainkan umat yang kurang berpendidikan atau di bawah sedar, semua faham mengenai pemimpin. Majoriti pemimpin tertinggi dunia faham tiada anak atau menantu yang menjadi ahli politik semasa mereka berkuasa. Anak dan menantu akan menjadi ahli politik sepenuh masa apabila ayah atau ibu mereka berhenti mahupun dipecat.

    Yang paling hampir, semasa era Tun Dr Mahathir Muhamad, beliau tidak membenarkan anaknya Dato Mokhzani aktif di dalam politik walaupun sebagai Bendahari Pergerakan Pemuda Umno. Dr Mahathir dan pemimpin tertinggi Umno yang cerdik begitu faham dengan peranan 'kuasa' seandainya anak atau menantunya terbabit dalam politik Umno. Anak dan menantu yang mahu berniaga tidak memberi impak besar kepada pemimpin tertinggi mahupun rakyat tetapi peranan 'kuasa' bukan sahaja boleh menghancurkan pemimpin terbabit bahkan parti yang didokonginya.

    Oleh kerana Khairy sememangya bersedia untuk mendengarkan kritikan secara terbuka, dia perlu terlebih dahulu menjawab 10 perkara sebelum diajukan 10 perkara yang lain. 10 perkara tersebut adalah:

    * Apakah kemenangan beliau tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda Umno pada tahun 2004 adalah kerana kekuatan, kewibawaan dan populariti peribadi sendiri tanpa dikenali sebagai menantu Presiden Umno?

    * Apakah benar beliau tidak terbabit menjatuhkan Dato Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu yang dimenangi oleh Hj Mohd Ros @ Zulkifli Ahmad.

    * Apakah sebab dengan kedudukan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno dan menantu kepada Presiden Umno, beliau tergesa-gesa menghantar pasport antarabangsa Dato Seri Anwar di kediaman Dato Seri Anwar di Bukit Damansara? Apakah Presiden Umno ini tidak mengetahui langsung sedangkan bekas Timbalan Presiden Umno ini akan memegang jawatan Penasihat KeADILan? Bagaimanakah perasaan Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien serta ahli Umno yang lainnya?

    * Semasa Dr Mahathir menyebut mengenai penjualan MV Augusta dengan harga satu euro sahaja, hanya Khairy sahaja yang menjawab secara 'detail' semasa merasmikan Persidangan Pergerakan Pemuda Umno bahagian-bahagian pada tahun 2006 lalu. Dia hanya Naib Ketua Pemuda dan bukannya mempunyai jawatan dalam kerajaan mahupun kabinet. Kenapa bapa mentuanya tidak menjawab ketika itu?

    * Apakah benar beliau tidak pernah terbabit di dalam Khazanah Holding semasa saorang individu dari negara India (kini sudah tiada) dalam meluluskan beberapa projek di luar negara? Pernahkah beliau mengarahkan segala minit mesyuarat tidak perlu dihantar kepada Dato Shahrir Samad selaku Pengerusi PAC di dalam beberapa projek di Khazanah Holding?

    * Apakah benarkah beliau tidak pernah terbabit untuk menukarkan dua orang pegawai polis di KLIA dalam tempoh 24 jam kerana memeriksa pasport antarabangsanya mengambil masa yang lama? Benarkah dua orang pegawai polis terbabit kini bertugas di sekitar negeri Selangor?

    * Apakah benar beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana Menteri Besar atau Menteri Kabinet supaya memberikan projek kepada kroni beliau? Begitu juga ibu beliau tidak terbabit?

    * Apakah dengan pengaruhnya sekadar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, TV3 boleh menyiarkan program realiti My Team secara live pada Mei 2006 dan Oktober 2007 sedangkan untuk menyiarkan perlawanan yang membabitkan negara begitu sukar sekali?

    * Apakah benar dengan pengaruhnya sekadar Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, begitu kerap akhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan berita beliau walaupun ia tidak mempunyai nilai berita (news value)?

    * Apakah pekerjaan beliau sekarang sebaik sahaja melepaskan jawatan Ahli Lembaga Pengarah ECM-Libra? Adakah Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno mempunyai gaji yang begitu lumayan sehingga beliau boleh bergerak merata tempat dan kononnya mempunyai beberapa orang pegawai peribadi? Kenapa kes ECM-Libra masih belum diumumkan siasatannya jika mempunyai isu yang `mencurigakan’?

    Ini adalah 10 perkara yang perlu Khairy jawab sebelum 10 perkara lain akan ditimbulkan untuk mengelakkan kewibawaan dan kehebatan beliau tercalar; bukan disebabkan sebagai menantu kepada Perdana Menteri dan tidak pernah menggunakan pengaruh kuasa dalam situasi tersebut.

    Khairy boleh menjawab dia bersedia dengan segala kritikan terhadap dirinya secara terbuka dan begitu juga dengan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang pernah menyebut dia bersedia mendengar kritikan walaupun pahit.

    Masyarakat umum sudah mengetahui dengan sikap pemimpin dan ahli Umno terutamanya semasa berlangsungnya Persidangan Agung Umno 2007 yang bermula pada 5 November depan. Tetapi masyarakat umum akan menjawab kenyataan menantu Abdullah Ahmad Badawi yang menyebut Rakyat Akan Menjadi HAKIM kepada kepimpinan kita. Mereka BOLEH TIDAK MENGUNDI jika merasa kita tidak lakukan tanggungjawab dengan baik.

    Khairy tidak perlu risau jika dia menjadi calon BN, Ahli Parlimen mahupun Adun di Negeri Sembilan. Tetapi Khairy perlu berhati-hati dan 'sedikit risau' dengan kedudukan bapa mentuanya selaku Pengerusi BN dan Presiden Umno terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

    Apakah rakyat kita masih menerima dengan kedudukan BN yang menang besar tetapi menghadapi kenaikkan harga gas dan taraf hidup berbanding dengan kedudukan wujudnya pembangkang yang kuat? Tepuk dada tanya selera. Mungkin Khairy yang sedang 'berselera' sekarang!
    ................................................................................................

    SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

    AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
    KAWASAN WANGSA MAJU
    No. Account : 564557122098
    Bank : Maybank
    Branch : Wangsa Maju

    ................................................................................................

    Disclaimer

    Disclaimer/ Penafian

    The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

    Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.