31 Okt 2007

Pengajaran drp Badar al-kubra
chedet31 Okt 2007 0 Komentar

Surah Al-Anfal 60 - 66:

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. (60)

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61)

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan
pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62)

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak
dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(63)

Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (64)

Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang yang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus orang (dari pihak musuh yang kafir itu) dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. (65)

Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Dia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara
kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah dan (ingatlah) Allah berserta orang-orang yang sabar. (66)

29 Okt 2007

JAMUAN AIDILFITRI DPPWM
chedet29 Okt 2007 0 Komentar


Seluruh lapisan masyarakat dijemput untuk menghadiri majlis Jamuan Aidilfitri DPPWM yang akan di adakan seperti berikut:-

Tarikh: 23 Syawal 1428 H bersamaan 4 Nov 2007
Tempat: Surau Muhibbah ( hadapan JPJ ) Jln Genting Kelang Setapak KL
Masa: 10 pagi - 12 tengahari

mungkin industri kapal pun ada ali baba di malaya ni
chedet 0 Komentar

MISC unit aims to lead in LNG tanker repair market
By ZAZALI MUSA and
PASIR GUDANG: Malaysia Marine & Heavy Engineering Sdn Bhd (MMHE), a subsidiary of MISC Bhd, wants to emerge as one of the leading players in the liquefied natural gas (LNG) tanker and dry-docking repair market.
MISC chairman Tan Sri Mohd Hassan Marican said MMHE was currently one of the few shipyards in this region with the facilities and skills for the specialised field of work.
“It is well positioned to secure a larger portion of the repair works which were previously dominated by Japanese and South Korean shipyards,” he said at the naming ceremony of MISC’s 25th LNG tanker, called Seri Ayu, by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yesterday.
Among those present at the event were Johor Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, MISC president and chief executive officer Datuk Shamsul Azhar Abbas and MMHE managing director and chief executive officer Wan Yusoff Wan Hamat.
He said in the financial year ended March 31, 2007 (FY07), the shipyard had performed 10 LNG tanker repairs and dry-docking activities.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi with (from left) Datuk Abdul Ghani Othman, Tan Sri Mohd Hassan Marican and Wan Yusoff Wan Hamat
Scheduled to repair a total of 13 tankers in FY08, it has so far undertaken nine jobs.
“MMHE is capable in this specialised field and, hopefully, more shipowners will consider using the shipyard for their future LNG tanker repairs and dry-docking,” Hassan said.
**********************************************
Oleh Dr Faisal Dppwm

tuan-tuan,
perhatikan artikel di atas ini.
Langsung ia tidak menyatakan kapal itu milik siapa sebenarnya, tapi hanya mengaitkan sebagai tanker MISC. sedarkah anda bahawa pada lori minyak petronas dan shell tidak lagi tercatat nama syarikat minyak itu sebagai pemegang permit. semuanya di sewa.

sudah pasti begitulah ceritanya dengan kapal tanker, dalam konteks malaysia.

ingatkah lagi anda mengenai berita tabung industri maritim negara sebanyak beratus-ratus juta telah lesap dan hutang tidak dibayar ? di sinilah tersurat rahsianya. dah sudah tentu usahawan global seperti Badiulazmi Razali bukan dari kalangan yang berjaya mendapat pinjaman itu......... ......... .....

saya ada mengenali seorang "pengusaha kapal". dulunya ada enam biji. ini bukan bot ikan, atau feri mersing punya cerita. ini cerita "tanker chartering" punya hal......... .

dan tidak mustahil sekarang pihak atasan sedang menggubal konsep sapubersih bagi penyediaan pesawat untuk MAS pula........ .........

kita ini, bas sekolah pun tak mampu beli........ ......

26 Okt 2007

Dapatkan t-shirt Bersih, kuningkan seluruh KL, 10 November ini
chedet26 Okt 2007 0 Komentar

Thu | Oct 25, 07 | 3:15:12 pm MYT
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Hrkh) - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk 'menenggelamkan' bandaraya Kuala Lumpur dengan warna kuning 10 November ini.

Jurucakap Bersih, Mohd Anuar Tahir berkata, untuk tujuan itu pihaknya mula menjual t-shirt bewarna kuning dengan lambang kempen Bersih kepada orang ramai yang ini menyertai perhimpunan terbesar itu.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Katanya, Bersih sudahpun bersedia untuk mengembleng rakyat dari seluruh negara untuk membanjiri Dataran Merdeka mulai jam 3 petang dan selepas itu berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Sehubungan itu katanya, sesiapa yang berminat untuk mendapatkan t-shirt berkenaan boleh menghubungi petugasnya, Abdul Halim ditalian 019-2111572 atau layari www.bersih.org untuk keterangan lanjut.

"Kita akan membuka gerai jualan di Taman Melewar, sempena Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat, 28 Oktober ini," jelas beliau.

Menurut Anuar, sebagai permulaan kepada kempen tersebut, Bersih mengalakkan rakyat Malaysia yang prihatin supaya memulakan kempen dengan berpakaian kuning.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Katanya, kuning adalah warna yang diiktiraf antarabangsa sebagai lambang protes terhadap langkah yang tidak demokratik diambil sesebuah kerajaan.

Warna kuning juga katanya, adalah warna perjuangan kebebasan media.

"Oleh itu saya menyeru rakyat Malaysia untuk mula berpakaian kuning, mereka boleh juga memakai riben, tali leher, tudung, 'head band' atau 'arm band' dalam aktiviti harian mereka," serunya. - mr

25 Okt 2007

Bulan Penerangan PAS Negeri Selangor
chedet25 Okt 2007 0 Komentar

Jelajah Ceramah Seluruh Negeri Selangor

SHAH ALAM 25 Oktober 2007 - PAS Negeri Selangor melancarkan Bulan Penerangan Negeri Selangor bermula pada 24 Oktober 2007 sehingga 26 November 2007, dengan mengadakan siri jelajah ceramah seluruh negeri Selangor bermula pada majlis perasmian yang diadakan pada 24 Oktober 2007 yang lalu.
Majlis perasmian Bulan Penerangan PAS Negeri Selangor ini telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Dato’ Dr Hasan Ali, pada 24 Oktober yang lalu di Hulu Selangor. Program ini merupakan diantara persediaan yang dibuat oleh PAS Negeri Selangor untuk mengahdapi Pilihanraya Umum ke 12 yang akan datang.
Program Bulan Penerangan Negeri Selangor ini meliputi Road-show ceramah isu-isu semasa di seluruh Negeri Selangor,Road-show khas ceramah wanita-muslimat di kawasan-kawasan di negeri Selangor serta kempen tandatangan “Selamatkan Malaysia” yang akan digerakkan di semua kawasan di Negeri Selangor ini.
Program yang dianjurkan dengan kerjasama Lajnah Penerangan Badan Perhubungan, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor ini akan mensasarkan semua kawasan di Negeri Selangor untuk siri jelajah ceramah yang melibatkan kepimpinan PAS di peringkat pusat dan negeri Selangor.
Siri jelajah Ceramah umum seluruh negeri Selangor yang bermula 9.00 malam ini dijadualkan seperti berikut :

24/10/2007 – Hulu Selangor : Dato Dr Hasan Ali, Ust Solehin Mukhyi, YB Salahuddin Ayub
30/10/2007 - Sungai Besar : Ir Khalid Samad, Ust Kamal Ashaari, Ust Abdul Ghani Shamsuddin
03/11/2007 - Tanjong Karang : Ust Dr Othman Sabran, Khairudin Othman, YB Amirudin Hamzah
04/11/2007 - Kuala Selangor : Iskandar Abdul Samad, Sani Hamzan, YB Zaki Ibrahim
05/11/2007 - Selayang : Ust Mohd Zin Abd Rahman, Ust Solehin Mukhyi, Mohamad Sabu
05/11/2007 – Puchong : Ustzh Wan Hasrina Wan Hasan, Ust Kamal Ashaari, Hj Mahfuz Omar
05/11/2007 - Bangi :Ust Dr Othman Sabran, Sdr Jamzuri Ardani, Ust Mujahid Yusuf Rawa
06/11/2007 - Paya Jaras : Dr Hasan Mohd Ali, Sani Hamzan, Mohamad Sabu
06/11/2007 - Shah Alam : Ir Khalid Samad, Khairudin Othman, Mohamad Sabu
09/11/2007 - Puchong : Ustzh Zahrawani Ismail , Ust Hasbullah Ridzwan, Mazlan Aliman
12/11/2007 - Sabak Bernam : Saari Sungib, Jamzuri Ardani, Dr Hatta Ramli.
15/11/2007 - Kuala Langat: Dr Halimah Mohd Ali, Ust Solehin Mukhyi, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
17/11/2007 – Sepang : Ust Mohd Zin Abd Rahman, Ust Kamal Ashaari, Dr Hasan Mohd Ali.
18/11/2007 – Klang : Iskandar Abdul Samad, Ust Solehin Mukhyi, Dr Hasan Mohd Ali.
20/11/2007 – Gombak : Ust Dr Othman Sabran, Ust Najmi Abd Karim, YB Salahudin Ayub, Dr Hatta Ramli
21/11/2007 - Shah Alam : Ir Khalid Samad, Ust Najmi Abd Karim, Ust Idris Ahmad
23/11/2007 - Kapar : Uszth Wan Hasrina Wan Hasan, Ust Solehin Mukhyi, Ezam Mohd Noor
26/11/2007 - Kota Raja : Dr Hasan Mohd Ali, Ust Solehin Mukhyi, Hj Mahfuz Omar
Sehubungan itu, PAS Negeri Selangor menjemput seluruh rakyat di negeri Selangor untuk sama sama hadir ke siri jelajah ceramah ini Bulan Penerangan PAS Negeri Selangor ini.
Segala pertanyaan berkenaan aktiviti dan maklumat Bulan Penerangan PAS Negeri Selangor boleh hubungi sekretariat di talian 03- 55134180 (Shahrul).


Fil Islam,
Sani Hamzan,
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

23 Okt 2007

Kepada pengundi-pengundi Be End: Saper mahu jawab
chedet23 Okt 2007 0 Komentar

http://www.husammusa.com/modules/news/article.php?storyid=258

Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) menjadi bualan umum baru-baru ini dan mendapat perhatian media. Namun ada isu lebih besar, membabitkan lebih banyak wang rakyat, dan salah lakunya lebih menjolok mata.



Ramai terpegun bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital (Kodak, DC4800, 3.1 Megapixel) melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik (3 saiz 8 inci, 6 inci dan 4 inci) RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater (jenis PVC) RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).

Selain itu, sebuah kren menara berharga RM2.73 juta dibeli untuk IKBN Chembong dan sebuah lagi berharga RM2.990 juta untuk IKBN Bachok, sedangkan harga pasaran masing-masing hanya RM1.45 juta dan RM1.53 juta. Sebanyak 152 pakej komputer desktop yang dilengkapi perisian Computer Assisted Design and Drafting untuk jurusan Pelukis Pelan Seni Bina pada empat IKBN Bachok, Chembong, Kinarut dan Kuala Perlis telah dibeli dengan harga RM4.47 juta atau RM29,385 setiap pakej sedangkan harga pasaran hanya RM9,250 bagi satu pakej, yakni kos keseluruhan RM1.41 juta.

Sebanyak 430 set papan bancuh simen untuk jurusan Jurubina Bangunan dan jurusan Jurulepa dan Penjubinan pada empat IKBN yang sama telah dibeli dengan harga RM441,610 atau RM1,027 setiap satu. Sedangkan harga pasaran hanya RM150 sahaja (harga untuk 430 set hanya RM64,500) dan menurut tenaga pengajar IKBN, kosnya boleh dikurangkan lagi sekiranya pihak IKBN membeli papan sendiri dan pelajar diberi tugas untuk membuat papan bancuh simen sendiri.

Tiga unit kabin telah dibeli dengan harga RM425,700 atau RM141,900 setiap satu untuk dijadikan bilik kuliah jurusan Operator Kren Menara di IKBN Bachok dan IKBN Chembong. Pihak Jabatan Audit Negara mendapatkan sebut harga sebuah kabin yang sama termasuk upah pengangkutan, kos memasang 2 penghawa dingin dan sewa kren, iaitu RM20,000 sahaja (RM60,000 untuk tiga unit).

Sebanyak 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk telah dibeli untuk jurusan Pelukis Pelan di KBN Bachok, Chembong dan Kuala Perlis, dengan harga RM181,900 atau RM10,700 setiap set. Semua 10 tajuk buku tersebut boleh dibeli daripada Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM417 sahaja dan ini bermakna harga yang dibayar Kementerian Belia dan Sukan adalah RM174,811 lebih tinggi daripada harga pasaran.

Begitu juga dengan harga satu set pen teknikal yang dibeli dengan harga RM1,146.56 sedangkan harga pasaran hanya RM160. Sebanyak 15 pakej kenderaan terpakai (tidak melebihi 5 tahun, terdiri daripada 4 jenis kereta, Honda Civic, Toyota Corolla, Proton Wira dan Iswara) dibeli dengan harga RM4.24 juta (satu set RM280,000) untuk jurusan Ketuk Mengetuk dan Semburan Cat, sedangkan harga pasaran sekitar RM2.8 juta (satu set RM183,000).

Semak segera nama anda, daftar pemilih tambahan dipamer hari ini
chedet 0 Komentar

Sila fowardkan kepada rakan dan kenalan

KUALA LUMPUR, 23 Okt - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2007 mulai hari ini hingga 29 Oktober di 866 lokasi di seluruh negara lapor Bernama.
SPR dalam kenyataannya semalam berkata, warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat menyemak daftar pemilih itu.

Mereka yang nama tidak tersenarai dalam daftar pemilih boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B manakala bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang di dalam daftar pemilih itu boleh dibuat dengan mengisi Borang C.

Kedua-dua borang itu perlu diserahkan kepada Pendaftar iaitu pengarah pilihanraya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh Rang itu dipamerkan.

SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara dari angkatan tentera atau polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.

SPR turut memohon kerjasama waris untuk menghantar salinan sijil kematian atau permit mengubur wariswaris mereka yang telah meninggal dunia bagi memudahkannya membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia.

Waris boleh menghantar salinan itu melalui pos ke alamat Aras 5, Blok C7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya atau fax ke 0388889113 atau 0388889117.

Jika ada kesilapan, pemilih boleh menghantar pembetulan ke alamat emel spr@spr.gov. Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya my atau menulis surat ke mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau Ibu Pejabat SPR, Putrajaya.

Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin juga digalakkan membuat pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman masing-masing.

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di talian 0388856500 atau layari laman web SPR di www.spr.gov. my. - mr

22 Okt 2007

Kerajaan Negeri Kelantan SEDIA kerjasama menjayakan ECER
chedet22 Okt 2007 0 Komentar

21 Okt 2007

Farshy Al-Turab
chedet21 Okt 2007 0 Komentar

18 Okt 2007

Lagi-lagi isu angkasawan negara
chedet18 Okt 2007 1 Komentar

Oleh Roslan SMS

Isu angkasawan Malaysia terus menjadi perbualan ramai sehingga ke hari ini dan mungkin sampai bila-bila. Ramai yang menyokong usaha berani kerajaan melontarkan anak bangsanya ke langit demi meneroka sains angkasalepas walaupun banyak lagi negara membangun dan maju belum tergiur mahu melakukan perkara yang sama (Cuma kita sahaja beruntung kerana membeli pesawat Sukhoi dan boleh OFFSET!) Dan ada juga yang tidak berapa bersetuju malah berpandangan bahawa banyak lagi keutamaan yang perlu diberikan tumpuan selain bekejar ke langit yang mungkin bermakna tetapi belum tiba masanya.


Prof Madya Dr Azmi Sharom di dalam ruangannya ANALYSIS dalam akhbar THE STAR hari ini memberikan pandangan yang menarik yang mungkin boleh kita renung dan fikirkan.


Beliau juga mendapati rakyat Malaysia berbelah bahagi antara yang menyokong dan memandang sepi usaha angkasawan Malaysia ini. Beliau menulis bahawa dengan pencapain besar ini Malaysia kini boleh digelar sebagai SPACE POWER atau kuasa angkasalepas yang baru.

Dan beliau menulis:

The next time their school computer lab collapses or their teachers get demoralized due to poor pay, they can tell themselves that it all does not matter because we are a space power.

Lain kali jika makmal sekolah roboh atau para guru luntur semangatnya kerana gaji yang kecil, mereka semua boleh menyatakan bahawa itu semua tidak penting, kerana kita kini KUASA ANGKASALEPAS.

Dan beliau mengakhiri tulisannya dengan menulis:

Wait a minute, that is a great idea for a space experiment. How does unwrapping Raya ketupat fare in zero gravity?

Ada seorang kawan baik saya berpandangan sekurang-kurangnya pencapaian ini melontarkan nama Malaysia menjulang tinggi. Kalau kita duduk di pentas antarabangsa, sebut sahaja nama Malaysia, orang akan mengaitkan kita dnegan pencapaian besar kita itu. Saya mengakui hakikat tersebut, kerana kawan saya itu bukan SPACE POWER tetapi seorang penulis dan pengkiritik yang POWER.

Tetapi hakikatnya itulah persepsi rakyat Malaysia. Kita mungkin tidak akan berapa kritikal atau sinis jika segala-galanya aman, makmur dan molek dalam negara. Tetapi kita menjadi panas, sepanas bahanapi yang dimuntahkan dari belakang pesawat SOLYUZ tempoh hari kerana kita sedar kita belum berapa sempurna di bumi, mengapa mahu melonjak ke langit?
dari Malaysiakini
Sementara itu REPORTERS WITHOUT BORDERS (RSF) satu badan antarabangsa yang terlibat dalam pemantauan kebebasan media global baru sahaja menerbitkan indek kebebasan akhbar dunia 2007 atau WORLDWIDE PRESS FREEDOM INDEX. Malaysia untuk pengetahuan semua jatuh dari tangga 92 pada tahun 2006 ke 124 tahun ini! (Negara dunia ketiga ternyata lebih bebas dari kita, contohnya Kemboja 85 Timor Leste 94). Jadi apa komen kita kalau berada dipentas antarabangsa dan orang berkata: Ohhh, Malaysia, yang samapi ke angkasa lepas tetapi sayang tiada kebebasan akhbar!??

11 Okt 2007

Menangis lah Untuk Ramadhan
chedet11 Okt 2007 0 Komentar

Oleh Abdul Rozak

Nak, menangislah,

Jika itu bisa melapangkan gundah yang mengganjal sanubarimu. Bahwa Ramadhan sudah bergegas di akhir hitungan. Dan tadarus quranmu tak juga beranjak pada juz empat.jika itu adalah ungkapan penyesalanmu. jika itu merupakan awal tekadmu untuk menyempurnakan tarawih dan qiyamul lailmu yang centang perenang (ah, pasti kamu masih ingat obrolan tadi siang ketika dengan senyum manisnya teman ruanganmu berucap, "alhamdulillah tarawihku belum bolong. " dan kamu merasa ada malaikat yang menjauh darimu dan pindah padanya. Kamu merasa sendiri, terasing.)

Menangislah,

Biar butir bening itu jadi saksi di yaumil akhir. Bahwa ada satu hamba Allah yang bodoh, lalai, sombong lagi terlena. Yang katanya berdoa sejak dua bulan sebelum ramadhan, yang katanya berlatih puasa semenjak rajab, yang katanya rajin mengikuti taklim tarhib ramadhan, tapi..., tapi sampai puasa hari ke tiga belas masih juga menggunjingkan kekhilafan teman ruanganmu, masih juga tak bisa menahan ucapan dari kesia-siaan, tak juga menambah ibadah sunnah... Bahkan hampir terlewat menunaikan yang wajib.

Menangislah, lebih keras...

Allah tak menjanjikan apa-apa untuk Ramadhan tahun depan, apakah kamu masih disertakan, sedangkan Ramadhan sekarang cuma tersisa beberapa belas. Tak ada yang dapat menjamin usiamu sampai untuk Ramadhan besok, sedang Ramadhan ini tersia-siakan. Menangislah untuk Ramadhan yang kan hilang, bersama nostalgia yang terus tumbuh bersama usiamu. Setengah sadar menatap hidangan saat sahur, kolak-es buah yang tersaji saat berbuka, menyusuri gang sempit saat tadarus keliling, petasan dan kembang api yang disulut usai subuh. Ramadhan yang selalu membuka ingatan masa kecilmu dan terus terulang mengisi tahun-tahun kedewasaan.. .

Menangislah,

Untuk dosa-dosa yang belum juga diampuni, tapi kamu masih juga menambahi dengan dosa baru. Berapa kali kamu sholat taubat, tetapi tak lama kemudian ada saja kelalaian yang kamu buat? Kamu bilang tak sengaja? Tapi mengapa berulang dan tak juga kamu mengambil pelajaran? Syarat taubatan nasuha adalah bertekad tidak mengulanginya lagi dan bukannya bertobat sambil berucap 'kalau kejadian lagi, yaa taubat lagi'...

Menangislah.

Dan tuntaskan semuanya di sini, malam ini. Karena besok waktu akan bergerak makin cepat, Ramadhan semakin berlari. Tahu-tahu sudah sepuluh hari terakhir dan kamu belum bersiap untuk itikaf. Dan lembar-lembar quran menunggu untuk dikhatamkan. Dan keping-lembar mata uang menunggu disalurkan. Dan malam menunggu dihiasi sholat tambahan.

Sekarang, atau (mungkin) tidak (ada lagi) sama sekali

BEST OF TAZKIRAH dari pandangan mantan KP Dppwm
chedet 0 Komentar

Oleh MAHYUDDIN AMIN ( naib KP DPPWM)
Sehingga hari ke 28 puasa, aku rasa 2 takzirah yg
paling "berkesan" adalah drp Ustaz Yusof Embong dr
Kuantan dan Ustaz sidek Nor dr Perak.

Ustaz Yusof Embong mentafsirkan ayat al-quran surah
al-baqarah ayat 188 (ayat terkahir mengenai puasa)
dengan menunjukkan ppt mengenai bagaimana wang negara
dibazirkan untuk hidup bermewah2 dan bagaimana hakim2
boleh dibeli dgn mudah untuk merompak harta rakyat!

------------ --------- --------- --------- --------- ----
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan
berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang
dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang
tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau
dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian
wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu
pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang
yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan
sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang
miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan
(bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka
itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun
demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada
memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (184)

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan
Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi
keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan
(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang
salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang
menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) ,
maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang
sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka,
kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang
ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan
ketetapan yang demikian itu)
Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak
menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya
kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan
supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat
petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. (185)

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai
Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku
(Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku
perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia
berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut
seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah
mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik
serta betul. (186)

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur
(bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri
kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu
pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui
bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia
menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang
setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa
yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu dan
makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu
benang putih (cahaya siang) dari benang hitam
(kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam
(maghrib) dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri
kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah
batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu
menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat
hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka
bertakwa. / (187)

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta
(orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang
salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu
(memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak
memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia
dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui
(salahnya). (188)

10 Okt 2007

Setiausaha Politik PM tak jadi saman kerana tahu kesalahannya?
chedet10 Okt 2007 0 Komentar

Wan Farid umum tidak jadi saman PAS kerana dakwa dia rancang rusuhan


Oleh Wan Rosli Wan Noh

TRAGEDI berdarah di Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 8 September lalu masih lagi hangat diperkatakan ekoran kebangkitan rakyat Terengganu yang sudah hilang tahap kesabarannya setelah sering dikejar, dibelasah, dipukul dan disembur gas pemedih mata oleh pihak FRU dan polis yang menjadi kuda tunggangan Umno dalam beberapa siri ceramah sebelum ini.

Tragedi yang tidak diingini ini tidak akan berlaku sekitanya tiada provakasi dari pihak keselamatan kerana terbukti rakyat yang hadir di dalam setiap program ceramah sebelum ini tenyata lebih berdisiplin, bertamadun dan beradab berbanding pasukan keselamatan yang sering mencetuskan huru-hara dan kacau bilau.

Wan Farid takut?

Persoalan mengenai tragedi ini terus berlarutan apabila akhbar Berita Harian bertarikh 3 Oktober 2007 di muka surat 12 memaparkan kenyataan setiausaha politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Wan Farid Wan Salleh yang tidak bercadang untuk menyaman PAS walaupun Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustapha Ali menuduhnya perancang rusuhan pada malam tersebut.

Datuk Wan Ahmad Farid ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Semasa dan Majlis Penerangan Anjuran Umno Kuala Terengganu berkata tuduhan parti pembangkang terhadapnya membuktikan Datuk Mustapha Ali tersepit dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup kelemahan parti PAS.

Hakikatnya Mustapha bukannya menutup kelemahan beliau atau parti PAS. Tetapi beliau membuat kenyataan tersebut kerana mempunyai bukti yang kukuh dan yakin tentang penglibatan secara langsung Wan Ahmad Farid dalam tragedi berdarah pada 8 September lalu.

Itulah yang diperkatakan oleh beliau sewaktu sidang media di Rusila pada 14 September lalu yang turut dihadiri dan disaksikan oleh hampir kesemua media tempatan. Malangnya laporan tersebut digelap gelitakan begitu sahaja ketempangan media dalam negara dengan tidak langsung menyiarkan kenyataan terbabit.

Tersepit tutup kelemahan sendiri

Justeru itu seandainya Wan Ahmad Farid benar-benar tidak terlibat, mengapa beliau tidak saman Mustapha Ali? Wan Ahmad harus bersikap berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan bersikap dayus seolah-olah baling batu sembunyi tangan. Sekarang siapakah yang tersepit atau cuba menutup kelemahan sendiri setelah segala rahsia demi rahsia terbongkar?

Sikap Wan Ahmad Farid yang berdolak dalik melarikan diri dari isu ini membuktikan kenyataan Mustapha Ali bahawa beliau menjadi dalang dalam tragedi ini adalah benar sama sekali. Inilah antara manusia yang sanggup menjadi perkakas parti untuk menghancurkan peruntukan sebagaimana yang terkandung dalam perlembagaan negara mengenai hak kebebasan bersuara bagi setiap rakyat.

Angkatan Muda PKR Terengganu mendesak supaya Wan Ahmad Farid dan Umno tidak bersikap bacul dan lepas tangan serta bertanggungjawab di atas tragedi yang dilakukan sehingga nyaris mengorbankan dua nyawa rakyat.

Perlukan Suruhanjaya Diraja?

Angkatan Muda PKR Terengganu juga berharap supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat tragedi berdarah ini secara menyeluruh untuk menjaga kepentingan dan masa depan rakyat yang cintakan keamanan dan keselamatan negara sekaligus memberi pengajaran kepada mereka yang terlibat agar jangan biarkan perkara ini berulang.

Mereka yang terlibat mencetus rusuhan seperti Wan Ahmad Farid, FRU, polis dan sebagainya yang mengganas secara biadap termasuk menendang puluhan deretan motorsikal dan memecah cermin kereta orang awam sesuka hati pada malam kejadian hendaklah dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan sekeras-kerasnya. Ini kerana merekalah yang sebenarnya pencetus rusuhan dan pengganas.

Sebaliknya rakyat yang tidak bersalah pula ditangkap dan dilemparkan dengan macam-macam tuduhan. Semoga tertubuhnya Suruhanjaya Diraja nanti akan dapat membuktikan siapakah sebenar pencetus rusuhan dan membuat hura-hara dalam peristiwa tersebut.

Penulis merupakan Setiausaha AMK Terengganu- Pengarang

Tuntut pilihan raya adil - Perhimpunan Rakyat 10 November ini di Dataran Merdeka
chedet 0 Komentar

Intan Abdullah
Harakahdaily

Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) akan menganjurkan satu perhimpunan raksasa yang dinamakan perhimpunan rakyat pada Sabtu 10 November ini di Dataran Merdeka.

Dalam satu pengumuman yang dibuat pada sidang media hari ini, BERSIH dijangka akan mengadakan perhimpunan tersebut bermula jam 3 petang.

"Perhimpunan tersebut seterusnya akan berarak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tuntutan rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyuarakan hasrat rakyat untuk menjalani pilihan raya yang bersih dan adil seperti yang terkandung di dalam tuntutan BERSIH sebelum ini," ujar wakil Jawatankuasa Bersih di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi.

Menurut Jawatankuasa BERSIH, Sivarasa Rasiah, ia juga sebagai satu ketetapan yang telah diambil oleh mereka yang menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-12 akan diadakan seawal November.

"Kami membuat telahan tersebut berdasarkan situasi Umno-BN yang kini berada keadaan terdesak, setelah melalui dua insiden yang menekan mereka iaitu peristiwa berdarah di Batu Buruk serta pendedahan video klip rasuah peguam dan hakim negara," jelasnya.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ujarnya mungkin akan membuat pengumuman tarikh PRU 12 lebih awal untuk mengeluarkan diri mereka daripada tekanan-tekanan tersebut sepertimana yang dibuat oleh PM sebelumnya pada PRU 1999.

"Ia adalah suatu jangkaan kritikal dibuat BERSIH berbeza dengan beberapa tekaan yang dibuat oleh beberapa parti politik sebelum ini," ujar AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pula,

Tindakan mengadakan perhimpunan tersebut adalah rentetan daripada resolusi Konvensyen Rakyat beberapa bulan yang lalu.

Koordinator Badan Penggerak Demokrasi Rakyat, Anuar Tahir berkata tarikh pilihan raya bukan suatu fokus yang utama bagi BERSIH sebaliknya tuntutan reformasi rakyat terhadap perjalanan pilihan raya perlu terus dihidupkan.

"Kerana ia mungkin akan mengundang kecurangan dalam PRU 12 sebagaimana yang berlaku dalam PRU 2004 yang lalu," jelasnya.

Penganjur juga ujarnya sedang berusaha menyelesaikan urusan mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut, serta telah menggerakkan ahli-ahli parti atau pertubuhan yang bergabung dalam gabungan tersebut bagi menjayakannya.

"Kami juga telah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan dan risiko yang bakal berlaku nanti," tambah Sivarasa.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama BERSIH turut memaklumkan bahawa mereka akan menghantar surat kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung isu tragedi berdarah di Batu Buruk pada 8 September lalu.

"Setelah mengadakan mesyuarat hari ini, kami membuat keputusan untuk menghantar surat kepada Suhakam mengenai permintaan kami agar diadakan satu siasatan menyeluruh terhadap tragedi tersebut memandangkan Pesuruhjaya Suhakam, Dato' Siva Subramaniam telah membawanya ke mesyuarat mereka semalam," ujarnya.

Bersih berharap akan mendapat keputusan yang positif daripada hasil mesyuarat tersebut, seterusnya membawa kepada tindakan bersepadu supaya perkara tersebut tidak akan berulang.

"Malangnya, media arus perdana sengaja memainkan taktik 'kewartawanan jahat' yang sentiasa diulang tayangan menyebabkan persepsi buruk rakyat kepada Bersih dan parti pembangkang," tambah Dr Dzulkefly.

Bersih menyatakan kekesalan dan menyelar tindakan parti pemerintah yang menggunakan media arus perdana sebagai jentera menyebarkan propaganda jahat serta kempen untuk merosakkan imej parti-parti pembangkang.

9 Okt 2007

MUTIARA KATA
chedet9 Okt 2007 0 Komentar


Kebencian Tidak Dapat Dimusnahkan Dengan Kebencian
Melainkan Dengan Kasih Sayang

Kesenangan Hati Dan Ketenteraman Jiwa
Lebih Berharga Dari Pangkat Dan Kekayaan

Usia Tidak Akan Mengampunkan Segala Dosa Yang Dibuat Oleh Kita,
Mintalah Keampunan Dengan Bertaubat

Kesilapan Yang Kita Lakukan Adalah Pelajaran Baru
Untuk Mencapai Kejayaan
Kasih sayang harus dibalas dengan kasih sayang
Dengan itu terjalin ukhuwah yang kukuh.

Berzikir dan berselawat
Usaha mendapat ketenteraman jiwa dan kesenangan hati

Bertaubat kepada Yang Maha Panyayang
Disertai Keikhlasan

Kejayaan yang dicapai haruslah hakiki
Insyaallah kekal abadi.

Surat YB. Ketua Pemuda PAS kepada YB. Dato' Seri Ketua Pemuda UMNO
chedet 0 Komentar





PAS/DPPP/1.03.04-07(010) 8 Oktober 2007
26 Ramadhan 1428

Kepada :

YB. Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Ibu Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,
Tingkat 28, Menara Dato' Onn,
Jalan Tun Ismail,
50480 Kuala Lumpur.


YB. Dato’ Seri;

PERTEMUAN UNTUK MEMBINCANGKAN MENGENAI PERPADUAN MELAYU DAN NASIONAL

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya melihat perkembangan terkini tuntutan-tuntutan di dalam Perhimpunan Parti Kompenan BN mukthir ini amat memerlukan supaya kita dapat berbincang dan bertemu.

Saya berharap agar kita dapat bertemu dan membincangkan berkaitan perpaduan Melayu bahkan lebih luas lagi berkaitan perpaduan nasional.

Pihak saya menanti persetujuan dan menunggu supaya kita boleh bertemu kelak.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan amanah;


YB SALAHUDDIN AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

s.k ; Setiausaha Agung PAS

8 Okt 2007

Hanya hudud mampu cegah jenayah
chedet8 Okt 2007 0 Komentar

Subky Abdul Latif
Mon | Oct 08, 07 | 1:51:30 pm MYT
Keterangan polis dalam seminggu ini menyebutkan kadar jenayah di Malaysia pada keseluruhannya adalah meningkat. Hanya di tempat tertentu kadar itu menurun, tetapi pada umumnya ia meningkat.

Ada pun cerita jenayah itu meningkat itu sudah lama. Seperti keadaan harga barang. Ia tidak pernah turun. Ia meningkat dan meningkat.

Dalam tulisan saya sebelum ini, telah saya sebutkan bahawa keadaan jenayah yang parah itu adalah bayaran tunai Allah kepada masyarakat yang menolak hudud. Hudud cuba diperkenalkan oleh PAS di Kelantan dan Terengganu, selian ia adalah perintah Allah, tetapi ia saja undang-undang yang paling berkesan bagi mencegah jenayah.

Tetapi ia bukan sekadar dihalang oleh kerajaan Pusat, malah dipersenda oleh masyarakat Islam yang mempertahankan undang-undang ciptaan manusia itu.

Kedua-dua pimpinan ulama utama PAS, Tuan Guru Mursyidul Am Nik Abdul Aziz dan Presiden Ustaz Abdul Hadi Awang memberi komen serentak terhadap kenyataan polis tentang peningkatan jenayah itu, mengesahkan ubat kepada penyakit sosial itu adalah melaksanakan hudud.

Tok Guru Nik Aziz bercakap begitu dalam interbiu dengan Harakah dan Tuan Guru Abdul Hadi pula ketika berucap di Maahad Tahfiz di Tok Jiring dekat Kuala Terangganu.

Kedua pemimpin PAS itu mengingatkan kembali betapa jenayah dalam masyarakat bukan sekadar tidak dapat dihapuskan, malah tidak dapat diminimakan selagi tidak dilaksanakan undang-undang ciptaan Allah khususnya hudud.

Sejak mula PAS membuat tuntutan supaya dilaksanakan undang-undang Islam di Malaysia merdeka ini, tujuannya selain dari mentaati perintah Allah, adalah demi mententeramkan negara dan masyarakat dari semua bentuk maksiat termasuklah jenayah.

Isu itu tambah menonjol apabila Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam satu pilihan raya kecil DUN dekat Kuala Terengganu hujung 80-an mencabar supaya PAS merangka undang-undang hudud.

Ia memberikan ruang yang lebih ketara kepada PAS untuk menerangkan secara terperinci tentang hikmat pelaksanaan hudud itu.

Pilihan raya kecil itu adalah untuk mengisi kerusi yang dikosongkan oleh Ustaz Baharudin dari PAS yang kemenangannya dibatalkan oleh mahkamah.

Cabaran Dr. Mahathir itu dipercayai bukan kerana mahu hudud itu dilaksanakan tetapi untuk menjauhkan lagi PAS dari masyarakat bukan Islam, kerana antara hukum hudud itu adalah mengerat tangan pencuri. Masyarakat bukan Islam gerun mendengar hukuman itu, maka diharapkannya pengundi bukan Islam tidak lagi mendekati PAS.

Tetapi ia adalah kesempatan pula bagi semua penduduk untuk mengikuti penjelasan dari PAS tentang hikmat pelaksanaan hudud itu. Ia saja undang-undang yang dapat menyelesaikan kejadian jenayah yang berleluasa dalam masyarakat.

Sebelum kemunculan Islam di Makkah, masyarakat jahiliyah Arab bergelumang dengan jenayah. Pelaksanaan hudud berikutan masyarakat Arab menerima Islam, jenayah dapat dibenteras.

Amerika adalah bangsa yang paling maju dengan undang-undang jenayah yang ketat dan polis yang cekap, tetapi pembunuhan di New York bukan lagi mengikut hari tetapi mengikut jam. Setiap jam ada pembunuhan.

Undang-undang manusia telah terbukti gagal untuk mengekang jenayah.

Antara yang dijelaskan, selain dari jenayah itu amat berkurangan oleh pelaksanaan undang-undang yang menggerunkan tetapi adil, Allah tanamkan ke hati orang ramai rasa benci kepada semua bentuk jenayah. Justeru itu mereka tidak melakukan jenayah. Akhirnya jenayah itu hapus bukan kerana banyak tindakan yang dilakukan, tetapi kerana orang ramai dengan sendiri tidak melakukan jenayah.

Yang menghapuskan jenayah itu bukan kerana polis cekap dan kuat kerja, tetapi keberkatan yang Allah beri menyebabkan tiada kejadian jenayah.

Ia menambah kefahaman umat Islam tentang hikmat hudud dan orang bukan Islam ada pengetahuan mengenainya.

Dan apabila undang-undang itu diluluskan oleh DUN Kelantan dan Terengganu, kerajaan Malaysia dan Umno menolaknya dan berloyar buruk pula dengannya. Maka hudud tidak dilaksanakan.

Dulu jenayah itu terus ada kerana hudud tidak ada. Ia tidak seteruk sekarang kerana antara pemimpin kerajaaan dan Umno yang melaksanakan undang-undang dan memerintah tidak mendapat penjelasan Islam yang cukup tentang hudud.

Sekarang mereka telah mendapat penjelasan yang cukup. Tetapi mereka menolaknya dan rakyat pula menyokong kedegilan kerajaan itu. Maka apakah balasan kepada orang-orang yang ingkar itu? Allah turunkan bala. Jenayah yang kian banyak itu adalah bala kerana tidak menerima ajaran Islam yang mengatakan hudud boleh mencegah jenayah. Kerajaan mengaku undang-undang Islam itu elok dan sempurna tetapi terus bebal dengan menolaknya.

Nurin yang belum baligh menjadi mangsa pembunuhan. Apa salahnya? Dia tidak bersalah tetapi masyarakatnya dan kerajaan yang berkuasa atas masyarakatnya menolak hudud.

Kerajaan kononnya bersungguh memerangi jenayah termasuk rasuah, ditambah polis dan staf BPR, dilatih mereka, tetapi percayalah selagi hudud tidak dilaksanakan, semua bentuk jenayah akan berganda dan peperangan terhadap rasuah adalah gendang kosong.

Ia akan menjadi kerajaan yang sia-sia./tajdid

5 Okt 2007

Anuar Mohd Nor yang saya kenali
chedet5 Okt 2007 0 Komentar

oleh: Roslan SMS

Pemilik blog ANTI KHAIRY di http://antikhairy.blogspot.com dalam posting terbarunya: Menantu PM nak jadi PM pada umur 40 (2) telah memuatkan sekeping gambar yang di dalamnya menunjukkan Editor laman web Umno-reform.com bersama beberapa anak muda dengan EXCO Pemuda Umno Malaysia Norza Zakaria.

Posting tersebut menulis:
Pembentukan Institut Kajian Kemasyarakatan yang diterajui oelh pemilik laman web www.umno-reform.com adalah langkah yang diambil oleh Datuk Norza. Anuar Mohd Nor telah dibeli dengan bayaran wang yang dianggarkan hampir RM200,000 dan diambil untuk mencorakkan politik Datuk Norza.

Betulkah Anuar Mohd Nor sudah dibeli?

Saya mengenali Sdr Anuar. Dan saya tahu beliau banyak menyumbang ke arah mencerah dan menjernihkan politik orang-orang Melayu mengikut gaya dan seleranya. Kalau sesiapa yang mengikuti laman web beliau akan tahu betapa konsistennya beliau dalam berjuang untuk memartabatkan agama dan bangsa kita. Lalu apabila sahabat saya itu dikatakan telah dibeli oleh Norza, dalam erti kata lain, kini menjadi penulis uapahan untuk menyerang dan mensabotaj perjuangan alternatif Melayu, saya rasa ianya sesuatu yang tidak adil terhadap rakan saya itu.

Dalam politik kita bermusuh cuma dari sudut pendekatan, namun dari segi zahirnya kita berkawan dengan semua. Ramai orang Umno dan PAS berkawan walaupun mereka bermusuh dari segi politik. Hatta di Kelantan ada yang abangnya Ketua Bahagian, adiknya EXCO kerajaan negeri. Malah bagi PAS contohnya untuk menang satu-satu kawasan itu, ia memerlukan bukan sekadar undi orang PAS tetapi juga undi orang Umno dan yang di atas pagar.

Lalu jika Anuar berkawan dengan Norza, adakah itu bermakna Anuar sudah menjadi orang Norza, makan dan minum disuap oleh Norza? Sahabat saya seorang lagi contohnya Mohd Sayuti Omar atau MSO. Beliau kenal dan bergaul dengan lebih ramai lagi termasuklah berbuka puasa dengan Dollah Badawi baru-baru ini sedangkan saya rasa tahun ini beliau tidak pula berbuka puasa dengan Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi. Tetapi adakah ini bermakna MSO juga sudah dibeli? Bagaimana pula Sang Kelembai, yang tidak pernah menolak undangan untuk berceramah atau menghadiri program PAS tetapi terus bergaul mesra dengan orang Umno?

Benar kita perlu berhati-hati kerana banyak pihak mampu untuk sabotaj kita. Tetapi dalam waktu yang sama kita juga jangan mudah memangkah atau memotong tangan sahabat yang telah banyak berjasa pada kita.

Segala yang terkandung dalam posting Antikhairy.blogspot.com itu telah pun Sdr Anuar sendiri cerita kepada saya beberapa bulan dahulu. Malah baru tadi beliau menghubungi saya untuk minta pandangan saya tentang posting ini.

Tak mengapa, mungkin ada kawan-kawan kita yang tidak mampu membaca gerak-geri kita kerana mungkin tidak berpeluang mengenali kita dari dekat. Tak kenal maka tak cinta. Tetapi saya yakin Sdr Anuar yang saya kenali akan terus konsisten dalam perjuangannya. Malah sayalah orang yang pertama yang akan menggodam beliau jika laman webnya digunakan untuk menembak dan menyerang perjuangan alternatif, tetapi mengenali Anuar saya rasa lebih baik peluru yang ada ditangan kita kita talakan kepada kelompok yang lebih perlu.

Bongkarlah tentang Khairy dan agendanya tetapi janganlah sampai mencederakan orang lain yang tidak berdosa.

CeRamaH : PAS KWSN POKOK SENA KEDAH
chedet 0 Komentar

"CERAMAH ISU SEMASA : CUBAAN JAIS TANGKAP SAYA GAGAL! KENAPA!

OLEH :

USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.


BERTEMPAT : MARKAZ PAS CAWANGAN BUKIT PINANG ( SURAU HAJI HARUN )
TARIKH : 06 / 10 / 2007
HARI : SABTU
MASA : 10:00 MALAM

SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DIJEMPUT HADIR..

Anjuran : PAS Kawasan Pokok Sena, Kedah

3 Okt 2007

BANK ISLAM:RE-BRANDING YANG MENGHINA ???
chedet3 Okt 2007 0 Komentar

OleH:razlynn oakwood . razlynn_76@hotmail.com

Pada pandangan saya tidak salah untuk menjenama semula, tetapi biarlah sesuai dengan sesebuah institusi. Saya juga berpendapat, adalah tidak wajar untuk tulisan jawi dihapuskan dari logo lama Bank Islam.

Alasan yang diberikan bahawa tulisan jawi itu tidak global adalah terlalu dangkal. Kenapakah Overseas Chinese Bank Corporation (OCBC) masih mengekalkan tulisan jawi pada logo mereka, walhal pemegang saham mereka majoritinya bukanlah dari kalangan orang Islam.

Berkenaan dengan tulisan jawi tersebut, ianya tidaklah menyedihkan saya sangat berbanding dengan tulisan pada logo barunya. Jika diperhatikan tulisan logo baru Bank Islam, huruf "K" berbentuk bulan sabit dan diwarnakan merah. Tulisan lain ditulis dengan huruf besar yang berwarna hitam berlatar belakang putih.

Jika dilihat dari jauh, huruf "K" itu langsung tidak terang; yang terang adalah "BAN ISLAM". Apakah yang dimaksudkan dengan "BAN ISLAM"? Bukankah bermaksud "Haramkan Islam"? Adakah ini yang ingin dipromosikan oleh Bank Islam? Siapakah perunding imej yang terlibat dalam projek penjenamaan semula bank Islam ini? Apakah ada agenda tersembunyi di sebalik penjenamaan semula itu?

Kalau dulu sewaktu Petronas menukar logonya, pihak tertentu telah melenting kononnya logo itu mirip lambang PAS. Tetapi bila melibatkan Islam, tiada apa apa komen pun keluar dari mereka. Tidakkah kita sensitif dengan agama kita?

Bagi saya, bertolak ansur tidak menjadi suatu kesalahan, tapi saya takut nanti kerana terlalu bertolak ansur menyebabkan Islam beransur-ansur ditolak. Hingga akhirnya Islam itu tumbang. Adakah diri kita tidak sensitif bila sesuatu yang melibatkan Islam?

Pada pendapat saya, kita mesti melakukan sesuatu supaya logo Bank Islam itu ditukar. Sekiranya logo Petronas boleh diubah atas alasan menyerupai logo PAS, tidakkah logo ini juga boleh diubah atas alasan menghina Islam.

Pastikan Balik Kampung Bersama Ole-Ole Istimewa!
chedet 0 Komentar

href=http://www.anakbapa.blogspot.com/
Demam balik kampung akan mula melanda umat Islam Malaysia selang tidak beberapa hari lagi. Fenomena yang berlaku saban tahun ini di kala menjelang sambutan hari raya ‘idul Fitri, bukanlah sesuatu yang luar biasa malah hampir kesemua kita menganggapnya sebagai satu tradisi yang menjadi kemestian. Walaupun ada segelintir kalangan masyarakat kita yang menganggapnya sebagai amalan sia-sia yang membuang masa dan duit, lebih ramai yang yakin manfaatnya jauh mengatasi keburukannya. Antara kelebihan tradisi pulang ke kampung untuk merayakan ‘idul Fitri ini ialah dapat bertemu ayah bonda, sanak saudara dan rakan taulan yang dirindui dan disayangi. Tidak sabar rasanya untuk bersua muka bertanya khabar dengan mereka dan bertukar-tukar cerita, maklumlah dah hampir setahun tidak berjumpa.

Tetapi dalam kita sibuk membuat persiapan terakhir sebelum berangkat pulang, elok juga kita tinjau apa ole-ole yang sesuai untuk dibawa pulang. Takkan orang bandar yang dah setahun tak balik kampung pulang dengan tangan kosong saja. Jadi untuk memudahkan anda semua membuat keputusan, saya ada beberapa cadangan berhubung ole-ole istimewa untuk dibawa balik ke kampung kelak.

Setahu saya, perkara yang paling kita sayangi ialah agama dan nyawa kita. Selepas itu keturunan dan negara kita. Tetapi malapetaka yang terus menerus melanda negara kita hasil daripada kegagalan UMNO/BN memerintah dengan bersih dan adil menyebabkan kita berada di dalam keadaan haru biru. Skandal demi skandal yang melibatkan billion ringgit wang negara yang sepatutnya diperuntukkan untuk kepentingan rakyat telah disonglap oleh pemerintah dan suku sakat mereka menyebabkan penderitaan rakyat terus bertambah. Apa taknya apabila subsidi minyak dikurangkan maka harga barangan dan perkhidmatan melambung naik dengan mendadak, ubat-ubatan perlu dibayar, yuran pengajian anak-anak di sekolah dan IPTA/IPTS perlu dibayar dan seribu satu macam kos lagi yang perlu ditanggani. Kalau ada kenaikan gaji pun, itu di kalangan kakitangan kerajaan sahaja, kalau kerja kampung nak naik gaji apa. Akhirnya jikalau dulu makan nasi 2 kali sehari sekarang mungkin kena catu jadi 1 hari sekali.

Bukan setakat isu korupsi dan rasuah sahaja, kita dapat lihat mereka-mereka yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan negara pula sudah “pagar makan padi”. Pelbagai bukti bertulis diunjukkan berkaitan pakatan sulit mereka dengan kepala gangster tetapi sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil. Cukup sekadar kenyataan peguam negara untuk “memutihkan” mereka. Sebaliknya orang yang membuat lapuran pula yang disiasat dan diugut sehingga ke tahap kaum keluarganya dijadikan tebusan. Jadi tidak hairanlah apabila kita lihat kadar jenayah meningkat dengan begitu ketara terutama yang melibatkan jenayah kejam seperti bunuh, rompak dan rogol. Kes pembunuhan kejam Altantunya yang diletupkan dengan bom C4 dan terakhir melibatkan pembunuhan kejam kanak-kanak kecil Nurin menambahkan lagi kerisauan kita betapa sudah tidak selamatnya kita di negara sendiri.

Penyalahgunaan kuasa semakin menjadi-jadi. Dan yang terbaru menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan rakyat yang datang untuk mendengar ceramah. Terlantar 2 insan tidak berdosa di hospital gara-gara tindakan tidak bertamadun pihak polis dengan restu UMNO. Selepas itu timbul pula isu klip video Lingamgate yang mendedahkan bukti “smoking gun” mainan jahat pemimpin UMNO, golongan korporat, dan institusi kehakiman. Kita memang sudah mengagak perkara ini berlaku tetapi tidak pernah menduga akan “dikurniakan” oleh Allah swt bukti di depan mata kita. Implikasi klip video ini amat amat amat besar sekali walaupun cuba disangkal oleh pemimpin UMNO yang dangkal dan bebal. Satu yang pasti, jikalau hakim boleh “dibeli” dan diatur begitu rupa apalah lagi yang tinggal kepada rakyat marhaen. Saya yakin kalau kita ada kes mahkamah yang melibatkan “puak” mereka, sudah pasti kita akan tewas walaupun kita tidak bersalah. Di universiti pun tak kurang hebatnya. Pilihanraya kampus (PRK) menyaksikan bagaimana sebahagian siswa dikudakayukan oleh UMNO untuk menjamin kemenangan golongan pro kerajaan (Aspirasi) di semua IPTA. Pelbagai taktik kotor termasuk merasuah siswa dan pengurusan universiti, mengugut dan bertindak kasar ke atas siswa yang tidak sebulu dengan mereka dan memperkenalkan peraturan baru yang tidak munasabah bertujuan menghalang kemenangan siswa yang tidak tunduk kepada UMNO.

Bagi saya, jika kita mengaku kita sangat sayangkan negara Malaysia, tidaklah memadai setakat memasang puluhan bendera di rumah dan kereta menjelang hari kemerdekaan negara. Kita perlu mengambil langkah yang drastik dan berterusan bagi mempastikan jatuhnya UMNO/BN. HANYA INI SAJA SATU-SATU OPSYEN YANG ADA BAGI KITA. Dah beberapa banyak Suruhanjaya diraja ditubuhkan tetapi apabila tiba saat perlaksanaannya mereka akan buat liat. Ini kerana ia melibatkan puak-puak mereka yang mereka perlu pertahankan. Jawatankuasa dan suruhanjaya ini adalah “smokescreen” mereka bagi mengelabui mata rakyat agar rakyat akan reda kemarahan mereka. ENOUGH IS ENOUGH!

Cadangan saya ialah bagi anda semua membawa balik sebanyak yang mungkin maklumat samada dalam bentuk tulisan, VCD, keset dan apa saja supaya dapat dijadikan bahan perbualan dengan orang kampung kelak. Jangan beranggapan bahawa mereka yang di kampung tahu semua perkara seperti anda. Saban hari mereka hanya “diceramah” oleh suratkhabar, tv dan radio UMNO, dan ruang untuk berinternet hampir tiada langsung. Tentang klip video Lingam tu (lengkap dengan sarikata bahasa Melayu) boleh dimuat turun daripada laman web PKR www.keadilanrakyat.org. Inilah ole-ole istimewa yang wajib anda semua bawa balik bersama ke kampung. Peristiwa 1999 dulu membawa impak yang besar apabila rakyat balik kampung menceritakan kekejaman UMNO ke atas Dato’ Seri Anwar. Dan sekali lagi kita boleh mengulangi peristiwa tersebut. Itu pun jika anda betul-betul sayangkan negara tercinta ini…….

Anak Bapa: Teringat cerita lama dulu bagaimana emak dan ayah berjaya diyakinkan (dengan petunjuk Allah swt) untuk meninggalkan UMNO dan menyertai perjuangan yang benar dan adil hasil daripada kerap balik kampung berbincang dengan mereka. Tiada yang mustahil, apa yang perlu ialah banyakkan usaha dan doa ……

Pendang banjir kali kedua
chedet 0 Komentar

Oleh: Kedah La Nie

--------------------------------------------------------------------------------
Pendang, 2 Oktober: Sejak petang semalam, Kedah dilanda angin ribut beserta hujan lebat yang membawa taburan hujan yang mencurah-curah sehingga beberapa kawasan rendah sekali lagi dilanda banjir. Antara kawasan yang awal mengalami banjir kali kedua ini adalah kawasan Pendang. Kawasan sekitar sungai Pendang telah melepasi paras bahaya dan ada diantara penghuni telah dipindahkan ke dewan sukan Banggul Besi.
Semasa saya membuat pemantauan pagi tadi terdapat 5 keluarga yang telah pun ditempatkan di pusat pemindahan tersebut, yang terdiri daripada 20 mangsa banjir ,mereka dari Kpg Batu Hampir, Sukamari, dan Banggul Besi serta satu keluarga di dewan org ramai Batu 16.


Hujan sekarang masih lagi turun dengan lebatnya dan ada diantara kawasan yang masih dinaiki air dan dijangka kemungkinan ramai lagi mangsa yang akan dipindahkan jika sekiranya hujan tidak berhenti .

Bantuan amat diperlukan untuk kali kedua ini kerana mereka yang tidak berpindah juga masih ramai yang terperangkap kerana putus hubungan dan mereka inilah yang biasanya diziarahi untuk diberi bantuan. Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada PAS Kedah, 020011010006747 BIMB atau Dr Mohd Hayati Othman BIMB 02011010015089 sms 0133363604.

Tol naik lagi 10%, biarkan-biarkan!
chedet 0 Komentar

Posted on Monday, October 01 @ 23:58:49
Oleh Roslan SMS

Dalam kekalutan orang-ramai memperkatakan darihal perkembangan kes pembunuhan adik Nurin Jazlin, pendedahan video VK Lingam, suasana politik di Myanmar, serta umat Islam yang menjalani ibadat puasa Ramadhan yang masuk hari ke 19 hari ini, tidak ramai rupanya yang perasan satu perkembangan besar yang dilaporkan oleh akhbar tempatan hari ini.

Akhbar The Star melaporkan:

Malaysians can expect a 10% increase in toll rates, with eight concessionaires raising their charges from Jan 1 next year, said Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu.
Bermakna mulai 1 Januari ini iaitu kira-kira 3 bulan dari sekarang, sebanyak 8 pemegang konsesi lebuhraya akan menaikkan kadar tol masing-masing sebanyak 10%.
Tarikh 1 Januari itulah tarikh masing-masing ibu-bapa sibuk menguruskan sesi persekolahan anak-anak mereka. Kini dalam keadaan harga barangan dan perkhidmatan yang mencacak naik, nanti naik pula lagi kadar tol! Sudah pastilah kenaikannya nanti akan mengundang kesan rantaian ke atas barangan dan perkhidmatan yang melibatkan pengangkutan melalui lebuhraya berkenaan.
Pihak FOMCA atau Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia telah mendesak agar kerajaan menyemak semula perjanjian dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi ini kerana jika diizinkan kenaikkan tol 1 Januari nanti sudah pasti yang paling besar menanggungnya adalah rakyat jelata.
Tetapi rakyat hari ini seakan telah berputus asa. Seolah kalau mahu bersuara sekalipun suara mereka itu nanti tidak akan pergi jauh kemana. Lalu akhirnya mereka berserah dan terima apa sahaja yang dijolok ke dalam tembolok mereka. Oleh itu sama-sama lah kita tunggu tanggal 1 Januari nanti dengan penuh debaran dan kocek semakin bocor.

2 Okt 2007

PERISTIWA AR - RAAFIQ
chedet2 Okt 2007 0 Komentar

petikan dari
  • ustaz tantawi

  • Menyaksikan Tindakan Tidak Bertamaddun Pihak JAIS


    3 hari sebelum saya dijadualkan untuk membentang Muqaddimah kitab Feqhud Daulah Karangan Dr. Yusuf al Qaradhawi pada Majlis Tafaqquh Fid Deen di Surau ar Raafiq di Seksyen 7 Kota Damansara , saya telah menerima tidak kurang 10 maklumat melalui sumber yang berauthoriti dan juga sms bahawa pihak JAIS akan menangkap saya di surau tersebut.


    Sehari sebelum jadual itu berlangsung ( iaitu pada 29 . Sept . 2007 / sabtu ) , pihak penganjur telah menghubungi saya bagi mengesahkan laporan bahawa saya akan ditangkap oleh JAIS jika menghadhiri program Tafaqquh Fid Deen keesokkan harinya jam 9.00 am adalah laporan yang benar dan tepat.



    Pihak cuba mendapatkan keputusan dari saya , apakah saya akan hadhir atau tidak ?


    Saya menegaskan bahawa program Tafaqquh Fid Deen mesti diteruskan dan saya pasti akan hadhir . Pihak JAIS tidak sepatutnya mengambil langkah sedemikian kerana terlalu banyak kerja yang boleh mereka lakukan terutama pada Ramadhan ini , seperti menangkap golongan yang tidak berpuasa dan makan pula di khalayak ramai .


    Jika tindakan JAIS itu adalah bertujuan untuk menakutkan saya agar tidak menyampaikan ilmu agama ini kepada masyarakat , ternyata tindakan JAIS itu sia - sia malah tidak sedikit pun menjejaskan reputasi saya sebagai seorang pejuang insyaallah .


    Kalau langkah JAIS adalah untuk mengawal perkembangan agama dan penceramah memerlukan tauliah untuk menyampaikan ceramahnya , maka saya merasakan tindakan menangkap penceramah bukan cara atau langkah yang bijak dan bertamaddun.


    Berkali penganjur mengingatkan saya bahawa maklumat rancangan JAIS untuk menangkap saya adalah suatu yang serius kerana ia datang dari sumber yang dipercayai .


    Berkali juga saya memberi penegasan kepada penganjur bahawa saya akan tetap hadhir kerana ia adalah kewajipan saya dan saya tidak nampak tindakan saya itu adalah salah . Kerana sebelum daripada ini , saya telah menyampaikan ceramah hampir seluruh surau di negeri Selangor dan saya mendapat feed back yang positif tanpa sebarang masaalah apalagi membawa perpecahan dikalangan masyarakat ummat Islam .


    30 September 2007


    Saya tiba di Surau ar Rafiiq sekitar jam 9.30 am tanpa sebarang senjata melainkan sebuah kitab Feqhud Daulah untuk saya bentang.


    Para hadhirin telah lebih awal memenuhi ruang surau tersebut dan majlis telah bermula di bawah pimpinan Ustaz Nasir Zakaria , seorang guru agama dan pendakwah yang bertauliah di negeri Selangor.


    Saya dimaklumkan bahawa SB dan beberapa orang yang tidak dikenali serta sangat mencurigakan telah berada di dalam surau . Saya terus melangkah penuh yakin dan tenang membuat perkiraan terhadap kemungkinan apa yang akan berlaku di saat itu.


    Apabila saya telah berada di dalam surau , saya mendapat maklumat dari penganjur bahawa anggota JAIS sekitar 30 orang telah masuk ke kawasan surau. Lagak mereka langsung tidak menampakkan mereka adalah penguasa agama , sebaliknya laksana gengster menuju medan pergaduhan .


    Pihak Penganjur meneruskan program seperti biasa dengan Ustaz Nasir selaku penceramah dan pendakwah yang bertauliah terus memberi ceramahnya sekitar tajuk Feqhud Daulah .


    Format yang Menarik .


    Setengah jam kemudian , Ustaz Nasir menamatkan kuliah beliau dan membuka majlis kepada soal jawab mengenai Feqhud Daulah . Format ini dilakukan kerana saya tidak dibenarkan untuk menyampaikan kuliah dan ianya berkuatkuasa serta merta kerana akur kepada JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.


    Para audien mengambil kesempatan untuk terus mengajukan soalan mengenai Feqhud Daulah kepada Ustaz Nasir yang memimpin majlis Tafaqquh Fid Deen pada hari itu.


    Ustaz Nasir , sejurus menerima pelbagai soalan tidak berlengah untuk terus menjawab segala soalan dengan tenang. Sementara keadaan di luar agar hingar dengan perbincangan dan perancangan untuk terus menangkap saya , sedang saya masih berada saf hadapan dalam majlis tersebut.


    Tiba - tiba Ustaz Nasir membuka kepada audien jika ada sebarang penambahan terhadap jawapan yang telah beliau berikan. Mungkin kerana menyedari kehadhiran agak ramai ulama' muda seperti Ustaz One G , Ustaz Riduan Ismail malah Ustaz Zaharudin turut kelihatan dalam majlis tersebut.


    Ustaz One G yang berada betul - betul dibelakang saya mengisyaratkan agar saya ambil bahagian untuk menambah point jawapan yang telah diberikan oleh Ustaz Nasir. Ustaz Izwan selaku pengerusi majlis , spontan menyerahkan microfon kepada saya .


    30 minit ulasan.


    Saya terus mencapai mic lalu menambah point - point penting mengenai Feqhud Daulah sebagai jawapan tambahan kepada soalan yang dikemukakan. Setelah 30 minit saya menjawab , saya mengembalikan mic kepada pengerusi. Majlis kian rancak dengan pelbagai soalan diutarakan oleh audien .


    Ustaz One G turut ambil bahagian menjawab , demikian juga Ustaz Riduan Ismail untuk memeriahkan lagi majlis Tafaqquh Fid Deen. Malah saya sendiri tidak terkecuali untuk terus memberi komitmen menghidupkan majlis ilmu yang cukup unik pada hari itu dengan terus melontarkan idea dan ilmu yang ada buat pengetahuan dan maklumat kepada semua yang hadhir .


    Keseluruhan slot yang saya guna untuk menambah point atas jawapan yang diselia oleh Ustaz Nasir Zakaria yang juga seorang guru bertauliah pada pagi itu , pada anggarannya melebihi tempoh satu jam. Saya puas hati dengan format baru ini walaupun bukan saya yang memimpin majlis kerana menghormati pihak JAIS yang tidak membenarkan saya menyampaikan kuliah.


    Suasana di Luar Semakin Kalut


    Beberapa orang saksi memaklumkan bagaimana pihak yang cuba untuk menangkap saya berada dalam keadaan blur dan dilema setelah didapati bukan saya yang menyampaikan kuliah sebaliknya Ustaz Nasir Zakaria yang memberi kuliah. Saya hanya menambah beberapa point atas permintaan dan dibawah selia Ustaz Nasir seorang penceramah yang bertauliah.


    Tapi jelas kelihatan dari kegelisahan dan gerak geri mereka , mereka nak tangkap juga saya pada hari itu , dan kelihatan sekitar 20 orang anggota polis beruniform telah masuk ke kawasan surau .


    Sementara majlis telah berada di penghujung. jam telah menunjukkan pukul 11.30 am . Keadaan di luar surau bagai dikepong oleh JAIS , Polis dan SB . Seorang saksi menelefon saya memberi anggaran lebih 100 orang yang bersedia untuk menangkap saya pada saat itu.


    Saya Tidak Mahu Mengalah


    Pihak penganjur mula meminta saya keluar , tetapi saya enggan keluar sehinggalah majlis selesai , kerana saya merasakan saya tidak bersalah .


    Saya faham benar langkah yang diambil oleh penganjur. Mereka tidak mahu saya ditangkap. Mereka tidak mahu pemimpin mereka ditangkap oleh pihak yang tidak demokratik dan bertamaddun itu . Ya , saya memahami hal itu , malah jika saya selaku penganjur , saya juga akan menyelamatkan pemimpin saya dari diapa- apakan oleh tangan kotor yang tidak bermaruah itu .


    Tetapi saya tidak mahu mengalah kerana saya berada di pihak yang benar . Apakah salah saya menyampaikan ilmu ? kalau ilmu yang saya sampaikan itu salah , mereka ada rakaman , mereka ada SB yang dihantar untuk mencatit , mereka boleh dakwa saya di mahkamah tanpa perlu menyerbu dan menangkap saya dengan menggunakan kekuatan anggota polis sebegitu ramai .


    Saya terus berada dalam majlis tersebut sehingga ianya selesai . Saya lihat pihak penganjur mula bimbangkan keselamatan saya . Saya menenangkan mereka.


    Saya tidak bimbangkan kekuatan manusia yang hanya dikerahkan untuk menghalang kegiatan makruf sedang mereka membiarkan sahaja pelacur selesa beroperasi biarpun disiang Ramadhan , malah saya melihat sebuah gerai yang beroperasi memberi makan kepada mereka yang tidak berpuasa , tidak jauh dari tempat program tersebut. Kenapa JAIS tidak menangkap mereka sebalik merancang untuk menangkap saya ? atau mereka bertindak atas arahan orang - orang tertentu ? apakah JAIS hanya menjadi alat orang politik yang terdesak untuk mengekalkan pengaruh politik mereka ?


    Sejurus Majlis Selesai.


    Saya terus berada dalam majlis sehinggalah majlis tersebut selesai dan saya terus bangun untuk keluar menuju kereta yang disediakan oleh penganjur untuk menghantar saya pulang ke pejabat saya .


    Semasa saya melangkah keluar , 4 atau 5 orang unit keselamatan pihak penganjur mengiringi saya keluar melalui pintu depan dan terus menuju ke kereta . Alhamdulillah , takdir Allah swt. sebegitu ramai anggota JAIS dan Polis yang mengepong , mereka tidak perasan saya meninggalkan majlis dan terus pulang ke pejabat saya.


    Dalam perjalanan saya ke pejabat , saya dihubungi oleh seorang rakan bagaimana pihak JAIS dan Polis menyerbu naik ke atas surau setelah menyedari majlis telah tamat untuk menangkap saya dan mereka terpinga - pinga melihat saya telah tiada . Mereka mengeledah 4 penjuru surau dan mereka terus mengepong surau dan mencari di persekitaran surau .


    Mereka menyangka saya menyorok di mana - mana . Malah kelihatan sebahagian dari mereka yang marah - marah kerana gagal menangkap saya . Ada yang mungkin sebelum menyamar pakai kupiah , mencabut kupiah lalu menghempasnya ke bumi penuh kecewa kerana gagal menangkap saya , ada yang meludah marah penuh kecewa.


    Saya hanya tersenyum mendengar laporan kawan sayan melewati telefon . Apa yang lucu , mereka turut mengekori mana - mana kenderaan yang keluar dari surau tersebut , bimbang kalau - kalau saya berada dalam kereta tersebut.


    Mereka mencari kenderaan saya , mereka bagai tidak percaya saya berjaya lolos dari kepongan mereka.


    Saya teringat firman Allah swt .


    و مكروا و مكر الله و الله خير الماكرين


    Mereka merancang dan Allah juga merancang dan Allah sebaik - baik perancang.

    1 Okt 2007

    KHABAR DARI BINTULU
    chedet1 Okt 2007 0 Komentar

    Assalamualaikum ikhwah,

    Beberapa khabar menarik dari bumi gas - Bintulu. Alhamdulillah, Yayasan Amal Malaysia Sarawak di Bintulu telah berjaya menggerakkan ahli-ahli menjalankan usaha dakwah bil hal di sini. Dengan sambutan penduduk setempat yang jitu melalui kutipan infaq mencecah RM 2000 dan juga pakaian, aktivis-aktivis YAM Bintulu telah menziarahi 8 keluarga dhaif di Kg Jepak dan 2 buah kampung pedalaman di sini.

    Pagi tadi aktivis YAM kembali menziarahi keluarga-keluarga di Kg Jepak untuk 'follow-up' membantu remaja-remaja dari keluarga miskin ini yang sudah keciciran dari sekolah. Alhamdulillah, kehadiran disambut mesra oleh keluarga-keluarga ini. Insya Alah, esok kami akan mengunjungi Wad Kanak-kanak Hospital Bintulu untuk Program Ziarah Hospital bersama Nisa' Bintulu dan selepas Zohor menziarahi 4 lagi keluarga dhaif di Kg Kuala Segan pula. Alhamdulillah, kerana Allah telah memberi kekuatan kepada ahli jamaah untuk terus 'excited' menggerakkan usaha dakwah dan islah masyarakat Bintulu yang begitu memerlukan cahaya Islam yang sebenar. Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah meng'istiqamah' kan kita di jalan dakwah warisan Rasululllah ini.

    www.bintulu- iqracenter. blogspot. com

    Wassalam

    " Invite mankind to the way of your Lord with wisdom and beautiful preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His path, and he is the Best Aware of those who are guided "

    -The Holy Qur'an, An-Nahl-125

    Tingkatkan 'Amal mengharap MEGA SALES Lailatul Qadar
    chedet 0 Komentar

    Malam ini, angka 20 Ramadhan akan menjelma buat sekian kali dalam hidup kita.Ianya menuntut pecutan amalan untuk menghiasi 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini. Memang menjadi lumrah di seluruh pemustautin Melayu, 10 Malam terakhir inilah menjadikan surau- surau dan masjid- masjid kembali lapang, sunyi dan suram jika dibandingkan dengan malam-malam awal Ramadhan lalu.Seksyen-seksyen tambahan yang terpaksa dibuka dan diujudkan untuk menampung pertambahan jemaah suam- suam kuku diawal Ramadhan dulu kebanyakkan nya dah terpaksa di tutup.Malah ada Surau- Surau yang dah memulangkan kembali khemah- khemah sementara yang di sewa pada awal ramadhan dulu.

    Pelbagai alasan yang telah saban tahun di "copy " dan di "paste"kan menjelma kembali dalam kamus manusia yang tidak sempat atau sengaja buat- buat tak sempat untuk menjadi tetamu dirumah Allah di 10 malam terakhir ini. Tak perlulah dibicarakan seluruh alasan- alasan yang dah sememangnya cukup popular itu. Inilah petanda bahawa LA 'AL LA KUM TATTA KUN "mudah- mudahan kamu beroleh taqwa" dalam ayat 183 AL BAQARAH itu bukan semua orang yang akan mengecapinya.
    DALAM Kelesuan semangat untuk meningkatkan ibadat dalam dada kebanyakan umat Melayu ini, Penulis ingin mengajak diri penulis dan seluruh pembaca memasukkan satu perkara lagi dalam "check List" ibadah kita tahun ini. Bermula malam ini, Mohon dihantar sebanyak mungkin ucapan "SELAMAT MENGHIASI IBADAH RAMADHAN. TINGKATKAN DAYA PECUT ANDA MENCARI LAILATUL QADAR" . sms LAH kepada seluruh saudara mara , jiran tetangga, sahabat handai dan sesiapa sahaja yang mampu kita hubungi.Mudah- mudahan cara ini membantu menguatkan amalan ibadah sesama kita. SMS ucapan HARI RAYA mohon ditangguhkan.

    Mengikut pandangan kebanyakan ulama, tanda-tanda malam Qadar ada banyak pelbagai. Cuma yang dapat dicatatkan disini ialah :

    1. malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
    2. siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
    3. pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


    MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
    ................................................................................................

    SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

    AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
    KAWASAN WANGSA MAJU
    No. Account : 564557122098
    Bank : Maybank
    Branch : Wangsa Maju

    ................................................................................................

    Disclaimer

    Disclaimer/ Penafian

    The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

    Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.