28 Sep 2007

Myanmar: 9 terbunuh termasuk wartawan Jepun
chedet28 Sep 2007 0 Komentar

Friday, 28 September 2007
YANGON: Sekurang-kurangnya sembilan penunjuk perasaan terbunuh manakala 11 yang lain cedera apabila polis antirusuhan Myanmar bertindak keras untuk meleraikan bantahan melibatkan kira-kira 70,000 penduduk, semalam.

Orang ramai dilaporkan terus berkumpul tanpa mempedulikan ancaman ditembak dan dipukul oleh pihak berkuasa, sehari selepas tindakan keras junta menyaksikan lima orang penunjuk perasaan terbunuh, semalam.

Perhimpunan itu mendorong askar melepaskan tembakan amaran ke udara dan gas pemedih mata ke arah mereka dan menyambung semula tindakan kekerasan bagi menghentikan protes.

Turut terkorban ialah seorang wartawan agensi berita Jepun, APF News, Kanji Nagai, 50, warga Jepun yang telah lama membuat liputan mengenai hal ehwal politik Myanmar.

Penunjuk perasaan melaungkan cemuhan ke arah askar dan melepaskan kemarahan mereka dengan tindakan pasukan keselamatan melancarkan serbuan ke atas beberapa buah wat pada awal pagi ini.

Saksi memberitahu, lebih 30 anggota keselamatan turut cedera apabila orang ramai menyerbu ke arah mereka dan cuba merampas senjata api dalam bantahan terburuh sejak 20 tahun.


Ketegangan meningkat di tempat lain apabila beberapa trak membawa samseng projunta tiba di wat Ngwe Kyar Yan kira-kira lapan kilometer ke utara Yangon.

Kira-kira 250 lelaki bersenjatakan batang buluh dan belantan mengepung wat tersebut.

Polis pencegah rusuhan melepaskan tembakan ke arah kira-kira 1,500 penyokong sami di wat itu.

Kerajaan mengakui seorang lelaki terbunuh dan ramai lagi cedera dalam pertempuran di sini semalam, walaupun sekurang-kurangnya lima dilaporkan terkorban.

Penunjuk perasaan yang diketuai beribu-ribu sami menuntut kebebasan demokrasi lebih luas, pembebasan aktivis politik dan pembaharuan ekonomi di negara miskin ini.

Akhbar kerajaan menuduh “pensabotaj di dalam dan luar negara” mencetuskan protes di sini dan mendakwa demonstrasi itu jauh lebih kecil daripada apa yang dilaporkan oleh media.

Di bandar kedua terbesar, Mandalay, kira-kira 50 sami mencabar askar yang cuba menghalang sami itu berarak keluar dari wat mereka.

Beberapa wat lain yang dianggap sebagai kubu gerakan prodemokrasi diserbu oleh pasukan keselamatan sebelum subuh ini, dipercayai sebagai percubaan untuk menghalang protes yang diketuai sami.

Seorang sami di wat Ngwe Kyar Yan menunjukkan kesan-kesan darah di lantai sambil berkata, sebilangan rakannya dipukul dan sekurang-kurangnya 100 daripada 150 sami di wat itu ditangkap dan dibawa pergi dengan trak.

– AP

Kerja gila HEP UIAM
chedet 0 Komentar

Oleh:Ahmad Lutfi Othman
Apa yang berlaku di kampus Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), satu-satunya universiti yang belum dikuasai Aspirasi-Umno, lewat petang semalam, membuktikan "ketamakan kuasa" mengatasi segala pertimbangan waras. Proses penamaan calon yang sudahpun berakhir tiba-tiba dibuka semula.

Memang ada alasan dan rasional (sebenarnya langsung tak masuk akal) daripada pihak HEP, tetapi motifnya jelas, yakni untuk, sedaya mungkin, menimbulkan kekecohan dan provokasi, seterusnya bagi memberi laluan sukar kepada kumpulan Pro-Mahasiswa, yang secara rasmi telahpun menang tanpa bertanding pada 9 kerusi.

(Malah, saya yakin UIAM mahu membatalkan proses pilihan raya kampus itu sendiri bagi membolehkan mereka sendiri membuat perlantikan anggota MPP. Ini disebabkan kumpulan Aspirasi-Umno terbukti tiada jalan lagi untuk mengalahkan Pro-Mahasiswa di UIAM).

Sebenarnya kumpulan Pro-Mahasiswa menambahkan lagi penguasaan kerusi tanpa bertanding apabila seorang calon Aspirasi-Umno Kuliah Kejuruteraan menarik diri. Sebelum ini hanya tiga calon mendaftar, dua lagi daripada Pro-Mahasiswa.

Dengan itu, kerusi yang dimenangi sebelum hari mengundi meningkat kepada 11 kerusi.

"Malang" bertindan-tindih kepada kumpulan Aspirasi-Umno yang dikaitkan dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu apabila dua lagi calonnya telah melanggar peraturan kempen. Mereka mempamerkan poster calon tanpa mendapat kebenaran pihak HEP. Mengikuti rekod ada calon yang terbatal kelayakan mereka selepas melakukan kesalahan serupa.

Maka, kumpulan Pro-Mahasiswa memperolehi dua lagi kerusi di Kuliah Ekonomi kerana Aspirasi hanya menghantar seorang calon di situ bagi merebut dua kerusi. Secara keseluruhan Pro-Mahasiswa "senang-senang" dapat meraih 13 kerusi dan peluangnya untuk menguasai MPP amat cerah memandangkan mereka hanya perlu menang satu kerusi sahaja lagi pada hari mengundi, 2 Oktober nanti. Majoriti mudah ialah menang 14 kerusi daripada 27 kerusi yang ditawarkan.

Sepatutnya Pro-Mahasiswa sudah menang 13 kerusi tanpa bertanding

Lantaran itu mungkin pihak UIAM menghadapi tekanan teruk daripada "taukeh politik" mereka kerana membiarkan Pro-Mahasiswa menang mudah sebelum hari mengundi lagi. Perlu ditegaskan bahawa orang di belakang kumpulan Aspirasi di UIAM ialah Presiden GPMS, Reezal Merican Naina Merican, iaitu Setiausaha Politik Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri.

Dengan notis baru itu, semua calon yang diisytihar menang tanpa bertanding, tidak boleh menarik nafas lega kerana jika pada hari penamaan calon kedua nanti, 30 September, ada pelajar lain yang menawarkan diri, maka kemenangan tanpa bertanding itu akan terbatal secara automatik. Ini bermakna calon-calon hanya mempunyai sehari setengah untuk berkempen kerana hari mengundi pada 2 Oktober tidak pula ditunda.

Bayangkan dalam waktu sesuntuk itu bagaimana calon-calon dapat berkempen dan memberi penjelasan tentang visi dan misi mereka kepada masyarakat kampus? Dari segi lain, calon-calon yang mendaftar pada 26 September kini dihukum bukan disebabkan kecuaian mereka, tetapi berpunca daripada "ketempangan" pengurusan UIAM sendiri mengatur pilihan raya kampus. Jelas, ia satu "lawak-jenaka" demokrasi yang patut dimasukkan dalam senarai rekod Malaysia Boleh!

Saya tidak fikir calon-calon yang menang tanpa bertanding itu gentar untuk menghadapi proses pemilihan, malah pertandingan akan menjadi lebih rancak dan bertambah sihat jika semakin ramai pelajar yang berminat untuk mengetengahkan bakat kepimpinan masing-masing. Bukankah kampus merupakan gelanggang paling sesuai untuk anak-anak muda kita menyuburkan potensi diri khususnya bagi mencedok pengalaman berorganisasi dan menyelami dengan lebih dekat ragam "percaturan politik" menara gading?

Peranan Prof Syed Arabi Idid

Walau bagaimanapun, tujuan pentadbiran UIAM membuka semula pencalonan itu tidak sukar untuk diteka motif jahatnya. Ia adalah rentetan taktik kotor yang dirancang sejak sekian lama, dan tambah menjadi-jadi dengan perlantikan rektor barunya, Prof Syed Arabi Idid. Sekurang-kurangnya pegawai-pegawai kanan UIAM mahu menunjukkan kepada Umno bahawa mereka telah melakukan apa juga strategi dan kaedah bagi menyekat kumpulan pelajar yang dianggap tidak selari dengan pemerintah daripada terus menguasai MPPUIAM.

Bukankah sekarang musim pegawai-pegawai kanan universiti, khususnya di peringkat timbalan-timbalan naib canselor dan dekan HEP ghairah berlumba-lumba menunjukkan "jasa-bakti" mereka kepada elit politik di Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perdana Menteri sendiri?

Di UIAM, perancangan busuk itu dikatakan bermula di pejabat Rektor sendiri apabila Timbalan Rektor HEP, Ustaz Hamidon Abdul Hamid dicurigai berupaya melaksanakan konspirasi jelik. Menurut sumber, banyak pertemuan sulit TTNC HEP yang membabitkan semua IPTA mengecualikan Timbalan Rektor HEP UIAM itu, mungkin untuk mengelak kebocoran "maklumat", walaupun hakikatnya ia sering bolos ke bilik berita Harakah dengan perantaraan tertentu.

Peristiwa "penggantungan" MPP UIAM sessi lalu selama lebih 4 bulan merupakan rakaman sejarah politik kampus terburuk yang harus selalu diungkit. Pada hemat saya, tindakan itu perlu dikutuk, bukan sahaja kerana menafikan suara majoriti mahasiswa UIAM, tetapi juga melambangkan sikap memihak pentadbiran universiti dalam "ribut di cawan kopi" sesama pelajar.

Semua pihak mesti bantah penamaan calon semula

Ia juga menunjukkan Rektor mahu terus menjalankan fungsinya dahulu (sebelum bertugas di UIAM) sebagai "petugas Umno" dan ini melanggar amanah negara untuk membina modal insan bertaraf dunia.

Saya menggesa semua pihak yang prihatin dengan perkembangan demokrasi di negara ini, khususnya parti-parti politik pembangkang dan NGO hak asasi menyuarakan bantahan rasmi terus langsung kepada UIAM. Apa yang berlaku di sana begitu menjolok mata, tak masuk akal dan sengaja mahu mencetuskan provokasi agar mahasiswa berang dan "bangun memberontak", seterusnya mudahlah pihak universiti membatalkan pilihan raya kampus berkenaan.

Seluruh mahasiswa UIAM mesti didedahkan dengan situasi sebenar di kampus mereka sendiri. Biar mereka tahu tentang segala "kebusukan" yang berlaku. Kepada semua calon yang sudah mendaftar, usah termakan umpan provokasi murahan ini. Tidak timbul isu pilihan raya kampus perlu diboikot kerana itulah yang dimahukan pihak universiti.

Apa pun mereka wajar sekali merakamkan bantahan sekeras-kerasnya, bukan sahaja kepada "abdi Umno di UIAM" itu, tetapi juga kepada Perdana Menteri, KPT dan juga Suhakam.

Maklumat perlu disebar-luaskan. Inilah masanya rakyat dimaklumkan sejelas-jelasnya tentang taktik keji golongan desperado yang sanggup melakukan apa saja kaedah bagi memenuhi nafsu serakah mereka.

27 Sep 2007

Walk For Justice
chedet27 Sep 2007 0 Komentar

Wednesday, September 26, 2007

I have never seen so many lawyers gathered at one location.

There were hundreds of them -- male, female, old and young in their white and black "uniform", in front of the Palace of Justice.
Some media reports put the number at 1,000 and more.


Earlier, as I was tearing down the KL-Seremban highway, I passed four buses which I somehow assumed were ferrying lawyers to Putrajaya for the march. I wasn't wrong.

As I approached the first entrance to Putrajaya, I found it "closed" with several police officers and men directing vehicles away.
At the second entrance, I saw policemen stopping vehicles before letting them through.
"Oh-oh," I thought. "The buses will have trouble entering."
I drove on and went into the third entrance which was free of police presence.


Along the way to the Palace of Justice where the gathering was to take place before the march to the Prime Minister's Department, I saw so many policemen stationed at several locations.

The police presence was very noticeable because you don't see that on any other day in this federal administrative capital.

I made my way to the Palace of Justice where the crowd of lawyers had gathered. Several members of the opposition parties -- DAP, Pas and Keadilan - joined the gathering for the march.
Also there were local and foreign Press covering the event. Met some former colleagues.

In front of the building, the anti-riot police stood in line. Very intimidating. No, sir, I won't mess with these guys.

As we were chatting, a helicopter hovered above.The crowd broke into applause. We waved and gave a "V" sign -- victory or peace. Whichever.
The march was to have begun at 11am but we got word that the buses ferrying the lawyers were stopped at the entrance to the federal administrative capital.
They were denied entry. It meant that they had to walk some 5 kilometeres to reach the Palace of Justice.

Among the crowd were uniformed policemen, some of whom were taking pictures of the people there.
I smiled for one of them.

We waited for the lawyers who had to make their preliminary trek to the Palace of Justice because their buses were refused entry.

Led by Edmund Bon, they arrived slowly but steadily to join the rest of their brothers and sisters for the peaceful protest march.
Bar Council president Ambiga Sreenevasan then said a few words.
Following that, a couple of lawyers spoke. There was some chanting, some applause. You know, working up the "semangat", and we were ready to walk. It was just before noon.

I could see that the crowd was really huge. It was incredible.
Thank God for the boulevard which was just perfect for the march.

I was with NST writer Aniza Damis (who was on assignment) and Ahirudin Attan (Rocky), making our way towards the PM's Department which was straight ahead.

Obviously, the peaceful "march for justice" caught everyone's attention.
It must have been quite a sight.
Hey, this was not the floral or national day parade. It was a protest march by Malaysian lawyers. By some very fine and brave people.

We reached the gates of the PM's Department.
And as fate would have it, the heavens opened. It rained. And it rained.

But the lawyers kept their faith and stood where they had arrived, their spirit unrelenting and indomitable.
Their representatives proceeded to meet an officer of the PM to hand over their memorandum.

And the rain kept on beating down on Putrajaya.

Everyone was drenched to their skin.
But who cares. They walked the talk, didn't they?
And what a walk it was.
Syabbas!

You can read the AFP story here.

And from the blogs: Rocky's Bru, X-Eyed Jules, Shanghai Stephen and Tony Yew.

26 Sep 2007

TAQWIM RAMADHAN 1428 DPPWM
chedet26 Sep 2007 0 Komentar



Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar

25 Sep 2007

PAS tawar khidmat guaman percuma kepada keluarga Nurin
chedet25 Sep 2007 0 Komentar

Azamin Amin
Tue | Sep 25, 07 | 8:44:58 am MYT
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Setelah Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dilihat bersungguh-sungguh cuba menyatakan keluarga Nurin Jazlin Jazimin yang mati dibunuh kejam itu boleh didakwa jika terdapat unsur kecuaian,PAS telah mengambil inisiatif menawarkan khidmat guaman percuma bagi membela tuduhan yang dikenakan ke atas mereka.

Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata PAS sangat kecewa dengan tuduhan dan kenyataan angkuh KPN, Tan Sri Musa Hassan mengenai isu itu dengan disokong pula oleh Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang cuba untuk memberi gambaran negatif kepada keluarga malang itu.


"Di samping membela diri,PAS juga turut akan memberi khidmat guaman percuma kepada keluarga Nurin Jazlin Jazimin jika mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan media atau pihak-pihak yang melemparkan tuduhan negatif," katanya yang menghubungi Harakahdaily semalam.

24 Sep 2007

SENDIRI TENGOK SENDIRI MAU INGAT LA.....
chedet24 Sep 2007 0 Komentar

TeNgku Adnan.. Vincent TAN.....Correct.... 2 .. Hah... Dato Ahmad Fairuz. Oh... Nooo...Tun Daim. yeeesss ..Tan Sri Chin. ... My God.... Yaaa.. PM. ... Right... Dont worried... Tan Sri Zaini.... APPoiment...tAN sRI mOKHTAR ..apa TUUU.. zaiRuddin ismail lahh..... We organise it ... 110% priority... Raja Aziz.. High COURT.
Apa Cerita Nie...


TAHNIAH BLOG ANTI KHAIRY JAMALUDDIN
chedet 1 Komentar

Oleh : Tun Telanai

Assalamu'alaikum wm.wrt
Lama saya tidak meng-up-date-kan blog saya kerana masa begitu cemburu. Mungkin saya salah seorang yang tidak bijak mengurus masa. Walau bagaimana pun, saya sedang menyiapkan satu artikel mengenai pasukan polis kita yang mana institusi kepolisan telah dilacurkan oleh UMNO laknatullah. PDRM telah sah menjadi kompenan BN yang ke-16. Ke-15 ialah SPR.

Nama UMNO sebenarnya : "UNITED MONKEY NATIONAL ORGANIZATION"
Budaya ini dibawa oleh menantu Abdullah Ahmad Badawi 'kaki tidur'. Saya begitu senang sekali apabila muncul satu blog yang bernama 'blog anti-Khairy'. Adalah menjadi tanggungjawap kita semua rakyat berusaha menghalang 'monyet' ini mendapat kuasa dalam arus perdana politik negara ini.


Saya ada juga menulis tentang budak hingusan ini. Bijak dan bijaksananya boleh mendatangkan kemusnahan agama, bangsa dan negara.


Bacalah dua artikel yang saya pilih daripada blog ini sebagai peringatan kepada kita bahaya yang akan melanda negara ini masa depan.

  • antikhairy
  • Gantung segera Ketua Hakim Negara!
    chedet 0 Komentar

    Isu pendedahan rakaman video melibatkan peguam VK Lingam septutunya menjadi tajuk utama berita yang dilaporkan diakhbar hari ini. Walaubagaimanapun pengkebumian jenazah adik Nurin Jazmin berjaya mengerhanai isu besar yang sesungguhnya telah menghakis keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman negara.

    Semalam PM Dollah Badawi telah memberikan rekasi pertamanya terhadap pendedahan ini. Kata Dollah beliau telah mengarahkan pihak polis segera menyiasat perkara ini kerana jika dibiarkan berlarutan ia akan mencemarkan imeh badan kehakiman negara.

    Cuma masalahnya dalam kenyataan yang sama Dollah seolah mempertikaikan kesahihan video tersebut. Kata beliau:

    Can we believe or accept this?

    Tambah beliau lagi diperingkat ini persoalan samada sebuah Suruhanjaya Penyiasat akan ditubuhkan tidak berbangkit kerana video berkenaan belum disahkan sahih ataupun tidak.
    Manakala TPM Najib Tun Razak pula berkata teknologi moden hari ini boleh disalah-gunakan, membawa erti video tersebut mungkin palsu (sebagaimana gambar Altantuya dengan beliau tempoh hari).
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Memang diperingkat ini apa yang penting adalah memastikan kesahihan video tersebut. Saya lebih bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa
    Polis akan segera memanggil peguam berkenaan untuk disoal-siasat. Sepatutnya PM dan TPM tidaklah perlu memberikan sebarang kenyataan yang hanya mengeruhkan suasana. Tidakkah mereka sedar yang jika kes ini berasas, bukan hanya kewibawaan badan kehakiman malah kewibawaan kerajaan yang mereka pimpin akan juga dipertikaikan.

    Sementara itu semalam juga dua bekas tokoh yang pernah terlibat dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau PBB, iaitu Tunku Aziz Tunku Ibrahim (bekas Penasihat Khas kepada Setiausaha Agung PBB mengenai Etika) dan Datuk Param Cumaraswamy (wakil khas PBB berkenaan Kebebasan Kehakiman dan Guaman) telah membuat laporan kepada BPR berkenaan kes yang sama. Malah kedua-dua mereka menuntut agar PM segera menasihat Yang Dipertuan Agong agak membentuk satu tribunal bagi menyiasat kepincangan badan kehakiman ini ekoran pendedahan video berkenaan.

    Perkembangan ini mengingatkan saya kepada kes bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988 dahulu iaitu kira-kira 19 tahun lepas. Tun Salleh kononnya mengundang murka Yang Dipertuan Agong ketika itu kerana telah mengutus surat mengadu berkenaan campurtangan badan eksekutif pimpinan PM Tun Dr M ketika itu, dalam urusan badan kehakiman.

    Kesnya tidaklah serius tetapi telah sebenarnya mengundang kemarahan PM ketika itu sehingga mengundang Yang Dipertuan Agong mengunakan kausanya bagi menyiasat Tun Salleh dan seterusnya memecat beliau. Ia dimulakan dengan surat menggantung perkhidmatan Tun Salleh yang dikelaurkan oleh PM pada 27 Mei 1988. Kemudiannya sebuah tribunal telah dibentuk atas titah Yang Dipertuan Agung dan kesudahannya sebagaimana kita ketahui Tun Salleh telah menjadi Ketua Hakim Negara yang pertama dipecat.

    Kes Tun Ahmad Fairuz ini pada saya jauh lebih serius. Jika pihak polis dapat mengesahkan kesahihan video itu dan Lingam mengakui bahawa beliau sedang berbual dengan Fairuz (di dalam video itu), bermakna PM perlu segera menggantung jawatan Ketua Hakim Negara ini dan mendesak Yang Dipertuan Agong agar segera membentuk sebuah tribunal untuk mengadilinya.

    Rakyat berhak mengetahui apakah yang sebenarnya telah berlaku, dan penyiasatan rapi tanpa penglibatan pihak politik perlu segera dilakukan. Jangan sesiapa dilindungi dalam hal ini.

    21 Sep 2007

    Sungguh Flexible kerajaan kita dengan .....?
    chedet21 Sep 2007 1 Komentar

    tuan-tuan
    1) ingat lagi kah issue PASTI dan kerajaan negeri Melaka?
    2) bagaimana pula permit ceramah - kerajaan langsung tiada flexible.

    jadi, siapa yang flexible? babi atau manusia.


    Malacca flexible with deadline to reduce pigs
    By V.P. SUJATA
    PUTRAJAYA: The Malacca state government will be flexible in its deadline to reduce the number of pigs in farms at three areas in the state, if farmers keep to their word.
    Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the state government was working on the Cabinet’s directive to find an ideal formula to reduce the number of pigs at farms that did not have proper sanitary standards.
    He added that he had met Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam on Wednesday and was told that they were negotiating on a schedule to move the pigs out of the state.
    “The parties involved have agreed on a schedule to move the pigs and this schedule is now being discussed with the state government.
    “The state government has agreed to be flexible, including in the deadline, to solve this issue, provided the farmers kept to their promises,” he told reporters here on Thursday after witnessing the signing of an agreement between Felda and Indonesia’s PT Kalpataru Investama on the planting of oil palm in East Kalimantan.
    Najib was asked to comment on the Malacca Government’s decision to reduce the number of pigs in Kampung Bukit Beruang, Kampung Man Lok and Paya Mengkuang areas to 48,000 by Thursday.
    The deadline to reduce the number of pigs from 140,000 to 48,000 was agreed upon when the state government called off an operation to cull pigs two weeks ago.
    The farmers’ plan to sell off 2,500 pigs a day hit a snag as other states blocked the entry of pigs from Malacca, following which, the Federation of Chinese Associations of Malaysia (Hua Zong) said it would bring the matter up with the Prime Minister and his deputy.
    Meanwhile, in Malacca on Wednesday, two pig farmers filed an application at the High Court to review a notice issued by the Alor Gajah local council to demolish their farm pens in Bukit Beruang, Paya Mengkuang and Bukit Bumbun in Alor Gajah.
    Lim Oh Poh and Ye Kim On sought a judicial review of the Aug 21 notice requiring them to demolish within a month, the farm pens constructed without prior written permission of the council.
    Lim said the council had sent him a letter claiming that the farm buildings did not have a plan but after the plans were submitted, the council claimed he had broken the rules and rejected his application.

    20 Sep 2007

    Mayat Dalam Beg Sah Mayat Nurin Jazlin
    أبو عمار20 Sep 2007 0 Komentar



    PETALING JAYA, 20 Sept (Bernama) — Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.

    Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.
    Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

    Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

    Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.

    Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.
    “Saya ayah Nurin… Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya.

    “Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat,” kata Jazimin kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL).

    Jazimin juga berkata beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin.

    Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya.

    Jazimin berkata beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

    Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35, telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

    Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa.

    “Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi.

    “Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.

    Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya.

    Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan “saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya sebak.

    Norazian berkata lebih memilukan perasaannya adalah apabila dalam keadaan beliau bersedih dengan kehilangan Nurin, ada pula orang yang tergamak mempermain-mainkan mereka suami isteri dan keluarga dengan membuat panggilan telefon kononnya Nurin Jazlin yang dikenali dengan panggilan “Kak Ngah” ada dalam kawalan mereka.

    Menurutnya beliau turut menerima satu panggilan semalam daripada seorang yang tidak dikenali yang memberitahunya Nurin berada dalam penjagaannya.

    “Saya dah lemah, dah tidak bersemangat lagi untuk menerima sebarang panggilan yang menyakitkan hati.

    “Sekarang ini saya harap Tuhan akan balas (tindakan kejam) pembunuh anak saya supaya setimpal dengan apa yang telah dibuat terhadap Nurin,” katanya pilu apabila mengenangkan pelbagai kesengsaraan yang dialami oleh anak perempuannya itu sejak sebulan lepas sebelum mayatnya disumbat di dalam beg.

    Mangsa dibunuh 24 jam sebelum mayatnya ditemui dalam beg yang ditinggalkan di tangga premis perniagaan tiga tingkat di kawasan itu.

    Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati pembunuh telah memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektum mangsa pecah hingga dijangkiti bakteria antara faktor yang menyumbang kepada kematian menyayatkan kanak-kanak itu.

    Fizikal kanak-kanak itu yang ditemui mati dengan keadaan “kurus kering” selain dengan pelbagai kesan lebam pada badannya menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya semasa membuat pengecaman pertama kali Isnin lepas.

    Imej kanak-kanak itu kemudian disiarkan dalam semua media tempatan, menyaksikan banyak pihak yang bersimpati menawarkan ganjaran wang kepada mereka yang dapat memberikan maklumat hingga tertangkapnya pembunuh kes itu.

    Selain media tempatan, media asing turut membuat liputan perkembangan semasa kes itu.

    – BERNAMA
    -----------------------------------------------
    innalillahi wainnailaihirojiun.. ya Allah, segerakanlah kemenangan Islam dibumi Malaysia semoga hukumanmu tertegak..

    Batu Enam tidak Buruk lagi
    chedet 0 Komentar

    Oleh amdang81

    "Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah ceramah di Batu 6 malam tadi berjalan dengan baik tanpa sebarang gangguan dan provokasi. Program 2 Jam bersama Mat Sabu. Aku yang pergi agak lewat, kira-kira kul 10.15 bertolak dari rumah pun masih sempat sampai ketika Mat Sabu baru nak memulakan ucapan. Seorang kawan menghantar SMS yang berbunyi "Jika suasana panas, royak la". Aku senyum. Seorang kawan yang aku kenal bukan kaki mendengar ceramah, tapi cukup komited dengan perjuangan Islam. SMS itu aku tidak balas walaupun pada mulanya terdetik mahu membalas dengan sindiran.


    Jam 10.30 aku dah sampai di Batu 6. Umah aku dengan Batu 6 tak jauh. Tapi aku tidak fikir untuk berjalan kaki sahaja. Orang dah ramai dan masih ada yang masih datang. Lautan manusia yang aku lihat berkopiah, berserban, bertudung, bertelekung kain sembahyang pun ada, tak berkopiah, T-shirt, jeans, kain pelikat, dan ada juga terselit seorang Cina berseluar paras lutut sambil mulut mengunyah sesuatu. Dari jauh kelihatan pentas ceramah. Cukup ramai!. Mat Sabu kelihatan sebesar kepala mancis sahaja dari tempat aku duduk. Kebanyakan hadirin yang hadir duduk dengan beralaskan tikar yang dibawa. Ada juga yang menggunakan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian sebagai alas.

    Aku berkira-kira mahu mengambil gambar suasana pada malam tadi. Tenang dan cukup hening walaupun lautan manusia yang berkumpul di Padang Bola itu. Tapi hasrat itu aku pendam sahaja kerana orang Terengganu sekarang agak fobia dengan camera. Fobia kerana hadir ceramah ni MERBAHAYA dan mengancam KESELAMATAN NEGARA. Sesiapa yang gambarnya ditangkap dan dimasukkan dalam akhbar, dia akan dilihat sebagai PESALAH. Jika tidak bersalah sekalipun, mereka akan dianggap bersalah. Itu mentaliti yang cuba disemai oleh Media. Siapa yang mengarahkan menyiarkan gambar itu?

    Aku tidak berniat mahu mengulas apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu pada malam tadi, tapi cukup untuk aku nyatakan suasana ceramah malam tadi cukup AMAN dan TENTERAM. Walaupun bedilan mercun yang sayup-sayup kedengaran, namun ketiadaan PELURU HIDUP dan GAS serta AIR ASID lah yang memastikan ceramah malam tadi berjaya tanpa sebarang insiden. Aku tak tahu jumlah sebenar yang berkumpul pada malam tadi, namun hasil derma yang dikutip berjumlah RM 11 000.00 lebih. Turut didermakan sebentuk cincin perak dan beberapa jumlah wang dalam mata wang asing. RM 11 000 adalah satu jumlah yang cukup besar sebenarnya apatah lagi apabila masing-masing berada di tengah bulan. Namun aku rasa, kehadiran yang ramailah yang menjadi faktor banyaknya kutipan pada malam tadi.


    Mat Sabu selesai awal ceramah. Sekitar jam 11.40 aku rasa. Selepas itu semua berjalan keluar dengan baik dan tenang. Aku lihat ada juga beberapa kenderaan polis di tempat ceramah. Mungkin menjalankan tugas merakam apa ucapan Mat Sabu dan juga memastikan keselamatan tempat ceramah. Atau juga mereka datang untuk mengecam beberapa individu yang gambarnya tersiar di akhbar kelmarin. Ada kemungkinan!.

    Apa lagi yang mahu aku ulas tentang ceramah PAS. Itulah gambaran yang biasa berlaku dan akan terus berlaku. Orang ramai datang ceramah, penceramah berceramah, kadang-kadang ada sedikit takbir, kutipan derma kepada yang memerlukan atau sempena pelancaran tertentu dan tamat. Kemudian hadirin akan bersurai secara aman. Jika mahu singgah di gerai yang ada pun ada juga berbuat demikian. Terpulang pada individu terbabit, namun jelas dan terang semuanya aman dan selamat. Tenteram dan tiada sebarang provokasi.

    Isi ceramah PAS juga tidak pernah menyuruh penyokong PAS bakar bendera, tidak pernah suruh penyokong PAS lakukan huru-hara, tidak pernah suruh pukul anggota polis apatah lagi menembak polis dan meletupkan mereka. Mungkin sedikit yang tidak disenangi dengan ceramah PAS adalah bilamana penyokong disuruh pilih yang baik, buang yang buruk. Undi yang baik, tolak yang lapuk. Pilih pemimpin yang beriman, tolak pemimpin yang bergelumang dosa dan maksiat. Pemimpin yang adil disanjung, pemimpin yang zalim disanggah.

    Turut menjadi kelaziman yang disebut dalam ceramah adalah pilih Islam, tolak Ajaran Hadhari. Sesekali ada juga diselit kisah rasul-rasul dan sahabat. dibacakan hadis dan ayat Quran. Juga diselit lawak yang sedap didengar sebelah pihak, tapi pedas pada sebelah pihak. Itu lumrah. Kita tidak mampu membahagiakan semua orang. Selagi mana kita ikut panduanNya, berjalanlah kita. Yakinlah kita betul dan benar bilamana kita mengikut panduan dari Nya.

    Ada yang mengatakan ceramah PAS banyak maki hamun. Kutuk orang itu dan kutuk orang ini. Aku berfikir juga, orang bagaimana harus dipuji, orang bagaimana harus disanjung. Kaki rasuah? Kaki betina? Kaki Judi? Orang yang tembak orang? Orang yang lakukan provokasi? Orang yang halang ceramah? Orang yang benarkan maksiat? Idris Jusoh? Orang yang sesat dengan ajaran Hadhari? Aku bukanlah bersetuju 100% dengan isi ceramah PAS, terutama beberapa individu yang dilihat agak keras. Namun, aku juga tidak menolak ucapan dan ceramah yang dibuat kerana kekerasannya semata. Aku nilai kembali apa yang diperkatakan dengan kebenaran fakta dan hujah. Ada kalanya mereka tepat mengatakan seseorang itu jahat kerana memang bersifat jahat. Apakah kita nak kata seorang perogol itu seorang yang sopan? Atau kita nak puji seorang yang menembak orang awam?

    Tembak, tembak, tembak dan tembak. Kenapa itu yang aku ulang? Kalian tak tahukah yang 2 orang pemuda ditembak di Batu Buruk oleh polis dengan peluru hidup? Kedua yang ditembak mahu didakwa cubaan membunuh. Polis yang menembak dibiar bebas tanpa sebarang dakwaan? Mahu dipujikah penembak itu? Salahkah aku mengutuk perbuatan menembak orang awam itu?? Salahkah aku wahai polis-polis sekalian?? Ini tidak, yang ditanya siapa bakar bendera. Ba wau da wau ha!!!

    Nota: Agaknya Ba wau da wau ha itu lebih sopan agaknya

    http://amdang81.blogspot.com

    19 Sep 2007

    ISLAM HADHARI KONONNYA?????
    chedet19 Sep 2007 0 Komentar

    Selepas Suwandi terlepas peluang jadi syuhada demokrasi
    chedet 0 Komentar

    Oleh Ahmad Lutfi Othman (artikel penuh boleh diperolehi dari http://tranungkite.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3784&mode=&order=0&thold=0)

    TRAGEDI berdarah di Batu Burok, Terengganu, 8 September lalu - selain diingati kerana tembakan peluru hidup oleh anggota polis sehingga hampir menyebabkan kematian seorang peserta demonstrasi - dilihat secara songsang oleh banyak pihak apabila media mengeksploitasikannya bagi memburuk-burukkan PAS, yang semakin berkemampuan mencipta kejutan di negeri ini, sekali gus menafikan ego BN dalam pilihan raya akan datang.
    Memandangkan Terengganu, sejak pilihan raya pertama selepas merdeka, menyaksikan saingan sengit antara PAS dan Umno, maka insiden berkenaan terus menjadi bahan polemik yang cukup menarik. Ia tidak dapat lari daripada ditanggap dengan pelbagai persepsi, bermula dari debat kedai kopi hingga ke sidang Parlimen, manakala RTM tanpa silu memainkan lagu lama propaganda menterinya, Zam dan PAS pula menjadikan isu ini sebagai bahan utama untuk menarik lebih ramai audien ke pentas ceramahnya.

    Orang ramai malam itu datang untuk mendengar penjelasan tentang tuntutan pilihan raya adil dan bebas. Program sama, anjuran Bersih itu sudah diadakan di seluruh negara, dan mendapat sambutan memberangsangkan, namun tidak pernah menimbulkan reaksi yang menggugat keselamatan. Ia berbentuk pendidikan politik bagi mematangkan kesedaran rakyat kepada ciri-ciri negara demokratik dan sistem pilihan raya yang sepatutnya diamalkan.

    Mereka, yang sebahagian besarnya berkain pelikat, bukan datang untuk berdemonstrasi, tapi mahu mendengar ceramah Mat Sabu, Dato' Mustafa Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Leong Ngah Ngah, satu rutin malam minggu bukan hanya di Terengganu, malah di seluruh negara.
    Suasana tegang hanya berlaku selepas pihak polis, di saat-saat akhir, tidak membenarkan majlis ceramah diadakan di sebuah premis persendirian, yang selama ini kerap menjadi tuan rumah program seumpama itu, termasuk membabitkan pemimpin kanan pembangkang semasa era reformasi, seperti Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Malah saya yakin jika polis tidak memberi izin pun, tanpa sebarang provokasi jahat, orang ramai yang memenuhi kawasan berkenaan dapat bersurai dengan baik. Pemimpin PAS dan penyokongnya begitu berpengalaman menghadapi situasi sedemikian.

    Menarik juga ungkapan Dato' Husam Musa: "Buruk sangatkah kesan perhimpunan di Batu Buruk itu sehingga tidak ada toleransi boleh ditimbangkan? Berapa banyak perhimpunan serupa di seluruh negara berjalan dengan aman? Apa istimewanya polis Terengganu untuk tidak mengambil sikap seperti rakan polisnya di seluruh Negara? Jika hanya 500 hingga 750 orang sahaja pendengar yang hadir, apa sangat yang perlu dirisaukan oleh polis? Apa perlunya polis meruntuhkan pentas tempat ceramah itu dijadual diadakan dan tidakkah itu boleh dikira di luar bidang tugas polis?"

    Saya dimaklumkan peristiwa malang itu pada jam 11 malam, melalui SMS ketika dalam perjalanan pulang dari majlis kahwin cucu Pak Said Zahari di Subang Jaya. Saya cuba hubungi teman-teman di KT, tetapi tiada respons. Saya langsung tidak menyangka seorang daripadanya sudahpun ditangkap kerana dilihat cuba merakamkan aksi-aksi "keganasan" polis. Esoknya, Ahad, saya terlantar, pening kepala mungkin dek terlebih makan kuzi kambing.

    Pagi itu, banyak panggilan dan SMS tidak terbalas. Menyedari harakahdaily tidak dikemaskinikan, saya gagahi juga ke pejabat menulis pandangan awal, sambil menekankan suasana aman-tenteram negara banyak disumbangkan oleh sikap terbuka pembangkang menerima kekalahan, walaupun menyedari pemerintah sering menang pilihan raya secara penipuan, manipulasi, rasuah dan tipu-helah. Di negara lain, jika pilihan raya pincang, apatah lagi kalau SPR memihak, aktivis oposisi bangun mencabar sehingga jalan raya kerap merah dengan darah, namun di Malaysia, parti-parti pembangkang berkepala dingin reda dengan apa jua keputusan.
    Perlu ditekankan bahawa tragedi berdarah di Batu Burok ini berpunca daripada majlis ceramah anjuran Bersih, bukannya tajaan PAS atau KeADILan. Ingat Bersih, ingat tuntutan demokrasi. Dan ia mengimbau tulisan saya, Jun 2006, bertajuk "Syuhada demokrasi dan budaya kagum".

    Penutup artikel itu berbunyi: "Isu pemerkosaan terhadap demokrasi kerap diulang tayang, namun jalan keluar masih dilingkari kekeliruan dan keserabutan. Apa lagi tiada keazaman politik yang tinggi untuk merubah. Memang segalanya serba sukar. Meragut kebebasan dan hak yang hilang perlu stamina berterusan, di samping arif benar pelbagai kaedah untuk merebutnya kembali. Atau apakah kita memerlukan pengorbanan syuhada atas perjuangan memulihkan demokrasi ini sebelum satu lonjakan baru tercapai?"

    Ya, perlukah kita menanti seorang syuhada demokrasi selepas Suwandi Abdul Ghani, 38, terlepas peluang itu!

    13 Sep 2007

    Kenaikan harga ayam: Kerajaan seolah-olah langsung tiada kuasa
    chedet13 Sep 2007 0 Komentar

    Roy Rasul
    KUALA LUMPUR, 12 Sept- Kenaikan harga ayam di pasaran menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang kuasa untuk menetapkan harga silingnya.

    Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam sekitar PAS, Dr Mariah Mahmud berkata, ini kerana kerap kali ada bantahan daripada kumpulan-kumpulan peniaga dan pembekal kerajaan tewas dengan mereka.

    Manakala rakyat pula katanya, sudah mangli dan akur biarpun mereka tidak mendapat pembelaan daripada kerajaan.

    "Fenomena ini sering berlaku setiap kali kita menyambut puasa dan hari raya dan harga barang akan naik. Ini sudah termaklum rakyat bagaikan mempunyai reaksi biasa.

    "Secara saikologinya situasi seperti itu membuatkan rakyat 'give-up" kerana apabila ada kena mengena dengan kepentingan rakyat mereka terpaksa membayarnya," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.


    Semalam Penasihat Persatuan Pemborong Ayam Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Lee Chong Meng, berkata kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan kos pengeluaran yang naik terutama bahan makanan ayam ternakan yang turut naik mendadak di pasaran.

    "Kenaikan berlaku sekurang-kurangnya sekali ganda sejak awal bulan lalu. Malah jika penternak masih terikat dengan harga ditetapkan kerajaan, mereka (penternak) akan mengalami kerugian," kata Lee yang dipetik sebuah akhbar tempatan.

    Dalam pada itu, Dr Mariah berkata memang senang seseorang pemimpin membuat cadangan agar memboikot harga ayam.

    Katanya, walaupun hanya seminggu diboikot pengguna harga ayam jatuh tetapi mereka kena ingat harga ikan pula akan naik.

    Akhirnya beliau berkata, rakyat terbanyak tidak ada ketahanan seperti kata pepatah 'mentimun dengan durian' digolek luka menggolek pun luka.

    "Begitulah keadaan rakyat negara ini biarpun merdeka 50 tahun tapi masih tertindas bukan saja minda tetapi mereka tidak boleh berbuat apa-apa," katanya.

    Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (adun), Anak Bukit, Amuruddin Hamzah berkata, kenaikan harga ayam adalah kesan kenaikan harga minyak.

    Apatah lagi katanya, kos perbelanjaan harian semakin meningkat dan keadaan itu diambil kesempatan peniaga.

    Malah katanya, yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, kerajaan juga perlu mengambil sikap proaktif dalam memastikan apakah benar dakwaan bahawa kos bahan makanan ternakan meningkat sebagaimana didakwa para penternak baru-baru ini.

    "Kalau itu hanya alasan mereka harus bertindak untuk menetapkan harga siling dalam keadaan munasabah dan kemudiannya membuat pemantauan dan diikuti untuk membuat keputusan untuk dikuatkuasakan," katanya.

    Dalam masa sama katanya kerajaan perlu menagmabil tindakan jangka panjang untuk mengeluarkan produk makanan sendiri tanpa bergantung kepada negara luar.

    Katanya, seharusnya ada usaha yang serius ke arah itu kerana ia sekali gus dapat mengurangkan harga dalam pasaran tempatan.

    Ini katanya, bebanan kenaikan harga barangan akan ditanggung pengguna

    Justeru itu katanya, kehidupan rakyat akan lebih susah daripada sebelum ini.

    Gabungan Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) pula berkata, kegiatan menaikkan harga ayam menyalahi peraturan sebagaimana ditetapkan kerajaan.

    Pengarah Perhubungan Korporatnya, Yusuf Abdul Rahman berkata ini kerana ada peniaga yang menaikkan harganya daripada RM6.50 hingga RM7.00 sedangkan untuk musim perayaan kerajaan hanya bercadang menetapkan lebih kurang RM5.60.

    "Ini satu tindakan yang tidak wajar dan jika ada peniaga yang berbuat demikian pengguna boleh membuat aduan kepada persatuan pengguna ataupun kepada penguatkuasa kementerian," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

    Bagaimanapun beliau juga berharap kerajaan mengambil tindakan tegas dan mengotakan amaran mereka kepada para peniaga.

    Malah katanya kerajaan mesti menjalankan pemantauan secara berterusan terutamanya di kawasan luar bandar.

    "Biasanya di kawasan luar bandar mereka tiada akses untuk membuat aduan dan di situ pihak berkuasa perlu menjalankan pemantauan secara lebih kerap dan berkala bagi membantu masyarakat luar bandar agar mereka tidak sewenang-wenangnya diambil kesempatan oleh peniaga," katanya.

    Dalam pada itu katanya pengguna boleh membuat aduan aduan kepada pusat khidmat aduan nasional iaitu di talian 03-78779000 atu email nccc@nccc.org.myAlamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya - mns

    12 Sep 2007

    isu keganasan Polis di Batu Burok Terengganu.
    chedet12 Sep 2007 0 Komentar

    Oleh : Herman Sanudeen

    Dua tiga hari ini ana melihat bahawa kita banyak tertumpun pada isu keganasan Polis di Batu Burok Terengganu.

    Ana bukan tidak minat pada isu ini, tetapi pada masa ini ana juga melihat bahawa isu ini tidak banyak memberikan faedah pada kita. Kebanyakan web dan media pembangkang asyik ulas isu ini berulang-ulang hingga menyebabkan pemimpin dan ahli kita terpaksa memecah keringat untuk berfikir isu ini dan cuba memperjelaskannya.

    Hakikatnya semua ahli kita tahu bahawa itu adalah sabotaj Polis.

    Dalam masa yang sama memang patut kita merangka strategi bertahan pada waktu ini. Tetapi dalam kita mempunyai peluang yang sama untuk menyerang ana rasa cukuplah kalau kita bagi pimpinan dalam Jawatankuasa Bersih yang menjawabnya.

    Di pihak Wilayah suka ana cadangkan untuk kita tumpukan isu ekonomi (kenaikan harga ayam dan barangan sempena Ramadhan) dan juga isu pembaziran/rasuah yang didedahkan oleh Ketua Audit Negara.

    Kalau kita baca dalam surat khabar, memang isu Batu Burok diulang-ulang oleh media Kera-jaan BN. Tapi kalau kita baca diruangan forum dan rencana kebanyakan rakyat dan penulis lebih suka bincangkan isu pembaziran kementerian.

    Jadi ini adalah peluang kita untuk membawa suara rakyat dan mendesak agar Pak Lah dan Ketua setiausaha Negara serta BPR mengadakan siasatan khas dan membentangkan laporan terperinci pada rakyat dalam tempoh terdekat.

    Mungkin kita buat memorandum atau bentuk-bentuk demontrasi bagi mengalihkan pandangan masyarakat dari berfikir tentang isu Batu Burok dalam versi negatif seperti yang dimahukan oleh BN.

    Ini adalah cadangan, terpulanglah pada jawatankuasa dan KP untuk fikirkan. Cuma ana tak nak kita bazirkan seluruh tenaga dan fikiran kita dalam isu yang merugikan kita.

    Rusuhan Penyokong BA adalah Provokasi SB Kata Ketua Polis Terengganu
    chedet 0 Komentar

    Isu keganasan polis pada 8 September 2007, di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu kini sedang dimanipulasi oleh media arus perdana yang menyifatkan kejadian itu sebagai rusuhan penyokong Barisan Alternatif (BA).

    Menurut Berita Harian, kejadian yang berlaku di Batu Buruk sebenarnya telah ditimbulkan oleh anggota Cawangan Khas (SB) yang kononnya ingin menghadiri Ceramah yang dianjurkan oleh BA. Ini adalah politik kotor mereka bagi memomokkan imej buruk BA. Umpan ini mengena dengan beberapa respon kecil yang diberikan oleh segelintir penyokong yang dihalang menyertai Ceramah dan Perhimpunan Aman anjuran BA itu.

    Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob yang ditemui oleh akhbar Berita Harian, berkata kira-kira 11.45 malam, seorang anggota polis menjalankan tugas berhampiran kawasan tempat letak kereta Permai Inn dihampiri kira-kira 20 lelaki yang bertindak mengugut dan memukulnya dengan kayu.

    “Ketika hendak beredar, seorang lagi lelaki memegang bahunya dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis daripada Cawangan Khas dan terus bertindak memukul mangsa dengan kayu menyebabkan mangsa terjatuh."

    “Penyerang terbabit berterusan menyerang anggota berkenaan hingga terkena kepala menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan senjata dan melepaskan dua das tembakan bagi mempertahankan diri. Tembakan itu menyuraikan kelompok lelaki yang menyerangnya dan dia sempat lari ke arah pasukan FRU di kawasan berhampiran,” katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam. (Berita Harian, 10 September 2007)

    Isu rusuhan ini adalah strategi BN untuk memancing undi rakyat dan menolak BA. Hakikatnya, kita harus terus menerus mengingatkan rakyat tentang kezaliman BN, khususnya dalam Pilihanraya di Ketari, Machap dan Ijok.

    Paparan ini harus disajikan pada rakyat untuk melihat siapakah samseng sebenar.

    2 Orang mangsa kezaliman Polis iaitu Encik Swandi bin Abd Ghani, 37 tahun telah menggalami kecederaan parah dan telah dipindahkan daripada Hospital Besar Kuala Terengganu ke Hospital Kubang Kerian, Kota Bahru, beliau masih dalam keadaan yang amat kritikal. Mangsa kedua, Encik Mohd Azman Bin Abd Aziz, 21 tahun juga mengalami kecedaraan parah dan masih dirawat di Hospital Besar KualaTerengganu.

    Kedua-dua mereka cedera akibat tembakkan peluru hidup oleh seorang konstabel Polis. Diharapkan agar pihak Polis dapat memberikan siasatan yang adil dan jawapan tulus terhadap insiden seorang anggota Polis yang dibenarkan mengunakan peluru hidup bagi menghadapi perhimpunan rakyat yang tidak bersenjata.

    Tanpa kita sedari, isu ini sebenarnya adalah perangkap politik Barisan Nasional (BN) yang mahu memperlihatkan 'keganasan penyokong BA' dan melupakan isu Rasuah serta Pembaziran di kebanyakkan Kementerian seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara Jumaat lalu.

    Dalam kita melayan kemarahan ekoran kezaliman Polis ini, kita juga harus memberikan desakan yang hebat kepada pihak Kerajaan, khususnya Polis dan Badan Pencegah Rasuah bagi mendakwa mereka-mereka yang terlibat dalam pembaziran dana awam di peringkat Kementerian yang dilaporkan melebihi puluhan juta.

    Kita mahu laporan dan tindakan segera dari BPR bagi memastikan perkara sedemikian rupa tidak berlaku dalam episod Kewangan Negara Tahun 2007. Implikasi massa terhadap perkara ini begitu besar hingga menyebabkan rakyat turut sama merasainya melalui kenaikkan harga barang ekoran tindakan Kerajaan menaikkan harga bahan api tahun lalu.

    Kita tidak mahu pegawai-pegawai kanan Kerajaan yang memiliki pendapatan 5 angka terus berkuasa dan mencuri dana negara dengan pelbagai helah. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan sukan serta di Kementerian lain yang terlibat harus disoal siasat dan dipecat segera. Kita mahukan seorang penjawat awam yang jujur dan tidak korup seperti mereka untuk menguruskan dana negara sekaligus membantu memacu intergriti perkhidmatan awam negara ini.

    Ingatlah, kita tidak boleh membiarkan perkara ini dipandang sepi hingga menyebabkan kerugian yang lebih banyak dipihak kita.

    Apa yang penting adalah desakkan agar pihak Polis menyiasat kedua-dua perkara ini dan memberikan jawapan segera pada rakyat.

    11 Sep 2007

    Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketua Polis Negara (KPN) Perlu Letak Jawatan Segera !
    chedet11 Sep 2007 0 Komentar

    Oleh Mohd Ezli Mashut (LL.B Hons) - Laman M@RHAEN

    --------------------------------------------------------------------------------
    Insiden ‘rusuhan polis’ dalam menyuraikan perhimpunan politik terbaru pada 9 September di Batu Buruk dan Jalan Sultan Mahmud Terengganu membawa satu lagi episod hitam yang memberikan implikasi negatif terhadap integriti, kredibiliti dan professionalisme pasukan polis. Apakah kewajaran pihak polis pencegah rusuhan dengan menimbulkan suasana ‘huru-hara’ dalam menyuraikan perhimpunan ceramah politik yang memerlukan polis pencegah rusuhan bertindak keras dan diluar batas kemanusiaan.
    Malahan dilaporkan juga penggunaan peluru hidup dalam usaha menyuraikan perhimpunan ini perlu membawa kepada suatu siasatan rasmi dan terperinci. Alasan membela diri yang didakwa pihak polis memerlukan satu justifikasi undang-undang apakah kewajarannya pihak polis yang lengkap bersenjata perlu menggunakannya ketika berhadapan dengan rakyat Malaysia yang tidak bersenjata. Perlu diperingatkan kita baru sahaja merayakan kemerdekaan negara ke-50 dan bukan dalam suasana darurat atau menghadapi ancaman pengganas komunis.

    Adalah ditegaskan di sini setelah beberapa insiden memalukan pasukan polis seperti :

    Pembunuhan kejam warga Mongolia dengan C4 oleh UTK.
    Insiden anggota polis membelasah warga Indonesia yang merenggangkan hubungan dua hala Kuala Lumpur dan Jakarta.
    Kenyataan Bekas Ketua Polis Negara yang mengatakan 40 peratus anggota polis boleh disabitkan dengan dakwaan rasuah.
    Penutupan kes rasuah Ketua Polis Negara dan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang dipersoalkan sehingga kini.
    Ada lagi tetapi sekadar catatan ringkas sahaja.
    Episod hitam di atas telah mencalarkan imej negara malahan orang yang dipertanggungjawabkan menjaga pasukan polis kini dipersoalkan. Kita percaya dan yakin kepada kewibawaan pasukan polis malahan pasukan polis telah banyak menyumbang dan berkorban untuk kesejahteraan negara.

    Sebagai seorang warganegara Malaysia kita menyuarakan ketidakpuashatian kerana terdapat segelintir pemimpin parti pemerintah terus menerus
    mempergunakan pasukan polis untuk kepentingan politik mereka kini setelah melihat arus perubahan masyarakat semakin bertiup kencang ke arah perubahan pada pilihanraya ke-12 kelak. Malahan kita juga cukup yakin bahawa majoriti anggota pasukan polis tidak mahu dipergunakan sebagai alat untuk mengekalkan pimpinan negara yang rasuah dan zalim.

    Kita juga masih mempersoalkan fungsi sebenar pasukan cawangan khas polis atau ‘Special Branch’ dalam hal ehwal negara. Terdapat juga ‘cakap-cakap orang ramai’ bahawa di sebalik sesuatu kejadian dalam perhimpunan aman di cemari dengan tindakan provokasi oleh pasukan ini yang berpakaian orang awam dan melakukan aksi-aksi yang boleh membawa suasana aman menjadi kacau bilau.

    Malahan di akhbar juga ada memaparkan aksi gambar seorang perusuh sedang membakar jalur gemilang. Kita juga mempersoalkan ketulenan gambar ini apakah benar ianya tindakan orang awam atau agen-agen khas yang dilatih polis atau orang upahan daripada parti pemerintah untuk menimbulkan suasana tidak tenteram dalam sesuatu perhimpunan aman rakyat di Malaysia yang diadakan oleh parti pembangkang. Senario ini sering berlaku ketika mana perhimpunan aman ketika era reformasi dahulu.

    Justeru itu satu rombakan besar-besaran di peringkat atasan perlu dilaksanakan segera. Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara perlu meletak jawatan segera. Satu Tribunal yang mendapat mandat terus daripada Yang Di Pertuan Agong (YDPA) perlu dilakukan. Malahan yang terpenting adalah tindakan selepas ini bukan kita perlu gah dengan wujudnya suruhanjaya dan tribunal tetapi apabila tamat siasatan tiada tindakan dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu juga memohon perkenan YDPA supaya memandang isu ini sebagai insiden yang perlu perhatian khusus Majlis Raja Raja untuk mengembalikan kembali keyakinan rakyat terhadap pasukan polis. Jika ianya tidak ditangani segera ia akan menjejaskan iklim ekonomi dan pelaburan asing di Malaysia kerana ketenteraman negara dipersoalkan.

    Kenyataan Tun Hanif Omar bekas Ketua Polis Negara yang lama berkhidmat baru-baru ini juga mengundang banyak polemik dan persoalan
    integriti pasukan polis. Kita menyatakan pendirian ini kerana kasihnya kita kepada pasukan polis yang majoritinya mempunyai kredibiliti yang tinggi dan mahu menyelamatkan pasukan polis daripada imej negatif kepada masyarakat.

    Di samping itu juga kita mendesak pasukan polis sempena Malaysia mencapai kemerdekaan ke-50 menunjukkan usia matang dalam menangani persoalan politik. Pasukan polis perlu bertindak adil kepada semua parti politik di Malaysia. Mereka perlu memahami kini negara di ambang pilihanraya ke-12 bila-bila masa sahaja. Justeru tindakan professionalisme pasukan polis adalah dituntut.

    Kita juga mengingatkan kepada parti pemerintah tidak perlu mengeluarkan kenyataan di media –media massa untuk melaga-lagakan pasukan polis yang taat setia kepada YDPA dengan parti pembangkang. Malahan ini semua adalah ‘taktik kotor’ biasa parti pemerintah apabila semakin terdesak untuk meraih sokongan rakyat ketika mana selepas pengumuman Budget 2008 sokongan kepada pemerintah semakin menurun dan merudum teruk.

    Pasukan polis adalah hak milik rakyat Malaysia keseluruhannya. Kepada pimpinan UMNO yang kian terdesak kini yang selalu mengambil kesempatan untuk meraih sokongan politik apabila timbulnya suasana seperti ini. Rakyat Malaysia sudah matang. Maklumat tepat boleh diperolehi daripada pelbagai sumber. Oleh itu tidak perlu untuk membuat satu provokasi lagi antara parti pembangkang dan pasukan polis dengan menjadi batu api untuk meraih sokongan politik pada PRU-12 kelak.

    Selain itu juga kita mencadangkan dalam kes-kes seumpama ini, anggota polis adalah tidak dibenarkan untuk membawa senjata api tetapi dengan perkembangan teknologi terkini sudah ada alat-alat alternatif lain untuk mempertahankan diri seperti pistol elektrik dan lain-lain lagi. Penggunaan senjata api perlu dihadkan kepada tugas-tugas untuk memerangi penjenayah sahaja.

    Fungsi pemberian permit perhimpunan politik daripada pihak polis juga perlu dikaji kerana ianya sudah tidak lagi releven kini. Adalah lebih baik ianya dihapuskan dengan menghormati prinsip kebebasan di Malaysia. Apakah kewajarannya permit diperlukan jika program itu datangnya daripada bukan parti pemerintah tetapi jika ianya parti pemerintah tidak timbul isu ini. Inilah yang menimbulkan suasana bias dalam sistem demokrasi Malaysia.

    Akhirnya kita mengharapkan masyarakat tidak terperangkap dengan mainan kotor pihak pemerinta yang mengunakan pihak media untuk melaga-lagakan pasukan polis dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Ayuh kita bangun untuk selamatkan Polis DiRaja Malaysia dan semoga Malaysia dijaga oleh PDRM yang taat setia kepada ‘ Keadilan , Keamanan dan Keberkatan.


    Mohd Ezli Mashut (LL.B Hons)
    ezli007@hotmail.com

    10 Sep 2007

    LAGI KEBIADAPAN YANG PERLU DIBENTERAS
    chedet10 Sep 2007 0 Komentar

    Dua cedera parah ditembak polis di Batu Buruk
    Sep 9th, 2007 by syahid86

    Sun | Sep 09, 07 | 12:27:37 PM

    KUALA TERENGGANU, 9 Sept (Hrkh) - Dua cedera parah ditembak peluru hidup oleh polis manakala berpuluh-puluh cedera dalam pertempuran antara orang ramai dan polis di Batu Buruk petang dan malam semalam.

    ImageDua yang terkena peluru hidup polis itu masih dalam wad pembedahan Hospital Kuala Terengganu.

    Kecederaan berlaku di pihak orang awam dan juga polis manakala berbelas-belas telah ditahan sehingga kini termasuklah wartawan TVPAS.

    Wartawan TVPAS, Suhaimi Taib sehingga kini masih ditahan polis.


    Antara pemimpin PAS yang turun ditahan adalah bekas anggota Parlimen Kuala Nerus, Mohd Shukrimun.

    Pertempuran berlaku ekoran tindakan merobohkan pentas yang dibuat untuk majlis ceramah anjuran Bersih oleh polis dan pihak berkuasa tempatan.

    Ketegangan berlaku sejak petang lagi apabila sekatan dibuat ke arah tempat majlis ceramah yang hendak dianjurkan itu.

    Peluru hidup untuk warga PAS, Babi Melaka masih hidup bebas
    Begitulah lumrah dunia zaman sekarang! Cemerlang, Gemilang, Terbilang!

    Manusia manusia penyokong Parti Politik Pembangkang yang berkumpul di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu untuk mendengar ceramah dibelasah dan ditembak terus parah tercedera dek dibedil peluru hidup anggota Pasukan Simpanan Persekutuan atau nama glamor mereka FRU manakala beratus ribu ekor Babi Babi Melaka hidup riang bergumbira dan bertemasya di tanah Melaka, Bandaraya Bersejarah!

    Betapa terpusing dan terpesongnya nilai nilai 'kemanusiaan' yang diamalkan oleh Polis DiRaja Malaysia didalam menangani orang awam, rakyat marhaen negara ini berbanding dengan haiwan seperti babi babi Melaka yang mencemari tanahair ini sejak 50 tahun selama ini, busuk, hanyir, memusnahkan alam sekitar sekelian penghuni bumi Melaka terutama dikawasan terlibat.



    Babi babi Melaka tentu mendengus keriangan mendengar khabar bahawa pasukan FRU teramat 'Mesra, Cekap dan Tepat' didalam menangani masaalah keujudan sekelian spesis sesama mereka berbanding dengan betapa keras dan ganas layanan FRU terhadap spesis kaum manusia Melayu Bumiputera sesama agama dengan penembak FRU itu di Pantai Batu Buruk. Kuala Terengganu, baru baru ini!

    Jika sekiranya boleh menari cha cha cha , sudah pasti Babi Babi Melaka akan berdansa, bersamba dengan ria meraikan berita gempak ini bahawa di bumi Malaysia ini, babi babi seperti spesis di Melaka ternyata amat tinggi darjat dan kedudukan mereka berbanding dengan spesis manusia berketurunan Melayu Bumiputera Muslim tetapi penyokong Parti Islam seMalaysia dan yang sewaktu dengan nya!

    Amat mengharukan sekali! Presiden Kesatuan Babi Babi Melaka pasti akan mengutus surat, mengucapkan tahniah kepada petugas FRU tersebut kerana lebihkan spesis mereka dari warganegara bumi Malaysia ini sendiri bilamana sanggup menembak dengan peluru hidup saudara seagama nya!

    Tahniah! Dibawah panji panji berkhidmat untuk negara, ternyata Babi babi Melaka terselamat dari pemusnahan terancang sebaliknya yang akan mati dibedil FRU adalah anggota anggota Parti parti Pembangkang Negara Tercinta Malaysia Merdeka!

    Merdeka! Merdeka ! Merdeka!....errr...untuk Babi babi Melaka!

    Untuk Bumiputera Terengganu penyokong PAS, PKR atau DAP, minta maaf le...anda semua belum pasti selamat!

    Majulah Babi Melaka untuk ...siapa? Fikir fikir sendiri aaa.....

    Nang buti nang...kui buti kui....trukk cheng! Apa kejadahnya dok berlaku kat negara aku ini?

    Posted by mahaguru58

    5 Sep 2007

    Marilah KITA MEMBANTAH KEBIADAPAN INI
    chedet5 Sep 2007 0 Komentar

    Assalamualaikum warahmatullah,
    kepada semua muslimin dan muslimat semua, diminta melayari laman web http://www.alwahy. org/ untuk menurunkan tandatangan bagi petition yang dibuat mereka untuk menutup sebuah laman web kurang ajar yang menghina Allah, Islam dan Nabi Muhammad serta semua umat Islam yang lain. Laman web yang dimaksudkan ialah http://www.bombislam.com.
    Pihak Al Wahy memerlukan lebih kurang 15,000 tandatangan supaya dapat membuatkan laman web itu ditutup melalui proses undang-undang. Untuk menurunkan tandatangan anda, sila layari atau klik alamat dibawah ini :

    http://www.alwahy.org/

    Siapakah role model pas sebenarnya?
    chedet 0 Komentar

    Dilampirkan Dua pandangan Peserta Forum dppwm group yang ber bincang pasal ROLE MODEL PAS .

    Sdr Dr Faisal menulis:-
    Saudara Mahyudin,
    Pada pengamatan saya yang masih mentah di alam PAS ini, saya telah melihat role model PAS begitu pragmatik sekali menysuri arus semasa, sebagaimana berikut:
    - lewat 60-an - role model PAS adalah Encik Dr. Mahathir bin Mohamed, seorang pengusaha Klinik Perubatan Maha Klinik di Alor Setar; apabila Presiden UMNO ketika itu tidak sehaluan dengannya;
    - awal 70-an - tidak perlu role model, kerana PAS meneduh di bawah payung dacing hasil kompromi nasionalis Datuk Muhamad Asri Muda dengan pendokong Islam di dalam partai;
    - lewat 70-an - (a) ABIM dan Sdr. Anwar Ibrahim ketika kebangkitan ABIM amat dirasai negara. dan (b) - Iran dan sesiapa yang memerintah Iran setelah dipilih oleh Ayatollah Ruhullah Khomeini (Allahyarham) , termasuk Abu Hassan Bani Sadr (yang selepas itu didapati seorang penyeleweng dan menyeleweng dari rancangan asas Republik Islam Iran)

    - 1982 - PAS menghadapi dilemma besar.
    Lintang pukang. kelam kabut. Brother Anwar Ibrahim sudah jadi Saudara Anwar Ibrahim, jadi ahli Umno hanya sanya DILAPORKAN kerana yakin dengan pemerintahan konsep PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM Perdana Menteri Datuk Dr. Mahathir Mohammed)kemudian jadi Ahli Parlimen Permatang Pauh (menang besar, kerana Allahyarham Hj. Zabidi Ahli Parlimen PAS kawasan Pmtg Pauh pernah berjanji untuk memberi laluan kepada Brother Anwar Ibrahim jika beliau nak bertanding (of course atas tiket PAS, tapi mamat tu dah kena curi dek umno....) dan begitulah selanjutnya riwayat hidup DSAI.

    - 1998 - PAS menikmati keuntungan besar
    Riuh pikuk. Bertepuk sorak. Interim Role model Datuk Seri Anwar Model, dan begitulah selanjutnya dengan DSAI

    - 2003 - role model adalah Datuk Seri Paduka Ibrahim Ali
    - 2005 - role models adalah Tun Dr. Mahathir, dan Tengku Mahaleel
    - 2005 - role model semasa adalah En. Asmawi dari Felda Taib Andak, Kulai, Johor
    - August 2007 - calon role model mungkin termasuk budak cina Negarakuku.. ......... ...
    - Merdeka 2007 - Tun Dr Mahathir

    wallahua'alam

    Sdr Mahyuddin Menulis

    Pengkaji2 politik pas membuat kesimpulan seperti
    berikut;

    Bhw kepimpinan dalam pas sejak ditubuhkan sehingga ke
    hari nin telah terbahagi kpd 4 golongan:

    1. Ulama pondok - era penubuhan
    2. Nasionalis kiri - selepas merdeka (zaman Dr. Hj
    Abbas - Dr Burhanuddin)
    3. Nasionalis kanan - era 70 an (zaman datok asri)
    4. Ulamak Haraki - era 80an ( zaman Yusof Rawa).

    Mengikut kata mamat tu lagi, kalau pas dah 4 kali
    bertukar angin, adalah tidak mustahil pada suatu hari
    nanti pas akan beralih pula kepada corak lain mengikut
    cita rasa pemimpin2 pas pada masa itu.......

    Mungkin betul jk hang kata pragmatik, kerana bila aku
    belek kali ke-3 buku perlembagaan pas, fungsi dan
    peranaan "majlis syura ulama" hya sebaris ayat!

    Wallau'a*lam,

    4 Sep 2007

    KEMERDEKAAN MILIK RAKYAT
    chedet4 Sep 2007 0 Komentar

    Oleh Yb Husam Musa

    Kemerdekaan, kadang kala seakan milik orang yang berkuasa, parti yang berkuasa. Ia bukan lagi milik seluruh warga rakyat.
    Kemerdekaan adalah penjajahan baru. Bernama kongkongan.
    Satu pihak bebas mengongkong pihak yang lain – itukah kemerdekaan?
    Anda masih remaja – mungkin anda adalah lebih merdeka.

    Anda memasuki universiti – aktivisma mahasiswa segera dibalut oleh sebuah Akta – namanya Akta Universiti – dan berdiri di situ ‘Gabenor’ UMNO-BN untuk memastikan cengkaman itu terasa. Lihatlah pilihanraya kampus yang penuh jenaka. Gabenor ini miangnya lebih dari Gabenor British yang kita halau dulu.

    Kebebasan akademik? ‘Gabenor-gabenor’ 'penjajah' sangat berbau politik kepartaian sifatnya bertaburan di mana-mana kampus. Mereka dilantik atas pertimbangan politik – untuk berkhidmat kepada sebuah autoriti politik sebagai ukuran paling utama. Lantas, di mana kemerdekaan para ahli akademik kita? Melainkan kongkongan. Tanpa kemerdekaan, kita akan cemerlang?

    Anda melangkah keluar ke alam kerjaya – Aku Janji sedang menunggu anda. OSA memenjarakan anda. Sepanjang hayat anda. Anda dikongkong.

    Anda rakyat biasa yang hauskan kemerdekaan maklumat? Anda adalah anak jajahan media arus perdana. Anda cuba merobek tirai manipulasi berita? Anda cuba mencuri untuk mengecap kemerdekaan dari perhambaan media seperti itu lewat internet, blogs dan web berita? Geger! Anda kurang patriotic kerana berkawan dengan ‘monyet-monyet’. Anda dikongkong.



    Jerkah, ugutan dan jangan lupa ISA yang setia menunggu. Itu semua alat sebuah kemerdekaan?

    MTUC pun diugut untuk ditutup. Merdeka….

    ISA hanya sebuah pisau yang boleh digunakan oleh ‘tuannya’ untuk menghiris orang lain. ‘Dua ditangkap kerana SMS perkauman.’ Bagaimana dengan orang yang menghunus keris sebegitu panjang dengan laungan perkauman? Tidak, ia berlindung di balik kuasa.

    Ekonomi - jaring penjajahan yang lebih mencengkam. Bila anda berada dalam baris elit kuasa, anda bebas ‘merompak’ atas apa sahaja nama.

    Ingat – ketika anda melewati lebuhraya utama dan singgah di plaza tol, ia sebuah kemajuan atau sebuah rompakan kecil kemerdekaan anda? Elitis yang kecil mendapat sebuah lesen, dan untuk tahun ini PLUS telah mengumumkan ia meraih lebih setengah billion (RM 583 juta) keuntungan untuk separuh tahun 2007 - tetapi kadar tolnya mesti naik saban masa. Aku tidak herankan kos yang aku harus biayai untuk sebuah kemudahan tetapi keuntungan besar atas sebuah keperitan adalah mencabut kemerdekaan ku….

    Anda elitis kuasa, anda bebas dan merdeka. Port Klang Free Zone – tanah kerajaan dijual kepada – ahhh – engkau pun tau siapa, jika tidak apa yang dipanggil kroni - di jual balik kepada kerajaan – dan orang yang amat kecil bilangannya ini, amat kecil sehingga boleh dihitung dengan jari tangan tak perlu masuk jari kaki – ketawa riang dengan keuntungan satu ribu lapan ratus juta tolak kos beli, sembilan puluh lima juta. Keuntungan bersamaan lebih satu perpuluhan tujuh ribu juta!

    Dan anak bangsaku yang masih merempat sesak, semua kaum, kita heret zaman berganti zaman menghiasai kemerdekaan kita.

    Kemerdekaan ku di mana? Di mana odit atas akaun PKFZ sebelum kerajaan bail out? Di mana pembentangan dan kelulusan Parlimen? Di mana ketelusan, di mana kewajaran?

    Bukankah ketelusan itu adalah ciri utama sebuah masyarakat merdeka? Jika tidak, kekayaan Negara hanya akan dikaut oleh orang hitam sebagai ganti orang putih bangsa penjajah yang telah kita halau dulu. Itukah yang engkau mau dari sebuah kemerdekaan?

    Anda sebut Parlimen? Lambang sebuah demokrasi?

    Sepuluh tahun sekali parti yang berkuasa boleh mengatur kekuatannya melalui proses ‘sempadan’ semula. Ah, kemerdekaan itu adalah kebebasan mengatur untuk parti berkuasa…

    Dan pilihanraya? Pilihanraya yang bebas? Jika pilihanraya kampus yang tidak akan mengubah apa-apa kuasa Negara, kaki dan tangan mahasiswa diikat, adakah mungkin pilihanraya yang boleh menukar tampuk kuasa, anda mengharapkan ia bebas – dari politik wang – anda sendiri tau, dari kongkongan media, anda sedia arif, dari penipuan?

    Undi Myanmmar dan orang Thai kadang kadang boleh mengalahkan suara anda Anak Malaysia. Oh, kemerdekaan ku….

    Anda belum menghitung penjajahan janji-janji. Maksud saya, ada lagi rakyat Malaysia rebah dengan janji pilihanraya lima tahun sekali. Setiap lima tahun, mereka memperbaharui penjajahan……

    Dan kini, cendawan koridor berhamburan. Koridor sana, koridor sini. Feel good factor, kawan…

    Modus operandi penjajahan baru ini ialah ekonomi. Tanpa tender, aneka projek diagihkan. Kini, kepada pemimpin pemuda mereka. Dijual segera bila projek diperolehi. Kos projek melambung-lambung. Wang negara mengalir bagai air. Untung segera. Keuntungan digunakan pula untuk membeli undi dalam parti dan dalam pilihanraya.

    Pemilihan parti akan diadakan selepas pilihanraya. Kuasa digunakan untuk memberikan projek untuk mengumpulkan sokongan. Sokongan membawa kepada kuasa. Kuasa kepada kekayaan.

    Wang memberikan kuasa. Kuasa memberikan wang.

    Bagi massa generasi baru, basuh otak mereka di PLKN. Mana-mana yang telah terlekat jalur 'UMNO' di jiwa mereka, boleh menyertai skuad elit kuasa, boleh berkongsi kekayaan juga kuasa, atas harga yang terpaksa dibayar oleh negara.

    Pada hakikatnya, kita semua adalah hamba mereka. Kemerdekaan kita telah disamun.

    Anda bukan anggota parti kerajaan – anda kurang patriotik Anda dari baka bukan pejuang kemerdekaan.

    Bapa beli bas dijual oleh anak (Scomi - RapidPenang). Patriotik?

    Abang lancar nasi kandar adik di luar Negara. Patriotik?

    Promosi Kebaya mengingati al marhumah isteri di luar Negara. Patriotik?

    Aku penjual nasi dagang, nasi berlauk, keropok dan pedagang batik, promosi luar Negara tidak mungkin menjengok kerana aku adalah rakyat biasa pengundi setiamu… Sekalipun aku adalah rakyat teramai, tetapi adik, isteri dan anak juga diingat orang.

    Terengganu merdeka seiring dengan royalti minyak yang lumayan. 16 % rakyatnya di bawah paras kemiskinan dan 54% rakyatnya berpendapatan bawah RM 1,500 dan anda katakan ini kemerdekaan?

    Mentaliti terjajah atau mentaliti penjajah?

    Apa jadi pada peta Semenanjungku? Semakin mengecil dengan peluasan wilayah Singapura lewat pemilikan tanah dan penempatan penduduk di WPI. Bakal menjadi 3 juta orang warga Singapura akan menetap di WPI, unjuran Tun Dr. Mahathir.

    Itu peluasan wilayah namanya. Apa perlunya Jawatankuasa Bersama Kabinet dengan Singapura untuk WPI? Kekuatan strategic mereka akan ditekankan ke atas Negara kita dan menerusi apa yang digelar pembangunan, kita kehilangan kedudukan yang akan memberikan kesan politik yang tak berkesudahan.

    Jika dengan semangat merdeka kita pernah satu masa menguasai semula gergasi perniagaan dan perladangan yang dimiliki orang putih, kenapa pula kini kita perlu menjual wilayah kita?

    Kemerdekaan kita telah dihijack. Malang.

    Pemandu teksi, dipenjara oleh palang kronisma yang lain pula. Mereka harus bekerja kuat untuk taukeh-taukeh yang goyang kaki. Taukeh ini memiliki permit-permit yang memberikan keuntungan percuma sebegitu lumayan. Itu bukan pemerasan namanya? Pemerasan bukan penjajahan?

    Belum diambil kira AP, klon atau bukan klon. Monopoli itu, monopoli ini. Ah…, jaringan ‘penjajahan’ oleh anak bangsaku sendiri?

    Anda belum memeriksa sudut akhlak dan moral. 1.5 juta (atau lebih) generasi merdeka ‘lintuk.’ Mereka dijajah oleh dadah dan tak berupaya bangkit. HIV datang tak diundang tetapi jika dibiarkan, bangsa boleh pupus.

    Apa agenda untuk anak bangsa Malaysia ku ini? Sure Heboh dan Jom Heboh? Kampung Hadhari?

    Biarkan mereka rebah di persada noda? Menjelang 2020, mereka makin biak – dijangka 3.5 juta. Mereka merdeka dalam khayal yang panjang tetapi, ah, mereka mangsa kemerdekaan tanpa agenda yang ada pedoman? Mereka telah rebah dijajah tetapi apa pemerentah telah lakukan untuk memberikan semula ruh kehidupan?

    Dan anda teringatkan keselamatan kita semua?

    Pengganas komunis telah diganti dengan pengganas baru. Fenomena jenayah seakan sinonim dengan kemerdekaan kita kebelakangan ini. Ia bukan lagi berlindung di hutan belantara tetapi ada di mana- mana di tengah kehidupan kita. Dari Perlis sampai ke Sabah, mangsa boleh ada di mana saja.

    Anda katakan kemerdekaan itu keamanan. Dan kesejahteraan. Kenapa ada ketakutan? Bimbang mencengkam kehidupan.

    Di mana polis?

    Polis harus menjaga polis? Kata-kata yang mungkin keterlaluan. Tetapi jika barah yang melanda kita semua tidak diubati, tren polis menjaga polis dari melakukan jenayah, akan berkembang. Altantuya – ya – polis, nama polis disebut. Disebut di sana sini. Bekas Ketua Polis menyebut tentang pagar makan padi.

    Benar, seekor kerbau membawa lumpur, membawa nama polis, BPR atau apa sahaja ‘pagar-pagar’ kita, disebut orang dengan nama kurang enak. Jika dibiarkan, kerbau-kerbau berlumpur ini akan membiak dan kita akhirnya hilang satu cebis lagi kemerdekaan kita.

    Anda bertanyakan tentang kedaulatan undang-undang, tentang kehakiman, tentang prinsip yang jahat tetap menerima pembalasan bukan pelepasan. Anda berbisik, mahkamah kita pentas jenaka. Hakim kita?

    Anda rakyat yang merdeka. Anda ukur. Andakah yang merdeka atau orang yang berkuasakah yang merdeka?

    Padahal asalnya, kemerdekaan milik kita semua.

    Salam kemerdekaan....

    3 Sep 2007

    Selamat duduki UPSR, selamat jalan BM sebagai bahasa ilmu!
    chedet3 Sep 2007 0 Komentar

    Oleh LANH

    Mulai hai ini, 511,379 murid Tahun Enam akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Diucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar. Didoakan semua cemerlang agar ia dapat dijadikan hadiah terbaik untuk negara tercinta yang menyambut ulang tahun kemerdekaannya ke-50.

    Untuk pengetahuan semua, tahun ini adalah yang terakhir pelajar sekolah rendah menduduki kertas Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Mulai tahun depan semuanya dalam bahasa Inggeris kecuali subjek Bahasa Melayu. Jadi diucapkan selamat jalan kepada bahasa Melayu yang menjadi bahasa ilmu Sains dan Matematik selama ini.


    Di peringkat sekolah menengah, semua subjek berkaitan Sains dan Matematik seperti Biologi, Kimia dan Lukisan Kejuruteraan dalam peperiksaan awam (PMR, SPM dan STPM) sudah dijalankan dalam bahasa Inggeris.

    Semoga selepas ini akan pandailah anak-anak terutama di pedalaman, dari Perlis sampai Sabah, bereksperimen dan menghitung dalam bahasa Inggeris. Lupakan saja bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Kita bina dunia baru yang pasti akan menggembirakan Putera Andrew anak Ratu Elizabeth II yang turut diundang memeriahkan sambutan kemerdekaan kita.

    Bagi memeriahkan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, apa kata kita adakan majlis-majlis seperti bercakap bahasa Inggeris tanpa henti dalam pembelajaran Sains dan Matematik selama 50 jam, 50 hari, 50 bulan dan seterusnya bagi mentalkinkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Selamat datang bahasa Inggeris, selamat jalan (sayonara) bahasa Melayu! – lanh
    ................................................................................................

    SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

    AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
    KAWASAN WANGSA MAJU
    No. Account : 564557122098
    Bank : Maybank
    Branch : Wangsa Maju

    ................................................................................................

    Disclaimer

    Disclaimer/ Penafian

    The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

    Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.