31 Jul 2007

Awas, tanpa tauliah anda tak boleh jadi imam solat fardhu!
chedet31 Jul 2007 0 Komentar

NIBUNG TEBAL, 31 Julai (Hrkh) - Awas kepada seluruh umat Islam di Malaysia! Kalau anda tidak ada tauliah, jangan cuba atau memandai untuk menjadi imam solat fardhu di mana-mana surau atau masjid.

Begitulah yang boleh disimpulkan apabila kerajaan Islam Hadhari pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kini seolah membawa umat Islam ke arah ajaran baru yang membahayakan iaitu seseorang tidak boleh menjadi imam tanpa tauliah.


Jika tidak ditauliah, anda tidak boleh menjadi imam walaupun diajak oleh kariah di surau atau masjid berkenaan.

Dan jika tiada imam lantikan daripada Pejabat Agama, maka sesiapa pun tidak boleh mengimami solat-solat di surau atau masjid sekaligus membiarkan waktu solat berlaku tanpa didirikan solat secara jemaah.

Dan akhirnya, jika anda tetap untuk mengimamkan solat jemaah walaupun dengan niat untuk berjemaah, memakmurkan masjid atau surau walau disuruh oleh kariah di sesebuah surau dan masjid maka akhirnya anda akan ditangkap polis dan didakwa di mahkamah!

Demikian senario mutahihr yang berlaku. Ikuti pertemuan wartawan Harakahdaily dengan mangsa bekas Imam yang ditangkap kerana mengimamkan solat fardhu di Seberang Perai Selatan baru-baru ini.

Imam dan Bilal Masjid Jamek Tasek Chempedak, Simpang Empat, Seberang Perai Selatan (SPS), Haji Shabudin Haji Ismail, 65 dan Haji Zakaria Rejab ,60, yang disoal siasat penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Isnin lepas kerana kesalahan mengingkari arahan Pejabat Agama menganggap diri mereka diperangkap untuk menakutkan masyarakat supaya akur terhadap pelantikan imam baru, Haji Zakaria Saad.

Masalahnya sekarang, imam yang dilantik jarang ada di kariah dan jika ada pun jarang ke masjid tambahan lagi malam yang ada kuliah agama.

"Pejabat Agama patut panggil imam yang dilantik supaya lebih agresif dan amanah menjalankan tugasnya bukan menahan kami yang cuba menyelamatkan keadaan apabila ketiadaan imam yang bertauliah," ujar Haji Shabudin terhadap soalan penguatkuasa kenapa beliau terus jadi imam sedangkan jawatan yang disandangnya selama 10 tahun ditamatkan 27 Julai lepas.

Katanya, beliau menjadi imam pada malam selepas dipecat bukan kehendaknya bahkan kehendak makmun kerana imam yang dilantik tidak 'nampak batang hidung'.

Rupanya malam itu satu perangkap untuk mengaitkan dirinya kerana melanggar arahan Pejabat Agama kononnya imam yang bertauliah sahaja boleh mengimamkan sembahyang sama ada sembahyang lima waktu atau fardhu Jumaat.

Bilal masjid yang turut ditahan untuk disoal siasat di Balai Polis Simpang Empat, Haji Zakaria Rejab hairan dirinya juga dipersalahkan kerana pernah menjadi imam sembahyang lima waktu di masjid berkenaan.

Padahal dulu tegasnya, perbuatan seumpama itu tidak pernah timbul sebaliknya digalakkan bagi melahirkan generasi yang boleh ke hadapan untuk memimpin ummah.

"Imam bukan jawatan 'glamour' tapi tanggungjawab yang berat. Ia bukan sahaja bertindak memimpin ummah ketika mengadap Allah SWT tetapi juga bertindak mengawasi masyarakat agar tidak melanggari suruhan agama, " terangnya lagi.

Semasa disoal siasat pun sambungnya, beliau memberitahu penguatkuasa Pejabat Agama supaya lebih menitik beratkan golongan yang tidak sembayang daripada mengawasi golongan yang tunduk dengan perintah ilahi.

Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) pada 23 Julai lalu dalam mesyuarat bilangan 3/2007 telah memutuskan untuk menamatkan jawatan imam, Haji Shabudin Haji Ismail dan surat pemecatan diterima pada tengahari hari Jumaat 27 Julai.

Setiausaha Maipp, Haji Sazali Haji Husein bukan sahaja menandatangani surat pemecatan itu bahkan sebelum ini juga bertindak mempamerkan kepada masyarakat di situ tentang notis arahan yang dikeluarkan oleh Maipp.

Antara 10 arahan tersebut ialah dilarang mengadakan solat jemaah dua imam secara serentak, dilarang mengadakan solat zohor sama ada berjemaah atau berseorangan semasa solat Jumaat atau selepas solat Jumaat.

Dilarang imam yang tidak dilantik dan tidak ditauliahkan oleh Maipp atau diberi kebenaran khas oleh Maipp untuk mengimamkan solat Jumaat atau solat fardhu yang lain.

Di larang menjemput penceramah yang tidak bertauliah atau tidak mendapat kebenaran Maipp, di larang mengatur atau mengendalikan ceramah, kuliah, usrah dan apa-apa aktiviti dalam atau di kawasan masjid tanpa kebenaran bertulis daripada Pengerusi Jawatankuasa Qariah Masjid.

Dilarang mengadakan aktiviti ibadah atau lain-lain program dalam bentuk atau cara yang boleh disifatkan mengganggu jemaah lain dalam masjid, dilarang menggunakan masjid lama Tasek Chempedak seperti arahan surat (22PADSPS/Q/6) bertarikh 20 Jun 2007.

Dilarang menimbulkan unsur-unsur kacau ganggu sehingga boleh menimbulkan ketidak selesaan, pertelingkahan, perpecahan dan lain-lain kepada anak qariah, dilarang menyebarkan fitnah, buruk sangka termasuk menghasut anak -anak qariah di dalam masjid dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Qariah melalui mesyuarat jawatankuasa.

Kedua-dua mangsa Kerajaan Islam Hadhari itu ditahan sekitar jam 7.00 malam di kediaman masing- masing 29 Julai lalu dan dibawa dengan kenderaan penguatkuasa Maipp menuju ke Balai Polis Simpang Empat untuk disoal siasat.

Mereka akhirnya dibebaskan jam 10.30 malam dengan jamin mulut dan kes mereka akan didengar di Mahkamah Jawi pada 24 Ogos nanti jam 9.00 pagi. - mks.

30 Jul 2007

'Cyber troppers' Umno, polis dicabar siasat Azalina - KeADILan
chedet30 Jul 2007 0 Komentar

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) mendakwa tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Mohamed Nazri Abdul Aziz mempergunakan ISA terhadap bloggers berniat politik dengan tujuan menghalang kritikan dalam Umno dan Barisan Nasional.

Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dalam sidang media mingguan parti itu, berkata, desakan untuk menggunakan ISA kepada bloggers semakin kuat memandangkan pilihan raya umum yang semakin hampir


Beliau berkata, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib sehingga kini gagal mengenalpasti rencana atau artikel yang ditulis oleh pengendali laman Malaysia-Today, Raja Petra Kamaruddin.

"Tuduhan ini dibuat dengan 'the loud talk' atau cakap yang kuat, tetapi bila kita tanya manakah rencana terbabit, mereka masih belum boleh buktikan,"katanya.

Justeru, beliau menganggap ugutan itu tidak bertanggungjawab kerana ia akan mencemarkan imej negara ini di arena antarabangsa.

Ini kerana, katanya ruang internet salah satu ruang istimewa malah pemerintah negara ini juga suatu ketika dahulu memberi jaminan saluran itu tidak akan disekat.

Sementara itu, Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, tindakan pihak polis ke atas Raja Petra untuk disoalsiasat satu intimidasi terhadap pihak-pihak yang tidak menyebelahi parti pemerintah.

Katanya, dalam laporan polisnya, Muhammad tidak menyatakan laporan yang dikatakan tidak menghormati Islam dan Yang Dipertuan Agung namun, Raja Petra tetap dipanggil dan disoalsiasat selama lapan jam.

"Pihak polis sepatutnya turut menyoalsiasat pihak-pihak yang memberi komen dalam berita-berita laman web," katanya.

Khalid juga berkata, komentar-komentar yang berbau perkauman yang diletakkan dalam Malaysia-Today berkemungkinan besar perbuatan sabotaj daripada pegawai-pegawai Cawangan Khas (SB) dan ahli-ahli UMNO sendiri supaya pengendali web diambil tindakan.

"Perbuatan itu juga mungkin salah satu usaha Muhammad dan Umno supaya Malaysia-Today tidak beroperasi lagi dan berhenti mendedahkan kes-kes rasuah menteri dan pemimpin UMNO termasuk beliau sendiri,"katanya.

Justeru, KeADILan mencabar pihak polis untuk memanggil Dato' Norza Zakaria dan Datuk Azalina Othman Said yang ditugaskan menggaji pihak-pihak tertentu sebagai 'cyber-trooper' dalam laman-laman web berita alternatif.

KeADILan juga mencabar Muhammad untuk membuat laporan polis terhadap pertuduhan rasuah yang dilaporkan dalam Malaysia-Today yang melibatkan beliau, menteri-menteri serta para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Ketua Menteri Sabah sekiranya laporan Malaysia-Today selama ini tidak benar.

Pada awal Julai, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua diugut untuk dikenakan tindakan di bawah ISA hanya menyiarkan gambar rekaan beliau yang memaparkan gambar Najib Razak, Razak Baginda dan mendiang Altantuya.

Pada 13 Julai pula, blogger dan pembantu kepada Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Nathaniel Tan ditahan dan disiasat selama empat hari di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana menyiarkan maklumat mengenai tuduhan rasuah yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Johari Baharom. - mks.

26 Jul 2007

Kes rogol semakin serius: Apa penyelesaiannya?
chedet26 Jul 2007 0 Komentar

Bila terdapat beberapa pihak yang membangkitkan isu menutup aurat, penguatkuasaan pencegahan maksiat, terdapat pihak lain yang mnempertikaikannya. Ada yang mendakwa perogol atau pesalah seksual bukannya mensasarkan cara berpakaian, kata mereka kanak-kanak pun menjadi mangsa. Ada pula yang mendakwa penguatkuasaan pencegahan maksiat itu mencabul hak asasi.

Berbagai kritikan dan tohmahan dilemparkan apabila usaha diambil untuk menunutut atau melaksanakan tatacara Islam dalam menangani maksiat.

Anehnya mereka yang menentang, mereka yang mengkritik itu tidak pula bangun mengemukakan kaedah atau metodologi penyelesaian mereka. Kalau cara Islam kuno, kalau cara Islam mencabul hak individu, maka cara apakah yang boleh mengatasi masalah kita dalam hal jenayah seksual ini?

Tiada siapa yang berani ke hadapan.

Dalam pada itu jenayah seksual samada yang emlibatkan kanak-kanak, orang dewasa atau warga tua terus menjadi-jadi. Menurut Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, yang berucap di Dewan Negara semalam, kadar kes rogol yang dilaporkan dalam negara semakin serius. Pada tahun lalu sahaja terdapat 2,431 kes rogol yang dilaporkan.

Ini bermakna setiap bulan dalam negara terdapat 202.5 kes rogol iaitu bersamaan 6.7 kes sehari!

Menurut Timbalan Menteri itu lagi dalam tempoh 5 bulan pertama tahun 2007 ini sudah terdapat 1,191 kes yang dilaporkan.

Masalah ini semakin meruncing. Hari ini mangsanya mungkin tidak kita kenali, esok lusa mungkin kenalan, atau saudara mara dan anak-isteri kita. Apakah kita sekadar berpeluk tubuh menyaksikan dengan megah kenaikan kadar ini? Fikirkanlah.


posted by Roslan SMS 3:50:00 PM|Comments (2)|

25 Jul 2007

rujuk artikel The Star di bawah.
chedet25 Jul 2007 0 Komentar

nota - umno permatang pauh sudah tolak YB Arif Shah, manakala Tan Sri Arif Shah di rundung pelbagai kemalangan korporat.... ......... ....

- perihal sebenarnya, Ah Long masih tetap berleluasa dan terpelihara. Gendang seloka CTOS hanya adalah kerana Datuk M Kaveyas akan terjejas menjelang PRU mendatang kerana Maybank ada kes terhadap hutang lapuk beliau berjumlah berjuta ringgit. Begitu juga ramai lagi angkatan Khairi yang terjejas kerana CTOS.

wallahua'alam
Faisal
WM

Wednesday July 25, 2007


Young grad fears for his life
BUTTERWORTH: A young graduate has been saddled with a debts amounting to RM100,000 after taking loans from several Ah Longs to start an IT business.
However, his business did not do well and the Ah Longs started to hound him.
Fearing for his life and future, the young entrepreneur approached Seberang Jaya assemblyman Arif Shah Omar Shah for help.
Arif Shah had to ask a senior police officer at the Penang police headquarters to help solve the young man’s problem.
“The Ah Longs agreed to defer action against the man and even offered a 50% discount on the outstanding amount,” he said during an interview here yesterday.
The incident was one of the many problems that Arif Shah has to face when dealing with his constituents.
He said, on average, he received between 35 and 40 complaints from his constituents daily and among them involved thugs, Ah Longs and triad members.
“I have to also build a good rapport with the wrong side of the society in order to solve my constituents’ problems.
“Some of the complaints were life threatening and I have no choice but to help them. They have no one to turn to and sought my help as their lives were at stake.
“Thank God these people know me and I manage to resolve their woes,” he added.
Similarly, he said, there were also times when these thugs and triad members sought his help when they were involved with the long arm of the law.
“My two service centres in Jalan Siakap and Taman Permatang Pauh have received over 15,000 complaints since I became state assemblyman in March, 2004.
“With too many complaints to handle,
I hired 14 full-time staff, including a Chi-
nese and an Indian, and introduced a Standard Operation Procedures (SOP) to monitor the progress of each complaint we received.
“My service centres were also awarded with ISO9001/2000 in January, 2005, for having a systematic SOP.
“Each of my staff is assigned with a
portfolio and we hold a mini-Cabinet
meeting fortnightly to discuss local issues and grouses from my constituents,” he added.
Arif Shah was named the best Penang state assemblyman during the Penang Indian Entrepreneurs’ 10th anniversary celebration last February.
He said his house in Seberang Jaya and the two service centres were equipped with Wi-Fi broadband service to enable him to monitor his staff and happenings in his constituency from a palm top computer even if he is overseas.

24 Jul 2007

Bersabarlah Pejuang Islam
chedet24 Jul 2007 0 Komentar

Oleh: Anak_Pejuang Tranung kite Forum
"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik : banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki di ambil berat (melakukannya) - Surah Ali Imran : 186
"Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mu'min dan munafik, bahkan Ia tetap menguji kamu) sehingga Ia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman) - Surah Ali imran:179
Memang akan kedapatan di kalangan manusia yang mendakwa diri mereka adalah golongan orang-orang Mukminin, memakai pakaian orang Mukmin, bercakap sebagai orang Mukmin, tetapi apabila ditimpa sesuatu cubaan, bala, godaan dalam menjalani agamaNya maka lemah segala kekuatannya, terurailah ikatannya dan cuba melepaskan diri daripada perkara-perkara yang dilakukannya sebelum ini.

Rujukan - Keindahan Sabar - Dr Yusof al Qardhawi
Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Berjuang di jalan ALlah realitinya adalah kesusahan dan kepayahan yang perlu dihadapi, banyak sudah contoh dan kisah yang boleh dijadikan pedoman. Untuk menjalankan ma'ruf akan ada sahaja mulut-mulut yang memberi bermacam dalih dan alasan.

akan ada tangan2 jahat yang ingin menghancurkan kebaikan, lidah-lidah yang mudah memberi kata nista sedangkan sudah jelas kebenaran yang dibawa. Sebab utamanya memang mereka suka kepada perkara-perkara yang mungkar.

ALlah telah menjelaskan bentuk kesusahan yang akan dihadapi antaranya berbentuk penentangan, bukanlah menjadi satu perkara yang amat berat terhadap diri pendakwah untuk menyeru dengan sepenuh hati, melaung setinggi suara, melainkan apa yang didapatinya hanyalah orang-orang yang memekakkan telinganya serta hati-hati yang lalai.

Cuba kita lihat sirah perjalanan dakwah nabi Nuh ketika bermunajat kepada Tuhannya yang bermaksud :

(Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata : "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedahpun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran). Dan sesungguhnya aku, tiap-tiap kali menyeru mereka (beriman) supaya Engkau mengampunkan dosa-dosa mereka, - mereka menyumbatkan telinganya dengan jari masing-masing, dan berselubung dengan pakaiannya, serta berdegil dengan keingkarannya, dan berlaku sombong, takbur dengan melampau-lampau. : Nuh ayat 5-7

23 Jul 2007

Serang pembangkang habis-habisan
chedet23 Jul 2007 0 Komentar

SIK 20 Julai – Para pemimpin UMNO perlu menyerang parti pembangkang habis-habisan jika mahu menang besar dalam pilihan raya umum akan datang.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, ia merupakan pendekatan terbaik bagi menghadapi pembangkang yang melakukan serangan bertubi-tubi terhadap parti kebelakangan ini.

‘‘Kita kena serang dulu kelemahan mereka kerana ia lebih berkesan berbanding corak defensif kita selama ini.



‘‘Dengan kata lain, jangan tunggu sehingga kita diserang barulah kita hendak menjawab tohmahan mereka.

‘‘Kita kena cari kelemahan pembangkang dan serang habis-habisan bagi memastikan mereka tidak lagi relevan pada pilihan raya umum akan datang,’’ katanya.

Beliau berucap merasmikan Persidangan Tahunan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sik di sini hari ini.

Menurut Khairy, Pergerakan Pemuda UMNO telah mempraktikkan pendekatan tersebut dengan melancarkan beberapa serangan terhadap kelemahan kerajaan Pas Kelantan.

‘‘Kita serang kubu kuat Pas iaitu di Kelantan bagi tujuan membuka mata semua pihak bahawa Pas sebenarnya lemah dan tidak lagi relevan memerintah,’’ jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru pemimpin dan ahli UMNO semua peringkat agar memperhebatkan usaha mendaftar pemilih dalam kawasan masing-masing.

‘‘Jangan dengar desas-desus atau berteka-teki mengenai pilihan raya umum. Apa yang penting ialah perlu membuat persediaan termasuk memperhebatkan usaha mendaftar pengundi,’’ katanya.

Kesan Bergaduh dan Bertekak Kepada Diri Sendiri
chedet 0 Komentar

Anas Bin Malik pernah meriwayatkan bahawa Rasulullah berkata, "sesiapa
meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina
untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga."[1] Menurut Imam
Tirmizi hadith ini bertaraf hassan. Menurut Sheikh Muhammad Nasirudin
Albani, seorang pakar hadith abad ke-20, hadith ini bertaraf sahih

Perdebatan biasanya akan mencerminkan `true color' seseorang. Di kaca
mata pihak ketiga, orang lain akan melihat bagaimana "hodoh"nya atau
hebatnya akhlak mereka yang berbalah. Ada mereka yang berbalah
mengikut hawa nafsu. Ada yang bersabar.

Saya mengasihani mereka yang terlibat dengan sebarang bentuk
perbalahan sia-sia. Orang akan menilai akhlak kita dan meletakkan satu
label negatif pada diri kita. Seterusnya akan memberi kesan kepada
pergaulan dengan orang-orang di sekeliling.

Ibnu Mas'ud r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Orang
mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang
yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor." [2]

Biasanya perbalahan yang sia-sia akan membuahkan kata-kata keji antara
kedua-dua pihak. Lalu kata-kata keji itu akan memberi kesan kepada
"status" keimanan seseorang. Seseorang yang tidak mengambil kisah
tentang keimanan diri sudah tentu tidak akan memperdulikan sabda nabi
ini. Berbeza dengan mereka yang begitu mengambil berat dengan
sabda-sabda nabi, sepatah dua sabda sudah memadai dan dipandang serius.

Ada baiknya kita meninggalkan perbalahan sia-sia dalam semua hal.
Perbalahan yang sia-sia adalah sesuatu yang tidak memberi manfaat
kepada agama, baik agama diri sendiri atau orang lain. Abu Hurairah
ada menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda, "adalah termasuk
kebaikkan pada agama seseorang, apabila dia meninggalkan sesuatu yang
tidak berfaedah." [3]

Wallahu'alam

19 Jul 2007

Nuri, Nahas dan Jet Eksekutif PM
chedet19 Jul 2007 0 Komentar

Dua perbezaan ketara. Nuri yang dimamah zaman dan jet terbaru PM. Untuk PM, pesawat terbaru yang selesa, mewah dan serba canggih. Untuk para wira menjalankan tugas ibu pertiwi, pesawat usang yang meragut nyawa.
Ketika usaha masih diteruskan mengesan pesawat tua yang langsung tidak mempunyai beacon automatik bagi membolehkan lokasinya dikesan sebagai bukti bagaimana ketinggalan zamannya pesawat ini, PM pula berlepas dengan pesawat baru ke Australia, untuk sekali lagi bercuti. Kali ini, selama sepuluh hari.

Kontras.


Nuri (Sikorsky S61) mula digunakan sejak 1968, ketika negara membeli sebanyak 31 buah pesawat dari AS. Bermula 25 April 1969 sehinggalah 29 Mei 2004, sebanyak 17 insiden nahas telah berlaku. Ia menjadi 18 jika dicampur kejadian terbaru.

Bermakna lebih separuh pesawat Nuri telah musnah - 15 termasuk yang terbaru - terhempas. Dua mendarat cemas. Satu ditembak oleh pengganas komunis di Gubir Kedah pada 26 April 1976.

Jumlah korban yang melibatkan anggota tentera, pasukan polis hutan dan orang awam adalah 82 orang termasuk pegawai tinggi ATM Allahyarham Maj. Jen. Datuk Mustaffa Awang Pegawai Pemerintah Markaz Divisyen Kedua dan Allahyarham Brig.Jen. Datuk Hasbullah Yusof Pemerintah Briged Ketiga Infantri. Sementara jumlah yang hilang adalah tiga orang.

Jumlah yang terselamat pula disepanjang peristiwa berkenaan termasuk mereka yang tercedera ialah 40 orang.

Sekiranya bentuk insiden diambil kira, kita akan menyaksikan hampir kesemuanya jatuh terhempas kecuali yang ditembak oleh pengganas komunis di Gubir, selainnya adalah berpunca dari masalah teknikal.

Dalam nahas terbaru, wira muda kita menjadi mangsa. Usia juruterbangnya, kapten dan pembantu juruterbang baru 27 dan 24 tahun, berbanding usia Nuri yang menjangkau empat dekad.

Usia pesawat hampir dua kali lebih tua berbanding juruterbangnya!!

Kalau benar ada kickback RM 400 juta dari pembelian kapal selam, wang sebanyak itu sudah tentu boleh digunakan untuk membeli beberapa pesawat baru menggantikan Nuri.

Kedua, bagaimana pesawat yang diselenggara oleh AIROD ini sentiasa mengalami masalah teknikal?

Perlukah pihak ketiga memeriksa perkara ini sebelum lebih banyak nyawa terkorban?

Jangan tunggu lebih lama. Nuri harus direhatkan seperti mana rakan pesawat sezamannya Skyhawk dan Caribou.

Kalau TUDM boleh diberi helicopter canggih dan moden seperti Sikorsky S-70 dan AS -61N untuk pengangkutan Perdana Menteri dan VIP kenapa tidak helicopter canggih untuk keperluan pengangkutan dan lojistik Angkatan Tentera Malaysia?

Hj Husam, Kg Kota

17 Jul 2007

Bangkai Helikopter Nuri Dijumpai
chedet17 Jul 2007 0 Komentar


GENTING HIGHLANDS, 17 Julai -- Bangkai helikopter Nuri Tentera Udara Malaysia (TUDM) yang hilang sejak Jumaat lepas dijumpai di Gunung Bunga Buah, berhampiran Genting Sempah 1.24 tengah hari tadi oleh kumpulan pencarian darat, kata Pegawai Perhubungan Awam Tentera Udara DiRaja Malaysia Mejar Zulkiflee Abdul Latiff TUDM ,demikian laporan Bernama.

Kesemua enam pegawai dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia terkorban dalam nahas helikopter Nuri, menurut kenyataan TUDM hari ini.

Pesawat Nuri dengan no pendaftaran M23-14 ini dipandu oleh juruterbang Kapt Nor Azlan Termuzi dan pembantu juruterbang Kapt Nor Intan Asykeen Mohd Arof membawa bersama Sjn Khusnizam Ariffin (kuartermaster udara), Sjn Mohd Azmie Md Yassin, Laskar Udara Kanan Saifulizam Alias dan Laskar Udara Kanan Muhammad Ridzuan Ahmad.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Pangkalan TUDM Sungai Besi ke Kuantan untuk tugasan SAR ( Search and Rescue) standy by apabila dilaporkan hilang setelah terputus hubungan dengan menara kawalan pukul 9.35 pagi Jumaat, kira-kira 10 minit setelah berlepas.

Penulis yang pernah bertugas di skuadron ke 10 TUDM KL sejak tahun 1995 hingga 2005 adalah bekas rakan setugas kepada 2 anggota krew kejuruteraan yang turut menjadi mangsa dalam kemalangan ini. Allahyarham LUK Saifulizam pernah bertugas dibawah seliaan penulis merupakan seorang anggota ketukangngan Rangka Kapal Terbang (AirFrame ) yang cukup dedekasi dengan tugas .

Sementara Allahyarham LUK Muhammad Ridzuan dari ketukangan Enjin adalah kenalan rapat penulis. Malah Alllahyarham LUK Ridzuan atau lebih dikenali dengan nama panggilan USTAZ ENJIN ini pernah bermalam dirumah penulis. Mengimbau kenangan bersama Ustaz Enjin yang berkelulusan SPM dan 4 thanawi dari Sekolah Menengah Agama Raudhautul Ulum , Langgar Kedah,penulis cukup mesra dengan beliau.Kami bekerja dalam syift yang sama berbanding dengan Allayarham LUK Saifulizam yang bertugas berlainan syift dengan penulis waktu itu. Seorang yang tidak banyak cakap dan lebih banyak bekerja tanpa pernah merungut.Allahyarham Ustaz Enjin ini dikenali sebagai seorang juruteknik yang cukup berpengetahuan dalam jurusan ketukangannya dan sangat mengutamakan solat .Malah beliau akan mengajak sahabat- sahabat lain untuk sama- sama berjemaah di surau Krew Kejureteraan No 10 Skuadron bila tiba waktu solat.
Sementara 4 orang lagi mangsa yang telibat adalah anggota yang baru ditukarkan ke skuadron ini. Penulis tidak sempat bertemu mereka kerana penulis telah tamat dari perkhidmatan TUDM ketika mereka mula bertugas di 10 Skuadron.
Daripada Allah kita datang kepada Allah kita akan dikembalikan. . Untuk kesemua PERWIRA NEGARA yang telah pergi meninggalkan kita, marilah bersama kita hadiahkan Al Fatihah . MOGA ALLAH CUCURI RAHMAT KEATAS ROH MEREKA . AMIN

13 Jul 2007

APABILA MUFTI BERKATA “BIARKAN DIA MURTAD !!”
chedet13 Jul 2007 0 Komentar




Sering juga aku melayari lamanweb tranungkite.net, terutama di ruangan forum yang disana aku dapat mendalami perbagai pemikiran dan persepsi manusia dalam sesuatu isu.

Di suatu malam yang hening, semua ahli keluarga sudah melenakan diri mereka di “perlabuhan mimpi”, aku terbuka satu forum yang membicarakan tentang kenyataan Dr Asri yang merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang bercakap berkenaan dengan isu murtad[1].

Didalam forum tersebut, disediakan satu link youtube untuk mendengar sendiri dari kenyataan mufti perlis itu. Setelah membuka, maka aku dapat mendengar sendiri isi kuliah dari mufti tersebut.

Setelah mendengar ulasan Dr Asri, aku amat terkejut dengan ucapannya yang berbunyi “seorang lawyer tanya saya, dia nak murtad, biarlah”.

Mendengar ucapan tersebut, mulanya aku menganggap, mungkin ada ulasan yang lebih lanjut disebalik ucapan beliau itu. Tetapi, setelah memerhatikan ucapannya secara menyeluruh, aku dapat mengambil satu kesimpulan bahawa, kenyataannya itu menggambarkan dia seakan-akan cenderung dan mempunyai kesamaan dengan pemikiran yang dibawa oleh Jamal Al-Banna dalam tulisannya, “Qadiyyah Al-Hurriyyah fi Al-Islam” dan Muhammad Salim Al-‘Awa’ didalam bukunya “Fi Usul An-Nizam Al-Jinai Al-Islami”, yang mengatakan bahawa murtad adalah isu individu, bukan isu masyarakat.



Kedua-dua buku tersebut telah dijawab balas oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam kitabnya yang bertajuk “jarimah ar-riddah wa Uqubah al-Murtad fi Dau’ al-Quran wa as-Sunnah” dan kitab “Hurriyyatul aqidah fi As-Syariah Al-Islamiyyah” karangan Doktor Ahmad rasyad Tohuun.

Sebelum ini, berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh orang no 1 Malaysia yang mendakwa bahawa, Malaysia tidak menghalang sesiapa untuk murtad[2]. Yang amat menyedihkan adalah, sebagai seorang yang memegang jawatan Pengerusi OIC, beliau dengan senang menyatakan, “This is not about something that cannot be done”, sedangkan kenyataan sebegini sebenarnya memberi satu ruang baru kepada masyarakat untuk keluar dari Islam.

MURTAD ADALAH JENAYAH

Murtad adalah satu isu yang sedang hebat menimpa umat Islam, terutama di Malaysia. Isu yang merupakan tragedy yang menyayatkan hati setiap muslim yang mendengarnya.

Lina Joy yang mencabar Mahkamah syariah supaya mengeluarkan kalimah Islam dalam kad pengenalannya telah membuktikan bahawa, penyakit murtad di Negara ini sudah berada di tahap yang kritikal.

Jika dulu, orang yang murtad takut menzahirkan kemurtadannya, tetapi sekarang, orang murtad sudah berani memaksa orang mengisytihar dirinya sebagai murtad.

Murtad adalah satu hukuman dibawah jenayah Syariyyah yang pelakunya, apabila sabit kesalahan akan dikenakan hukuman bunuh. Hal ini disandarkan kepada sabda Nabi SAW;

من بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia[3]”

Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta’;

من غَيَّرَ دِينَهُ فَاضْرِبُوا عُنُقَهُ

Maksudnya;
“barangsiapa yang menukarkan agamanya, maka hendaklah dipancung kepalanya[4]”

Dari kedua-dua hadis ini, baginda SAW menggunakan “suruhan” membunuh terhadap individu yang murtad. Dalam pengajian usul fiqh, suruhan dari nas mengandungi makna wajib, selama makna itu tidak didapati qarinah yang menyatakan hukuman sunat[5].

Maka dengan demikian, membunuh orang murtad merupakan tindakan dari pihak pemerintah terhadap mereka. tujuan pembunuhan tersebut merupakan tindakan syariah dalam usaha hendak menyelamatkan agama-agama penganut Islam yang lain, agar tidak melakukan jenayah murtad ini.

DHARURIYAT KHAMS

Abdul Wahab Khalaf, seorang tokoh fiqh yang banyak menulis kitab-kitab fiqh ada menyatakan dalam kitabnya yang bernama “Ilmu Usul Al-Fiqh”, beliau menyatakan, didalam islam, perkara yang disyariatkan mengandungi maqasidnya tersendiri. Antara maqasidnya adalah menjaga lima perkara dalam kehidupan manusia atau dengan sebutan lain “dharuriyat khams”. Kandungannya adalah menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta[6].

Ekoran dari itulah, Islam telah meletakan undang-undang dalam penjagaan tersebut. maka dengan itu, disana terdapatlah hukum-hukum islam, seperti hukum hudud, qisas dan takzir.

Tanpa perlaksanaan undang-undang islam ini, segala maqasid di sebalik penjagaan manusia di bumi Allah ini tidak akan tercapai. Ekoran dari itulah, menyebabkan golongan murtad semakin berluasa, gejala rompak, samun tidak dapat dihadapi bahkan memeningkan kepala masyarakat seluruhnya.

PENUTUP

Melihat kepada penjelasan ini, didapati bahawa, Islam tidak membiarkan begitu sahaja terhadap golongan yang telah melakukan kesalahan syariah. Ini dibuktikan dengan tindakan islam yang menyediakan hukuman terhadap mereka yang melanggar arahan Allah SWT.

Justeru itu, kenyataan mufti perlis yang mengatakan “biarlah” kepada orang yang mahu murtad, merupakan kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan jauh sekali mengikut manhaj salaf soleh dalam menghadapi golongan yang melanggari kandungan syariah islamiyyah.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, kenyataan sebegini merupakan kenyataan yang mengandungi maksud istihza’ (memperolok-olokkan) hukum Allah. Sedangkan, Allah SWT menjelaskan bahawa, golongan yang istihza’ ini dikategorikan sebagai golongan yang disebut sebagai munafiq.

Firman Allah;

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آَمَنُوا قَالُوا آَمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ * اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ * أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَى فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

Maksudnya;
“dan apabila mereka (orang munafiq) bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)".* Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). * mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah”

(Surah Al-Baqarah : 14-16)

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

Perbicaraan kes bunuh Altantuya ganjil - Mahfuz
chedet 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 13 Jul (Hrkh) - Perbicaraan pembunuhan peniaga antarabangsa yang berpejabat di Hong Kong, Altantuya Shaariibuu menimbulkan persoalan yang tidak berkesudahan dengan pelbagai keganjilan dan misteri, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

"Paling menimbulkan persoalan ialah kegagalan pihak pendakwaan untuk mendapatkan saksi yang boleh membantu pendakwaan.


"Setakat ini, saksi-saksi pendakwa termasuk penyiasat persendirian upahan Abdul Razak Abdullah Baginda P. Balasubramaniam, Lans Koperal Rohaniza Roslan dan pegawai latihan di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman DSP M.V. Sri Kumar tidak menunjukkan pihak pendakwa dapat mengukuhkan kesnya," kata beliau.

Sedangkan, katanya, pihak pendakwa sebelum ini beria-ia menyatakan bahawa mereka mempunyai bukti bahawa dua anggota polis dan penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda telah membuat pakatan dan perancangan untuk membunuh peniaga antarabangsa itu dengan meletupkannya pada malam 19 Oktober tahun lepas.

"Hari demi hari bukti yang didakwa oleh pihak pendakwa itu kelihatan semakin jauh dari menjadi kenyataan," kata Mahfuz.

Malah, katanya, saksi pendakwa sendiri pula yang kelihatan mengecewakan pihak pendakwaan sehingga pihak pendakwa terpaksa membuat laporan polis ke atas Rohaniza yang dianggap memberikan kenyataan yang bercanggah.

"Pihak pendakwa menyatakan mereka mempunyai bukti bahawa anggota polis dan Abdul Razak telah membuat pakatan dan perancangan untuk membunuh Altantuya dengan meletupkan wanita yang didakwa menjadi broker senjata di peringkat antarabangsa itu.

"Sri Kumar pula memberitahu mahkamah bahawa Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama dalam kes pembunuhan Altantuya tidak pernah menjalani latihan kepakaran bahan letupan. Keterangan Sri Kumar jelas melemahkan dakwaan pihak pendakwa sebelum ini," katanya.

Mahfuz membangkitkan perkara tersebut kerana beliau tidak mahu mempercayai "wujud konsert yang sudah ditentukan skrip dan kesudahannya".

11 Jul 2007

PIALA ASIA- Teruskan PERJUANGANMU!!!!
chedet11 Jul 2007 0 Komentar

KUALA LUMPUR – Malaysia membuka kempen Piala Asia dengan kekalahan memalukan apabila dibelasah China 5-1 dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Kekalahan itu menjadikan Malaysia satu-satunya pasukan tuan rumah yang mencatat pencapaian terburuk dan kalah berbanding tiga lagi tuan rumah Piala Asia kali ini iaitu Thailand, Vietnam dan Indonesia.


Sebelum ini, Thailand seri 1-1 dengan Iraq, Vietnam menewaskan UAE 2-0 manakala Indonesia menewaskan Bahrain 2-1.

China memulakan pesta jaringan mereka dengan bergaya apabila mudah memperkotak-katikkan pertahanan Malaysia dengan hantaran bola tinggi.

Seperti diduga, skuad negara yang berkedudukan 149 - terendah dalam pusingan akhir ini bukan tandingan langsung buat naib juara 2004 itu yang menghuni tempat ke-76 dunia sekalipun beraksi di depan kira-kira 18,000 penyokong sendiri.

Sebaliknya China yang diperkuatkan empat pemain berpangkalan Eropah seperti Zheng Zhi (Charlton Athletic), Sun Jihai (Manchester City), Dong Fangzhou (Manchester United) dan Shao Jiayi (Energie Cottbus), tampak begitu sukar untuk dijinakkan.

Anak buah Norizan Bakar tewas kali pertama pada minit ke-15 oleh tandukan pemain China, Han Peng sebelum diikuti gol kedua Jiayi pada minit ke-40.

DPPWM telah menghantar lebih 30 orang ahli untuk memberikan sokongan, dan kita akan terus menyokong pasukan bolasepak negara. Peluang masih ada, cuma jangan biarkan penyokong kecewa lagi, yang penting adalah corak permainan dan semangat perjuangan yang membara.

Jangan jadikan kekalahan ini sebagai penyebab kepada berkurangnya kehadiran penyokong MALAYSIA dalam baki 2 lagi perlawanan. Ayuh!!!! Para penyokong setia, jangan lebur semangat untuk terus memberi sokongan . Pasukan negara perlukan anda bukan hanya di waktu merayakan kemenangan sahaja.Mereka perlukan kita. Bersamalah kita untuk terus memberi sokongan pada perlawanan ke dua Sabtu ini di stadium Bukit Jalil.

8 Jul 2007

KOTA BHARU: 6 Julai – Mana-mana pesakit yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang di negeri Kelantan akan menerima rawatan haemodialisis secara percuma apabila Keluarga Bahagia Haemodialysis memulakan operasinya.Peringkat awal perlaksanaan dimulakan dengan pembukaan pusat rawatan tersebut yang pertama di Jalan Bayam, Kota Bharu, dua minggu selepas itu pusat yang kedua akan dibuka di Pasir Mas dan seterusnya pembukaan pusat haemodialisis akan dibuka di setiap daerah di negeri Kelantan ini.Perasmian pagi tadi itu dilakukan oleh Ahli Exco Negeri, Dato’ Hj Husam Musa yang mewakili Menteri Besar Kelantan yang terpaksa menghadiri satu majlis lain di Jeli.
Menurut Pengarah Urusannya, En Shazali Shauf, selain menawarkan rawatan secara percuma beberapa perkhidmatan lain juga turt disediakan untuk para pesakit yang menerima rawatan di sini seperti kemudahan pengangkutan pergi dan balik, khidmat nasihat pakar, urut refleksologi dan juga kelas agama.Semua ini dilakukan untuk memberikan kepuasan dan kesedaran kepada pesakit bahawa apa yang menimpa mereka bukanlah satu bala atau musibah sebaliknya ia merupakan ujian oleh Allah SWT kepada umatnya.
“Kita akan mengambil pesakit dalam jarak 10 hingga ke 30 kilometer dari pusat rawatan untuk menerima rawatan ini. Maknanya kita menyediakan pengangkutan untuk pesakit dibawa menerima rawatan dan setelah selesai, kita akan menghantar pesakit kerumah mereka semula” ujar beliau semasa sidang akhbar selepas majlis perasmian.“Apa yang kita laksanakan melalui Keluarga Bahagia Haemodialysis dengan menyediakan pusat rawatan percuma yang pertama seumpamanya ini ialah untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh dan berjiwa kebajikan terutamanya kepada yang lemah atau yang sakit dan kebajikan adalah di antara tiang-tiang utama Islam yang syumul.
Yang sakit memerlukan perhatian kerana kesakitan telah memberikan mereka kelemahan dan kadang-kadang tidak berdaya untuk mengurus diri mereka sendiri. Dengan itu yang sihat mempunyai peluang untuk mendapat pahala dengan memberikan bagi perkhidmatan kepada yang sakit”. Ujar Husam semasa berucap merasmikan pusat rawatan ini.Pusat ini yang memberi perkhidmatan setiap hari kecuali hari jumaat adalah terbuka kepada sesiapa saja tanpa mengira kaum dan agama.

6 Jul 2007

Keresahan Pelajar Terengganu Mesir : ZAKAT Dilewatkan
matklate6 Jul 2007 0 Komentar

Oleh shamatun"
Rata-rata pelajar Terengganu di bumi Mesir merungut dan meluahkan rasa tak puas hati di atas kelewatan pembayaran Zakat oleh MAIDAM pada tahun 2007 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pelbagai persoalan timbul apabila zakat tahun 2007 masih tidak diberikan kepada pelajar-pelajar Terengganu di Universiti Al-Azhar walaupun peperiksaan akhir sesi pengajian sudah pun berakhir dan cuti akhir tahun sudah pun bermula, manakala sesi baru pengajian 2007/2008 akan bermula pada 15 september 2007.
Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini di mana zakat diberikan kepada pelajar pada bulan Jun setiap tahun, tetapi pada tahun ini dikhabarkan zakat akan diberikan pada bulan September 2007 kerana semata-mata menunggu Menteri Besar Terengganu, Idris Jusoh yang akan datang sendiri ke Mesir untuk menyampaikan zakat kepada pelajar-pelajar di sana.tindakan itu menunjukkan bahawa pihak kerajaan negeri tidak begitu peka dengan permasalahan anak-anak Terengganu di Perantauan.
Masalah yang timbul ialah jika benar Zakat akan diberikan pada bulan September maka ia adalah satu tempoh yang terlalu lambat dan membebankan pelajar-pelajar yang bergantung kepada zakat untuk perbelanjaan mereka di sana, bahkan ada sebahagian daripada pelajar akan pulang ke tanah air sebelum bulan September, dan mereka yang sudah pulang ke tanah air tidak lagi berhak untuk mengambil zakat memandangkan mereka tidak lagi pelajar yang berhak menerima zakat.
Soalnya sekarang ialah kenapakah dilewatkan pembayaran tersebut sehingga sesi pengajian berikutnya hampir bermula? Yang peliknya ialah zakat untuk pelajar-pelajar yang memohon secara persendirian sudah pun diberikan semenjak beberapa bulan yang lalu. Kenapakah zakat yang diurus melalui pegawai lebih sukar daripada permohonan secara persendirian? Apakah betul pegawai yang datang ke Mesir untuk memudahkan urusan pelajar di sana? Atau ia adalah sebaliknya!

Mengenali Imam Syafie
chedet 1 Komentar

وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (al-Ankabuut 29:69)

Beliau ialah Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafie. Gelarannya ialah Abu Abdillah dan beliau berketurunan Quraisy. Nasab keturunan beliau bertemu dengan nasab Rasulullah saw. pada Abdul Muttalib. Imam Syafie adalah daripada keturunan Hasyim, bapa saudara Nabi saw.

Dilahirkan di Ghazzah (Semenanjung Gaza), di Palestin pada tahun 150H. Ayah beliau meninggal semasa beliau masih kecil dan ibunyalah yang menjaganya dan membawanya tinggal di Mekah. Imam Syafie pernah berkata: “Aku khatam menghafal al-Qur’an ketika berumur tujuh tahun dan hafal Muwattoa’ Imam Malik ketika berumur sepuluh tahun”. Beliau dikatakan mengkhatam al-Qur’an pada setiap hari. Dan dalam perjalanan untuk menuntut ilmu dari Mekah ke Madinah, beliau sempat khatam sebanyak enam belas kali.

Imam Syafie merupakan seorang ulamak yang menguasai pelbagai ilmu. Berkata al-Rabi’: Imam Syafie bila beliau bermunazarah dengan manusia, beliau akan bercakap mengikut kadar kefahaman mereka sahaja. Kalaulah beliau bercakap mengikut ketinggian ilmunya, maka mereka tidak akan memahaminya”. Beliau sangat mahir dalam kesusasteraan bahasa arab dan percakapannya dianggap sebagai hujah dalam bahasa. Berkata Ibnu Hisyam: Percakapan “Imam Syafie adalah hujah dalam bahasa”. Berkata al-Jahiz: “Aku banyak membaca penulisan-penulisan orang-orang yang hebat dalam ilmu, tetapi aku tidak dapati seorang pun yang lebih cantik penulisannya berbanding Imam Syafie. Perkataannya seolah-olah permata-permata yang diatur”. Imam Syafie mempalajari bahasa Arab dengan qabilah Huzail selama tujuh belas tahun dan kabilah Huzail adalah kabilah arab badwi yang sangat fasih.


Beliau juga merupakan pengasas ilmu Usul Fiqh. Kitabnya yang masyhur ialah ar-Risalah dan al-Um. Imam Syafie belajar mendalami bahasa Arab dan sejarah selama dua puluh tahun dan beliau berkata: “Tidak ada tujuan lain bagiku daripada pelajaran tersebut melainkan untuk membantu kefahaman (ilmu feqah)”. Beliau juga sangat mahir dalam tafsir. Berkata Yunus bin Abdul A’la: “Sesungguhnya Imam Syafie bila beliau menghuraikan tafsir, maka seolah-olah beliau juga berada ketika penurunan al-Qur’an”.

Imam Syafie sangat menyanjung para muhaddisin dan beliau pernah berkata: “Para muhaddisin adalah tetamu Allah”. Beliau juga berkata: “Bila aku melihat seorang ahli hadis, maka seolah-olah aku melihat seorang sahabat Nabi saw.”. Dan beliau juga merupakan salah seorang daripada mereka. Beliau berkata: “Aku dipanggil di Baghdad sebagai Nasirul Hadis (penegak hadis)”. Az-Zahabi berkata: “Imam Syafie adalah seorang penghafal hadis dan beliau juga orang yang mengenali selok belok ilmu hadis”. Imam Syafie pernah berkata: “Apabila hadis itu sohih, maka itulah mazhabku”. Beliau juga pernah berkata: “Setiap pendapatku yang mana berlawanan dengan hadis Nabi yang sohih, maka hadis Nabi lebih perlu diikuti, dan janganlah kamu taqlid kepadaku”.

Imam Syafie sangat bencikan ilmu Kalam. Beliau pernah berkata: “Kalaulah manusia tahu apa yang ada pada ilmu Kalam, nescaya mereka akan lari daripadanya seperti lari daripada singa”. Beliau juga berkata: “Seorang hamba yang dihadapkan di hadapan Allah (di hari qiamat) dengan semua dosa kecuali syirik adalah lebih baik daripada dihadapkan dengan ada di sisinya sebahagian ilmu Kalam”. Beliau juga berkata: Hukuman aku terhadap ahli ilmu Kalam ialah supaya mereka dipukul dengan pelepah dan diheret ke setiap suku dan kabilah dan dikatakan: “Inilah balasan orang yang meninggalkan Qur’an dan Sunnah”. Imam Syafie juga tidak suka berdebat dan beliau berkata: “Perdebatan dalam ilmu menimbulkan sikap keras hati dan dendam”.

Imam Syafie juga adalah seorang yang zuhud dan sangat taatkan ibunya. Beliau menceritakan bahawa setelah beliau pulang ke Mekah, Imam Malik telah memberikannya separuh daripada hartanya. Beliau juga membawa harta-hartanya yang diperolehinya dari Khurasan dan Mesir. Bila sampai di Mekah, ibunya datang menyambutnya dan memeluknya dan berkata: “Adakah kamu mahu pulang ke rumah dengan harta yang sebegini banyak? Sedangkan kamu keluar sebelum ini dalam keadaan miskin, adakah kamu mahu bermegah-megah dengan sepupu-sepupu kamu”? Akhirnya emaknya menyuruh untuk disedekahkan seluruh harta tersebut, dan Imam Syafie pun menyedekahkannya kepada para fakir miskin.

Imam Syafie juga mempunyai kelebihan dalam firasat. Ketika Imam Syafie duduk bersama dengan al-Humaidiyy dan Muhammad bin al-Hasan berfirasat, tiba-tiba lalu seorang lelaki. Lalu Imam Muhammad berkata: “Cuba kamu tengok orang ini”. Lalu Imam Syafie memerhatikan orang tersebut dan beliau tidak menjawabnya. Imam Muhammad bertanya: “Adakah kamu kesamaran terhadapnya”? Beliau menjawab: “Aku kesamaran samada dia adalah seorang tukang jahit ataupun dia seorang tukang kayu”. Lalu Imam al-Humaidiyy bangun dan pergi bertanyakan orang lelaki tersebut, dan lelaki tersebut menjawab: “Aku memang seorang tukang kayu, tetapi hari ini aku sudah mula bekerja sebagai tukang jahit”. Imam Syafie juga merupakan seorang pemanah yang hebat. Dalam sepuluh panahannya, tidak ada satu pun yang melencong daripada sasaran.

Sebenarnya terlalu banyak pujian ulamak terhadap Imam Syafie. Al-Husain bin Muhammad al-Karabiisiy berkata: “Aku tidak pernah lihat satu majlis ilmu yang lebih hebat daripada majlis Imam Syafie. Majlis beliau dihadiri oleh para muhaddisin, fuqaha dan juga penyair, dan kesemua mereka mendapat ilmu daripadanya”. Beliau juga berkata: “Aku tidak pernah jumpa orang yang setaraf dengan Imam Syafie dan beliau (Imam Syafie) juga tidak nampak orang yang setaraf dengannya”. Berkata Sa’lab: “Imam Syafie merupakan seorang Imam dalam ilmu bahasa”. Abi Abdillah Nuftuwaih berkata: “Perumpamaan Imam Syafie di kalangan para ulamak adalah seperti bulan purnama di kalangan bintang-bintang di langit”.

Antara guru Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah. Sufyan pernah berkata tentang Imam Syafie: “Dialah (Imam Syafie) sebaik-baik pemuda zamannya”. Antara muridnya pula ialah Imam Ahmad bin Hanbal.

Imam Ahmad sangat menyayangi Imam Syafie. Beliau pernah berkata: “Sesungguhnya aku sentiasa berdoa di dalam solatku kepada Imam Syafie semenjak empat puluh tahun. Tidak ada seorang pun di kalangan fuqaha yang terlalu mengikut Hadis Nabi berbanding Imam Syafie”. Bilamana anak beliau bertanyakan kenapa beliau banyak berdoa kepada Imam Syafie, beliau menjawab: “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia ini dan seperti afiat bagi badan, maka adakah lagi yang kamu nampak yang boleh menggantikan kedua-dua ini”?

Imam Syafie tidaklah berumur panjang, dan beliau meninggal di Mesir ketika berumur lima puluh empat tahun, iaitu pada tahun 204H. Bila ditanyakan Imam Ishaq bin Rahuwaih tentang bilakah Imam Syafie menulis buku-bukunya yang sangat bermutu itu, sedangkan umurnya hanyalah singkat, beliau menjawab: “Sesungguhnya Allah telah mempercepatkan akalnya kerana pendeknya umurnya”. Beliau meninggal pada hari jumaat di hujung bulan rejab dan dikebumikan pada hari tersebut sesudah solat asar. ADKHALANALLAHU WAIYYAHU FASIIHA JANNAATIH. ALLAHUMMA AMIN.

Tulisan: Tuan Mohd Safuan Tuan Ismail. Sarjana Muda Syariah, Mu’tah Universiti, Karak, Jordan. Kha28071424H25092003.

5 Jul 2007

Sewa hotel 'projek' sejam -- Harian Metro
أبو عمار5 Jul 2007 0 Komentar

Oleh Hadzlihady Hassan

KUALA LUMPUR: Memalukan apabila menyaksikan segelintir remaja Melayu menjadikan sebuah hotel murah di Wangsa Maju di sini, sebagai bilik sementara semata-mata mahu melampiaskan nafsu serakah mereka.

Bilik hotel itu dikatakan boleh disewa walaupun untuk setengah jam menyebabkan pasangan terbabit gemar mengambil kesempatan melakukan maksiat di situ.

Perbuatan keji mereka itu dilihat ketika wartawan Harian Metro membuat tinjauan di hotel terbabit.

Ketika tinjauan dibuat, ada dua pekerja berusia lingkungan 40-an dan seorang perempuan warga emas turut bertugas di hotel terbabit sebagai ‘penyambut tetamu’.

Kemudian, lima pasangan remaja Melayu dilihat masuk dan keluar dari hotel terbabit dengan pasangan lelaki akan membuat tempahan terlebih dulu manakala teman wanita mereka menunggu di luar hotel.

Sejurus si lelaki membuat tempahan, teman wanita yang ditinggalkan di luar hotel akan menyusul naik mengikut pasangannya selepas memastikan keadaan benar-benar selamat.

Difahamkan, hotel itu hanya mengenakan bayaran RM25 bagi tempoh sejam, namun kadar yang sama turut dikenakan jika pelanggan ingin menyewa bilik selama setengah jam.

Pelanggan yang ingin mendaftar bagi tempoh sejam akan diminta membayar deposit RM20 sebagai tambahan kepada sewa RM25 itu.

Deposit itu akan dikembalikan ketika mereka mendaftar keluar.

Selain sudah beberapa tahun beroperasi, lokasi hotel berkenaan yang tersembunyi dan strategik memudahkan remaja Melayu terbabit membawa pasangan masing-masing untuk melakukan maksiat.

Pekerja hotel terbabit ketika ditanya wartawan yang menyamar pelanggan, berkata hotel itu tidak pernah diserbu penguat kuasa agama.

Justeru, katanya, pasangan tidak perlu khuatir kerana jika serbuan hendak dilakukan ke atas hotel itu, pekerja di situ akan memaklumkan terlebih dulu kepada pelanggan.

“Jangan risaulah pasal serbuan, kalau awak nak bilik cakap saja, boleh booking (tempah) dulu, lepas tu bawa ‘amoi’ (teman wanita) masuk dalam.

“Lagipun sini tak pernah ada operasi, awak jangan takut, berapa lama mau duduk? Setengah jam pun boleh,” katanya ketika berbincang mengenai harga bilik dengan wartawan Harian Metro.

Katanya lagi, pasangan tidak perlu bimbang dengan kakitangan syarikat swasta yang bekerja di sekeliling hotel itu kerana mereka tidak akan mengganggu dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Dia orang takkan kacau punya, sini semua buat hal masing-masing, kita sama-sama cari makan,” katanya.

Bagaimanapun, wartawan Harian Metro berjanji akan datang semula untuk menempah bilik dan pekerja hotel itu dengan bersungguh-sungguh memintanya kembali semula dan membawa lebih ramai pasangan berminat.

Sementara itu, seorang pekerja di kawasan berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrin, 35, memberitahu, setiap hari dia melihat pasangan Melayu datang ke hotel itu, terutama pada hujung minggu tanpa segan silu untuk memadu kasih.

Menurutnya, dia jelik dengan sikap pasangan terbabit yang kebanyakannya remaja Melayu kerana mengambil kesempatan melakukan maksiat di hotel berkenaan.

“Saya kesal kerana mereka sanggup melakukan perkara terkutuk di situ.

“Pernah juga beberapa kali saya terserempak dengan remaja perempuan bertudung yang mengikut teman lelaki masing-masing menyewa bilik hotel berkenaan,” katanya.

Katanya, dia sudah beberapa kali melaporkan perbuatan berkenaan kepada Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi), namun kesal kerana tiada tindakan diambil.

“Jawi meminta diberikan nombor bilik yang diduduki pasangan berkenaan. Jika tidak memberi nombor bilik, mereka mengatakan tidak boleh mengambil tindakan terhadap hotel terbabit,” kata Shahrin.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Thursday/BeritaUtama/20070705101601/Article/indexm_html

Antara Pembunuhan MEMALI dan ALTANTUYA
chedet 0 Komentar

Cuba bandingkan kes PANAS ALTANTUYA dan MEMALI....
Mana persamaan dan ketidaksamaannya????


ALTANTUYA Seorang yang terbunuh, MEMALI 14 orang.
Altantuya UTK , MEMALI Polis Hutan,
Altantuya C4 Bom, MEMALI kereta perisai & Batalion PPH,
Altantuya (ada orang besar terbabit) MEMALI.... (siapa?)))
ALTANTUYA kes dibicara, MEMALI.... apa cerita...
Yang Lain-Lain, anda perpanjangkanlah....
Yang mana lebih adil???????

**************************************
Sirul Azhar Bunuh Altantuya - Timbalan Komander UTK
SHAH ALAM, 5 Julai (Bernama) -- Seorang pegawai kanan Unit Tindakan Khas (UTK) berkata di Mahkamah Tinggi di sini beliau diberitahu bahawa orang yang membunuh Altantuya Shaariibuu pada Oktober tahun lepas ialah Kpl Sirul Azhar Omar, tertuduh kedua dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

ACP Mastor Mohd Ariff, Timbalan Komander UTK, cawangan tempat Sirul Azhar bertugas, berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (ketika itu), Datuk Syed Ismail Syed Azizan, yang mendapat maklumat itu daripada Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama.

**************************************
MEMALI...
MEREKA YANG SYAHID

1. Ustaz Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), Kampung Charok Puteh, Siong, Baling, Kedah 45 tahun, guru dan pendakwah Islam. Beliau meninggalkan seorang balu yang juga telah ditahan beberapa minggu dalam kem tahanan di markas Polis Hutan Sungai Petani, kemudian dipindahkan ke Penjara di Alor Setar sehingga dibebaskan. Beliau meninggalkan lima orang anak, dua orang sedang bersekolah dan tiga orang lagi masih kecil.

2. Ahmad Hassan, Kampung Alor Melentang, Gunung, Alor Setar, 30 tahun, kerja sendiri, bekas pegawai LPN, bekas ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah 1979-1981, bekas Setiausaha Kerja DPPN Kedah 1981-1983. Beliau meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang masih belum bersekolah.

3. Syafie bin Dahaman, Sekolah Menengah Siong, Baling, 30 tahun, guru Sekolah Menengah Siong, meninggalkan seorang balu dan seorang anak.

4. Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman, Mukim Siong Baling, 72 tahun, penoreh getah. Beliau meninggalkan seorang balu dan tujuh orang anak.

5. Abdul Manaf bin Waden, Kampung Becah Sawa, 58 tahun, penoreh getah, meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

6. Ghazali bin Mohd Saman, Kampung Becah Sawa, 36 tahun, Merinyu malaria, meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak.

7. Mohd Radzi bin Ahmad, Kampung Ubi Memali, 27 tahun, penoreh getah, meninggalkan empat orang anak dan isterinya telah meninggal sejak beberapa lama.

8. Wan Abdullah @ Idris bin Lebai Kadir, Kampung Charok Bunting, Siong, Baling, 32 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak sebahagiannya masih bersekolah.

9. Mohd Aroff bin Hashim, Kampung Becah, Siong, 36 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan enam orang anak.

10. Zamri bin Md Isa, Kampung Charok Puteh, 37 tahun, pemandu; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

11. Abdullah bin Yasin, Kampung, Guar Reban, Kupang, 33 tahun, berniaga; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

12. Mohd Daud bin Kadir, Kampung Becah Sawa, 53 tahun, penoreh getah; meninggalkan seorang balu dan tiga orang anak.

13. Ahmad bin Ismail, Kampung Cepir, Sik, 30 tahun, Mekanik motosikal; meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak.

14. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.


MEREKA YANG CEDERA

1. Mohd Khir bin Sulaiman, Kampung Tanjung Pari, Siong, 28 tahun; beliau ditembak di leher tidak dapat menelan makanan. Tangannya tidak dapat diangkat kerana patah. Beliau mempunyai seorang isteri dan dua orang anak.

2. Rusli bin Abdul Rahman, Siong, Baling, 17 tahun; ditembak di perut lima butir peluru dan dibedah.

3. Azizan bin Rauf, Kampung Charok Puteh 37 tahun. Beliau cedera ditembak dan terkena enam peluru di perut dan terpaksa dibedah. Sekarang beliau tidak boleh bekerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan 5 orang anak.

4. Haji Abdul Rahman bin Jusoh, Siong, Baling, 69 tahun. Beliau cedera parah dan akhirnya meninggal dunia kerana kecederaan tersebut pada 31 Jan 1986.

5. Hambali bin Ismail, Kampung Charok Puteh, 55 tahun; ditembak di betis. Beliau adalah Abang ipar As-Syahid Ibrahim Libya. Beliau Mempunyai seorang isteri dan lima orang anak.

6. Ahmad bin Kadir, Mukim Siong, Baling Kedah, 45 tahun; ditembak di paha dan tidak dapat bekerja.

7. Zainol Abidin bin Mad Daud, Kampung Becah Sawa, Siong, 25 tahun; ditembak di kaki.

8. Abdullah bin Che Soh, Kampung Becah, Siong, 40 tahun; ditembusi lapan butir peluru. Kedua-dua tangannya tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. Beliau mempunyai seorang isteri dan enam orang anak.

9. Mat Piah bin Yunus, Tanjung Pari Siong, 40 tahun; cedera di sebelah tangan kanan, lumpuh ditembusi 15 butir peluru. Mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak.

10. Harun bin Mat Isa, Padang Geh, Kuala Ketil, 40 tahun, guru agama; cedera dengan sebelah tangan kanan lumpuh; ditembak di bahu.

11. Hassan Abdullah, Tanjung Pari, Mukim Siong, 33 tahun; ditembak di dada, di kaki. Beliau dipijak dan dipusingkan kedua belah kakinya ... tercabut tulang paha dan pinggangnya patah. Dia lumpuh sehingga sekarang. Beliau mempunyai seorang isteri dan empat orang anak.

12. Azmi Jusoh, Kampung Becah, Siong, 45 tahun; ditembak di paha. Beliau mempunyai seorang isteri dan tiga orang anak.

13. Rosli Osman, Kampung Carok Puteh, 15 tahun; ditembak di belakang dan mengalami kesesakan nafas sehingga sekarang.

Akhirnya UMNO mengaku pembunuhan umat Islam di Memali adalah angkara mereka
chedet 0 Komentar

Di dalam pertembungan antara mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Perdana Menteri, Dato Sri Abdullah Ahmad, banyak perkara-perkara yang dahulunya menjadi rahsia di dalam UMNO (Baru) kini telah pecah.

Isu-isu seperti penjualan pasir kepada Singapura, pembahagian kontrak dan kekayaan Negara kepada anak-anak dan saudara mara seperti adegan “Anak dia dapat lagi banyak dari anak saya” dan macam-macam lagi.

Abdullah yang di lihat lemah serta mempunyai IQ yang rendah untuk menjawap soalan secara spontan, sering kali memdedahkan kelemahannya dan UMNO (Baru) khususnya secara dia sedar atau tidak sedar.

Di dalam Forum Keamanan Dunia di Putra World Trade Center (PWTC) tidak lama dahulu. Tun Mahathir pernah menyamakan Abdullah Ahmad setaraf dengan dajal-dajal lain seperti Presiden Amerika Syarikat, George Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Lalu, melentinglah pengampu-pengampu dan penjilat-penjilat Abdullah Badawi. Di dalam laman web Kelab Penykong Maya UNMO, terkeluarlah satu artikel yang bertajuk “Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandi darah orang-orang Islam”.



Antaranya berbunyi :

Bila diulang tayang peristiwa Mamali di Kedah pada tahun 1983, peristiwa hitam negara yang sepatutnya dapat diselesaikan tanpa perlu pertumpahan darah berlaku sewaktu Tun sebagai Perdana Menteri.

Tun saya rasakan bijak dalam merangka tipu muslihatnya dan sikap Tun pada masa itu yang menyerahkan tugas berat tersebut kepada Musa Hitam seolah-olah ‘Membaling Batu Sorokkan Tangan’.

Akibatnya berlaku pertumpahan darah sekumpulan umat Islam yang tidak sepatutnya.Tidak kira dari parti apa atau apa juga perjuangan mereka, masalah orang kampung ini tidak patut di tentang dengan kereta kebal mahu senjata api.

Peristiwa ini dapat dibersihkan dengan satu penipuan yang amat ketara sehingga rakyat tidak mempertikaikan dan dengan liciknya Tun menutup cerita orang-orang Melayu yang bermandian darah ditangan …siapa????????? . Tak perlu kita cerita dengan lebih lanjut kerana ianya akan merobek dan melukakan hati kita sendiri.

Persoalannya sekarang, siapa penipu? Sekurang-kurangnya tangan Pak Lah tidak bermandikan darah orang Islam. Sekurang-kurangnya Pak Lah tidak membunuh bangsa kita dengan senjata yang sepatutnya mempertrahankan Negara. Pak Lah tidak berlawan dengan orang yang menggunakan sabit dan parang dengan kereta-kereta kebal dan berpelatun askar dan polis hutan.

Begitulah terdesaknya orang-orang UMNO (Baru) akhir-akhir ini. Kerana ingin menyelamatkan boss, maka, boss lama harus dikutuk walaupun sebenarnya membuka keburukan UMNO (Baru) itu sendiri.

Jikalau UMNO (Baru) masih mengatakan Kemerdekaan Malaysia adalah hasil usaha mereka, tetapi adakah Peristiwa Memali yang membunuh ramai orang-orang Islam yang tidak bersalah adalah kerja Tun Mahathir seorang.

Ia adalah kerja orang-orang UMNO. Suka atau tidak, itu memang kerja-kerja durjana UMNO laknatullah ini.

Kalau UMNO (Baru) ada batu, kenapa Kes Memali ini tidak dibuka semula di mahkamah, sehinggakan terpaksa membuat fitnah tentang Tabung Memali yang diusahakan oleh PAS telah diseleweng. Jika benar ianya diseleweng, masukkan sekali kes ini ke mahkamah sekali.

Harus sedar, bahawa setiap ahli dan pengundi UMNO dan Barisan Nasional adalah terlibat dengan kes ini secara langsung atau tidak langsung.



Posted by Lord Azaab

4 Jul 2007

PANAS !! Dokumen Buktikan Dahlan Terlibat Dalam Pembunuhan Yasser Arafat.
matklate4 Jul 2007 0 Komentar


gunxx writes " Selasa, 03/07/07 -Yakinlah bahwa Arafat sudah menyiapkan hari-hari akhirnya. Namun biarkan kami mencegahnya sesuai dengan cara kami dan bukan dengan cara anda? ini di antara isi surat Dahlan kepada Movaz, Menteri Pertahanan Israel. Surat Dahlan ini dikeluarkan di web News edisi Isnin (02/07) dan menyebutnya sebagai dokumen sangat penting kerana mengungkap 'benang merah' dalam teka-teki kematian Presiden Palestin Yasser Arafat. Dalam suratnya kepada Movaz, Dahlan menyatakan "Yakinlah dengan apa yang sudah saya putuskan ? ucapan Dahlan di hadapan presiden Amerika George W. Bush ,"saya bersedia mengorbankan hidup saya sebagai harganya". Dahlan 'bermesraan' dengan Israel dan mengatakan, "negara berperadaban dan demokrasi seperti Amerika". "Kami mengetahui bahawa anda tidak mampu bekerjasama dengan mafia, dan kami tegaskan bahawa fasa sekarang sudah selesai dan tidak kembali, kini mulai era berkira-kira untuk kesatuan kedaulatan. Oleh itu, anda perlu memberikan kerjasama penuh untuk mencapai tujuan." tegas Dahlan. Dahlan berterus terang dalam suratnya bahawa beliau khuwatir kerana tersebarnya suara menarik kepercayaan terhadap presiden Arafat pada waktu itu. "Untuk menangani masalah ini, harus dilakukan dengan penyusunan dan koordinasi yang baik" tegas Dahlan. Yang paling berbahaya dalam surat Dahlan adalah apa yang dinyatakan Hamas setelah menguasai markas keselamatan. Dalam surat itu disebutkan, "kami mulai berusaha menculik anggota parlimen dengan menekan dan merayu sehingga mereka berpihak kepada kami dan tidak memihak kepada Arafat" menurut Dahlan. Berkenaan ahli-ahli PLO, Dahlan menyatakan dalam suratnya, "Nama-nama ini (dewan pusat dan nasional) harus dihentikan dan dikosongkan kewujudannya dan perlu dicegah di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza" Dahlan menutup suratnya "Terakhir, terima kasih kepada anda dan PM Israel, Ariel Sharon kerana percaya dengan kami, salam hormat kami untuk Anda" surat itu ditandatangani Dahlan bertarikh 13 Julai 2003 atau 16 bulan sebelum Arafat meninggal dunia.
Note:
sumber : COMES
pernterjemah : osman"
dipetik dari http://palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=1801

Jawapan terhadap Seruan Hizbu-Tahrir : Wahai Penduduk Palestin
matklate 1 Komentar

Oleh : Haji Muhyiddin bin Haji Hasyim

Pendahuluan :

Pertumpahan darah yang berlaku di antara pejuang Hamas dan Fatah sememangnya merupakan suatu perkara yang sangat mengejutkan dunia Islam. Dalam berhadapan dengan musuh yang sebenar iaitu Amerika dan Israel, tiba-tiba kita dikhabarkan dengan peristiwa ini yang berakhir dengan penguasaan Hamas terhadap Genting Gaza..

Pelbagai komen dan pandangan terhadap pertumpahan darah tersebut. Ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengkritik sebagaimana yang dilakukan oleh Hizbu Tahrir dalam risalahnya Hizbu Tahrir dalam risalahnya menyatakan kekesalan dengan apa yang berlaku dan menganggap bahawa peperangan dan pertumpahan darah sesama umat Islam di Palestin tidak syarie dan berlanggar dengan lunas-lunas Islam.
Hizbu Tahrir menganggap pertumpahan darah ini membantu kepentingan Amerika, Eropah dan Yahudi di Palestin. Mereka juga menganggap bahawa pertumpahan darah yang berlaku ini adalah kerana ingin merebut kuasa untuk menjadi menteri dan ahli parlimen walaupun kuasa yang ada tidak lebih hanya berada di bawah pengaruh Yahudi. Keterbatasan kuasa ini dianggap sebagai perkara yang terlalu kecil sehingga boleh menyebabkan persengketaan ini.
Disamping itu Hizbu Tahrir mengkritik apa yang dilakukan oleh Hamas dan Fatah apabila mereka melakukan gencatan senjata dan berunding dengan Yahudi kerana menganggap gencatan senjata dan rundingan tersebut adalah suatu pengiktirafan terhadap kependudukan Yahudi di bumi Palestin.
Jika difikirkan secara sepintas lalu, tidak dapat dinafikan bahawa pandangan dan kritikan Hizbu Tahrir ini mempunyai kebenarannya tetapi bagi sesiapa yang melihat secara mendalam dan berfakta apa yang berlaku pastinya tidak dapat menerima kritikan tersebut khususnya tuduhan yang dilemparkan kepada pejuang Hamas.
Latar belakang sejarah persengketaan Hamas dan Fatah :
Persengketaan yang berlaku di antara Hamas dan Fatah adalah bukan perkara baru bagi umat Islam secara umumnya dan penduduk Palestin secara khususnya. Perbezaan ideologi dan pendekatan menjadi sebab kepada persengketaan ini.
Umum mengetahui bahawa Hamas sejak ditubuhkan oleh Syeikh Ahmad Yasin meletakkan Islam sebagai rujukan dalam setiap aspek tindakan yang ingin diambil dalam berhadapan dengan Israel dan Amerika. Pengaruh Ikhwanul Muslimin Mesir sangat kuat di dalam pertubuhan ini. Mereka menolak pengiktirafan terhadap negara entiti haram Israel dan mengambil pendekatan bersenjata dalam menghalau Israel dari bumi Palestin.
Ada pun Fatah, mereka meletakkan ideologi kebangsaan sebagai landasan perjuangan dan bersedia untuk mengiktiraf negara Israel. Mereka sanggup untuk berdamai dan berbincang dengan Israel walaupun diketahui bahawa Israel tidak pernah setia terhadap perjanjian dan perdamaian yang dimeteraikan tersebut. Umat Islam di Palestin terus dibunuh dan disembelih, rumah-rumah mereka diroboh dan mereka dihalau dari tanah air mereka sendiri.
Perbezaan ideologi dan pendekatan inilah yang menyebabkan persengketaan terus berlaku. Ketika Fatah menguasai kerajaan Palestin suatu ketika dahulu, banyak tindakan yang diambil memihak kepada Amerika dan Israel. Antaranya mereka menangkap pejuang-pejuang Hamas yang berjuang menentang Israel atas nama menjaga perjanjian yang dimeterai di antara mereka.
Pertelingkahan di antara Hamas dan Fatah semakin meruncing apabila Hamas berjaya membentuk kerajaan mengalahkan Fatah di dalam pilihanraya umum negara tersebut pada bulan Januari 2006. Kemenangan ini sememangnya tidak dapat diterima oleh Fatah apatah lagi Yahudi dan sekutunya Amerika.
Pelbagai sekatan dan usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat tersebut. Pemberhentian bantuan kewangan oleh Eropah dan Amerika tidak melemahkan semangat Hamas untuk terus menerajui kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Hamas menyedari bahawa usaha untuk menghalau Israel dari bumi Palestin tidak akan berjaya sekiranya pejuang-pejuang pembebasan bertelingkah sesama sendiri. Justeru, Hamas yang berjaya membentuk kerajaan telah mengajak pertubuhan-pertubuhan lain termasuk Fatah untuk bersama-sama di dalam kerajaan perpaduan dan akhirnya termeterailah perjanjian Makkah yang menjadi sejarah kepada penduduk Palestin.
Perjanjian Makkah ini menjawab tohmahan yang menyatakan bahawa Hamas tidak berusaha untuk mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat Palestin dalam usaha menghadapi musuhnya yang sebenar iaitu Israel. Pun begitu, masih timbul lagi persoalan bagaimana masih boleh berlaku pertumpahan darah walaupun perjanjian Makkah telah dimeterai di antara kedua-dua pihak.
Pertumpahan darah di antara Hamas dan Fatah :
Walaupun kerajaan perpaduan telah terbentuk, masih terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di dalam Fatah untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Hamas. Mereka mendapat bantuan kewangan dan senjata daripada Israel mahupun Amerika di dalam usaha tersebut.
Perlu ditegaskan bahawa usaha untuk menggulingkan kerajaan Hamas ini dirancang oleh sebahagian sahaja dari kalangan pimpinan Fatah seperti Penasihat Keselamatan Palestin, Mohammad Dahlan dan lain-lain lagi.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh salah seorang pemimpin Fatah sendiri iaitu Farouk Qadumi, Setiausaha Sulit Fatah yang tidak bersetuju dengan perlantikan Mohammad Dahlan sebagai penasihat keselamatan dan menolak usaha untuk menggulingkan kerajaan Hamas. Beliau menyebut bahawa sebahagian besar daripada pengikut Fatah inginkan kesatuan dan ingin bekerjasama dengan Hamas.
Walaupun demikian, peperangan demi peperangan berlaku di antara kedua-dua pihak hasil daripada usaha jahat yang dilakukan beberapa pimpinan Fatah yang ingin menggulingkan kerajaan Hamas.
Antara usaha yang dilakukan oleh mereka ialah usaha untuk membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari lawatan rasmi yang pertama ke luar negara pada bulan Februari yang lepas. Mereka menyerang rombongan perdana menteri tersebut tetapi telah dipatahkan oleh pejuang-pejuang Hamas yang terus mempertahankan kerajaan Islam Hamas.
Pertumpahan darah yang berlaku ini akhirnya membawa kepada penguasaan sepenuhnya Hamas terhadap Genting Gaza baru-baru ini. Pejabat keselamatan Palestin di bawah Fatah telah ditawan oleh Hamas dan beberapa orang pimpinan Fatah telah dibunuh.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamas, tindakan mereka menguasai pejabat keselamatan Palestin di bawah Fatah adalah untuk menghapuskan anasir jahat di dalam pertubuhan itu yang ingin menggulingkan kerajaan Hamas.
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah dalam kenyataannya menyebut bahawa tindakan tersebut adalah untuk mempetahankan kerajaannya. Ini terbukti apabila pejuang Hamas telah menjumpai dokumen-dokumen sulit di pejabat keselamatan Palestin tersebut senarai nama pimpinan Fatah yang bekerja untuk membunuh tokoh-tokoh tertentu di kalangan pimpinan Palestin termasuk bekerjasama dengan pihak Mosad Israel.
Turut dijumpai juga dokumen rahsia tentang pembunuhan Presiden Palestin yang pertama iaitu Yasir Arafat oleh Mohammad Dahlan, cubaan membunuh Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyyah dan serangan terhadap rombongan keselamatan Mesir di Genting Gaza.
Walaupun Hamas telah berjaya menguasai Genting Gaza, mereka tidak menutup pintu rundingan dengan Fatah bagi meneruskan kerajaan perpaduan yang telah dibina melalui Perjanjian Makkah.
Pertumpahan darah antara Hamas dan Fatah dari sudut pandangan Islam :
Jika dilihat kepada pertumpahan darah yang berlaku di antara Hamas dan Fatah ini, sebenarnya ia adalah peperangan yang melibatkan di antara sebuah kerajaan dengan pemberontak yang ingin menggulingkannya. Di dalam Islam ia disebut sebagai golongan bughoh.
Di dalam fiqh Islam, seorang yang dianggap bughoh boleh diperangi oleh kerajaan Islam yang memerintah ketika itu. Perkara ini berlaku ketika zaman Saidina Ali bin Abu Talib yang telah dilantik menjadi khalifah menggantikan Saidina Othman bin Affan.
Saidina Ali telah berijtihad mengganggap bahawa Saidina Muawiyyah adalah termasuk dari kalangan ahli bughoh apabila tidak ingin memberi baiah kepadanya sebagai khalifah. Rentetan daripada itu, Saidina Ali telah menyiapkan bala tentera untuk memerangi Saidina Muawiyyah yang ketika itu menjadi gabenor di Syam. Maka berlakulah pertumpahan darah di antara tentera Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah di Siffin pada tahun 36 Hijriah.
Jika diperhatikan peristiwa yang berlaku di antara Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah ini, pastinya kita akan merasakan bahawa ia tidak sepatutnya terjadi apatah lagi kedua-duanya adalah sahabat Nabi Muhammad s.a.w. Apa pun keadaannya, tindakan Saidina Ali tersebut dianggap bertepatan dengan hukum Islam yang membolehkan kerajaan Islam memerangi ahli bughoh.
Jika diperhatikan kepada pertumpahan darah yang berlaku di antara pejuang Hamas dan Fatah pula, maka kita akan dapati bahawa tindakan Hamas memerangi Fatah yang ingin menggulingkan kerajaannya adalah bertepatan dengan hukum Islam.
Fatah boleh dianggap sebagai ahli bughoh yang halal darahnya kerana ingin menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh Hamas. Walaupun pada zahirnya tindakan ini dilihat agak keterlaluan tetapi secara tersiratnya adalah untuk menghapuskan musuh dalam selimut dan memperkukuhkan kesatuan yang telah terbina. Oleh kerana itulah, walaupun Hamas berjaya menguasai Genting Gaza, mereka bersedia untuk berunding semula dengan Fatah dan menolak untuk mendirikan kerajaan yang berasingan di Genting Gaza.
Dakwaan Hizbu Tahrir bahawa pertumpahan darah yang berlaku di antara Hamas dan Fatah kerana berebut kuasa dengan melupakan musuh yang sebenarnya iaitu Israel dan Amerika adalah lari daripada fakta yang jelas.
Ini adalah kerana Hamas mengetahui siapa sebenarnya musuh mereka dan juga mengetahui siapa pula musuh dalam selimut yang boleh melemahkan perjuangan rakyat Palestin untuk menghalau Israel dari bumi mereka. Menghapuskan musuh dalam selimut adalah perkara yang penting bagi berhadapan dengan musuh yang sebenar.
Di samping itu, kita bersetuju dengan Hizbu Tahrir yang menganggap Fatah mengiktiraf negara haram Israel apabila mereka berunding dengan Israel tetapi kita tidak bersetuju jika dikatakan bahawa Hamas turut mengiktiraf negara haram Israel apabila mengadakan gencatan senjata memerangi Israel.
Tindakan mengadakan gencatan senjata ini tidak bermakna mengiktiraf negara entiti haram Israel tersebut sebagaimana dakwaan Hizbu Tahrir. Ini adalah kerana Hamas begitu bertegas dalam masalah pengiktirafan ini walaupun kerajaan yang dipimpinnya dipulau dan dikepung oleh Eropah dan Amerika disebabkan ketegasannya tersebut.
Gencatan senjata yang dilakukan hanyalah untuk sementara waktu sahaja bagi mengumpulkan kekuatan serta mengatur strategi berhadapan dengan Israel pada masa akan datang.
Kesimpulan :
Kesimpulannya, pertumpahan darah yang berlaku antara Hamas dan Fatah adalah merupakan suatu fitnah yang sangat besar di dalam perjuangan untuk membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi. Pun begitu, pertumpahan darah ini berlaku dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh syariat Islam apabila kerajaan yang dibentuk oleh Hamas dengan sewenang-wenangnya ingin digulingkan oleh anasir jahat di dalam Fatah.

3 Jul 2007

Apabila PM terlupa necktie nya
chedet3 Jul 2007 0 Komentar

Perkara ini tidak dilaporkan oleh akhbar lain kecuali THE STAR. Mungkin akhbar ini menganggap ianya sebagai satu jenaka, sebagai satu LIGHT ENTERTAIMENT. Tetapi bagi saya ianya mencerminkan betapa ABSENT MINDED nya Perdana Menteri kita.

Semalam di dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di perkarangan pejabat mereka di Putrajaya, semua kakitangan dikehendaki kalau lelakinya mengenakan tali leher keluaran JPM iaitu necktie merah berbintik kuning, talileher korporat JPM, manakala wanitanya mengenakan tudung warna dan design yang sama.


Tiba-tiba apabila PM Dolllah Badawi tiba barulah beliau (Dollah) perasan yang beliau tidak mengenakan necktie sebagaimana yang lai,n sebagaimana yang ditetapkan, sebaliknya mengenakan necktie batik berwarna merah. Apabila perasan keadaan demikian beliau berkata sebagaimana dipetik oleh akhbar berkenaan:

I am sorry but I actually chose the wrong tie.This is what happens when you dont listen to your wife.
(Saya meohon maaf saya telah tersilpa pilih tie. Inilah masalahnya apabila anda tidak mendengar nasihat isteri)

Menurut Dollah isterinya telah pun mengeluarkan tie berkenaan tetapi beliau yang memilih tie lain. Dan saya pasti ramai kakitangan yang tergelak dan tersenyum mendengarkan cerita kesilapan Dollah itu. Entahlah apa yang bermain di dalam fikiran mereka masing-masing termasuklah Najib yang kelihatan tersengeh di belakang.

Itu baru lupa necktie, bagaimanalah agaknya beliau menjaga perbendaharaan Negara di Kementeria Kewangan dan Negara ini sendiri?

Agaknya lebih baik Datuk Seri Utama Jeanne Abdullah yang menjadi PM.


posted by Roslan SMS 3:13:00 PM|Comments (4)|

2 Jul 2007

Dilemma Malas Sembahyang
chedet2 Jul 2007 1 Komentar




Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Penjajahan Jepun & Kemerdekaan- Satu Penilaian
أبو عمار 0 Komentar

Oleh alexanderwathern

"Betul Jepun mengganas. Benar PKM mengamok. Jepun mengganas tidak sampai empat tahun. PKM mengamok hanya dua minggu. Tapi… Feringgi menjajah 130 tahun! Wolanda menjajah 180 tahun! Orang Putih menjajah 130 tahun! Siapa yang lebih lama menghambakan kita? Siapa yang lebih banyak memakan darah dan keringat kita? Siapa yang lebih lama mencuri khazanah alam kita?

Siapa yang lebih banyak menyebabkan kematian orang-orang Melayu? Siapa yang lebih puas menodai kita? Siapa yang meruntuhkan masjid-masjid dan membongkar tulang-temulang dalam kuburan umat Islam Melayu? Keluarlah filem Bukit Kepong.

Keluarlah filem Leftenan Adnan. Keluarlah filem Paloh, Embun dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Tapi… berbelas tahun menanti tayangan Pasir Salak, bila hendak disiapkan? Cerita pahlawan Mat Salleh pernah disiapkan, mengapa tiada filem Tok Janggut?

Mengapa tiada filem Dato’ Bahaman? Mana filem Patinggi Ali, Dol Said, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain? Mengapa saban tahun ketika merayakan ulang tahun kemerdekaan negara, kejahatan tentera Jepun dan PKM yang dicanang-canangkan?

Padahal dosa mereka tidak sebesar dosa bangsa-bangsa penjajah dari Barat! Barat mendahului penulisan sejarah, dilabelnya para pejuang tanah air sebagai penderhaka. Dilabelnya kaum asli Amerika sebagai penumpah darah. Dilabelnya Jepun dan Jerman dengan pelbagai label. Apa pentingnya label? Label sangat penting dalam perang saraf. Melalui label sokongan ramai mudah diperolehi.

Saidinia Ali dan para pendokongnya dilabel ‘Pelindung Pembunuh Saidina Uthman’, maka pihak-pihak yang berkepentingan berjaya menambah sokongan untuk merampas kekhalifahan. Para ulama dan keturunan Nabi Muhammad di Makkah dilabel ‘Penyubur Bidaah dan Kesyirikan’ agar pihak yang berkepentingan mendapat sokongan bagi menghalalkan serangan, pertumpahan darah dan penaklukan ke atasnya.

Parti Islam Se-Malaysia dilabel ‘Pro-Syiah” agar pihak yang berkepentingan mendapat sokongan yang akan menaikkan saham mereka. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dilabel ‘Berhala Quraisy’ untuk pihak berkepentingan meneguhkan kedudukan mereka. Ahmad Boestamam an Dr. Burhanuddin al-Helmy dilabel ‘Berhaluan Kiri’ dan ‘Pro-Komunis’ agar pihak-pihak berkepentingan menjayakan agenda mereka. Begitulah antara contoh-contoh tindakan melabel yang berkesan. Yang menghairankan kita, label-label buruk ini dilambakkan atas kepala tentera Jepun dan PKM sahaja.

Mengapa tidak berani dikenakan kepada pihak yang lebih layak mendapatnya iaitu British, Belanda dan Portugis? Digambarkan seolah-olah musuh kemerdekaan kita hanyalah Jepun dan komunis. Keluarlah lambakan cerita bagaimana perit dan deritanya penduduk pada zaman pemerintahan tentera Jepun yang sekadar tiga tahun lapan bulan itu. Juga lambakan cerita betapa sukar dan sengsaranya penduduk pada zaman darurat. Cuba kita koreksi balik, sebusuk-busuk zaman darurat, tapi pada zaman itulah kita mencapai kemerdekaan.

Seindah-indah zaman ‘tuan” dan “good morning”, kita berada dalam penjajahan! Kita sudah merdeka. Mengapa masih takut dengan para penjajah yang sudah balik negeri itu? Mengapa sebahagian hasil kekayaan bumi bertuah ini masih mengalir ke sana hingga ke hari ini? Mengapa untuk menyiapkan filem-filem yang menunjukkan keganasan penjajah Barat tidak berani kita keluarkan?

Mengapa sempena 31 Ogos media tidak berani mneyebarkan kisah-kisah penderitaan rakyat di bawah penajjahan Barat? Balik-balik Jepun dan komunis. Penjajahan Jepun memang memeritkan. Kita tidak menafikannya. Namun nisbah kutukan dan kekecewaan kita terhadap mereka biarlah adil. Yang mencabul kita ‘3 tahun 8 bulan’ dan ‘2 minggu’ itu dikutuk 10 kali tetapi yang mencabul kita ‘lebih 400 tahun’ dikutuk sekali dua sahaja?

Apabila disebut ‘merdeka’ maksudnya ada pihak yang kita lawan untuk mendapatkannya. Kita dapat kemedekaan daripada siapa? Jepun? Komunis? Bukankah sepatutnya pada setiap kali perayaan Merdeka kita sebarkan kepada rakyat perjuangan kita menentang mereka yang ‘memberi merdeka’ kepada kita itu?

Adakah kerana kita mendapat kemerdekaan melalui ‘runding-runding’ dan bukannya ‘runcing-runcing’ sebagaimana Indonesia maka penjajah disanjung tinggi? Ibrahim Yaakob pejuang kemerdekaan, dan dia berjaya mendapatkannya dalam erti kata sebenar.

Malangnya kemerdekaan itu dinafikan oleh British dan juak-juak mereka di sini. Kita lihat senarionya. Portugis mengalahkan Melaka lalu memerintah. Ketika itu merekalah penjajah. Kalau hendak merdeka kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. Gabungan tentera Belanda, Johor dan naungannya berjaya mengalahkan Portugis.

Maksudnya kita telah merdeka. Malangnya kemerdekaan itu diragut pula oleh Belanda yang mengkhianati kita. Sempatlah kita merdeka beberapa hari. Ketika itu Belandalah penjajah. Kalau hendak merdeka kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. Kemudian melalui Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, pihak penjajah bertukar suka sama suka.

Dari Singapura ke utara menjadi jajahan Inggeris (jika mereka mampu) manakala dari Riau-Lingga ke selatan menjadi jajahan Belanda (jika mereka mampu). Melaka dan naungannya yang asal jatuh ke tangan penjajah baru iaitu Inggeris. Kalau kita hendak merdeka, kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. Datanglah tentera Jepun.

Disebut tentera Jepun saja walaupun sebenarnya begitu banyak anggota bawahannya yang bukan bangsa Jepun. Tentera Jepun berjaya mengalahkan tentera British. Maksudnya yang menjajah ketiak itu adalah tentera Jepun. Kalau kita hendak merdeka, kita mestilah mengalahkan mereka ataupun mendapatkan kemerdekaan daripada mereka. British bukan lagi penjajah kita, mereka sudah kalah. Pengeboman zalim oleh orang-orang bukan Islam iaitu para teroris sebenar dari Barat di Hiroshima dan Nagasaki mengorbankan ratusan ribu nyawa maNusia yang tidak bersalah. Orang tua, kanak-kanak, kaum wanita, orang-orang kurang upaya, para ahli ibadat di kuil-kuil semuanya dihancurkan serentak tanpa ada pilih-pilih lagi.

Tentera Jepun di seluruh dunia diarahkan meletak senjata dan pulang dengan tangan kosong. Tentera Jepun di Tanah Melayu pun berbuat demikian juga walaupun mereka tidak kalah dengan mana-mana pasukan pejuang di sini sama ada kepada Force 136, Bintang Tiga, Bintang Lima, pasukan-pasukan anak watan dan lain-lain. Kepada siapa mereka meletakkan senjata? Kepada tentera British? Hakikatnya tidak. Hal ini kerana British sudah kalah dan bukan pemilik negara ini lagi! Tentera Jepun sebenarnya menyerahkan kembali pemerintahan kepada rakyat. Kita sudah merdeka!

Tapi… British dan para pendokongnya meracuni pemikiran rakyat dengan menggambarkan kononnya Jepun menyerahkan pemerintahan kembali kepada mereka. Cukup licik! Padahal tidak ada orang Inggeris yang memerintah di sini. Kelam-kabut orang-orang Inggeris dibawa masuk dan tiba dua minggu kemudiannya. Masa dua minggu untuk mentadbir semula jelas menunjukkan mereak bukan pemerintah, bukan pemilik dan bukan penjajah Tanah Melayu lagi. Dicanangnya keganasan komunis selama dua minggu itu lebih daripada keganasan Barat menjajah 400 tahun. Propagandanya cukup kuat hinggakan banyak orang-orang Melayu berakata, “Kalau British tak datang (menjajah) kita balik, habislah Tanah Melayu ni!” 'PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT'

alexanderwathern
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org "
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.