29 Jun 2007

Hidupnya Insan Tiada Yang Abadi
chedet29 Jun 2007 0 Komentar

Selawat dan Salam Untuk Rasul Junjungan
chedet 0 Komentar

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
********
Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.
********
Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."
********
Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
********
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.
********
Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."
********
Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
********
Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."

Kenyataan Media: DPPWP - Kes Eric Chia
chedet 0 Komentar

Pembebasan bekas Pengarah Urusan Perwaja Steel Sdn Bhd, Tan Sri Eric Chia Eng Hock daripada tuduhan pecah amanah jenayah (Criminal Breach of Trust - CBT) oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam melengkapkan lagi episod malap sistem perundangan tanahair, sekaligus mencalarkan lagi sistem kehakiman negara yang sedia parah.

Ia membuktikan dengan jelas betapa benarnya kenyataan pimpinan tertinggi PAS bahawa pendakwaan terpilih (selective prosecution) yang dibuat terhadap Eric Chia dan Kasitah Gadam adalah pendakwaan yang bersifat "kosmetik" semata-mata dan bertujuan kononnya untuk menggambarkan betapa tegasnya kerajaan Pak Lah untuk memerangi rasuah menjelang Pilihanraya Umum 2004 yang lalu.

Natijahnya, selama hampir tiga tahun rakyat dihidangkan dengan sandiwara palsu lakonan pihak-pihak yang kononnya berniat suci untuk memerangi rasuah hingga ke akar umbi.Pembebasan Eric Chia tanpa dipanggil membela diri adalah tamparan hebat kepada pihak pendakwaan dan pejabat Peguam Negara yang gagal menjalankan tanggungjawab dengan efektif dan munasabah dalam kes berprofil tinggi seperti ini.

Pembebasan Eric Chia tersebut adalah atas faktor "teknikal" semata-mata di mana pihak pendakwa telah gagal memanggil dua saksi utama untuk memberi keterangan berkenaan tuduhan tersebut.

Ini ditambah dengan pertuduhan-pertuduhan yang mengelirukan dan keterangan lisan dan dokumen dari saksi-saksi pendakwa sendiri yang bercanggah, yang membuatkan mahkamah memutuskan bahawa tidak ada prima facie kes terhadap Eric Chia.

Pemuda PAS WP menganggap ketidakberkesanan proses pendakwaan ini adalah suatu yang amat serius kerana ia mencerminkan kredibiliti badan perundangan negara dalam menangani kes-kes jenayah yang melibatkan keselamatan rakyat.

Jika kes sebesar ini pun, siasatan dan pendakwaan dibuat sambil lewa dan sekadar melepaskan batuk di tangga, bagaimana pula dengan kes-kes jenayah yang lain? Apakah harapan yang ada pada rakyat untuk melihat keadilan terlaksana sekiranya penjenayah-penjenayah terus dibebaskan di jalanan akibat dari kecuaian dan kelalaian pihak pendakwa dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Pemuda PAS WP juga mempersoalkan bagaimana keterangan saksi-saksi yang diambil di Jepun, Switzerland dan Hong Kong tidak diterima (inadmissable) oleh mahkamah kerana tidak mengikut Akta Keterangan dan Kanun Prosedur Jenayah negara ini. Apakah pasukan pendakwa tidak sedar hal ini dan hanya pergi melancong dan menghabiskan wang rakyat semata-mata sedangkan hasilnya amat sia-sia.

Rakyat berhak mempersoalkan kredibiliti sistem perundangan negara jika perkara-perkara seperti ini terus berlaku, dalam keadaan indeks jenayah negara yang semakin meningkat dari hari ke sehari.

Rakyat juga berhak menyimpan rasa syak wasangka yang mendalam terhadap keputusan kes-kes berprofil tinggi lain seperti kes rasuah melibatkan Tan Sri Kasitah Gadam dan kes pembunuhan Altantuya yang sedang dalam proses perbicaraan, jika beginilah keadaannya sistem kehakiman kita.

Apa yang jelas, tindakan kerajaan pimpinan Pak Lah yang secara rakus memperalatkan jentera-jentera kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka semakin terserlah dan harus dikecam hebat kerana ia meruntuhkan institusi keadilan yang semakin nyawa-nyawa ikan.

Ahmad Zamri Bin Asa'ad Khuzaimi
Pengarah
Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

27 Jun 2007

Akil Hayy ditahan Jais, arak pula dibiarkan berleluasa!
chedet27 Jun 2007 0 Komentar

Roy Rasul Mon Jun 25, 07 05:17:26 PM
KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Apakah jadahnya? Juara menyediakan arak tidak ditahan, tetapi pendakwah dianiaya dan ditahan dari menyampaikan syariat Islam. Semalam, Harakahdaily menyiarkan berita tiga anak Melayu yang menjadi juara menyediakan arak, dan agak malang pihak penguatkuasa agama membuta mata dan memekakkan telinga tanpa memgambil sebarang tindakan walaupun ia dilaporkan secara gah dalam akhbar The Star, 15 Jun 2007 yang lalu. Hari ini, pihak Harakahdaily mendapat laporan bahawa pendakwah dan penyanyi nasyid, Akil Hayy telah ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam 23 Jun lalu dan akan disoalsiasat oleh jabatan berkenaan esok (26 Jun 2007). ImageBeliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini, berkata, soal siasat tersebut dibuat atas dakwaan berceramah tanpa tauliah di bawah enakmen undang-undang Jabatan Agama Islam Selangor. Dalam kejadian tersebut Akil Hayy ditahan oleh unit penguatkuasa Jais ketika beliau berceramah di surau Al-Ikhwan, Taman Puncak Jalil, Sri Kembangan, Serdang, Selangor. Sementara itu, dakwa penyanyi yang bernaung di bawah Inteam records dengan kerjasama EMI, ceramah agama yang disampaikan pada malam itu bertajuk 'silaturrahim' dan tidak ada mengena isu politik. Malah dakwanya ceramah tersebut dihadiri semua masyarakat tanpa mengira fahaman mana-mana politik. Beliau yang merupakan penceramah tunggal di majlis berkenaan, berkata, motif ceramah tersebut adalah untuk mengerat tali siratul rahim antara satu sama lain. Ceramah tersebut juga katanya, dilakukan di dalam surau dan tidak melebihi jam 12.00 tengah malam. Namun katanya, belum lagi beliau berada di pentas beberapa anggota polis dan unit penguatkuasa Jais sudah berada di surau berkenaan. Katanya lagi sebaik saja beliau selesai berceramah beliau didatangi beberapa pegawai Jais dan mereka menyatakan bahawa beliau ditahan kerana berceramah tanpa tauliah. Selepas itu katanya, beliau terus dibawa di Balai Polis Seri Kembangan. Bagaimanapun dakwanya, setibanya di balai berkenaan beliau tidak pun diambil keterangan oleh pihak polis sebaliknya pegawai Jais sendiri mengambil kes tersebut. "Saya tak faham mengapa saya tidak dibawa ke pejabat Jais sebaliknya dibawa ke balai polis. Adakah pihak Jais sengaja mendera minda dan jiwa saya kerana kes itu langsung tidak dilibatkan dengan polis. "Bahkan setelah saya bersama beberapa orang yang menemani saya berada hampir tiga jam di balai polis, tiba-tiba pegawai Jais yang bernama Mohd Rizalnuddin mengambil keterangan saya dan memberi jaminan agar saya untuk hadir ke pejabat Jais di Shah Alam esok," katanya yang pertama kali ditahan sejak terlibat dengan dunia dakwah dan artis. Katanya, walaupun beliau sedar majlis tersebut dipantau pihak berkuasa beliau tetap menyampaikan dakwahnya bagi menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran. "Antara intipati dakwah saya ialah menyuruh hadirin menutup aurat, para remaja tidak mendekati gejala dadah, tidak terlibat dengan gejala sosial dan jenayah. "Kerana itu saya bersyukur kerana kes saya ini bukan kerana terlibat dengan jenayah sebalik saya ditahan kerana menegak agama Allah," katanya lagi. Sehubungan itu, katanya beliau meminta semua jemaah Islam memohon doa agar Allah SWT memberi petunjuk kepada mereka menzalimi orang yang menegakkan agama Allah. - mks.

20 Jun 2007

Hujan, tidak menghalang XPDC DAKWAH "SAYANGI REMAJA"
chedet20 Jun 2007 0 Komentar

Hujan yang turun dengan lebatnya bermula dari petang hari sabtu 16 Jun 2007 hanya reda pada pukul 9mlm. Namun renyai hujan yang berlanjutan hingga ke pukul 3 pagi, tidak berjaya menghalang XPDC DAKWAH "Sayangi Remaja" DPPWM berlangsung dengan penuh harmoni dan mendapat sambutan dari kalangan pengunjung pasar.

Program bermula seperti dirancang tepat pukul 12.15 malam dengan dimulai solat sunat hajat yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Ust Redhouddin Hj Salleh. Hampir kesemua ekco dppwm hadir dengan di bantu oleh ahli - ahli dppwm dan wakil NGO setempat. PAS kawasan , Muslimat kawasan dan Nisa Wangsa Maju juga turut menghantar wakil. Jumlah peserta yang dicatatkan melebihi 20 orang termasuk 2 tetamu khas yang didatangkan dari Sarawak. Sdr Aizan Bin Md Noor AJK PAS kawasan Bintulu ( Penaja) dan Sdr Abdul Aziz , Pengarah Yayasan Amal negeri Sarawak.Turut memberi komitmen ialah Ketua Pemuda Titiwangsa yang juga Ketua Penerangan Pemuda Wilayah Persekutuan.

Pasar Dinihari Danau Kota yang pada mulanya diramal suram rupa- rupa masih riuh dengan para pengunjung yang berpusu-pusu datang walau pun dalam keadaan berpayung dan berbaju hujan.

Dua jenis risalah hampir 2000 keping berjaya dibekalkan kepada para pengunjung yang rata- ratanya golongan remaja. Untuk pengunjung berbangsa Cina, mereka juga tidak menolak apabila peserta XPDC membekalkan risalah berbahasa Cina kepada mereka.

Peserta program yang diterapkan untuk mendekati golongan remaja secara mesra mendapat reaksi yang cukup positif dari para pengunjung. Program ini bersurai melewati jam 01.30 pagi.
Menurut Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Sdr Rohaizad Aznan, melihat kepada sambutan orang ramai dan kejayaan program ini, DPPWM akan mengadakan XPDC susulan pada masa terdekat dengan membawa tema yang berlainan pula.
Adalah diharapkan penganjuran program seumpama ini mampu menjadi sebab kepada turunnya hidayah dari Allah kearah membentuk remaja yang sihat rohani dan jasmaninya.


13 Jun 2007

XPDC DAKWAH PASAR DINIHARI
chedet13 Jun 2007 0 Komentar

Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju akan menjalankan XPDC dakwah di Perkarangan PASAR DINAHARI ( UP TOWN) Danau Kota pada 16 Jun 2007 pukul 11.59 tengah malam. Program yang bertemakan "SAYANGI REMAJA " ini Insyaallah akan turut disertai oleh MUSLIMAT PAS Kawasan Wangsa Maju dan NGO- NGO setempat.
Program hari Sabtu malam minggu ini Insyallah akan menumpukan pendekatan sebaran risalah disamping berinteraksi secara mesra remaja .

Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju merasa terpanggil untuk tampil ditengah-tengah kebanjiran golongan remaja yang merupakan golongan majoriti pengunjung pasar dinihari di Danau Kota ini untuk menyampai mesej kasih sayang. Golongan remaja adalah aset penting negara, seandainya rosak golongan ini ianya bukan sahaja membawa petanda buruk kepada negara malah mengundang bala dari Allah S.W.T.



Sehubungan dengan itu DPPWM menyeru kepada seluruh pengunjung laman ini untuk turut menyumbang sekadar mampu bagi menjayakan program ini nanti.Kepada mereka - mereka yang berkesempatan bolehlah turut serta hadir ke program ini.Untuk mereka- mereka yang tidak mampu hadir, bolehlah jua menghulurkan sumbangan kewangan atau apa-apa sumbangan lain yang dirasakan relevan dengan program ini.Sebarang sumbangan/ pertanyaan bolehlah menghubungi Ketua Penerangan DPPWM (SDR MAHADZIR @ Chedet) di alamat lobaipas@yahoo.com.

12 Jun 2007

Nikah & BaNjir
chedet12 Jun 2007 0 Komentar



http://din.huluselangor.net/

Semasa banjir besar di Johor, heboh cerita AAB bernikah di Perth. Masa yang sama AAB juga merasmikan pembukaan Puteri Nasi Kandar yang sudah ditutup sekarang kerana mengalami kerugian.

Mau tak mau atas nasihat beberapa punahsihat beliau, AAB pulang seketika melawat banjir. Lawatan beliau sekadar melapas batuk ditangga. Kerana beliau lebih suka menghabiskan masa dengan bakal isteri dan memancing.

9 jun, majlis pernikahan AAB bersama Jeanne Danker berlansung. Media telah diarah oleh mereka di Tingkat 4 supaya tidak mengganggu masjlis tersebut. Dipercayai majlis pernikahan tersebut sebenarnya cuma majlis biasa kerana mereka telah bernikah sebelum ini tetapi dirahsiakan bagi menjaga hati rakyat Johor yang ketika itu dilanda banjir besar.

Puas aku belek akhbar tempatan, tiada satu pun yang menyiarkan gambar upacara pernikahan sebaliknya gambar menyarung cincin AAB dan Jeanne Danker. Selepas majlis meraka bersama-sama menziarahi kubur Endon untuk 'memohon restu' dari orang yang telah tiada. Macam drama cina pulak. Belum pernah aku tengok dan dengar dari zaman nabi seningga sekarang orang yang memonon restu diatas kubur setelah bernikah. Ajaran Hadhari ke...

24 jam selepas 'bernikah' berlaku malapetaka banjir di Kuala Lumpur. Maka punahsihat telah menasihatkan AAB melawat bilik Gerakan Banjir. Bukan melawat mangsa banjir pada malam sebelumnya.

TV3 dengan angkuhnya menunjukkan AAB seolah-olah seorang yang perihatin. Perihatin pada pandangan mereka bila AAB mengarahkan semua kerja-kerja pembangunan bagi perancangan membendung banjir Kuala Lumpur dipercepatkan. Semua kerja-kerja tersebut sebenarnya mengikut jadual. "Speed up' yang disebut oleh AAB bermaksud apa? Arahkan mobilise apa yang ada untuk mempercepatkan pembangunan tersebut? Macamana?

Perbuatan untuk menonjolkan AAB sebagai seorang yang perihatin oleh TV3 sebenarnya telah menampakkan kelemahan AAB. AAB yang terkenal dengan kelembapan dan kuat tidor tiba-tia bercakap 'speed up'. Aku boleh senyum sahaja.

TV3 boleh cakap apa saja menyokong kebodohan kenyataan AAB. Aku tidak nampak cadangan konkrit dari AAB atau TV3 selain dari menyalahkan dan lawak 'speed up'. Tv3 dengan kenyataan banjir tidak akan berlaku lagi sekiranya pihak bertanggungjawab memandang serius teguran AAB. Apa maksud teguran bukankan AAB juga sekadar menunding jari.

Tidak lansung disentuh mengenai kebajikan mereka yang dilanda banjir. Langkah membantu mereka.

Fakta banjir :D
Semasa nak bernikah di Perth banjir besar di Johor.
Semasa 'bernikah' (meraikankan pengantin sebenarnya) banjir kilat di Kuala Lumpur.

PM tak tau bila projek SMART boleh beroperasi?
chedet 0 Komentar

Oleh mazwandi
"Malam semalam, saya telah menonton filem Buletin Utama TV3 yang bermula jam 8 malam. Seperti luar biasa, filem Buletin Utama TV3 itu telah cuba untuk menayangkan filem sensasi bertajuk, KL banjir lagi dimana sehingga tahap teruknya banjir di KL ini menyebabkan hero utama filem ini mesti turun ke padang permainan.

Skrip yang menjadi hero pada sesi filem ini adalah Perdana Menteri (PM) Malaysia, iaitu Dato Seri Abdullah Ahmad sendiri, dimana beliau perlu hadir ke kawasan kem utama yang mentadbir Kuala Lumpur, iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Maka filem Buletin Utama TV3 ini pun dipertontonkanlah kepada rakyat Malaysia yang menontonnya dengan kadar percuma, kecualilah jika rakyat Malaysia itu menonton melalui ASTRO. Dengan gaya dan dipergayakan kepada penonton seperti PM Malaysia adalah seorang yang amat prihatin dan dalam keadaan marah yang boleh dikawal, maka pihak pembikin filem Buletin Utama TV3 seperti telah berjaya membawakan watak hero PM kita seperti orang yang selayaknya memimpin negara Malaysia yang kecil ini.

Maka ditunjukkan juga, ahli-ahli yang dipertanggung jawab kepada negeri Kuala Lumpur dan DBKL seperti terketar-ketar dan takut-takut tahi ayam semacam telah melakukan kesalahan yang amat besar kepada umat yang menduduki Kuala Lumpur akibat banjir yang ajaib itu.

Setelah diperturun dan dipertontonkan kepada rakyat Malaysia tentang kehebatan hero PM Malaysia, maka terkeluar pula skrip dimana PM kita bertanya bilakah projek SMART akan beroperasi dengan lagaknya. Maka dijawab dengan profesional tukang jawab yang tidak dilihatkan mukanya dengan jawapan bulan depan (atau Ogos) dan itu memang adalah mengikut jadualnya. Maka dengan tidak semena-mena, hero PM Malaysia mendesak agar projek itu disegerakan.

Maka dengan tidak semena-mena, saya pun senyum sinis sehingga ke tahap hendak mengeluarkan gelak yang amat besar kepada skrip filem Buletin Utama TV3 yang pada mulanya hendak membuat filem mengampu, tiba-tiba menjadi filem skrip komedi. Masakan tidak, PM Malaysia yang sepatutnya mentadbir Malaysia, yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat Malaysia untuk memerintah Malaysia, tidak tahu setarang baghoh bilakah projek mega negara Malaysia SMART hendak mula beroperasi.

PM Malaysia tidak tahu menahu apakah projek yang sedang dibuat oleh pihak pentadbir Kuala Lumpur DBKL untuk mengatasi banjir, PM Malaysia tidak tahu bilakah projek mega SMART hendak siap dan mula beroperasi, PM Malaysia hanya sekadar kata cepatkan siap projek yang mengikut jadual dimana siapnya bulan depan.

Tidakkah rakyat Malaysia perlu membuat sesuatu agar PM Malaysia ini dipecat awalkan. PM Malaysia yang tidak melakukan kerja memang sepatutnya dipecat awalkan. Pemimpin yang kurang cerdik perlu dipecat awalkan kerana jika dikekalkan pemimpin seperti ini, maka rakyat Johor yang tidak bersalah kepada UMNO akan hilang tanah diberi kepada pihak musuh yang kekal abadi Singapura. Perlu diberi perhatian, bukan rakyat Malaysia yang memilih beliau menjadi perdana menteri Malaysia, tetapi beliau menjadi PM atas tiket beliau menjadi Presiden UMNO.

Maka dengan itu, perlulah diingat bahawa, angan-angan untuk menjadi PM kepada seluruh rakyat Malaysia perlulah dihapuskan, sepatutnya setiap individu rakyat Malaysia perlu ada rasa takut untuk menjadi PM, bukannya berebut-rebut, kerana jawatan PM adalah tanggungjawab, bukan tangga untuk menjadi kaya cepat. Fikir-fikirkanlah,.......

6 Jun 2007

KICK LAH
chedet6 Jun 2007 0 Komentar




gambar diambil dari http://kickdefella.wordpress.com/now-showing/

Sheih Merapu: Baju Baru, Seluar Dalam Lama
chedet 0 Komentar

Saya tertarik menelaah “Kajian Saintifik Tentang Isu-Isu Di Malaysia” oleh Dr. Dzulkifley Ahmad. Apa yang paling menarik ialah hasil kajian itu menunjukkan hanya 4% pengundi beragama Islam yang meletakkan faktor agama sebagai isu penting di dalam mereka membuat keputusan membuang undi.

Saya juga tertarik dengan rumusan beliau bahawa undi kepada parti pembangkang kini sudah mencapai tahap tepu iaitu 40%. Tidak mungkin parti-parti pembangkang Malaysia akan dapat menikmati jumlah undian lebih tinggi dari itu dengan menggunakan strategi dan isu-isu yang mereka perjuangkan sekarang. Dengan kata lain, berdasarkan strategi dan isu-isu mereka sekarang, adalah mustahil mereka akan dapat menawan Parlimen Malaysia bahkan, lebih dari itu, berdasarkan rekod pilihanraya yang lalu, perolehan sebanyak 40% undi popular tidak juga memungkinkan mereka mendapat jumlah kerusi yang membanggakan di Parlimen. Bahkan, adalah tidak mustahil, dengan memperoleh 40% undi popular, mereka mungkin hanya ada 1 atau dua kerusi di Parlimen Malaysia.

Pandangan peribadi saya menerusi analisa tidak saintifik, turut diperkukuhkan oleh kajian saintifik Dr. Dzul, apabila beliau merumuskan bahawa “voters are willing to vote for the oppositions”. Jawapan yang mendahului persoalan itu ternyata dibuktikan hari ini secara saintifik berdasarkan metodologi yang boleh diterima pakai. Jawapan ini menyelesaikan persoalan sentimen masyarakat bandar dan juga masyarakat bukan Melayu terhadap kepimpinan pemerintah negara sekarang.Namun begitu, seperti juga Dr. Dzul, saya juga berpendapat ada satu persoalan besar yang harus di majukan sebelum jawapan itu boleh di angkat.

Persoalannya ialah, “Are we ready to go and get that votes?”. Sudah pasti jawapannya “Yes!” Mana mungkin Parti PAS, DAP atau PKR tidak mahu menolak sebarang undi yang mahu diberikan kepada mereka.

Berdasarkan kepada andaian bahawa semua parti politik ingin semua undi yang mahu diberikan kepada mereka, saya majukan satu soalan cepu mas. Soalannya “Are we ready to go and get their votes?”.

Saya berharap hasil kajian saintifik ini dapat di sebarkan kepada umum menerusi percetakan yang berkualiti kerana jelas ia terkandung segala intipati strategi yang harus diperguna pakai.Dr. Dzul juga secara jelas tetapi berhalus mengetengahkan polemik berikut, “Politik” atau “Dakwah”. Tanpa mahu menyinggung mana-mana pihak atau menyentuh sensitiviti menjelang Muktamar Tahunan hujung minggu ini, Dr. Dzul hanya menyentuh polemik tersebut sekali lalu. Namun bagi saya, itulah klimaks kepada kajian saintifiknya dan seharusnya polemik itu bukan sahaja menjadi tajuk kepada kajian, tetapi juga menjadi matlamat utama yang cuba dikupas oleh kajian tersebut.

Berdasarkan pandangan peribadi saya, Parti Pas sudah memiliki satu rangkaian organ Parti yang berkesan didalam menyalurkan komunikasi intra parti sama ada antara ahli dan juga pemimpin peringkat negeri. Harakah dan TV PAS sebenarnya adalah benchmark kepada organ komunikasi intra parti di Malaysia. UMNO sendiri tidak mempunyai (tidak memerlukan) organ komunikasi sehebat itu untuk berkomunikasi dengan ahli parti. Organ komunikasi parti ini penting bagi menjamin ‘yang di kendung tidak berciciran’.

Namun dengan hanya bergantung kepada organ komunikasi parti ini parti sahaja sudah pasti menyebabkan ‘yang dikejar tak dapat’. Sebagai sebuah organ parti, Harakah ibarat sebuah akhbar makmal. Begitu juga TV PAS. Sebagai sebuah media makmal, editorialnya terikat kepada menyampaikan suara parti kepada ahlinya. Edarannya juga hanya dibenarkan buat ahli.Kebelakangan ini, kita juga diperkenalkan dengan kemunculan Sahsiah dan Wasilah. Jelas, harapannya ialah bagi mengejar pengundi yang diluar ruang lingkup Harakah.

Malangnya, kedua-dua akhbar ini masih taksub kepada semangat kepartiannya mengakibatkan ia menjadi akhbar untuk memperkukuhkan apa yang diutarakan oleh Harakah. Justeru itu penjenamaannya masih di dalam ruang lingkup Harakah dan juga peminat-peminat politik tanahair.

Siapakah yang mahu menodai pengundi dara yang berleluasa tanpa agenda politik. Majoriti pengundi yang berdaftar di Malaysia bukanlah ahli mana-mana parti politik. Mereka juga kebanyakannya tidak berminat dengan politik apatah lagi menghadiri ceramah-ceramah politik, menonton rangkaian politik dan membaca Harakah atau Siasah. Kebanyakan mereka bukan warga Kelantan atau berada di luar Kelantan dan diluar ruang sasar Wasilah.

Bagaimana kita mahu mengetuk pintu hati mereka? Apakah modus operandinya? Di dalam kita menyelar UMNOPUTRA kita harus sedar, selaran kita itu sebenarnya hanyalah sentimen. Tetapi UMNOPUTRA adalah satu kejayaan Public Relations yang hebat. UMNO menerusi akal Khairy Jamaluddin telah berjaya mengetuk pintu hati golongan yang kita singkirkan berdasarkan sentimen kebencian kita. Mat Rempit kini berterima kasih kepada Khairy kerana menjadikan mereka wira negara. Sedangkan kita masih lagi mengeluh bagaimana UMNO tergamak menjadikan Mat Rempit sebagai wira negara?

Bukankah PAS sebuah parti politik? Bukankah PAS merasakan mereka adalah government in waiting? Memang PAS layak. Tiada persoalan. Mereka telah membuktikannya di Kelantan menerusi gabungan kepimpinan ulamak dan golongan profesional.Haruskah di bakar jambatan itu sekarang sewaktu negara berdepan dengan polemik UMNO yang mengalami masalah kepimpinan maha hebat?

UMNO pernah berdepan dengan pelbagai polemik kepimpinan tetapi UMNO tidak pernah menghadapi masalah kepemimpinan yang berwibawa seperti hari ini. Haruskah PAS menolak peluang ini sedangan mereka sebuah Parti Politik?Projek Mat Rempit adalah salah satu projek opportunis yang secara tidak langsung menjenamakan semula UMNO bagi masyarakat muda. Ia tidak menjenamakan masyarakat muda dengan imej UMNO.

Sehingga hari ini, rata-rata warga negara Malaysia di luar Kelantan tidak arif dengan kejayaan PAS membangunkan Kelantan. Adakah salah mereka atau kesilapan strategi memasarkan kejayaan itu oleh PAS. Saya benar-benar yakin jika PAS berjaya menyalurkan maklumat kejayaan di Kelantan kepada warga Malaysia, dan mereka ini dapat menyaksikan sendiri kejayaan itu, PAS pasti dapat menawan hearts and minds golongan bukan Melayu dan juga golongan Melayu pertengahan.

Tertegaknya bangunan PAS di tengah bandar Kuala Lumpur di kawasan yang rata-ratanya bukan Melayu membuktikan ada daya usaha untuk membiasakan PAS dengan masyarakat bukan Melayu dan masyarakat bandar. PAS tidak harus lagi menjadi parti kampung yang tertumpu di kawasan kampung-kampung sebagai kubu kuat mereka.Jika sesetangah golongan merasakan bahawa peluang PAS cerah di kampung-kampung, mereka juga harus sedar, kubu kuat UMNO juga adalah di kawasan luar bandar. Jika sesetengah golongan merasakan bahawa kekuatan PAS hanyalah di kawasan majoriti Melayu, mereka juga harus sedar kekuatan UMNO juga di kawasan majoriti Melayu. UMNO menang lebih banyak kerusi berbanding PAS di kawasan-kawasan Melayu dan kawasan luar bandar.Kalau di eksportkan kejayaan di Kelantan kepada masyarakat bukan Melayu, sudah tentu mereka akan tertarik dengan perlaksanaan pembangunan ekonomi PAS kerana jelas mereka sudah jelak dengan segala titik-titik hitam di dalam perlaksanaan dasar ekonomi yang diterajui UMNO.Tetapi apakah kejayaan PAS di Kelantan yang amat-amat saya banggakan itu? Kalau anda tidak tahu, maka itu bukti bahawa sesuatu harus di lakukan segera bagi memperbaiki saluran penyampaian maklumat itu.

PAS memerlukan saluran penyampaian maklumat alternatif di dalam menyampaikan maklumat kepada golongan pengundi dan masyarakat yang bukan ahli PAS dan bukan penyokong PAS. Organ komunikasi Parti sekarang tidak akan berupaya menembusi tembok itu dengan berkesan dan meluas.

Sebagai sebuah parti politik, sudah tiba masanya PAS meruntuhkan tembok yang merintangi antara mereka dan masyarakat yang bukan penyokong mereka. Di waktu Harakah, Sahsiah, TV PAS, aktiviti ceramah, usrah dan lain-lain anjuran organ parti memastikan yang di kendong tidak berciciran, sesuatu jentera baru amat-amat diperlukan bagi memastikan yang di kejar akan dapat.

Bukankah PAS sebuah parti Politik? Noktah.

: Sheih Merapu

Terbukti Bloggers Benar!!! Abdullah Badawi akan bernikah dengan Jean Danker 9 Jun 2007 ini.
chedet 0 Komentar

June 6th, 2007 · 3 Comments
Penulis-penulis blog sering diserang oleh pemerintah yang anti demokrasi. Di Mesir, penulis blog dinpenjarakan. Di Malaysia, penulis blog disaman. Zainuddin Maidin selaku Menteri Penerangan telah mengarahkan semua editor-editor media arus perdana agar tidak mengutip berita dari blog.

Sheih, seorang blogger yang terkenal telah mendedahkan tentang perkahwinan Abdullah Badawi satu ketika dulu. Sila klik sini dan disini. Abdullah pada waktu itu telah menafikan perkara ini.

Sila klik disini untuk membaca berita dari Bernama tentang pengesahan yang Pak Lah akan bernikah Sabtu ini.

Apa-apa pun, tahniah kepada PM kerana tak akan sunyi lagi. Kepada Jean Danker, tahniah kerana terpilih untuk menjadi ibu negara, harapan kami sebagai rakyat Malaysia agar PM kami akan lebih terurus dan tidak akan lagi tertidur semasa mesyuarat-mesyuarat di Malaysia mahupun diperingkat antarabangsa.
................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.